Bingkisan Secebis Kasih ( 1 )

Syukur Alhamdulillah, hari ni ayah dah boleh kuar dari Hospital Seremban, 4 hari ayah kat sana...gundah gulana kami sekeluarga... ingat lagi sewaktu dikhabarkan yang ayah dimasukan ke wad , di Hospital Tampin... masa tu malam Isnin lebih kurang pukul 10.00malam, hilang kata-kata aku, pada malam tu jugak aku rasa hidup aku dah tak setenang yang aku lalui seperti biasa. Selesai ja semua urusan di rumah, pagi isnin tu...aku masuk ke pejabat sekejap bagi menyelesaikan beberapa hal ... tepat jam 9.00 pagi aku dapatkan keizinan daripada Big Bos dan Unit Sumber Manusia bagi memohon cuti kecemasan... syukur aku cuti..lau tak dapat lah cuti..aku ponteng ja..huhuhu... yang penting aku dapat tengok ayah ...

3 jam selepas tu, mak telefon ...katanya ayah dah dibawa ke Hospital Seremban, dalam hati aku teruk ka keadaan ayah sekarang ni... dan masa tu jugak.. aku mula menunjukan reaksi tidak puas hati pada doktor di Tampin.. kenapa mesti hantar Seremban..bukan ka sepatutnya doktor tersebut perlu mendapatkan keizinan samada mahu menghantar ke Seremban atau ke Kuala Pilah.... sebenarnya aku lebih suka jika ayah dihantar ke Hospital Kuala Pilah ... selesa dan doktornya pun pakar juga..huhuuu... nasib lah masa mak telefon aku dalam bas , dalam perjalanan nak ke Tampin.. lambat gila bas ...hati aku dah meronta dah ni...supaya cepat sampai....menangis tak payah cakap lagi lah...habis basah dah..huhuhuu....

Setibanya aku di Hospital Tampin, aku lihat wajah mak..terpancar di wajahnya... dalam hati aku,, sabar ya mak.. ujian buat kita..semoga ayah cepat sihat seperti biasa..dalam aku memikirkan keadaan ayah di sana, sampai lah kaum kerabat ku ... kami terus menuju ke Hospital Seremban..walaubagaimanapun, mak dan kaum kerabatku sampai dahulu..setengah jam kemudian.. barulah aku muncul..masa tu jam menunjukkan pukul 4.15 petang..waktu tu masa melawat belum tiba lagi.. tepat pukul 4.30petang baru lah pintu pagar tu di buka selebar-lebarnya ....huuhhu...

Selepas jam 4.30petang , aku dan yang lain-lain terus ke katil ayah.. aku lihat ayah tidur dalam keadaan menahan sakit..terus ku usai beliau...ku sentuh kepalanya, dan ku kucup tanganya..sambil air mata nya kelihatan menitis di pipi... setelah itu terus ku tanyakan doktor kata apa yah ..? ayah kata suspek demam... dan pada hari itu juga.. ayah sudah 3 kali di ambil darah ...masuk air lebih kurang 9 botol... pucat betul wajah ayah masa tu...

Lebih kurang pukul 5.15 suku petang, kami semua turun bagi menyelesaikan tanggungjawab kepada Pencipta..selesai sahaja,.. aku dan si Dia terus mencari juadah untuk berbuka puasa... menu pada hari itu: Nasi Putih, Tomyam campur dan ikan bawal masak kicap; rojak buah ,Minuman ; air oren,air milo panas, dan air tembikai laici... waktu berbuka semakin hampir , mak dan kaum kerabat sudah mahu mengatur langkah... terus ku serahkan bungkusan makanan tersebut buat bekalan berbuka di hentian..pesan ku kepada ayah,... esok akak datang ya... esoknya adalah hari selasa, aku masih lagi bercuti... dan esok aku akan datang bersama adik ku yang seorang tu Tina namanya....

Keesokan harinya pula, aku dan Tina tiba di hospital lebih kurang pukul 1.30petang,..aku masih lagi mempunyai baki masa 30minit bagi melawat ayah di atas, ramai betul orang hari ni..sudahnya aku ,Tina dan pelawat yang lain mendaki anak tangga sahaja.. wohohoohoho...handal betul aku ..rasa macam panjat gunung dah arrr... sampai di atas, aku lihat ayah sudah siap sedia untuk menerima kunjungan daripada anak -anak tersayang..terus ku kucup tangannya... ayah nampak semakin sihat,Alhamdulillah, desis hati aku... ku beralih pulak kat meja ayah...kelihatan fail kesihatan ayah ada di si tu, terus kubuka dan ku lihat catitan doktor yang memeriksa keaddan ayah sepanjang ayah berada di situ... emmmmmmmmmmmm, memang aku tak paham.. setakat dia kata fever, suspended, urgent , noted, ringkasnya istilah yang sudah biasa kita dengar bolehlah aku terjemahkan apa kejadahnya,tapi kalau dah terlukis TR0,SEGITIGA,TANDA PEPELIK, serius aku memnag tak tahu... mujur adik aku ni seorang jururawat..sampai sahaja di bait2 yang aku tak paham, aku suruh dia terjemahkan mengikut makna perubatan selepas di bahasa melayukan... maaflah, dulu aku amik biologi .. tapi tak lah secanggih tu.. wahahahahha...

Tak lama selepas tu, orang kampung datang melawat ayah, ku lihat uan Robiah, uan Piah, Uan Johari dan beberapa orang lagi ( barangkali aku pernah melihat mereka), huhuhuuhu... sempat aku tanya macam mana tarawih kat Rokan? meriah tak uan.. sampok uan Piah, tak meriah dah Fara... setiap peringkat daha da surau sendiri..ookhhhh ye ka, rindu nak terawih kat sana uan,..sejak dah pindah ke Gemas ni.. kenangan di Rokan seringkali bertandang di mata...serius aku rindu akan masa itu..bertarawih bersama kawan-kawan... pulang dari bertarawih berlumba-lumbaan siapa sampai dahulu di rumah..itulah perilaku budak berumur 13tahun ketika itu.... dan sekarang ni budak tu dah mencapai umur ke angka 24 tahun... sudah besar woooo..hahahha

Tepat pukul 5.00petang, terus ku atur langkah.. seperti biasa ayah..akak balik dulu ya.. t akak datang lagi ya.. esok Tina datang bawak barang yang ayah nak tu.. dipesannya buah anggur, serta pakaiannya... senyum ku lihat ayah... dan aku tinggalkan ayah bersama orang2 kampung yang datang melawat ... setengah jam selepasnya, aku dan Tina berpecah , Tina pulang ke kampung dan aku pulang ke Kolej... esok Tina akan datang membawa barang yang dipesan oleh ayah...




No comments

Terima kasih !