Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Wednesday, June 29, 2011

Selamat Tinggal Persada, Jumpa Lagi Di Lain Waktu (Bahagian 2)

Setel dah tugasan hari Ke Dua, kami pun siap -siap nak balik ke hotel.. penat dah rasa badan...nak rehat , nak makan.. hoohhhhhoh.....lepas makan... lebih kurang pukul 9.00malam, abang boboy kesayangan aku jemput kat depan hotel..bawak aku p depoh IPK JB.. kakak ipar aku dah selamat lahirkan baby yang comel.. aku pun lepak lah jap.. tepat kol 11.00malam.. aku pun balik lah ...

Ni pulak, gambar masa hari ke Tiga, hari jumaat yang penuh kedamaian...cuba tengok gambar tu bebetol, akak Eqin tu kenapa erk?... hahhahahhaha... tak silap aku,..masa ni memasing ngah menahan lapar ... lapar sangat-sangat... dah berbunyi perut ni dah ...macam-macam lagu dah kuar.....lepas habis ja kerja kat booth,.. girang rasa hati aku..nak tahu tak kenapa?kihkihkih...malamnya pulak ..kami nak g makan kat Stulang,..jauh tu beb...naik kereta... bukan jalan kaki pon..hahhaha...nampak laut..tenang ku rasakan..mata memasing dok meliar kat luar tingkap,.. kak tu ka Singapura ka ?,.. emmm.. aaakhhh ...bestnya..cantiknya alam.. indahnya ciptaan Tuhan... Maha Besar Allah, pencipta sekalian makhluk..

Hehehe, gambar kat bawah ni plaaaaaaaaaaak .. masa aku makan kat Stulang lah, masa ni aku ngah makan sotong goreng di dalam sampan....awwww, sedapnya... masa aku ngah makan sedap-sedap, tetiba mata kami tertangkap pada suatu kejadian, "kejadian ragut" ..kesian perempuan tu... peragut tu orang india,..semua pengunjung kat situ diam tersentak.. tak sempat nak berbuat apa-apa, memandangkan kami makan di ruang yang tertutup dengan pagar,.. apa yang kami boleh buat hanya berteriak,.. akhirnya peragut tu terus melarikan diri..


Apalah daya perempuan tu, wahai perempuan yang berada kat luar dan juga peringatan tuk diri sendiri, jaga diri anda..jaga keselamatan semasa keluar berjimba-jimba, amalkan keluar beramai-ramai.. malang tidak berbau.. sila ambil perhatian..




























Selamat Tinggal Persada, Jumpa Lagi Di Lain Waktu ( Bahagian 1 )

Sudah 3 hari kami meninggalkan Persada, Johor Bahru.. syukur alhamdulillah ..selesai sudah tugasan kami ke sana...

Seingat aku , kami bertolak dari Seremban tepat pukul 11.45pagi, sampai di Persada lebih kurang pukul 3.30petang ...cam tu lah ..aku pon tak ingat sangat, yang aku ingat .. hujan turun dengan lebat sekali setibanya kami di Pagoh .. perjalanan kami dari Pagoh ke JB diiringi dengan hujan ... yang paling aku ingat, aku tidur dengan lenanya ..hahahah,.. lena weh... enak diulik mimpi... member sebelah aku pon tidur gak... aku pon dok jeling-jeling tengok dia.. aku nampak ada wajah lena terpancar di muka dia.....kesian kak Eqin,..penat ya...hiihhih.. aku pon jeling kat kelindan( Si Kakak As )....hahahhaha, sudah semestinya kalau penumpang belakang lena, kelindan lagilah plak... ahahhahah..lena weh..sedang asyik ..zzzzzzzzZZZZZZZZZzzzzzz,... hehehhhe, dalam hati aku...biar betul semua tidur... ishishish..kesian plak kat kak Zizie... memandu sorang-sorang ditemani dengan suara Dj dan irama lagu ....Selepas melepasi tol , kami terus ambil kiri jalan ke pusat bandar menuju ke Persada... sampai ja Persada.. aku lihat kat atas langit... mendung ..tetapi nak berubah ke cerah... sampai-sampai ja ..eheh...macam kenal ja van yang ada pelangi tu..seloroh kami ...hiihhiii...sampai ja, kami pun terus keluarkan barang-barang ... masuk dewan ..dan terus cari booth yang telah ditetapkan...okay, setel ja menghias booth dan menyusun segala barang ..kami pun mengatur langkah keluar ke parkir dan menuju ke tempat penginapan kami,...jalan punya jalan, pusing punya pusing ... Kak Zizie kata , nama hotel kita namanya Hotel Rasa Sayang...hihiiihihi, romantisnya nama hotel tu... mesti balik ni... ikatan kasih sayang semakin eratkan.. almaklumlah dah berjimba-jimba di Hotel Rasa Sayang... hiihhihii,. tapi seingat aku, soala yang kuar dari mulut aku ..hotel tu berapa bintang ya kak ? hihihi... 3 bintang ka, 4 bintang ka atau berbintang-bintang nanti..kihkih... jahat tol aku ni, bersyukurlah Farah, ekau ni jangan nak lobih-lobih plak.. ( desis hati aku )....

Hotel Rasa Sayang, cantik mata memandang... satu bilik 2 orang,.. aku ngan kak Eqin, Kak Zizie ngan Kak As.. bilik tak jauh,.. dekat-dekat ja.. hohoohh...
okay lah, malas dah nak cerita .tengok eeh lah ya ....

Kat bawah ni ada aku selitkan beberapa keping gambar sepanjang kami berada di sana,

Gambar ni tak silap aku hari pertama kami sampai di Persada, semua orang sibuk dengan tugas yang telah diberi...hheheheh.
Gambar ni pulak, masa hari ke dua kami berada di JB.. masa ni tengah sarapan pagi...
Menu : Nasi Goreng telur mata, air suam ada, kopi ada, teh pon ada.. yang penting bancuh sendiri...hihihi


Gambar ni pada hari khamis..hari yang indah dan tenang sekali ... pagi tu kena pakai baju korporat... cantik kan baju kami..hihihihi ada orang kata kami ni staf firefly ..adoiiyai..ada ke patut .... hahhaha aku pun tak pernah tengok pramugari firefly.... depa pakai baju camana pon aku tak tahu..hahhaha lainlah kalau MAS ka Airasia ka..tahulah gak.... apa-apa pun terima kasih lah abang muka bulat yang berkacamata
( istilah nakal aku, betik tuo ) hahahhahahahhaha....masa ni kami kat dalam dewan, terlibat dengan simposium ... tahu ka apa itu simposium?? aku lagi tak tahu..hahahhah... apa beza simposium dengan seminar ? siapa dapat jawab aku bagi coklat,.. aku pon dok setialah dengar pakar tu berhujah..macam-macam ragam,macam-macam gaya ada... orang bijak pandai lah katakan... semestinya bila berhujah pasti memukau penonton...









Monday, June 27, 2011

Haru Biru Jadiknya

Pepagi lagi dah haru hidup aku..adoiiyai...apalah nasib badan...hahhahahah...tak pa, bukan selalu pon..wahahhahaha...serius hari ni aku rasa stress sangat2... hidup macama ni lah kan..kadang2 tenang,kadang2 tekanan ...huhu...indahnya percaturan hidup selagi hidup selagi itu lah kita akan menghadapinya.....nasib baik sebahagian task aku dah setel... bangun pepagi ja dah dapat mesej daripada kawan pejabat

Yusriah : Salam, fara pagi ni ada orientasi taw, slot tajaan pukul 9.30pagi..
Fara : Okay..

Macam tu lah lebih kurang perbualan kami,
( masa aku dapat mesej ni , aku jadi blurr kejap..apa aku nak cakap ni...) spontan aku cakap , eleh...kerja biasa ..aku cakap je lah...(nak sedapkan hati punya pasal)

Tak lama lepas tu, dapat plak panggilan telefon..Si Mamat Insan Kamil ... kunon nak tanya dapat hadir ke tak..ececehhh.. aku kerjalah, masuk lambat ja... pukul 9.00am t masuk opiz... t aku p lah taklimat tu..

Lebih kurang pukul 9.05am , aku pon sampai opiz..apa lagi... haru biru jadiknya..punggah fail..sangkaan aku taklimat tajaan hari selasa ka rabu ka.. hohohoho... upanya hari isnin..pepagi plak tu..dah lah mood letih lagi ni..nak tak nak... aku pon capai fail yang aku dah siap2kan awal tahun dulu ..alaaaa.., dokumen tajaan ... biasa ja..benda biasa...(nada berlagak lah plak )dalam hati... acik ponek lah...tak tahu nak bagi tahu apa.. bagilah hand out ni ja... dah habis aku membebel .. aku teruskan tamatkan slot tajaan ..tak lama pon..jap ja.. lebh kurang 30minit.... sepintas lalu aku ulang balik benda apa yang perlu ditekankan... pointer kena jaga ya ... kalau lah ada rotan.. mesti aku naik kan rotan tu kan...macam cikgu2 aku buat dulu... hahhahahahah...Cikgu Jamri ,.. miss u cikgu ...

Habis taklimat, aku terus capai fail duk depan pc..Ubs... serabut pale, tapi best plak tu...hahhahah,...sebenarnya riniaku nak tulis tentang aku p outstation bersama kawan2 aku minggu lepas, tapi macam tak sempat ja... huhhuhu...tengoklah t kalau ada masa lapang ya..t aku tulis butiranya....

tunggu,.........malam tadi pon tak da bintang di langit, apsal ntah.. sedih aku... sob sob sob

Tuesday, June 21, 2011

Bintang ku Kau Ke Mana Menghilang

Dah dua malam dah , bintang tak kelihatan kat langit..mana perginya bintang tu... apa pasal lah ko suka sangat tengok bintang Fara ooik.... tu lah deh... soalan yang kerap kali ditanya oleh orang2 yang berhampiran aku... jawapanya mudah , ringkas ..cuba tengok bintang tu..cantikkan.. walaupon tak mampu keluarkan cahaya sendiri..tetapi bintang tu masih lagi kukuh dan utuh dengan Perjanjian Si Pencipta ..



aktiviti yang menyeronokan , menyaksikan bintang di langit tinggi..disulam dengan impian dan harapan

Kita Ni Tergolong Dalam Golongan Yang Mana Ya?

Penuntut ilmu terdiri daripada 3 golongan dan diibaratkan dengan tanah :


  • Tanah yang gembur yang menerima hujan lalu menyerapnya dan menghasilkan buah-buahan dan tumbuhan. #####Umpama orang yang mendapat ilmu lalu dimanfaatkan kepada orang lain.

  • Tanah yang menerima air hujan dan menakung air tetapi tidak menyerapnya adalah ibarat orang yang menerima ilmu tetapi hanya menggunakan ia untuk dirinya sendiri.

  • Tanah yang keras dan air hujan hanya mengalir melaluinya ke longkang tanpa dapat diserap dan ditakung . #####Inilah orang yang tidak mahukan ilmu dan tiak memberi manfaat kepada dirinya sendiri apatah lagi orang lain.

Kita ni dalam golongan yang mana ya........?????????

Friday, June 17, 2011

- Apa Pasal Ko Panggil Aku Cik Sal ?

Gara-gara menelaah buku Tunggu Teduh Dulu.. karya Faisal Tehrani... tak pasal2 aku digelar Cik Sal... Cik Sal mencarik :betik muda " ka? seloroh si Pia... eeehhhhh, siapa plak si Pia ni..Pia ni kawan baik si Cik Sal.. bacalah buku tu..best tak rugi pon.. dah sedap lah plak aku dengar panggilan Cik Sal ni.... hahahhaha..ko lah ni punya pasal Incik Kerol ooik... apa lah Kerol..mana leh samakan aku dengan Cik Sal..Cik Sal seorang perempuan yang lemah lembut, tabah , kental ..aku ni kasar, garang, sombong lagi..hahhahahahah...

Jalan cerita yang diolah mudah difahami, gaya bahasa yang bersahaja... nilai murni yang cuba disampaikan sedikit sebanyak mengajar si pembaca tentang asam garam kehidupan..adakalanya kita di bawah , dan ada kalanya kita di atas... indahkan hdup.. pelangi sentiasa datang dan pergi.. ujian datang silih berganti.. bagi menguji iman hambaNya..siapa kita untuk berkata begitu... memadailah kita tahu Allah s.w.t sentiasa bersama kita... redha dengan kehendakNya , itu adalah langkah yang terbaik... Alhamdulillah , masih lagi dikelilingi dengan kawan2 yang baik ..buat penunjuk jalan dan teman meneruskan hidup...


Kerol : Aku suka dengan panggilan Cik Sal tu..hahahahha..

- "Apabila 2 2 Seperti Lahar Gunung Berapi"

Kenapa ini yang berlaku, membuat 2 2 pihak berada dalam keadaan yang tidak tenang.. situasi menjadi hura hara apabila 22 seperti lahar gunung berapi.....susahnya nak cakap.. apa yang berlaku sebenarnya ni... apa lagi yang diperlukan ..tidak cukup kah segala penjelasan yang telah diberikan ...bagi menghurai segala persoalan yang timbul...
apa lagi yang perlu disingkap untuk diceriterakan ....dan apa lagi yang dimahukan... kenapa kenapa kenapa ???????????? masih lagi menjadi tanda tanya..

Wednesday, June 15, 2011

Menghitung Hari

Tah apa yang aku hitung pun aku tak tahu... tak payah hitunglah kot..biarlah ia tiba dengan sendirinya..tunggu ka tak tunggu ka.. pasti datang jua... biarlah kaki ni melangkah .. menurut sahaja gerak langkah ..yang aku tahu lagu Krisdayanti ja Menghitung hari , detik demi detik masa ku nanti apa kan ada..... itu lah je lah yang aku tahu ..lirik seterusnya aku dah tak berapa nka hafal dah...

Dugaan

Petang semalam dapat berita , yang adik lelaki aku masuk hospital kat HUKM ...berderau jantung aku ... nasib baik tak apa-apa... maksudnya tak lah kronik sangat... mujur , ada adik aku yang duduk kat Wangsa Maju ..dapatlah tengok2 kan adik aku yang sowang tu.... syukur semuanya selamat, dah keluar pun hospital.. .....semoga cepat sihat Nuar...

Wednesday, June 1, 2011

Tak Tahu NaK Cakap Apa

Diam je lah, bila perlu baru bersuara..tengok, dengar dan faham bebetul dulu..kemudian baru buat hipotesis.... oopz, betul kan.. cam tu lebih baik.. dan diam itu tak bermakna kita setuju.. hohohohoho...ntahlah tak tahu nak cakap apa dah~...