Selamat Tinggal Persada, Jumpa Lagi Di Lain Waktu (Bahagian 2)

Setel dah tugasan hari Ke Dua, kami pun siap -siap nak balik ke hotel.. penat dah rasa badan...nak rehat , nak makan.. hoohhhhhoh.....lepas makan... lebih kurang pukul 9.00malam, abang boboy kesayangan aku jemput kat depan hotel..bawak aku p depoh IPK JB.. kakak ipar aku dah selamat lahirkan baby yang comel.. aku pun lepak lah jap.. tepat kol 11.00malam.. aku pun balik lah ...

Ni pulak, gambar masa hari ke Tiga, hari jumaat yang penuh kedamaian...cuba tengok gambar tu bebetol, akak Eqin tu kenapa erk?... hahhahahhaha... tak silap aku,..masa ni memasing ngah menahan lapar ... lapar sangat-sangat... dah berbunyi perut ni dah ...macam-macam lagu dah kuar.....lepas habis ja kerja kat booth,.. girang rasa hati aku..nak tahu tak kenapa?kihkihkih...malamnya pulak ..kami nak g makan kat Stulang,..jauh tu beb...naik kereta... bukan jalan kaki pon..hahhaha...nampak laut..tenang ku rasakan..mata memasing dok meliar kat luar tingkap,.. kak tu ka Singapura ka ?,.. emmm.. aaakhhh ...bestnya..cantiknya alam.. indahnya ciptaan Tuhan... Maha Besar Allah, pencipta sekalian makhluk..

Hehehe, gambar kat bawah ni plaaaaaaaaaaak .. masa aku makan kat Stulang lah, masa ni aku ngah makan sotong goreng di dalam sampan....awwww, sedapnya... masa aku ngah makan sedap-sedap, tetiba mata kami tertangkap pada suatu kejadian, "kejadian ragut" ..kesian perempuan tu... peragut tu orang india,..semua pengunjung kat situ diam tersentak.. tak sempat nak berbuat apa-apa, memandangkan kami makan di ruang yang tertutup dengan pagar,.. apa yang kami boleh buat hanya berteriak,.. akhirnya peragut tu terus melarikan diri..


Apalah daya perempuan tu, wahai perempuan yang berada kat luar dan juga peringatan tuk diri sendiri, jaga diri anda..jaga keselamatan semasa keluar berjimba-jimba, amalkan keluar beramai-ramai.. malang tidak berbau.. sila ambil perhatian..




























No comments

Terima kasih !