Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Friday, December 30, 2011

Ni Hao Ma ? Disember Terakhir ?

Hen hao..heheee


Minggu lepas, pergi outing dengan Cikgu Hassan ,Cikgu Jamri dan Cikgu Amir .. kalau tengok gambar di atas.. aku sahajalah tetamu perempuan yang ada pada masa tu... sebelum tu , aku ngan Cikgu Hassan pergi menjamu selera di Garden Homes, banyak cerita yang kami kongsikan.. maklumlah , sudah lama tidak bertemu . Seingat aku, sudah 3tahun kami tidak bersua muka ..

Perjumpaan kami di buat di Doll Tomyam, Senawang..rasanya ni kali pertama kot aku pergi makan kat sini... hujan turun dengan lebat sangat masa tu, jalan pulak sesak ..tapi tu semua bukanlah penghalang besar untuk kami berjumpa ..heheeee..

Seronok rasanya , jumpa cikgu-cikgu yang banyak berjasa ...semuanya tak berubah..gaya, dan senyuman masih lagi segar diingatan... cerita yang kami kongsikan banyak berkisar kepada kehidupan sekarang.

Kan seronok kalau dapat buat perjumpaan lagi, sembang itu dan ini..bergurau senda..makan-makan , makan durian puas-puas ..huhuuuu...durian lagi....

Harap-harap dapat jumpa lagi, terima kasih kat Cikgu Hassan , sudi jemput Fara,,,sampai sesat cikgu ya heheee...


Hari ni 30hb Disember 2011,
Hari Jumaat terakhir pada tahun 2011,
Beberapa hari lagi kita nak masuk ke tahun 2012,.. apa azam anda ?
Azam berazam, tetiba teringat kat Azam a.k.a si botak .heheeee..

Luar Tingkap :

Azam 2012 ni , saya nak jadi anak yang mendengar kata kepada kedua ibubapa saya ,
menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur dengan segala pemberiannya , menjadi seorang yang lebih penyayang ....erk...tuk adik-adik lah ..haiya... heheeee, nak nikah ..heheee... nak jadi isteri kepada seseorang yang sayang kat saya..hahakkkk.. sapa lagi kalau Encik Tunang saya ....Mohd Nazren bin Mohd Som..semoga impian kami jadi kenyataan , macam-macam lah lagi... yang pastinya kenangan 2011 sangat -sangat bererti buat diri saya , banyak perkara yang berlaku , syukur masih lagi kuat untuk menghadapinya... semoga urusan kami sentiasa dipermudahkan , Amin Allahumma Amin .

Saturday, December 24, 2011

Dinner At Royale Bintang











Menu : Macam-macam ada,
Tema : Star In The Red Carpet
Kehadiran : Pensyarah-pensyarah dan kakitangan HDSB

Jutaan terima kasih kepada semua pelajar BHRM semester 6
"best of luck" ,

Tuntasnya : Perlu diperbaiki ...

Tuesday, December 20, 2011

Lagu Itu Sekadar Mainan Di Bibir Sahaja

Sejak kebelakangan ni , aku lebih tertarik untuk mendengar suara yang merdu lagi menyusup dada.. betapa merdunya suara dia... itu lah kan kurniaan Allah s.w.t kepada hambanya, bertubuh kecil molek lagi comel orangnya..Shila Hamzah yang terkenal dengan lagu Patah Seribuuu itu telah berjaya menambat hati ku .. wahahahhaha.. bait-baitnya sangat puitis...

Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri , kadang-kadang setiap lagu yang diminatinya itu ada kisah yang tersembunyi..rata-rata kalau ditanya tentang lagu yang kita suka ...kebanyakanya mengatakan lagu tersebut mengingatkan mereka tentang itu dan ini... terserahlah kan... hak masing-masing...

Luar Tingkap ~

Ermmm, kenapa saya suka lagu tu ( Patah Seribu ) : Saya suka dengan liriknya,,,hehehhe... sesuai untuk diubah lirik tersebut dan menjadikanya sebuah cerita yang benar2 berlaku ... adakalanya cerita itu berkisar tentang tunang saya sendiri...

Contoh 1: patah seribuuuu , hati ku kerna tak dapat pergi jam ~~~~~~~ hahahhaha, kesian ....

Apa-apa pun, lagu tersebut hanyalah sekadar mainan di bibir.......





SukaNeka HDSB


Biarlah gambar-gambar yang bercerita ,




Berakhir sudah aktiviti sukaneka untuk semua kakitangan High Ed Degree ~

Jutaan terima kasih kepada Akak Eqin , atas kesudianya menyediakan sarapan pagi...
dan
Sekalung tahniah buat kakitangan yang "sanggup" merelakan diri sendiri untuk menjayakan aktiviti tersebut.



~ 10.12.11 ~

Wednesday, December 7, 2011

Selamat Menyambut Hari Asyura

Selamat menyambut Hari Asyura buat semua umat islam di dunia.
Tahu kah kita maksud Asyura ?


Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.


Perkara yang berlaku pada Hari Asyura :

  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.

Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura :

  1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.
  2. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri.
  3. Memuliakan fakir miskin.
  4. Menahan marah.
  5. Menunjukkan jalan yang lurus /membetuli orang sesat/orang yang salah ( terpesong aqidah(tauhid)dan akhlaknya.
  6. Menyapu/mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliaan mereka)
  7. Bersedekah
  8. Memelihara kehormatan diri
  9. Mandi sunat dengan Lafaz niatnya: " Sahaja aku mnadi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala."
  10. Membaca Qulhuwallah ( Surah Al- Ikhlas ) hingga akhir seribu kali.
  11. Solat sunat empat rakaat dengan lafaz niat : " Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. - Pada rakaat pertama dan kedua selepas Bacaan Al-Fatihah dibaca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa.
  13. Bercelak.
# Selamat berpuasa kepada yang berpuasa.