Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Friday, October 28, 2011

Jalan-Jalan Ke Gunung Angsi







Jum duduk-duduk dekat Kem Tangga Batu,... nak duduk tu hati-hati ya..anak pacat mencari mangsa untuk menghinggap..heheeeee....ya adoiyai.....


















Gambar ini merujuk kepada Kak Eqin dan diri aku sendiri....bersantai di Kem Tangga Batu.



Bukit Botak , bila dah sampai sini... anda perlu lah mempunyai kekuatan kaki dan tangan untuk mendakinya ... bukit ini menandakan anda semakin hampir menuju ke puncak Angsi...










Ini papan tanda yang menunjukan kita sekarang berada di Bukit Botak....nak sampai ke sini memerlukan usaha yang gigih ya... semasa mendaki pastikan kita mempunyai semangat yang kuat dan jitu untuk mengharungi segala bukit bukau yang ada...








Okay, dah sampai Puncak Angsi... jum jalan-jalan kat sini....









Inilah kawasan di sekitarnya... ada pokok buah mangga..hehee.





Okay, tamatlah sudah aktiviti jalan-jalan ke Gunung Angsi... moh ler kita jalan tempat lain plak ya...

Thursday, October 27, 2011

Jalan-Jalan Ke Gunung Angsi ( Bah.1 )



Hujung bulan september yang lalu, aku , Kak Eqin, Kamil , dan beberapa orang pelajar SKM jalan-jalan ke Gunung Angsi ... yang terletak di Kawasan Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul , Kuala Pilah... tompek eh memang lah cantik.. selesa dan damai sekali...sebonar ehhh, eden tak nak citer lobih-lobih lah.. tengok ee lah gambar kat bawah ni haa... sonang citer..

Posing manis kat van kesayangan kami..heheeee.... kak Eqin


Gambar ni diambil semasa kejadian mendaki di tahap 3 ,bak kata peminat game level 3 lah..heheeee... caya lah ...

















Ni plak, eden tak tahu lah...tak silap den masa ni Kak Eqin tengah memikirkan strategi untuk ke atas puncak kot... hehehhehe





Debarnya Semakin Terasa

Hadoi debaranya semakin terasa lah... ya hadoi.. hehehehhe, gelak sakan bila tengok cerita edisi khas... ya hadoi yai... hahhahahha,,,,gelak-gelak jugak... debaranya semakin terasa... masih berbaki 2 minggu sahaja lagi.. majlis bakal berlangsung ...

Doaku semoga majlis berjalan dengan lancar ....

setakat ni sahaja lah ya .. t kita chit chat lagi...

Tatkala Sudah Tertulis

Semalam, sedang aku siap-siap untuk ke pejabat... Kak Zizie bagitahu yang ayahanda En Mizan telah pulang ke Rahmatullah... Al-Fatihah balas ku.... semoga ayah beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh... dan semoga rohnya dicucuri rahmat ....

Dan pagi itu juga, aku, Kak N, Kak Mie,Kak Zizie , Azhar, En. Warid, Sayeid, dan En Anuar pergi menziarah... ku lihat sekujur tubuh diam kaku membisu... air mata ku hampir juga menitis.. al maklumlah.. kita juga akan merasa saat kehilangan ... semua orang akan merasa detik itu... tapi siapa lah kita untuk menghalangnya.. jika semua itu sudah tertulis sejak azali lagi...

Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mendoakan kedua ibubapa kita ... samada mereka masih hidup atau sudah tiada lagi.... janganlah diputuskan doa buat mereka... itu pesanan yang ku pegang sampai ke hari ni....


"Ya, Allah kasihanilah kedua ibubapa ku sepertimana mereka mengasihi diri ku.. rahmatilah mereka di dunia mahupun di akhirat kelak".. aminn..


Tuesday, October 25, 2011

Sudah Tiba Masanya

Pagi ni hujan turun dengan lebat sekali, tapi rasanya hari ni lagi lebat hujan air mata yang turun tatkala mendapat berita perginya andak Karim ke Rahmatullah, menghadap sang Pencipta ... macam mimpi ja berita yang aku dapat tahu melalui khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh adik ku, pada mulanya aku terkejut juga ehhh, kenapa pula adik aku mesej pepagi ni... dia tak pernah begini, selalunya waktu malam sahaja dia akan bertanya itu dan ini....

Selepas membaca mesej tersebut , tiada lain keluar daripada mulut aku... hanya Al-Fatihah yang ku tuturkan ... sebak di dada... teringat kembali waktu terakhir aku dan keluarga berjumpa beliau adalah semasa hari raya pertama 2 bulan yang lepas... dan raya haji bakal menjelma lagi....semuanya hanya tinggal kenangan... baru aku terdetik untuk bertanya tentang lembu-lembu peliharaannya.... dan sangat terujanya lah aku untuk berjumpa dengan beliau pada hari raya haji untuk menjemput beliau dan keluarga datang ke majlis ku nanti.... memadailah...aku sudah berniat untuk menjemput.... biarlah menjadi kenangan,...

Secara jujurnya, kami sekeluarga memang rapat dengar arwah... susah senang kami ...beliau sahajalah yang tahu... sudah tiba masanya , beliau pergi jua...pulang ke Rahmatullah....semoga roh beliau dicucuri rahmat hendakNya.


- Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.....Al-Fatihah.

Tuesday, October 18, 2011

Ya... Semakin Hampirlah

Memandangkan sekarang ni sudah menginjak ke tanggal 17hb Oktober, baki hari yang tinggal adalah lebih kurang dua minggu untuk melangsungkan majlis kenduri, baru-baru ni aku sempat jugak melarikan diri untuk pulang ke kampung, hal di kampung sudah pun selesai diuruskan.. syukur Alhamdulillah....

Hanya tinggal untuk hari langsung sahaja, dalam pada masa yang sama juga... aku mula risau ...... memandangkan waktu kenduri diadakan pada bulan November... dah tentulah masa tu musim tengkujuh..seingat aku.... banjir yang melanda Gemas pada bulan Februari yang lalu telah meneggelamkan beberapa tempat di kawasan Gemas... huhuuuuu.... kejadian alam.. siapa yang dapat menandinginya... perhentian bas Gemas dipenuhi dengan lumpur, sawah padi hanyut tenggelam dah tak nampak rupa sawah...kedai di sekitar Gemas habis dipenuhi lumpur, jalan nak ka umah aku terpaksa melalui jalan-jalan lain, huuhuuuuu.....

Niat aku nak bergambar kat sawah padi tak tahu lah tercapai ke tidak.. tak apa lah... mungkin tiada rezeki .. lain kali boleh bergambar lagi... okaylah, setakat ini sahaja dulu.... permisi...


- Semoga dipermudahkan segala urusan , aminn..

Thursday, October 13, 2011

Apabila Terlalu Peramah Di Laman Muka Buku

Baru-baru ni aku kerap juga terpandang di dinding laman muka buku kepunyaan beberapa orang kawan-kawan ku, cerita mereka lebih berkisar tentang hal peribadi mereka... dan baru-baru ini jugak aku telah terbaca beberapa perihal yang pada pandangan aku 'di laman muka buku bukanlah tempat untuk memperdagangkan cerita peribadi'..sekeras-kerasnya aku berpesan pada diri ku... bukan di sini tempatnya...

Ya benar, barangkali pada tanggapan mereka........... menulis apa pun di dinding mereka adalah hak mereka.. siapa kita untuk menghalangnya..tetapi sekadar berpesan ..bukan ka sedikit sebanyak kita telah memberi peluang kepada orang lain mengetahui aib sendiri dan bukan ka itu adalah perkara yang amat -amat disegani....dan perlu dijauhi.... memanglah untuk berkongsi dengan teman-teman... tetapi tidak semua perkara kita mesti berkongsi dengan teman-teman di laman muka buku....

Seboleh-bolehnya , ingin sangat aku tahu..apa ya motif mereka sehingga berlaku perkara sedemikian... memang lah tak salah untuk bersosial di laman muka buku..tetapi bukan ka kita seharusnya ,sewajibnya mengetahui batas-batas pergaulan apabila berada di dalam laman muka buku..... ya... cakap memang mudah .....tapi kalau dah 24 jam bersama berkepit dengan laman muka buku..apa lagi coretan nya ..begitulah jadiknya....

Dan tidak dinafikan jugak, aku suka jugak melihat kiriman yang ditulis oleh kawan-kawan ku yang mana kisah di dinding mereka banyak memberi manfaat ..ini termasuklah melibatkan soal kehidupan kita seharian, alam sekitar,dan seangkatan dengan nya... mesej yang disampaikan sunguh-sungguh terkesan... dan sedikit sebanyak memang banyak input baru yang kita dapat tambah......

Memandangkan semua orang mempunyai laman muka buku,,,,..pastinya mempunyai kisah tersendiri kan..pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat... terpulanglah kepada individu tersebut..... berfikirlah sebijaknya sebelum dikau berkata-kata di laman muka buku.... semua orang memerhatikan mu....

okay,,, setakat ni sahaja lah luahan ku.... ini bukanlah untuk menunjukan betapa aku seorang yang baik..okhh tidak ..bukan sama sekali... ini hanyalah luahan ku sekadar renungan..kerana diriku juga mempunyai laman muka buku~....


fikir-fikirkanlah...............

Monday, October 10, 2011

Masanya Hampir Tiba

Hari ni dah sepuluh hari kita berada di bulan Oktober 2011... masih berbaki 32hari lagi tuk majlis kenduri kat umah... satu hapa pon belum sempurna lagi... memandangkan aku belum lagi pulang ke kampung..persiapan yang perlu dilakukan hanyalah berkisarkan kepada hal2 hantaran sahaja... huhuhuhu, aku tak tahu lah ... nak kata aku ni tak risau tipu lah plak.. nak kata aku tak eksited lagi lah aku tipu..kekekekkek... dalam hati ni duk dag dig dugg aja... humanggaaaaiii...

Masuk hari ni sahaja, cuti aku masih lagi belum diluluskan lagi, seingat aku lah .. borang cuti aku tu aku hantar selepas naik cuti raya Aidilfitri..kelassssssss ko Jah~..eksited betol ko Jah ..bukan eksited..memang dah tabiat aku suka mohon cuti awal22..nanti senang.. dan sampai sekarang cuti aku masih lagi berada dalam pemerhatian..erkkk pemerhatian.. bukan.... dalam bilik BB..huuhuhuhhhhhhhhhuhuhuu..... hari tu BB kata cuti dah lulus, but now... form tu masih tak dapat lagi... hadoiiiiiii,,gelisah bukan kepalang aku dibuatnya... cukup sudah satu bulan 3 minggu sudah aku hantar form cuti.. aaaaaaaaaaa.....

Berbalik kepada persiapan yang tak sempurna lagi..hhhuhu boleh plak gitu,,, warna set hantaran sudah pun ditetapkan... barang2 hantaran sudah pon lengkap dibeli... baju tunang masih lagi dijahit oleh tukang jahit ku...bercakap tentang baju tunang ni... ingin aku kongsikan beberapa cerita yang pada pandangan aku agak lucu juga ..hahhahahah... untuk pengetahuan.. tema yang aku idamkan adalah putih + merah jambu...warna peberet aku ni...sebenarnya aku dah berangan nak buat tema gitu..memang minat warna tersebut..tetapi ku terpaksa lupakan hasrat ku .. huhuhuhu..tetapi warna hantaran daripad apihak lelaki tetap warna itu..hehheheheheh...sukanyaaaa...nak jugak ya.... hahahahhah

Memandang kan pada hari raya pertama, kami sekeluarga bertandang ke rumah atuk di Bukit Rokan, cerita ku dengan sepupu ku banyak berkisar tentang baju yang dibeli olehnya semasa kakak sepupu ku bertunang tahun lepas... okay,,, sedang kami asyik bersembang.. tetiba mak andah ku menyapa ku..kakak nak beli ka baju tunang.. tak payahlah... mak candah sponsor, t naju tu leh simpan wat kenangan...... huhhh.. sponsor tak payah lah mak andah... huhuu gusar ku....takut menyusahkan... itu niat ku seboleh2 menolak ..sudahnya.. aku tewas jugak .. aku kata okay lah... mak andah temanya putih ya... akak nak yang sesimple ja.. tak nak yang over sangat..hehehhehe ringkas sahaja pinta ku... mak andah kata ..okay mak andah belikan.... lepas raya t... balas ku lagi,, bila beli baju kain putih t nak tambah manik ja kat tangan letak warna pink ..cantik t .. .... bersemangat aku cerita....

Selepas sebulan raya, sepupu ku telefon ...katanya mak ada kat Nilai sekarang ni.. beli baju akak ..haaaaaaaaaa..sampai ke Nilai ..huhuuhuh,,, t akak amek baju kat Rokan lah.... okay,,,, minggu tu jugak aku dan si dia balik ke rokan... hehehhe.... dalam hati ni dag dig duggg..camana lah upa baju aku nanti ehhh.... huhuhuh... sampai ja kat Rokan.. ada atuk, sepupu ku, pak andah, dan pak chiekkk... aiyooooooo......

Huhhhh,, ni lah baju akak .. huhh.. dalam hati aku.. nak ketawa pon ada jugak sebenarnya... ternyata.. tekaan ku silap.. huuhuh,, teryata baju yang dibeli oleh mak andah ku lebih advance lagi daripada apa yang aku perkata kan... bajunya warna silver.. penuh rambu ramba..eehhh macam lagu Rohana Jalil ja.. alaaaaaaa, yang ada sebut rambu ramba..serius aku tahu yang tu sahaja ..wakaakakaaaaa...... lantas ku katakan kepada mak andah... terima kasih mak andah.... dalam kepala aku ligat memikirkan camana ya upa aku t bila pakai baju ni..huhuuhuh.... sebenarnya aku ni tak pernah mencuba benda baru... termasuklah berfeseyen luar biasa tetapi masih lagi mengikut batasan... ai malu taw... huuhuhhuh... kata si dia cantik nya baju... tapi kita kena beli kain satin putih ni ... t pakai putih silver ya... pinta ku.... sememangnya si dia memang mengharapkan daku memakai warna putih semasa majlis berlangsung nanti.... syukur .. tema tak lari daripada apa yang dia kehendaki... seboleh2 mahu melihat ku memakai baju warna putih.... senyum aku tatkala dia berkata begitu.. kita carik kain warna putih mutiara ya.. okay.... semuanya ku serahkan sahaja kepada si dia.. ... setelah menjamu selera mee hoon goreng yang dimasak oleh mak andah ku... kami berdua pun mengatur langkah tuk pulang ke Seremban.... ye lah.. nak hantar aku balik plak..hhhhhhohohohoho...bas malam2 ni ado..tapi bahayo lahhh ..naik bas sensowang... uuuishhhhh....

Sebelum bertolak ke Seremban, aku nak ke Tampin dahulu..mencari kain satin warna putih... sampai sahaja di Nagoya.. si dia yang banyak memilih... ahhahahha... aku ni dah macam budak kecik dah... mengikut sahja katanya .. mengiya kan sahaja .... cantik bagi dia cantik lah bagi aku... sebenarnya..masa tu aku dah tak leh berfikir dah... hahhahahahha.... disebabkan kain yang berambu ramba..hahhahahhahahah..... sudahnya si dia memilih kain satin yang putih mutiara .. cantik juga semasa si dia buat padan warna dengan kain yang diberi oleh mak andah ku... senyum ja aku....

Memandangkan hari sudah menjangkau ke isyak, kami meneruskan perjalanan ke Seremban... emmmm.. jangan risau lah.. t dah siap jadi baju mesti cantik... mesti mak andah suka bila baju ni dipakai oleh anak buahnya.... emmm baiklah...... kata ku ringkas smabil melemparkan senyuman.. ... sampai ja di Seremban.. kami berdua terus menuju ke kedai makan.. lapar bebenor dah ni.... hehhehhhehh....


Selepas kejadian itu, aku masih lagi memikirkan keadaan majlis ku nanti..semoga semuanya berjalan seperti yang dirancangkan... semoga diberkati hendaknya ikatan kekeluargaan antara kami berdua..satukan kami ke jalan Mu,,ke jalan yang diredhai oleh Mu,... permudahkan segala urusan kami, perluaskan segala nikmat rezeki mu kepada hamba-hambaMu .... dan jadik kan lah kami dalam kalangan orang-orang yang sentiasa bersyukur dengan pemberian mu... Al-Hamdulillah..syukur nikmat...


~ Senyum dalam tangis dengan pemberian Mu,... syukur ALhamdulillah...