Selamat Menyambut Hari Asyura

Selamat menyambut Hari Asyura buat semua umat islam di dunia.
Tahu kah kita maksud Asyura ?


Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.


Perkara yang berlaku pada Hari Asyura :

  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.

Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura :

  1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.
  2. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri.
  3. Memuliakan fakir miskin.
  4. Menahan marah.
  5. Menunjukkan jalan yang lurus /membetuli orang sesat/orang yang salah ( terpesong aqidah(tauhid)dan akhlaknya.
  6. Menyapu/mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliaan mereka)
  7. Bersedekah
  8. Memelihara kehormatan diri
  9. Mandi sunat dengan Lafaz niatnya: " Sahaja aku mnadi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala."
  10. Membaca Qulhuwallah ( Surah Al- Ikhlas ) hingga akhir seribu kali.
  11. Solat sunat empat rakaat dengan lafaz niat : " Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. - Pada rakaat pertama dan kedua selepas Bacaan Al-Fatihah dibaca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa.
  13. Bercelak.
# Selamat berpuasa kepada yang berpuasa.

No comments

Terima kasih !