Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Tuesday, October 25, 2011

Sudah Tiba Masanya

Pagi ni hujan turun dengan lebat sekali, tapi rasanya hari ni lagi lebat hujan air mata yang turun tatkala mendapat berita perginya andak Karim ke Rahmatullah, menghadap sang Pencipta ... macam mimpi ja berita yang aku dapat tahu melalui khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh adik ku, pada mulanya aku terkejut juga ehhh, kenapa pula adik aku mesej pepagi ni... dia tak pernah begini, selalunya waktu malam sahaja dia akan bertanya itu dan ini....

Selepas membaca mesej tersebut , tiada lain keluar daripada mulut aku... hanya Al-Fatihah yang ku tuturkan ... sebak di dada... teringat kembali waktu terakhir aku dan keluarga berjumpa beliau adalah semasa hari raya pertama 2 bulan yang lepas... dan raya haji bakal menjelma lagi....semuanya hanya tinggal kenangan... baru aku terdetik untuk bertanya tentang lembu-lembu peliharaannya.... dan sangat terujanya lah aku untuk berjumpa dengan beliau pada hari raya haji untuk menjemput beliau dan keluarga datang ke majlis ku nanti.... memadailah...aku sudah berniat untuk menjemput.... biarlah menjadi kenangan,...

Secara jujurnya, kami sekeluarga memang rapat dengar arwah... susah senang kami ...beliau sahajalah yang tahu... sudah tiba masanya , beliau pergi jua...pulang ke Rahmatullah....semoga roh beliau dicucuri rahmat hendakNya.


- Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.....Al-Fatihah.

1 comment:

Terima kasih !