Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Tuesday, January 10, 2012

Hampir Dua Minggu Sudah

Hari ni 10hb Januari 2012, - 10012012 *. Tiada apa yang berlaku , yang pastinya hari ni adalah hari yang paling baik berbanding hari-hari sebelumnya . Minggu lepas , aku bercuti di kampung ..3hari saya "on leave " tidak termasuk sabtu dan ahad ya aku berkampung di kampung ...heheee seronok sangat
( most precious time ) , jumpa family , sanak saudara dan rakan taulan. Pertemuan yang sangat-sangat membahagiakan , masak-masak dan makan-makan bersama. Pada 01012012 plak, sahabat baik ku bertunang pulak..heheee, tak sangka sangat.bertunang dengan kawan baik kami juga semasa di alam persekolahan
( congrats to both of you - Ila & Shahrul ) .

Sampai rumah dia lewat sikit , kenduri cukur jambul sudah selesai dengan rasminya... majlis sahabat ku pula dijadualkan selepas asar . then aku pun terus lah menikmati juadah yang sudah tersedia di khemah , ramai juga tetamu yang hadir , lama sungguh tak merasa lauk kenduri di Bukit Rokan , nampak sangat kan aku ni tak rajin balik Rokan,.. hehehehh..bukan begitu maksud ku .. memandangkan kami sekeluarga telah berpindah ke Gemas , aku balik Gemas sahaja lah .. Lama sudah tidak ke Bukit Rokan , jalan-jalan ni pernah aku lewati dulu

Bila sudah sampai ke acara menyarung cincing di jari sahabat ku , aku pun mula siap-siap untuk berangkat ke Gemas. Sebelum pulang , singgah dahulu ke rumah pusaka arwah atuk dan arwah uan ,. buah rambutan sedang masak ranum , buah jambu air hijau lebat kelihatan , jatuhnya sampai mencurah ke bumi...

Selepas kejadian tu , aku masih lagi bercuti .. masih berbaki 2 hari lagi cuti ku .... 4hb Januari 2012 , sekolah di buka semula ,.. pagi tu ..mak masak kueh teaw goreng basah , sedap sangat ...emmmm , pendek cerita mak masak telur goreng pun sedap sangat ... air tangan mak lah katakan..... bangun pagi tu kelihatan , semua adik2 ku sudah siap untuk ke sekolah " osah , semangat boto ekau yo nak ke sekolah " seloroh aku , sebonar eh ..den ni tak do lah pandai sangat cakap noghoie ..hehheheh .belasah je ni ...

Petangnya tu , aku pun berangkat untuk pulang ke Seremban .. mak masak Nasi Ayam.. sedap sangat , bawak bekal untuk makan malam t , sebabnya malam nya pula, kena jaga peperiksaan sampai pukul 11.30malam.. awwwww , acik lapar lah t...

Yang paling rugi sangat-sangat adalah , saya tak dapat tengok cerita " Dunia yang Tersembunyi " dekat TV3 , sabar je lah ..... esok rabu kan - 11hb ... pun kena jaga peperiksaan jugak , dah tak dapat tengok cerita tu lagi .. apa lah nasib ku ini... huuuuu, kata" Kak Linda boleh tengok kat Tonton.com.".. " tak da masa lah nak tengok kat Tonton tu " , seloroh ku bersahaja.. hohooooooo



oookhhhhh ooooo , balik kampung ...ooooo000oo00 balik kampung , hati riang ...






2 comments:

  1. hahhaha..ang cakap nogori..tingat plak novel2 old version yng pnah aku bca..dulu bca baca xpaham pa la yng lepa ne dok merepek..bhasa pa la yng lepa ne dok ckap..upa2nya loghat nogori upanya..hahhaha..hri ne bru pasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. t aku nak merapek cakap nogoghe yo...hehhehehe

      Delete

Terima kasih !