Apabila Umurnya Sudah Bertambah Satu Angka~

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya , 18hb Julai yang lalu telah dapat aku lalui dengan saat-saat gembira,... walaupun pada hari itu , aku sedang berpuasa sunat ... Syukur kepadaMu Ya Allah, kerana memberi peluang untuk aku masih bernafas dan berpijak di bumi mu ini . Terima kasih kepada ke dua ibubapa ku yang sentiasa berada disamping ku,membesarkan daku sehingga ke hari ini,... adik beradik ku , kaum kerabat ku dan rakan taulan yang mengenali diri ini,.. ucapan kalian sangat-sangat aku hargai,... semoga Allah merahmati kalian juga..aminnn...


Pagi itu, tenang sangat,cuaca cerah bersulamkan angin pagi .. menghembuskan udara yang nyaman... bunga-bunga di dalam pasu terjaga rapi,.. memasing mahu menunjukan warna kelopaknya yang cantik.. hari itu juga, aku berkongsi hari lahir yang sama bersama dengan sepupu ku Jiha namanya... sungguh tak sangka tarikh lahir kami sama... emmm, memandangkan aku tak pulang ke Rokan, aku hanya memberi hadiah kerongsang kepada mak supaya di beri kepada Jiha...itu sahaja lah yang mampu aku hadiahkan kepada Jiha,...
"selamat hari lahir semoga panjang umur dan murah rezeki" ,desis hati kecil ku...

Selamat Hari Lahir Siti Farah Diana Razak, semoga panjang umur dan murah rezeki..semoga segala impian mu akan menjadi kenyataan ...aminn...


Syukur kepadaMu Ya Allah, terima kasih di atas segala pemberian nikmat Mu kepada Ku
Terima kasih Mak , ayah....
Terima kasih kerana memebesarkan akak... sampai ke hari ini..
Terima kasih wahai adik-adik ku,...marah ku bukan bererti benci tetapi tanda sayang....
Terima kasih wahai saudara ku ,lama sudah tidak bersua...
Terima kasih wahai sahabat-sahabat ku... kehadiran kalian memeriahkan hidup ku..
Terima kasih wahai perindu ku ....sesungguhnya kamu adalah impian ku seterusnya ...


No comments

Terima kasih !