Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Friday, December 30, 2011

Ni Hao Ma ? Disember Terakhir ?

Hen hao..heheee


Minggu lepas, pergi outing dengan Cikgu Hassan ,Cikgu Jamri dan Cikgu Amir .. kalau tengok gambar di atas.. aku sahajalah tetamu perempuan yang ada pada masa tu... sebelum tu , aku ngan Cikgu Hassan pergi menjamu selera di Garden Homes, banyak cerita yang kami kongsikan.. maklumlah , sudah lama tidak bertemu . Seingat aku, sudah 3tahun kami tidak bersua muka ..

Perjumpaan kami di buat di Doll Tomyam, Senawang..rasanya ni kali pertama kot aku pergi makan kat sini... hujan turun dengan lebat sangat masa tu, jalan pulak sesak ..tapi tu semua bukanlah penghalang besar untuk kami berjumpa ..heheeee..

Seronok rasanya , jumpa cikgu-cikgu yang banyak berjasa ...semuanya tak berubah..gaya, dan senyuman masih lagi segar diingatan... cerita yang kami kongsikan banyak berkisar kepada kehidupan sekarang.

Kan seronok kalau dapat buat perjumpaan lagi, sembang itu dan ini..bergurau senda..makan-makan , makan durian puas-puas ..huhuuuu...durian lagi....

Harap-harap dapat jumpa lagi, terima kasih kat Cikgu Hassan , sudi jemput Fara,,,sampai sesat cikgu ya heheee...


Hari ni 30hb Disember 2011,
Hari Jumaat terakhir pada tahun 2011,
Beberapa hari lagi kita nak masuk ke tahun 2012,.. apa azam anda ?
Azam berazam, tetiba teringat kat Azam a.k.a si botak .heheeee..

Luar Tingkap :

Azam 2012 ni , saya nak jadi anak yang mendengar kata kepada kedua ibubapa saya ,
menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur dengan segala pemberiannya , menjadi seorang yang lebih penyayang ....erk...tuk adik-adik lah ..haiya... heheeee, nak nikah ..heheee... nak jadi isteri kepada seseorang yang sayang kat saya..hahakkkk.. sapa lagi kalau Encik Tunang saya ....Mohd Nazren bin Mohd Som..semoga impian kami jadi kenyataan , macam-macam lah lagi... yang pastinya kenangan 2011 sangat -sangat bererti buat diri saya , banyak perkara yang berlaku , syukur masih lagi kuat untuk menghadapinya... semoga urusan kami sentiasa dipermudahkan , Amin Allahumma Amin .

No comments:

Post a Comment

Terima kasih !