Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Monday, January 30, 2012

Lama Sudah Tidak Meng- Update

Lama sudah tidak meng-update ceritera yang berlaku disekeliling ku kebelakangan ini. Rata-rata banyak kisah yang tercipta dan banyak memori yang bakal menjadi ingatan buat sorotan kehidupan masa depan. Kadang-kadang , kita sendiri tidak pasti ,hikmah disebalik kejadian tersebut.

Banyak cerita berlegar di minda, banyak kisah untuk diceritakan dan dikongsikan sebagai teman bicara sepi. Berulang kali ku cuba , akhirnya ini yang mampu ku tulis...kuikuiii

Apalah yang aku merapik ni weh, ketandusan idea barangkali. Tersentap seketika. Menyusun jari sepuluh . Minda ku belum terbuka lagi untuk mencanai cerita.... ;)

Tuesday, January 10, 2012

Jalan-Jalan Dengan En. Tunang

Sabtu yang indah , nyaman sekali ..tenang dan bahagia... pagi itu aku dan Kak Eqin kena bangun awal ..siap-siap untuk ke dewan peperiksaan , peperiksaan akan berlangsung pada pukul 9.00pagi sehingga 11.30pagi ,. yang paling best pagi tu , aku pakai baju baru ..emmm biasa ja ,

Pelajar ramai jugak 114 orang ja , huhukkkkk.heheheeee
( kalau ada orang yang baca , mesti aku kena gelak ni kuikuiukuii ) , pagi tu kertas Penstafan - Staffing , tak ada pun yang siap awal, semuanya ikut waktu tamat , okay lah tu ... apabila waktu peperiksaan tamat , aku dan Kak Eqin pun keluar ke dewan dengan kelengkapan yang dipikul ( kotak kertas soalan ) . Selesai semua urusan dengan Pegawai UUM , kami pun berangkat ke kedai hijauuuuuuu ( momok kan ) , Kak Eqin tapau makanan , dan aku plak tapau kuih - muih then balik ke rumah terus .

Dari jauh ku lihat , En . Tunang dah sampai .... sabar menanti , aku pun ambil handbag dan terus berlalu pergi ..huhuuu, pagi tu mood aku berubah...... erk....mesti ada yang kata aku ni merajuk kan ... bukan , sakit kepala yang tak dapat ditahan sakitnya, kami terus ke JJ ,.. menjamu selera di - The Chicken Rice Shop, sedap ookhh makan sini..lama tak makan kat sini , selesai makan .. terus ke Terminal Two ... jalan-jalan .. tengok owang , tengok owang ..tu lah kejenya... sudahnya kami g tengok cerita Sherlock Holmes , best jugak jalan ceritanya . Sebelum tu kami berdua pergi menunaikan solat Zuhor dahulu, emmm.. tak suka solat kat tempat tu..kenapa tempat solat tu tak diselenggara dengan baik ???... shoping complex punyalah besar , tempat solatnya ..alahaiiii, sedih beno upanya..sabar je lah ... yang penting kami sudah selesai menunaikan solat ,.eehhehhe..makcik ni senyum ja ...manis rupanya , besok bila aku tua .aku upa macam dia jugak ka t ? i mean , senyum manis ja ..hati bahagia, tenang dan aman..hehehhehehe...

Petang tu , bila dah selesai menonton ...g wat facial plak ,..best ..t nak buat lagi..then kami g solat Asar , ...menjelang nak tunggu ke Maghrib, g makan roti canai telur 3keping,...ooiukkkk , lapar weh..hehhehehe...budak yang amik order air ni suko plak dia senyum2 n wat lawak2 dengan aku ...
what is so hilarious my dear ? .tak sempat tanya , dia dah berlalu pergi buat keje kat dapur..hehhehehe

Pas Maghrib , g carik barang dapur Cik Tunang plak... pastu berangkat pulang ke rumah masing-masing lah...heheee, esoknya ahad , masih bercuti lagi...weeehaaaaa...lagi 10 bulan kan ??? Ada apa dengan 10 bulan tu ?

Hampir Dua Minggu Sudah

Hari ni 10hb Januari 2012, - 10012012 *. Tiada apa yang berlaku , yang pastinya hari ni adalah hari yang paling baik berbanding hari-hari sebelumnya . Minggu lepas , aku bercuti di kampung ..3hari saya "on leave " tidak termasuk sabtu dan ahad ya aku berkampung di kampung ...heheee seronok sangat
( most precious time ) , jumpa family , sanak saudara dan rakan taulan. Pertemuan yang sangat-sangat membahagiakan , masak-masak dan makan-makan bersama. Pada 01012012 plak, sahabat baik ku bertunang pulak..heheee, tak sangka sangat.bertunang dengan kawan baik kami juga semasa di alam persekolahan
( congrats to both of you - Ila & Shahrul ) .

Sampai rumah dia lewat sikit , kenduri cukur jambul sudah selesai dengan rasminya... majlis sahabat ku pula dijadualkan selepas asar . then aku pun terus lah menikmati juadah yang sudah tersedia di khemah , ramai juga tetamu yang hadir , lama sungguh tak merasa lauk kenduri di Bukit Rokan , nampak sangat kan aku ni tak rajin balik Rokan,.. hehehehh..bukan begitu maksud ku .. memandangkan kami sekeluarga telah berpindah ke Gemas , aku balik Gemas sahaja lah .. Lama sudah tidak ke Bukit Rokan , jalan-jalan ni pernah aku lewati dulu

Bila sudah sampai ke acara menyarung cincing di jari sahabat ku , aku pun mula siap-siap untuk berangkat ke Gemas. Sebelum pulang , singgah dahulu ke rumah pusaka arwah atuk dan arwah uan ,. buah rambutan sedang masak ranum , buah jambu air hijau lebat kelihatan , jatuhnya sampai mencurah ke bumi...

Selepas kejadian tu , aku masih lagi bercuti .. masih berbaki 2 hari lagi cuti ku .... 4hb Januari 2012 , sekolah di buka semula ,.. pagi tu ..mak masak kueh teaw goreng basah , sedap sangat ...emmmm , pendek cerita mak masak telur goreng pun sedap sangat ... air tangan mak lah katakan..... bangun pagi tu kelihatan , semua adik2 ku sudah siap untuk ke sekolah " osah , semangat boto ekau yo nak ke sekolah " seloroh aku , sebonar eh ..den ni tak do lah pandai sangat cakap noghoie ..hehheheh .belasah je ni ...

Petangnya tu , aku pun berangkat untuk pulang ke Seremban .. mak masak Nasi Ayam.. sedap sangat , bawak bekal untuk makan malam t , sebabnya malam nya pula, kena jaga peperiksaan sampai pukul 11.30malam.. awwwww , acik lapar lah t...

Yang paling rugi sangat-sangat adalah , saya tak dapat tengok cerita " Dunia yang Tersembunyi " dekat TV3 , sabar je lah ..... esok rabu kan - 11hb ... pun kena jaga peperiksaan jugak , dah tak dapat tengok cerita tu lagi .. apa lah nasib ku ini... huuuuu, kata" Kak Linda boleh tengok kat Tonton.com.".. " tak da masa lah nak tengok kat Tonton tu " , seloroh ku bersahaja.. hohooooooo



oookhhhhh ooooo , balik kampung ...ooooo000oo00 balik kampung , hati riang ...