Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Friday, December 30, 2011

Ni Hao Ma ? Disember Terakhir ?

Hen hao..heheee


Minggu lepas, pergi outing dengan Cikgu Hassan ,Cikgu Jamri dan Cikgu Amir .. kalau tengok gambar di atas.. aku sahajalah tetamu perempuan yang ada pada masa tu... sebelum tu , aku ngan Cikgu Hassan pergi menjamu selera di Garden Homes, banyak cerita yang kami kongsikan.. maklumlah , sudah lama tidak bertemu . Seingat aku, sudah 3tahun kami tidak bersua muka ..

Perjumpaan kami di buat di Doll Tomyam, Senawang..rasanya ni kali pertama kot aku pergi makan kat sini... hujan turun dengan lebat sangat masa tu, jalan pulak sesak ..tapi tu semua bukanlah penghalang besar untuk kami berjumpa ..heheeee..

Seronok rasanya , jumpa cikgu-cikgu yang banyak berjasa ...semuanya tak berubah..gaya, dan senyuman masih lagi segar diingatan... cerita yang kami kongsikan banyak berkisar kepada kehidupan sekarang.

Kan seronok kalau dapat buat perjumpaan lagi, sembang itu dan ini..bergurau senda..makan-makan , makan durian puas-puas ..huhuuuu...durian lagi....

Harap-harap dapat jumpa lagi, terima kasih kat Cikgu Hassan , sudi jemput Fara,,,sampai sesat cikgu ya heheee...


Hari ni 30hb Disember 2011,
Hari Jumaat terakhir pada tahun 2011,
Beberapa hari lagi kita nak masuk ke tahun 2012,.. apa azam anda ?
Azam berazam, tetiba teringat kat Azam a.k.a si botak .heheeee..

Luar Tingkap :

Azam 2012 ni , saya nak jadi anak yang mendengar kata kepada kedua ibubapa saya ,
menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur dengan segala pemberiannya , menjadi seorang yang lebih penyayang ....erk...tuk adik-adik lah ..haiya... heheeee, nak nikah ..heheee... nak jadi isteri kepada seseorang yang sayang kat saya..hahakkkk.. sapa lagi kalau Encik Tunang saya ....Mohd Nazren bin Mohd Som..semoga impian kami jadi kenyataan , macam-macam lah lagi... yang pastinya kenangan 2011 sangat -sangat bererti buat diri saya , banyak perkara yang berlaku , syukur masih lagi kuat untuk menghadapinya... semoga urusan kami sentiasa dipermudahkan , Amin Allahumma Amin .

Saturday, December 24, 2011

Dinner At Royale Bintang











Menu : Macam-macam ada,
Tema : Star In The Red Carpet
Kehadiran : Pensyarah-pensyarah dan kakitangan HDSB

Jutaan terima kasih kepada semua pelajar BHRM semester 6
"best of luck" ,

Tuntasnya : Perlu diperbaiki ...

Tuesday, December 20, 2011

Lagu Itu Sekadar Mainan Di Bibir Sahaja

Sejak kebelakangan ni , aku lebih tertarik untuk mendengar suara yang merdu lagi menyusup dada.. betapa merdunya suara dia... itu lah kan kurniaan Allah s.w.t kepada hambanya, bertubuh kecil molek lagi comel orangnya..Shila Hamzah yang terkenal dengan lagu Patah Seribuuu itu telah berjaya menambat hati ku .. wahahahhaha.. bait-baitnya sangat puitis...

Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri , kadang-kadang setiap lagu yang diminatinya itu ada kisah yang tersembunyi..rata-rata kalau ditanya tentang lagu yang kita suka ...kebanyakanya mengatakan lagu tersebut mengingatkan mereka tentang itu dan ini... terserahlah kan... hak masing-masing...

Luar Tingkap ~

Ermmm, kenapa saya suka lagu tu ( Patah Seribu ) : Saya suka dengan liriknya,,,hehehhe... sesuai untuk diubah lirik tersebut dan menjadikanya sebuah cerita yang benar2 berlaku ... adakalanya cerita itu berkisar tentang tunang saya sendiri...

Contoh 1: patah seribuuuu , hati ku kerna tak dapat pergi jam ~~~~~~~ hahahhaha, kesian ....

Apa-apa pun, lagu tersebut hanyalah sekadar mainan di bibir.......





SukaNeka HDSB


Biarlah gambar-gambar yang bercerita ,




Berakhir sudah aktiviti sukaneka untuk semua kakitangan High Ed Degree ~

Jutaan terima kasih kepada Akak Eqin , atas kesudianya menyediakan sarapan pagi...
dan
Sekalung tahniah buat kakitangan yang "sanggup" merelakan diri sendiri untuk menjayakan aktiviti tersebut.



~ 10.12.11 ~

Wednesday, December 7, 2011

Selamat Menyambut Hari Asyura

Selamat menyambut Hari Asyura buat semua umat islam di dunia.
Tahu kah kita maksud Asyura ?


Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.


Perkara yang berlaku pada Hari Asyura :

  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.

Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura :

  1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.
  2. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri.
  3. Memuliakan fakir miskin.
  4. Menahan marah.
  5. Menunjukkan jalan yang lurus /membetuli orang sesat/orang yang salah ( terpesong aqidah(tauhid)dan akhlaknya.
  6. Menyapu/mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliaan mereka)
  7. Bersedekah
  8. Memelihara kehormatan diri
  9. Mandi sunat dengan Lafaz niatnya: " Sahaja aku mnadi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala."
  10. Membaca Qulhuwallah ( Surah Al- Ikhlas ) hingga akhir seribu kali.
  11. Solat sunat empat rakaat dengan lafaz niat : " Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. - Pada rakaat pertama dan kedua selepas Bacaan Al-Fatihah dibaca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa.
  13. Bercelak.
# Selamat berpuasa kepada yang berpuasa.

Tuesday, November 22, 2011

AL- Fatihah Buat Atuk

Sudah 5 hari arwah atuk pergi meninggalkan kami semua...pergi selamanya ....menghadap Yang Esa... ingat lagi , kejadian pada awal subuh .... lebih kurang pukul 3.45pagi, telefon berlagu riang di hadapan ku... kali ke dua barulah panggilan itu ku sambut... sayup-sayup kedengaran suara Pak Long Maarof ku....
" akak, ayah kat mana ?....ayah kat Gemas lah, akak kat Seremban ni... ni pak long nak bagitahu ni... atuk dah meninggal... jenazah ada kat Hospital Tampin... bagitahu ayah ya.... sendu sedan aku menangis... pak long tipuuuu..betoll... atuk dah tak da... terus ku matikan talian...

Cepat tangan ku mendail nombor si dia, panggilan ke dua barulah disambutnya... "abang, tadi pak long telefon.. atuk dah meninggal "... terus aku matikan talian... tak terkata sedihnya yang aku rasa....lebih kurang 5minit selepas itu,... si dia telefon semula... " okay, kejap lagi abang amek sayang ...katanya ringkas "

"Okay" kata ku ringkas,..lebih kurang pukul 5setengah pagi...... si dia pun sampai... kami pon terus menuju ke Rokan... usai solat suboh di Masjid Rembau.... kami meneruskan perjalanan... tibalah kami ke kampung tepat pada pukul 8.00pagi.... aku lihat ramai yang datang menziarah... sedih aku ... sedih melihat atuk yang sudah terbaring sepi di hadapan ku.... sempat ku sentuh wajahnya, ku cium dahinya....

Tidak putus-putus aku berdoa , supaya atuk di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman...AL-Fatihah buat atuk dan arwah uan... semoga roh kalian dirahmati dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... pagi itu, aku lihat ayah , bilal dan beberapa orang sedang bertungkus-lumus menyediakan peralatan untuk pengebumian, daripada kain kapan, dan wangi-wangian ... wajah ayah tenang ja ku lihat,..ayah mengukur dan mengoyakan kain kapan untuk dipakai oleh atuk,.... dari jauh , ku perhatikan sahaja rentak dan perbuatannya ....

Bangga aku melihat ayah, dapat menguruskan jenazah arwah ayahnya sendiri... daripada bab mandi, dan seterusnya ke liang lahad... ku rasa , itulah jasa yang dapat ayah balas selama ayah dijaga sejak daripada kecil .... kasih anak kepada seorang ayah... tapi sayangnya, arwah atuk pergi.. aku tak da di sampingnya...sakit yang ditanggung pada pagi tu,... aku tak dapat bayangkan...berbanding dengan arwah uan,.. sakitnya beliau pada hari itu ,. aku ada di sampingnya ... menemaninya ke Hospital Tampin menaiki ambulans.... sudah dua tahun arwah uan pergi...kali ini..arwah atuk pula meninggalkan kami...

Syukur pada Mu Ya Allah, setidak-tidaknya...kami semua sempat berjumpa dengan arwah atuk walaupun sekejap cuma...

Semoga arwah atuk di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Friday, November 18, 2011

Apabila Status Ku Berubah



Syukur Alhamdulillah, tak dapat nak digambarkan perasaan ni... 12.11.2011 terbinanya ikatan antara aku dan si dia... majlis pertunangan berlangsung seperti biasa...cincin dijari tersarung molek, terpancar senyuman di wajah -wajah kesayangan ku ... pagi tu, aku bangun awal daripada yang lain... melihat baju ku yang tergantung di almari...mengalir air mata aku...huuhuahuahuhwaaaa..

Selepas aku bersolat subuh, aku terus matikan diri dalam bilik.... diam seribu bahasa.. sudahnya bilik ku disergah oleh akak ipar ku... siap2 cepat g bandar cari baju lain... emmm, balas ku... ku susun langkah perlahan terus menuju ke kereta .... sebelum tu sudah ku maklumkan kepada si dia..mohon gerak lewat 1 jam barangkali...bagi memudahkan aku mencari baju lain... setibanya aku di bandar...kedai baju di Nagoya sahaja yang buka... rezeki aku barangkali... adalah saiz aku..warna pilihan krim, pink dan putih..puas aku mencuba baju2 tersebut... sudahnya ku kata pink is better than cream.... seingat aku masa tu jam menunjukan pukul 11.00 pagi, telefon tak henti-henti berdering... tolonglah jangan buat aku gelabah,... muka nampak tenang..tapi hati ni seribu rasa yang aku rasa... menangis tak payah cakap...

Sampai di Gemas lebih kurang pukul 12.00t/hari... sanak saudara semua dah sampai... ketibaan aku disambut dengan hujan renyai2.... awan hitam berarak maju ke hadapan....kejap-kejap aku mesej si dia, kejap2 aku mesej si Cik Nadia bakal adik ipar aku.... risau sangat...sampai ja di rumah, aku terus bersiap... siap ja mekap... aku dah gabra.. tak nak mekap macam ni..macam burung merak ja.... kita rasa kita tak lawa bila mekap.....tak nak mekap !!!.. seloroh aku.... seluruh rumah dengar aku rasa... giler ketak ko fara... buat hal plak ya..huhuuuuu... tak nak pinta ku.....

Siap sudah , aku terus duduk di pelamin..tangkap gambar sana sini..... serius ..aku malu dalam keadaan begini... tak mahu ... jiwa aku meronta... huhuuuuu...apa pon tak boley~~~~ kata adik ku dengan nada tergelak........

Tepat pukul 3.00petang, selesai lah majlis perbincangan..aku pon dipanggil keluar..ekekkekekek.... duduk bersimpul lah aku kat depan tu.... hehheheheh... pandang sana sini..malunya saya... huhuuuuuu...... cincin di jari tersarung sudah,... bakal mak mentua yang sarungkan... manisnya masa tu... tak tergambar perasaan tu dengan kata-kata...syukur Alhamdulillah..hubungan kami direstui...gambar diambil jadi kenangan.... air mata mak hampir menitis ... tapi mak kuat orangnya... memadailah aku melihatnya.......merasainya dengan rasa yang mendalam... buat diri ku ... tanggungjawab ku semakin besar, bakal mempunyai keluarga besar... patuh dan taat lah kepada bakal suami mu nanti dan kedua pihak keluarga serta berlaku adil lah kamu wahai Siti Farah Diana Razak...

Secara jujurnya ikatan ini, menjadikan aku seorang yang lebih memahami hati dan perasaan... ikatan yang terbina bukan setakat penyatuan dua hati dua jiwa insan yang berkasih tetapi seluruh ahli keluarga disekililing kita ..indah kan ikatan ini.... petang itu, aku lah orang yang paling gembira.. hhehahhaha..... sebab hari itu hari aku..... bukan hari sapa-sapa... sebab hari tu khas tuk meraikan aku..wahahahhaha.... meraikan insan-insan yang bakal mewarnai hidup aku nanti... seluruh keluarga berkumpul.... mengeratkan silaturahim .....

Syukur padaMu Ya Allah,


Nazren & Farah

Majlis Pertunangan Nazren & Farah
~12.11.2011~


Buat keluarga ku terima kasih ya bagi menjayakan majlis tersebut.... sebagai upahnya sudah ku belanja makan kan ... wahahahhahahahha...

Buat keluarga Nazren ....terima kasih ya .....


~yeyeyyeyey.....


Syukur Alhamdulillah ~



Wednesday, November 9, 2011

Tak Mampu Untuk Berkata-Kata

Tak dapat nak luahkan apa-apa
Rasa macam tengah di awangan sahaja sekarang ni
Gundah gulana
Serba tak kena


Tak mampu untuk berkata-kata
huhuuuuuuuu

Friday, October 28, 2011

Jalan-Jalan Ke Gunung Angsi







Jum duduk-duduk dekat Kem Tangga Batu,... nak duduk tu hati-hati ya..anak pacat mencari mangsa untuk menghinggap..heheeeee....ya adoiyai.....


















Gambar ini merujuk kepada Kak Eqin dan diri aku sendiri....bersantai di Kem Tangga Batu.



Bukit Botak , bila dah sampai sini... anda perlu lah mempunyai kekuatan kaki dan tangan untuk mendakinya ... bukit ini menandakan anda semakin hampir menuju ke puncak Angsi...










Ini papan tanda yang menunjukan kita sekarang berada di Bukit Botak....nak sampai ke sini memerlukan usaha yang gigih ya... semasa mendaki pastikan kita mempunyai semangat yang kuat dan jitu untuk mengharungi segala bukit bukau yang ada...








Okay, dah sampai Puncak Angsi... jum jalan-jalan kat sini....









Inilah kawasan di sekitarnya... ada pokok buah mangga..hehee.





Okay, tamatlah sudah aktiviti jalan-jalan ke Gunung Angsi... moh ler kita jalan tempat lain plak ya...

Thursday, October 27, 2011

Jalan-Jalan Ke Gunung Angsi ( Bah.1 )



Hujung bulan september yang lalu, aku , Kak Eqin, Kamil , dan beberapa orang pelajar SKM jalan-jalan ke Gunung Angsi ... yang terletak di Kawasan Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul , Kuala Pilah... tompek eh memang lah cantik.. selesa dan damai sekali...sebonar ehhh, eden tak nak citer lobih-lobih lah.. tengok ee lah gambar kat bawah ni haa... sonang citer..

Posing manis kat van kesayangan kami..heheeee.... kak Eqin


Gambar ni diambil semasa kejadian mendaki di tahap 3 ,bak kata peminat game level 3 lah..heheeee... caya lah ...

















Ni plak, eden tak tahu lah...tak silap den masa ni Kak Eqin tengah memikirkan strategi untuk ke atas puncak kot... hehehhehe





Debarnya Semakin Terasa

Hadoi debaranya semakin terasa lah... ya hadoi.. hehehehhe, gelak sakan bila tengok cerita edisi khas... ya hadoi yai... hahhahahha,,,,gelak-gelak jugak... debaranya semakin terasa... masih berbaki 2 minggu sahaja lagi.. majlis bakal berlangsung ...

Doaku semoga majlis berjalan dengan lancar ....

setakat ni sahaja lah ya .. t kita chit chat lagi...

Tatkala Sudah Tertulis

Semalam, sedang aku siap-siap untuk ke pejabat... Kak Zizie bagitahu yang ayahanda En Mizan telah pulang ke Rahmatullah... Al-Fatihah balas ku.... semoga ayah beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh... dan semoga rohnya dicucuri rahmat ....

Dan pagi itu juga, aku, Kak N, Kak Mie,Kak Zizie , Azhar, En. Warid, Sayeid, dan En Anuar pergi menziarah... ku lihat sekujur tubuh diam kaku membisu... air mata ku hampir juga menitis.. al maklumlah.. kita juga akan merasa saat kehilangan ... semua orang akan merasa detik itu... tapi siapa lah kita untuk menghalangnya.. jika semua itu sudah tertulis sejak azali lagi...

Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mendoakan kedua ibubapa kita ... samada mereka masih hidup atau sudah tiada lagi.... janganlah diputuskan doa buat mereka... itu pesanan yang ku pegang sampai ke hari ni....


"Ya, Allah kasihanilah kedua ibubapa ku sepertimana mereka mengasihi diri ku.. rahmatilah mereka di dunia mahupun di akhirat kelak".. aminn..


Tuesday, October 25, 2011

Sudah Tiba Masanya

Pagi ni hujan turun dengan lebat sekali, tapi rasanya hari ni lagi lebat hujan air mata yang turun tatkala mendapat berita perginya andak Karim ke Rahmatullah, menghadap sang Pencipta ... macam mimpi ja berita yang aku dapat tahu melalui khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh adik ku, pada mulanya aku terkejut juga ehhh, kenapa pula adik aku mesej pepagi ni... dia tak pernah begini, selalunya waktu malam sahaja dia akan bertanya itu dan ini....

Selepas membaca mesej tersebut , tiada lain keluar daripada mulut aku... hanya Al-Fatihah yang ku tuturkan ... sebak di dada... teringat kembali waktu terakhir aku dan keluarga berjumpa beliau adalah semasa hari raya pertama 2 bulan yang lepas... dan raya haji bakal menjelma lagi....semuanya hanya tinggal kenangan... baru aku terdetik untuk bertanya tentang lembu-lembu peliharaannya.... dan sangat terujanya lah aku untuk berjumpa dengan beliau pada hari raya haji untuk menjemput beliau dan keluarga datang ke majlis ku nanti.... memadailah...aku sudah berniat untuk menjemput.... biarlah menjadi kenangan,...

Secara jujurnya, kami sekeluarga memang rapat dengar arwah... susah senang kami ...beliau sahajalah yang tahu... sudah tiba masanya , beliau pergi jua...pulang ke Rahmatullah....semoga roh beliau dicucuri rahmat hendakNya.


- Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.....Al-Fatihah.

Tuesday, October 18, 2011

Ya... Semakin Hampirlah

Memandangkan sekarang ni sudah menginjak ke tanggal 17hb Oktober, baki hari yang tinggal adalah lebih kurang dua minggu untuk melangsungkan majlis kenduri, baru-baru ni aku sempat jugak melarikan diri untuk pulang ke kampung, hal di kampung sudah pun selesai diuruskan.. syukur Alhamdulillah....

Hanya tinggal untuk hari langsung sahaja, dalam pada masa yang sama juga... aku mula risau ...... memandangkan waktu kenduri diadakan pada bulan November... dah tentulah masa tu musim tengkujuh..seingat aku.... banjir yang melanda Gemas pada bulan Februari yang lalu telah meneggelamkan beberapa tempat di kawasan Gemas... huhuuuuu.... kejadian alam.. siapa yang dapat menandinginya... perhentian bas Gemas dipenuhi dengan lumpur, sawah padi hanyut tenggelam dah tak nampak rupa sawah...kedai di sekitar Gemas habis dipenuhi lumpur, jalan nak ka umah aku terpaksa melalui jalan-jalan lain, huuhuuuuu.....

Niat aku nak bergambar kat sawah padi tak tahu lah tercapai ke tidak.. tak apa lah... mungkin tiada rezeki .. lain kali boleh bergambar lagi... okaylah, setakat ini sahaja dulu.... permisi...


- Semoga dipermudahkan segala urusan , aminn..

Thursday, October 13, 2011

Apabila Terlalu Peramah Di Laman Muka Buku

Baru-baru ni aku kerap juga terpandang di dinding laman muka buku kepunyaan beberapa orang kawan-kawan ku, cerita mereka lebih berkisar tentang hal peribadi mereka... dan baru-baru ini jugak aku telah terbaca beberapa perihal yang pada pandangan aku 'di laman muka buku bukanlah tempat untuk memperdagangkan cerita peribadi'..sekeras-kerasnya aku berpesan pada diri ku... bukan di sini tempatnya...

Ya benar, barangkali pada tanggapan mereka........... menulis apa pun di dinding mereka adalah hak mereka.. siapa kita untuk menghalangnya..tetapi sekadar berpesan ..bukan ka sedikit sebanyak kita telah memberi peluang kepada orang lain mengetahui aib sendiri dan bukan ka itu adalah perkara yang amat -amat disegani....dan perlu dijauhi.... memanglah untuk berkongsi dengan teman-teman... tetapi tidak semua perkara kita mesti berkongsi dengan teman-teman di laman muka buku....

Seboleh-bolehnya , ingin sangat aku tahu..apa ya motif mereka sehingga berlaku perkara sedemikian... memang lah tak salah untuk bersosial di laman muka buku..tetapi bukan ka kita seharusnya ,sewajibnya mengetahui batas-batas pergaulan apabila berada di dalam laman muka buku..... ya... cakap memang mudah .....tapi kalau dah 24 jam bersama berkepit dengan laman muka buku..apa lagi coretan nya ..begitulah jadiknya....

Dan tidak dinafikan jugak, aku suka jugak melihat kiriman yang ditulis oleh kawan-kawan ku yang mana kisah di dinding mereka banyak memberi manfaat ..ini termasuklah melibatkan soal kehidupan kita seharian, alam sekitar,dan seangkatan dengan nya... mesej yang disampaikan sunguh-sungguh terkesan... dan sedikit sebanyak memang banyak input baru yang kita dapat tambah......

Memandangkan semua orang mempunyai laman muka buku,,,,..pastinya mempunyai kisah tersendiri kan..pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat... terpulanglah kepada individu tersebut..... berfikirlah sebijaknya sebelum dikau berkata-kata di laman muka buku.... semua orang memerhatikan mu....

okay,,, setakat ni sahaja lah luahan ku.... ini bukanlah untuk menunjukan betapa aku seorang yang baik..okhh tidak ..bukan sama sekali... ini hanyalah luahan ku sekadar renungan..kerana diriku juga mempunyai laman muka buku~....


fikir-fikirkanlah...............

Monday, October 10, 2011

Masanya Hampir Tiba

Hari ni dah sepuluh hari kita berada di bulan Oktober 2011... masih berbaki 32hari lagi tuk majlis kenduri kat umah... satu hapa pon belum sempurna lagi... memandangkan aku belum lagi pulang ke kampung..persiapan yang perlu dilakukan hanyalah berkisarkan kepada hal2 hantaran sahaja... huhuhuhu, aku tak tahu lah ... nak kata aku ni tak risau tipu lah plak.. nak kata aku tak eksited lagi lah aku tipu..kekekekkek... dalam hati ni duk dag dig dugg aja... humanggaaaaiii...

Masuk hari ni sahaja, cuti aku masih lagi belum diluluskan lagi, seingat aku lah .. borang cuti aku tu aku hantar selepas naik cuti raya Aidilfitri..kelassssssss ko Jah~..eksited betol ko Jah ..bukan eksited..memang dah tabiat aku suka mohon cuti awal22..nanti senang.. dan sampai sekarang cuti aku masih lagi berada dalam pemerhatian..erkkk pemerhatian.. bukan.... dalam bilik BB..huuhuhuhhhhhhhhhuhuhuu..... hari tu BB kata cuti dah lulus, but now... form tu masih tak dapat lagi... hadoiiiiiii,,gelisah bukan kepalang aku dibuatnya... cukup sudah satu bulan 3 minggu sudah aku hantar form cuti.. aaaaaaaaaaa.....

Berbalik kepada persiapan yang tak sempurna lagi..hhhuhu boleh plak gitu,,, warna set hantaran sudah pun ditetapkan... barang2 hantaran sudah pon lengkap dibeli... baju tunang masih lagi dijahit oleh tukang jahit ku...bercakap tentang baju tunang ni... ingin aku kongsikan beberapa cerita yang pada pandangan aku agak lucu juga ..hahhahahah... untuk pengetahuan.. tema yang aku idamkan adalah putih + merah jambu...warna peberet aku ni...sebenarnya aku dah berangan nak buat tema gitu..memang minat warna tersebut..tetapi ku terpaksa lupakan hasrat ku .. huhuhuhu..tetapi warna hantaran daripad apihak lelaki tetap warna itu..hehheheheheh...sukanyaaaa...nak jugak ya.... hahahahhah

Memandang kan pada hari raya pertama, kami sekeluarga bertandang ke rumah atuk di Bukit Rokan, cerita ku dengan sepupu ku banyak berkisar tentang baju yang dibeli olehnya semasa kakak sepupu ku bertunang tahun lepas... okay,,, sedang kami asyik bersembang.. tetiba mak andah ku menyapa ku..kakak nak beli ka baju tunang.. tak payahlah... mak candah sponsor, t naju tu leh simpan wat kenangan...... huhhh.. sponsor tak payah lah mak andah... huhuu gusar ku....takut menyusahkan... itu niat ku seboleh2 menolak ..sudahnya.. aku tewas jugak .. aku kata okay lah... mak andah temanya putih ya... akak nak yang sesimple ja.. tak nak yang over sangat..hehehhehe ringkas sahaja pinta ku... mak andah kata ..okay mak andah belikan.... lepas raya t... balas ku lagi,, bila beli baju kain putih t nak tambah manik ja kat tangan letak warna pink ..cantik t .. .... bersemangat aku cerita....

Selepas sebulan raya, sepupu ku telefon ...katanya mak ada kat Nilai sekarang ni.. beli baju akak ..haaaaaaaaaa..sampai ke Nilai ..huhuuhuh,,, t akak amek baju kat Rokan lah.... okay,,,, minggu tu jugak aku dan si dia balik ke rokan... hehehhe.... dalam hati ni dag dig duggg..camana lah upa baju aku nanti ehhh.... huhuhuh... sampai ja kat Rokan.. ada atuk, sepupu ku, pak andah, dan pak chiekkk... aiyooooooo......

Huhhhh,, ni lah baju akak .. huhh.. dalam hati aku.. nak ketawa pon ada jugak sebenarnya... ternyata.. tekaan ku silap.. huuhuh,, teryata baju yang dibeli oleh mak andah ku lebih advance lagi daripada apa yang aku perkata kan... bajunya warna silver.. penuh rambu ramba..eehhh macam lagu Rohana Jalil ja.. alaaaaaaa, yang ada sebut rambu ramba..serius aku tahu yang tu sahaja ..wakaakakaaaaa...... lantas ku katakan kepada mak andah... terima kasih mak andah.... dalam kepala aku ligat memikirkan camana ya upa aku t bila pakai baju ni..huhuuhuh.... sebenarnya aku ni tak pernah mencuba benda baru... termasuklah berfeseyen luar biasa tetapi masih lagi mengikut batasan... ai malu taw... huuhuhhuh... kata si dia cantik nya baju... tapi kita kena beli kain satin putih ni ... t pakai putih silver ya... pinta ku.... sememangnya si dia memang mengharapkan daku memakai warna putih semasa majlis berlangsung nanti.... syukur .. tema tak lari daripada apa yang dia kehendaki... seboleh2 mahu melihat ku memakai baju warna putih.... senyum aku tatkala dia berkata begitu.. kita carik kain warna putih mutiara ya.. okay.... semuanya ku serahkan sahaja kepada si dia.. ... setelah menjamu selera mee hoon goreng yang dimasak oleh mak andah ku... kami berdua pun mengatur langkah tuk pulang ke Seremban.... ye lah.. nak hantar aku balik plak..hhhhhhohohohoho...bas malam2 ni ado..tapi bahayo lahhh ..naik bas sensowang... uuuishhhhh....

Sebelum bertolak ke Seremban, aku nak ke Tampin dahulu..mencari kain satin warna putih... sampai sahaja di Nagoya.. si dia yang banyak memilih... ahhahahha... aku ni dah macam budak kecik dah... mengikut sahja katanya .. mengiya kan sahaja .... cantik bagi dia cantik lah bagi aku... sebenarnya..masa tu aku dah tak leh berfikir dah... hahhahahahha.... disebabkan kain yang berambu ramba..hahhahahhahahah..... sudahnya si dia memilih kain satin yang putih mutiara .. cantik juga semasa si dia buat padan warna dengan kain yang diberi oleh mak andah ku... senyum ja aku....

Memandangkan hari sudah menjangkau ke isyak, kami meneruskan perjalanan ke Seremban... emmmm.. jangan risau lah.. t dah siap jadi baju mesti cantik... mesti mak andah suka bila baju ni dipakai oleh anak buahnya.... emmm baiklah...... kata ku ringkas smabil melemparkan senyuman.. ... sampai ja di Seremban.. kami berdua terus menuju ke kedai makan.. lapar bebenor dah ni.... hehhehhhehh....


Selepas kejadian itu, aku masih lagi memikirkan keadaan majlis ku nanti..semoga semuanya berjalan seperti yang dirancangkan... semoga diberkati hendaknya ikatan kekeluargaan antara kami berdua..satukan kami ke jalan Mu,,ke jalan yang diredhai oleh Mu,... permudahkan segala urusan kami, perluaskan segala nikmat rezeki mu kepada hamba-hambaMu .... dan jadik kan lah kami dalam kalangan orang-orang yang sentiasa bersyukur dengan pemberian mu... Al-Hamdulillah..syukur nikmat...


~ Senyum dalam tangis dengan pemberian Mu,... syukur ALhamdulillah...

Wednesday, September 28, 2011

Nak Belajar ka Nak Mengorat Ni

Meh-meh sini , aku sambung balik cerita... masa peringkat permulaan perkenalan kami ... aku dengan dia ni tak banyak bertegur pun.. kalau jumpa atau terserempak hanya senyuman nipis ku berikan... masa tu muka aku memang berlagak gila, dah lah sombong muka plak ketat..tak dinafikankan, kalau ada orang yang pernah berkata-kata tengtang siapa diri aku yang sebenarnya aku tak kisah pun.. sebabnya kebanyakkan kawan-kawan yang aku pernah kenali mereka juga berkata perkara yang sama... ahhhh ko fara, pertama kali aku tengok ko ... prghhhh minah ni sombong gila, kihkihhh..tetapi bila mereka dah kenal dan rapat dengan aku ..barulah mereka tahu watak diri aku yang sebenarnya...

Mesti si dia pun pernah rasa begitu kan, minah ni memang berlagak betul... kihkihkih... tapi paling best ..perkenalan tu kekal sampai ke hari ni... memang tak sangka kan... kejap benar masa berlalu... rasa baru macam semalam ja kenal dia... ingat lagi masa 18hb Julai 2009... masa tu hari lahir aku yang ke berapa ekkk... tetiba ja aku tak ingat ..hehehhe.... kami g menonton wayang kat JJ tengok cerita Harry Potter.. best gak ceritanya.. kalau nak tahu tu lah kali ke dua aku masuk panggung.. hahahhahah..kali pertama aku g ngan As..masa tu aku duk Puchong Perdana..dia ajak aku p tengok cerita Nana Tanjung kat IOI Mall Puchong..aku suka lepak sana.. best ja.. tak ramai orang... senang aku nak berlegar... sampai sekarang aku tak tahu As pergi mana...huhuuhhu, terputus hubungan..

Selepas habis menonton, kami pun cepat2 tuk pulang... asrama aku ni plak tutup tepat-tepat pukul 11.00malam... kelam kabut lah aku jalan.... sampai ja kat asrama.. si dia menghulurkan aku hadiah berisi kerongsang putih... cantik sangat... aku pun senyum ja lah .. terima kasih... dia pun senyum ja... sampai ja bilik, erkkk.. member2 aku belum tidur lagi... depa dok nunggu aku.. sebok nak tanya itu nak tanya ini...aku pun cerita lah ...hehhehe... pelik betol... kalau nak tahu aku tak suka sebenarnya dengan pelajar TNP..kihkih.. tak tahu lah kenapa... dan masa tu plak.. aku baru ja putus cinta.... huuhhuhu..susah kot nak terima mana-mana lelaki ..setakat kawan tu boleh lah... dan si dia pun tahu aku memerlukan sedikit ruang dan waktu... biarlan masa yang menentukan... jodoh ajal maut semua ditangan Tuhan.. tu ja yang dapat aku katakan...

Lebih kurang 1bulan berlalu, perkenalan kami semakin mesra... pantang ada masa ..kami akan dok bertangged, berfrenster, berym... dan pantang ja bilik ICT tu tak da orang...muka-muka kamilah yang ada kat dalam tu... alasan nak siapkan buku laporan praktikal..wahahahhaha..upanya lain kerjanya... paling tak boleh dilupakan tarikh 29hb Ogos 2009.. tarikh tu lah kami telah declare .....hehhehehhe tarikh tu jugak tarikh lahir cikgu Amir @ ayahanda... tarikh tu memang aku ingat sampai bila -bila....

Syukur Alhamdulillah, sampai ke hari ini.. kami masih lagi kekal .. menjaga hubungan ini sampai ke destinasi semoga dipermudahkan hendaknya ...





Tuesday, September 20, 2011

Nak Belajar ka Nak Mengorat Ni ( 1 )

Seingat aku lah kan, pada bulan Jun 2008 aku masih lagi bergelar pelajar, tapi masa tu digelar sebagai pelajar praktikal ..tempat praktikal aku tu tak jauh dan tak dekat , camana tu ek... sendiri mahu ingat lah..kalau dah susah aku nak ulang alik balik kampung tu maksudnya jauh lah ..hadoiiiiyaii..hehee..masa praktikal mestilah ada kisah yang panjang kan barulah ceria hidup ..hahhahah,.. kerja aku cukup senang, bantu apa yang patut ja....al-maklumlah pelajar praktikal lah katakan... masuk pejabat pukul 8.00pagi dan balik pukul 5.00petang... ehhh, itu kalau hari jumaat ..kalau isnin hingga khamis baliknya pukul 5.15petang...malamnya pulak, kerja aku biasalah... menulis entri dalam buku laporan..bosan wehhh, malas nya weh... huuhuhuhhu...buat aja lah ..huhuhuhu

Tapi aku ni beruntung sikit lah, sikit je lah pun..hehehhe... sebabnya aku dapat buat praktikal dengan member2 baik aku semua... dasat sungguh semua dapat tempat yang sama .. bezanya kami ditempat kan di jabatan yang berbeza.. huuhuhhu,..tapi tak pa..itu cuma sekejap ... hahahhahah...

Tinggalkan sekejap bab kawan-kawan aku ni,..meh aku cerita tentang kejadian yang luar biasa tetapi biasa berlaku di mana-mana tempat sekali pun..jika itu sudah tertulis ..wahahaahahhah..kejadahnya lah plak... memandangkan aku ni dihantar dibahagian akaun dan tajaan.. jadiknya kerja aku ni memang sentiasa berurusan dengan pelajar jika khidmat aku diperlukan..jika sebaliknya aku duduk rehat je lah ..kihkihkihkihhh... sambil duduk goyang kaki sambil memandang ke pintu luar .... bukan luar sangat pun.. huuhhuhuhu... pintu yang pelajar sering gunakan untuk berurusan dengan pendaftar dan unit rekod... dan pada saat itu lah..terjadiknya suatu pertemuan yang tak disangka....memang tak sangka .. sampai lah sekarang ni..aku rasa macam dalam mimpi ja ..

Pada masa tu... tengah musim program jangka pendek ... khas untuk golongan graduan, belia dan pekerja yang diberhentikan kerja... ntah macam mana plak, sedang aku duduk -duduk...tetiba muncul lah seorang jejaka ... sebelum tu serius sangat-sangat,.nama dia aku tak tahu dan aku tak nak kenal pun siapa dia ..hahahhaha..berlagak gila ko fara... alaaaaa... aku buat muka sombong tahap kronik.. memang kronik lah masa tu... aku pun keluar lah , ye kenapa ...sapa aku.. si jejaka tu pun balas sapaan ku..'akak, saya nak jumpa owang yang handle TNP ni boleh? ..macam tu lah ayat dia... yang aku ingat sampai sekarang perkataan akak tu.. akakkkkkkkk..sambil aku pandang tepat kat muka dia n senyum sinis .. kejap ya , balas ku..terhegeh2 lah aku jalan g jumpa Kak Nani..sebab program tu dia yang handle.. aku pun bawak lah si jejaka tu p jumpa Kak Nani... dan aku pun terus lah berlalu ..sambung balik duduk -duduk ...kihkihkihhhh...

Aku pun buatlah kerja macam biasa, masuk pejabat macam biasa, balik pun macam biasa je lah..dan ada kalanya luar biasa tapi tak bapa nak pelik pun..wahahahaha...... sepanjang aku dan kawan2 menghabiskan masa di Seremban, waktu kami banyak diluangkan duduk bersantai di City Park Seremban 2...tengok ikan, tengok orang, tengok orang tengok ikan ..jalan-jalan pusing satu park...huuhuhuhuh... ada lah satu malam tu,... ntah macam mana teringin sangat nak naik buai ..kami pun cuba-cubalah naik...tak sampai 10minit ..lagi jauh dah dengar suara orang terjerit2..heiiii...jangan naik buai tu.buai tu untuk budak kecik ja... hhuuhhu..hahhahah sambil tersipu-sipu kami pun turun lah ..hahahhaha... dan memandangkan jam sudah pun menunjukan pukul 9malam.. cecepatlah kami mengatur langkah tuk pulang ke asrama...huuuhhu.. asrama lagi .. bohsan...

...dan apabila aku dikehendaki kerja luar..perkhhhh..memag tak best langsung..memandangkan masa tu.. syarikat ada buat program..terpaksalah kami mengikuti program yang diarahkan ..masa tu program tu tentang pameran kerjaya bertempat di Rembau... dan pada ketika itu lah aku mula mengenali si dia dengan lebih rapat lagi... dan pada hari itu juga lah si dia kehilangan kad pengenalan dan pada hari itulah si dia mula memikirkan masa depan hahahahahah,... mula mendaftar sebagai pengundi ..kihkihkihhh... kesian dia... macam-macam...

Tinggalkan kejap cerita di Rembau, meh sambung balik cerita yang berlaku di Seremban pulak...hehehehhe.... ada lah satu petang tu ..... tak ingat pukul berapa..yang pasti hari tu adalah hari cuti ..hehehhehe, masa tu aku tinggal seorang ja kat asrama... Kak Ejan g jalan-jalan kat JJ, Faradila plak balik kampung..si Dila plak keluar p umah makcik dia ... hehehehheh.. tetiba telefon ku berbunyi heheehhehehe... si dia ajak g citypark..apa lagi .. orang dah ajak.. nak aja lah.. kahkahkah... masa tu .. kami berdua ja ..g jalan-jalan kat Citypark..seronok gak dengar dia cerita ... cerita masa zaman budak-budak .. indah kan masa tu..ceritera yang pelbagai.. penuh dengan hilai tawa..hehehhe


Wednesday, September 7, 2011

Saya Ni Pemalu

Percaya atau tak itu adalah sifat aku yang sebenarnya, tak kisahlah kalau hampa semua nak cakap aku sombong ka berlagak ka apa ka,... mintak maaf aku ni pemalu sangat..diam je lebih baik bagi aku..diam seketika..hahhahaha.. bila aku tengok keadaan dah menjadi semakin riuh baru aku masuk menempel ..kihkihkih.... emmm, hari ni dah raya ke9, syukur Alhamdulillah,, sekejap je kan..masa raya ke 6 ritu, aku dah dirisik... abang cinta ku dah datang bersama keluarganya... masa merisik ni, biarlah 2 2 pihak mengenali antara satu sama lain..supaya tidak timbul apa-apa perasaan di kemudian hari..syukur Alhamdulillah,..nampak gayanya ada persefahaman...

Cincin di jari dah pun tersarung menandakan diri ni dah ada yang bertanya tuk mengikat janji perhubungan...hehe, tak boleh nak cerita lelebih ,,,benda belum pasti.. biarlah seketika...

- Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku, aminn

Wednesday, August 24, 2011

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 30

Yaa Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-MU dan keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya, Demi kenabian Mohammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.



Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 29

Ya Allah, limpahkanlah rahmat-Mu atasku, anugerahkanlah kepadaku di bulan ini taufik dan penjagaan, dan bersihkan hatiku di bulan ini dari mencela, wahai Dzat yang Maha Pengasih atas hamba-hamba-Nya yang Mukmin.




Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 28

Ya Allah, sempurnakanlah bagiku di bulan ini ibadah-ibadah sunnah, muliakanlah aku di bulan ini dengan memahami setiap masalah (yang kuhadapi), dan dekatkanlah di bulan ini perantaraku menuju ke haribaan-Mu, wahai Dzat yang tak disibukkan oleh rintihan para perintih.


Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 27

Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku di bulan ini keutamaan Lailatul Qadr, jadikanlah urusanku yang sulit menjadi mudah, terimalah ketidakmampuanku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, wahai Yang Maha Kasih kepada hamba-hamba-Nya yang soleh.


Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 26

Ya Allah, jadikanlah usahaku di bulan ini disyukuri, dosaku diampuni, amalku diterima dan kejelekanku ditutupi, wahai Dzat Yang Lebih Mendengar dari setiap yang mendengar.

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 25

Ya Allah, jadikanlah aku di bulan ini pencinta para kekasih-Mu, pembenci para musuh-Mu, mengikuti sunnah penutup para Nabi-Mu, wahai Penjaga hati para Nabi.



Tuesday, August 23, 2011

Bestnya Dapat Kad Raya

Hehee, memang best sangat..apabila kad yang kita hantar dibalas kembali... seronok bukan kepalang.. wahaahaa... sudah menjadi rutin untuk menghantar kad raya.. kad untuk atuk di kampung sudah pun selamat diterima, kad untuk keluarga pun sudah diterima, kad daripada kawan- pun sudah ada yang sampai, walaupun ada beberapa keping kad lagi yang belum sampai ke tangan ku,..huuuh(agaknya,pakcik posmen tu sesat kot wahahaa) daripada orang tersayang, aku dapat 2 kad..kelas ko Jang..hahhahah
(iklan air ribena lah, tapi bukan jang ,.sepatutnya Jah,..tapi memandangkan dia lelaki gunalah Jang ) wahahahhah...puitis sungguh dia berkata-kata,terharu..wahahaah...

Memang menjadi kegemaran, mengumpul kad raya dan kad kahwen.. hehhehe,tapi memandangkan sekarang bulan Syawal bakal menjelma,... aku kenalah kumpulkan kad raya..hehheh,,,seronok sangat... ingat lagi masa zaman sekolah,... seboleh-boleh nak mintak keluar sekejap...g naik motor balik umah kejap... nak g tengok peti surat kat umah...nak tengok ada sampai tak kad raya... hahhahah,..boleh plak gitu..ada ka patut... kali ke dua lepas lah buat cenggitu, kali ke tiga...lepas jugak..lepas ke bilik guru HEM..wahahahha,..kena marah ..bukan sorang-sorang..ramai-ramai...paling tak boleh diterima akal adalah,.. yang buat cenggitu semuanya golongan PENGAWAS @ PENGGANAS..waaaa,memang pecah rekod...

Sejak kejadian itu, semua nya tukar kad raya kat sekolah ja,..siap-siap tulis.. cecepat p masuk kan dalam beg orang yang kita nak bagi tu, nanti kawan tu bukak, mesti sonyum lebar.... wahahhah, lepas tu mulalah tersengih-sengih sensorang.... mmmm, bestnya kalau diingat semula,.. masih jelas diingatan... terpancar wajah setiap kawan2 yang terima kad masa tu..meriah,.. gelak besar2..huhuuh..kurang sopan nya ... sebab apa ,,,sebab baca dialog kartun dalan kad tu... gelak macam nak guling2 kat bawah.. hahhahah...best best....

Okay, tataa... selamat menerima kad raya, selamat menulis kad raya, dan selamat membaca kad raya... dan saya masih lagi meneruskan mennati kad raya..hehehehhehh....

Bingkisan Secebis Kasih ( Akhir )

Lagi beberapa hari lagi, Syawal bakal menunjukkan wajahnya..syukur Alhamdulillah..ayah dah beransur sihat... selepas insiden yang ayah di masukkan ke wad ... terfikir daku sejenak, adakalanya kita ini diuji dengan kegembiraan, dan adakalanya kita diuji dengan rasa pedih dan sakitnya hati untuk menghadapi hari-hari yang mendepan... dan sejak insiden iu, aku dapat merasakan suatu perasaan luar biasa " tabah" ...yang sejujurnya , aku tak pernah merasakan nya ... jika tabah yang ku rasakan sebelum ini , aku terkandas jua akhirnya ... sejujurnya.. ini lah ujian yang diturunkan buat kami sekeluarga ....

Amin, segalanya dapat dihadapi dengan tenang,... demi menjaga dan mengisi segala peluang yang ada... hargailah orang-orang tersayang disekeliling kita... walaupun sedetik cuma.. nilainya tidak terkata, hanya senyuman yang dapat menjelaskan segalanya...

Biarlah, kasih yang disemai kekal dalam ingatan, budi yang baik dibalas baik, Hanya Allah s.w.t yang mengetahui segalanya .. syukur, Alhamdulillah..

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,


Ramadhan 24

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu di bulan ini segala yang mendatangkan keredhaan-Mu, aku berlindung kepada-Mu dari segala yang dapat menimbulkan murka-Mu, dan aku memohon kepada-Mu taufik untuk menaati-Mu dan tidak bermaksiat kepada-Mu, wahai Yang Maha Dermawan terhadap para pemohon.



Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 23

Ya Allah, sucikanlah aku di bulan ini dari dosa-dosa, bersihkanlah aku di bulan ini dari segala aib, dan ujilah aku di bulan ini dengan ketakwaan, wahai Pemaaf segala kesalahan orang-orang yang berdosa.



Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 22

Ya Allah, bukalah bagiku di bulan ini pintu-pintu anugerah-Mu, turunkanlah kepadaku di bulan ini berkah-berkah-Mu, berikanlah taufik kepadaku di bulan ini untuk mencapai keredhaan-Mu, dan tempatkanlah aku di bulan ini di tengah-tengah syurga-Mu, wahai Pengabul permintaan orang-orang yang ditimpa kesulitan.




Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 21


Ya Allah, berikanlah kepadaku di bulan ini sebuah petunjuk untuk mencapai keredhaan-Mu, jangan Kau beri kesempatan kepada syaitan di bulan ini untuk menggodaku, dan jadikanlah syurga sebagai tempat tinggal dan bernaungku, wahai Pemberi segala orang-orang yang meminta.



Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 20


Ya Allah, bukalah bagiku di bulan ini pintu-pintu syurga, tutuplah untukku di bulan ini pintu-pintu neraka, dan berikanlah taufik kepadaku di bulan ini untuk membaca A-Quran, wahai Penurun ketenangan di hati Mukminin.


Friday, August 19, 2011

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 19


Ya Allah, sempurnakanlah bagianku di bulan ini dengan berkahnya, permudahlah jalanku untuk menempuh kebaikannya, dan janganlah Kau halangi diriku untuk menerima kebaikannya, wahai Penunjuk Jalan kepada kebenaran yang nyata.

Thursday, August 18, 2011

Bingkisan Secebis Kasih ( 1 )

Syukur Alhamdulillah, hari ni ayah dah boleh kuar dari Hospital Seremban, 4 hari ayah kat sana...gundah gulana kami sekeluarga... ingat lagi sewaktu dikhabarkan yang ayah dimasukan ke wad , di Hospital Tampin... masa tu malam Isnin lebih kurang pukul 10.00malam, hilang kata-kata aku, pada malam tu jugak aku rasa hidup aku dah tak setenang yang aku lalui seperti biasa. Selesai ja semua urusan di rumah, pagi isnin tu...aku masuk ke pejabat sekejap bagi menyelesaikan beberapa hal ... tepat jam 9.00 pagi aku dapatkan keizinan daripada Big Bos dan Unit Sumber Manusia bagi memohon cuti kecemasan... syukur aku cuti..lau tak dapat lah cuti..aku ponteng ja..huhuhu... yang penting aku dapat tengok ayah ...

3 jam selepas tu, mak telefon ...katanya ayah dah dibawa ke Hospital Seremban, dalam hati aku teruk ka keadaan ayah sekarang ni... dan masa tu jugak.. aku mula menunjukan reaksi tidak puas hati pada doktor di Tampin.. kenapa mesti hantar Seremban..bukan ka sepatutnya doktor tersebut perlu mendapatkan keizinan samada mahu menghantar ke Seremban atau ke Kuala Pilah.... sebenarnya aku lebih suka jika ayah dihantar ke Hospital Kuala Pilah ... selesa dan doktornya pun pakar juga..huhuuu... nasib lah masa mak telefon aku dalam bas , dalam perjalanan nak ke Tampin.. lambat gila bas ...hati aku dah meronta dah ni...supaya cepat sampai....menangis tak payah cakap lagi lah...habis basah dah..huhuhuu....

Setibanya aku di Hospital Tampin, aku lihat wajah mak..terpancar di wajahnya... dalam hati aku,, sabar ya mak.. ujian buat kita..semoga ayah cepat sihat seperti biasa..dalam aku memikirkan keadaan ayah di sana, sampai lah kaum kerabat ku ... kami terus menuju ke Hospital Seremban..walaubagaimanapun, mak dan kaum kerabatku sampai dahulu..setengah jam kemudian.. barulah aku muncul..masa tu jam menunjukkan pukul 4.15 petang..waktu tu masa melawat belum tiba lagi.. tepat pukul 4.30petang baru lah pintu pagar tu di buka selebar-lebarnya ....huuhhu...

Selepas jam 4.30petang , aku dan yang lain-lain terus ke katil ayah.. aku lihat ayah tidur dalam keadaan menahan sakit..terus ku usai beliau...ku sentuh kepalanya, dan ku kucup tanganya..sambil air mata nya kelihatan menitis di pipi... setelah itu terus ku tanyakan doktor kata apa yah ..? ayah kata suspek demam... dan pada hari itu juga.. ayah sudah 3 kali di ambil darah ...masuk air lebih kurang 9 botol... pucat betul wajah ayah masa tu...

Lebih kurang pukul 5.15 suku petang, kami semua turun bagi menyelesaikan tanggungjawab kepada Pencipta..selesai sahaja,.. aku dan si Dia terus mencari juadah untuk berbuka puasa... menu pada hari itu: Nasi Putih, Tomyam campur dan ikan bawal masak kicap; rojak buah ,Minuman ; air oren,air milo panas, dan air tembikai laici... waktu berbuka semakin hampir , mak dan kaum kerabat sudah mahu mengatur langkah... terus ku serahkan bungkusan makanan tersebut buat bekalan berbuka di hentian..pesan ku kepada ayah,... esok akak datang ya... esoknya adalah hari selasa, aku masih lagi bercuti... dan esok aku akan datang bersama adik ku yang seorang tu Tina namanya....

Keesokan harinya pula, aku dan Tina tiba di hospital lebih kurang pukul 1.30petang,..aku masih lagi mempunyai baki masa 30minit bagi melawat ayah di atas, ramai betul orang hari ni..sudahnya aku ,Tina dan pelawat yang lain mendaki anak tangga sahaja.. wohohoohoho...handal betul aku ..rasa macam panjat gunung dah arrr... sampai di atas, aku lihat ayah sudah siap sedia untuk menerima kunjungan daripada anak -anak tersayang..terus ku kucup tangannya... ayah nampak semakin sihat,Alhamdulillah, desis hati aku... ku beralih pulak kat meja ayah...kelihatan fail kesihatan ayah ada di si tu, terus kubuka dan ku lihat catitan doktor yang memeriksa keaddan ayah sepanjang ayah berada di situ... emmmmmmmmmmmm, memang aku tak paham.. setakat dia kata fever, suspended, urgent , noted, ringkasnya istilah yang sudah biasa kita dengar bolehlah aku terjemahkan apa kejadahnya,tapi kalau dah terlukis TR0,SEGITIGA,TANDA PEPELIK, serius aku memnag tak tahu... mujur adik aku ni seorang jururawat..sampai sahaja di bait2 yang aku tak paham, aku suruh dia terjemahkan mengikut makna perubatan selepas di bahasa melayukan... maaflah, dulu aku amik biologi .. tapi tak lah secanggih tu.. wahahahahha...

Tak lama selepas tu, orang kampung datang melawat ayah, ku lihat uan Robiah, uan Piah, Uan Johari dan beberapa orang lagi ( barangkali aku pernah melihat mereka), huhuhuuhu... sempat aku tanya macam mana tarawih kat Rokan? meriah tak uan.. sampok uan Piah, tak meriah dah Fara... setiap peringkat daha da surau sendiri..ookhhhh ye ka, rindu nak terawih kat sana uan,..sejak dah pindah ke Gemas ni.. kenangan di Rokan seringkali bertandang di mata...serius aku rindu akan masa itu..bertarawih bersama kawan-kawan... pulang dari bertarawih berlumba-lumbaan siapa sampai dahulu di rumah..itulah perilaku budak berumur 13tahun ketika itu.... dan sekarang ni budak tu dah mencapai umur ke angka 24 tahun... sudah besar woooo..hahahha

Tepat pukul 5.00petang, terus ku atur langkah.. seperti biasa ayah..akak balik dulu ya.. t akak datang lagi ya.. esok Tina datang bawak barang yang ayah nak tu.. dipesannya buah anggur, serta pakaiannya... senyum ku lihat ayah... dan aku tinggalkan ayah bersama orang2 kampung yang datang melawat ... setengah jam selepasnya, aku dan Tina berpecah , Tina pulang ke kampung dan aku pulang ke Kolej... esok Tina akan datang membawa barang yang dipesan oleh ayah...




Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,


Ramadhan 18

Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 16

Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,


Ramadhan 15

Yaa Allah! Berilah Aku RezEki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Sunday, August 14, 2011

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 14

Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Kerana na Kekeliruan Yang Ku lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.


Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,


Ramadhan 13

Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Friday, August 12, 2011

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 12

Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Thursday, August 11, 2011

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 11

Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Wednesday, August 10, 2011

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 10

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada- Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Tuesday, August 9, 2011

Doa Di Bulan Ramadhan


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 9

Ya Allah, sediakanlah untukku sebagian dari rahmatMU yangluas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaranMUyang terang dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaanMU yang penu dengan kecintaanMU, Wahai harapan orang-orang yang rindu.

Monday, August 8, 2011

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,



Ramadhan 8

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap.

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,



Ramadhan 7

Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku zikir Berupa zikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang- Orang Yang Sesat.

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,



Ramadhan 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Kerana Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Friday, August 5, 2011

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,



Ramadhan 5

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Soleh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.

Thursday, August 4, 2011

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,


Ramadhan 4

Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah- Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan- Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.


Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,


Ramadhan 3

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki ,Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!


Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 2


Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan -Mu Dan Jauhkanlah Aku Dari Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Tuhan Maha Pengasih ...

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 1

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Tuesday, August 2, 2011

Doa Di Bulan Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak

Syukur padaMu Ya Allah,

Ramadhan 17

Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Selawat ke Atas Nabi Muhammad s.a.w Dan Keluarganya Yang Suci.




















Friday, July 29, 2011

-Seuntai Kata Untuk Dirasa

Minta maaf jika ada yang terkilan dengan sikap ku...
Minta maaf jika ada yang berkecil hati dengan perilaku ku
Minta maaf jika diri ini ada menyakiti kalian
Minta maaf jika diri ini terlalu mementingkan diri sendiri
Minta maaf jika diri ini banyak menyusahkan kalian

- Mohon maaf, sekiranya diri ini banyak menyakiti hati kalian,... doaku semoga kalian sentiasa diberkati hendakNya, amin.

Seuntai kata untuk dirasa,seuntai kasih mohon berpanjangan, disulam dengan doa dan harapan moga berkekalan dan dilimpahkan keberkatan dalam meneruskan kehidupan ...~~~~amin.


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan~.....................

Saturday, July 23, 2011

Apabila Umurnya Sudah Bertambah Satu Angka~

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya , 18hb Julai yang lalu telah dapat aku lalui dengan saat-saat gembira,... walaupun pada hari itu , aku sedang berpuasa sunat ... Syukur kepadaMu Ya Allah, kerana memberi peluang untuk aku masih bernafas dan berpijak di bumi mu ini . Terima kasih kepada ke dua ibubapa ku yang sentiasa berada disamping ku,membesarkan daku sehingga ke hari ini,... adik beradik ku , kaum kerabat ku dan rakan taulan yang mengenali diri ini,.. ucapan kalian sangat-sangat aku hargai,... semoga Allah merahmati kalian juga..aminnn...


Pagi itu, tenang sangat,cuaca cerah bersulamkan angin pagi .. menghembuskan udara yang nyaman... bunga-bunga di dalam pasu terjaga rapi,.. memasing mahu menunjukan warna kelopaknya yang cantik.. hari itu juga, aku berkongsi hari lahir yang sama bersama dengan sepupu ku Jiha namanya... sungguh tak sangka tarikh lahir kami sama... emmm, memandangkan aku tak pulang ke Rokan, aku hanya memberi hadiah kerongsang kepada mak supaya di beri kepada Jiha...itu sahaja lah yang mampu aku hadiahkan kepada Jiha,...
"selamat hari lahir semoga panjang umur dan murah rezeki" ,desis hati kecil ku...

Selamat Hari Lahir Siti Farah Diana Razak, semoga panjang umur dan murah rezeki..semoga segala impian mu akan menjadi kenyataan ...aminn...


Syukur kepadaMu Ya Allah, terima kasih di atas segala pemberian nikmat Mu kepada Ku
Terima kasih Mak , ayah....
Terima kasih kerana memebesarkan akak... sampai ke hari ini..
Terima kasih wahai adik-adik ku,...marah ku bukan bererti benci tetapi tanda sayang....
Terima kasih wahai saudara ku ,lama sudah tidak bersua...
Terima kasih wahai sahabat-sahabat ku... kehadiran kalian memeriahkan hidup ku..
Terima kasih wahai perindu ku ....sesungguhnya kamu adalah impian ku seterusnya ...


Friday, July 22, 2011

Jalan-Jalan Ke Kota Kinabalu ( Akhir)

Apabila jam alarm sudah memekik,segeralah aku bangun ....kerana pagi itu,aku sudah berniat untuk bersahur bersama Kak Nanis dan Abang Hanis,..kami bersahur untuk menjalankan puasa sunat ...pagi itu, Kak Nanis masak lauk gulai ikan kembung bersama bachang muda...sedap sungguh...memang selera aku makan...selepas ja bersahur,aku terus menunaikan solat subuh....barang -barang masih lagi belum dikemas...tiket pulang ke semenanjung pukul 10.55pagi...masa tu baru pukul 5.30pagi...

Terdetik jugak dalam hati, banyak jugak barang2 yang nak dibawa pulang ...huuuu..puas lah aku menjinjing jap lagi ni..desis hati aku,... tepat pukul 8.00pagi,aku dah siap dengan barang2 yang akan ku bawa pulang ke semenanjung..beg galas tekun aku check ,berzip ke tidak,dokumen perjalanan ada ke tiak semua,yang paling penting tiada barang yang tertinggal di rumah Kak Nanis,...huuhuhhuu..t mengagau aku nak p sana lagi,... hahhahahh....

Sebelum ke airport, kami ke Pasar Gaya dulu,. carik kain batik ,..Kain Batik Ayu,... sib bek jumpa kain batik tu .maaf ya mak andah, itu sahaja yang fara jumpa,... yang paling banyak ada ...kain batik 3 serangkai...huuhhuhu...tepat pukul 9.30pagi,kami pun menuju ke airport, siap2 tuk check -in...syukur, beg tak mlebihi had... boleh lagi sumbat barang... lebih kurang pukul 10.15pagi,aku pun siap sedia tuk pass boarding,.. tataaaa Kak Nanis, terima kasih bawak p jenjalan ya..t fara nak datang lagi ya... hehhehheh

Selepas 2jam lebih berlalu, aku pun sampailah di LCCT... sampai ja aku pun meluru lah mencari beg dari kargo,..tunggu punya tunggu,... apsal beg aku ni tak lalu lagi ni,..huhuhuhu....upanya beg yang aku sangka bukan beg aku ..adalah beg aku sebenarnya........huuuuu,boleh plak aku tak perasan...hahhahahha,wat muka selamba je lah aku....beg tu boleh aku biarkan berlalu begitu sahaja,sampai di huujung line,baru aku perasan ........ehhhhhhhhhh,itulah beg aku...whohwwwoohooooo...... sib bek tak do orang nampak,... setel ja,aku pun p lah menuju ke pintu luar,..hehehheh,,saya nampak dia.. heheh setianya dia menunggu saya .... tolong pikul beg,..beratlah..... pintaku,...

Sampai ja di ruang legar, mata aku ni tak henti2 memandang kat mamat sorang ni,... aku cam tang muka dia...tang rambut dia... memang aku cam... Si Abang Nas Rambut Ketak,... hahhahah,selamba je si Dia ... bertegur sapa.. sib bek orang tu okay ja,ramah lagi...siap tanya lagi..baru balik daripada ni?...hehhehehe,..aku senyum je lah,.. jawapan yang diperlukan sudah pun dijawab oleh si Dia...selamat tinggal Abang Nas Rambut Ketak....

~ Sesungguhnya , pengalaman yang aku dapat selama aku kembara di KK amat bermakna sekali, walaupun pergi seorang diri..... selamat tinggal KK,. Jumpa Lagi....


Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu…

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu….

sumandak sumandak pun ramai menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta….

saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu….

sumandak sumandak pun ramai menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta….

saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….

sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….



Jalan-Jalan Ke Kota Kinabalu ( Bahagian 2 )

Okay-okay aku sambung balik, masuk ja hari ke-2 bersamaan 15hb Julai 2011 .... tepat pukul 5.00pagi ja aku dah bangun solat subuh,.. lepas solat bagai semua..mata aku ni tak leh lelap dah.. aku pun duk lah kat balkoni umah Kak Nanis,.. dingin nya ku rasakan... tenang dan damai pagi ni... sekejap-kejap aku g menjengah kat dapur tolong apa yang patut,..sebab pagi tu Kak Nanis masak Laksa Penang,... sedap gak..aku pun duk tolonglah hiris timun , bersihkan taugeh,dan daun salad dihiris halus-halus...bab-bab sayur bagi ja kat aku..gerenti habis aku telan..hahhahahha...

Lebih kurang pukul 9.00pagi, kami pun meneruskan perjalanan ke Muzium Sabah, jaraknya dari rumah Kak Nanis ke tempat tu mengambil masa satu setengah jam.. sampai ke Penampang aku jalan.. sib bek tak masuk ka Beaufort..hahhahahah... lotih kaki den ni arrr,... hohoho,.tapi best tengok tempat orang .........

Sampai ja muzium Sabah, syok gila .. ada bakul besar sangat kat luar..alaa..macam replika lah.. memang bosar bonar lah bakul tu..tak terbawak kek bahu den ni do.... huhuuhh,.. habis ja kami melawat Muzium Sabah, kami menuju plak ka Tanjung Aru,..cantik pantai nya, pasir yang memutih, luas lagi permai.... terbentang laut nan indah.. burung-burung bertebangan di angkasa,... sayup-sayup terdengar ombak membelah pantai..aku pun duk lah membawa diri ke pesisir pantai,.. luasnya... Lepas p Tanjung Aru , kami p kat Universiti Malaysia Sabah,p tengok muzium marin... kat kawasan kampus eh ada pantai weh.. humaaaaaaaaaaaannggggai..memang cantik..puas den bergambar sakan,.. sompek lah den main mato ngan student kot ghaso eh ...student tu tongah memancing,..eden pun poie lah duk meninjau baldi eh..ado lah sekor dua ekor ikan.. ikan apo den tak tahu..susah nak cam.. (padahal tak tahu namo eh ) kek situ siap ada jeti lagi, ghaso eh tu untuk kemudahan pelajar di UMS kot..memnag best lah,..bosar gak kawasan eh,... eden ni plak dok lah mesej junior den yang belajar kat sini..upa eh..dia tak dok ..kobar eh poie kingfisher,.. angkuh eh kat situ diam eh,.. lau lah den tahu ,,maun den singgah jap kat kingfisher tu,.. sobab eh..nak keluar dari situ den lalu tompek tu... emm,,ekau balas lambat,.. den dah kuar dah..hahhahahahha

Jam sudah hampir menunjukan waktu Asar, kami pun menuju ke Masjid Negeri Sabah, cantik juga masjidnya, dikawal rapi ,semua kelengkapan solat dijaga dan disusun rapi ... kami pun tanpa berlengah terus menunaian kewajipan... lebih kurang pukul 6.00petang kami terus menuju ke Pasar Kampung Air ,... untuk membeli barangan yang telah ditempah,.. aku plak sibuk membeli cenderamata tuk diri sendiri, keluarga, dan kawan-kawan sepejabat... puas aku dok membelek,..apa nka bagi ni... sudahnya.. itu je lah yang aku jumpa....

Sehari suntuk berjalan, betul-betul tak larat ..penat berjalan lah katakan,..serius den cakap..p Sabah kalu setakat poie 3 hari memang tak cukup,.. elok eh poie seminggu,.. semuo tompek dapat p lawat....hohooh.... terasa lotih ehhh...