Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Wednesday, February 29, 2012

Diri Ku dan Diri Mu

1) Siapakah diri anda di rumah?
> kakak sulong. tapi bila adik2 yang lain semua takda, saya jadi anak bungsu kesayangan parents~ ^^



2) Siapakah diri anda di samping rakan rakan?
> depends siapa rakan saya tu kot..kalau dia jenis banyak cakap..saya jadi pendengar, kalau dia pendiam, saya jadi peramah, kalau dia matured, saya jadi kebudakan, kalau dia keanakan, saya jadi orang yang matured, tapi kalau dia gila-gila, saya pun jadi gila-gila, kalau dia budget cool, saya pun ala-ala cool gak,kalau dia jenis formal, saya pun leh jadi seorang yang formal gak.. =P , dan kadang-kadang sayanya mood sukar di baca..heheee



3) 6 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai.
> laptop sendiri
> digital camera
> dinner atas kapal persiaran
> berenang
> kahwin =P
> nak ada rumah besar , ada balcony kaca..nak tempat khas tuk gantung keychain..awww, hehehe


4) Siapakah nama pasangan anda?
Mohd Nazren bin Mohd Som. Saya panggil dia 'abang' =P~ masa ni beliau masih lagi pegang title Tunang saya



5) Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.
> Kelakar
> His smell ^^ bau minyak wangi lah, hehee
> Unpredictable. Jadi saya tak pernah bosan~ =D
> Protective
> Sweet dan romantik (in his unique way)~~


6) Bila tarikh anda couple?
> 29.8.2009..hehheee
> , 6 syawal - Dirisik
> , 12hb November 2011- Bertunang
> , 12hb Oktober 2012 - InsyaAllah, bakal diijabkabulkan...


7) Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
> bila abang tipu saya, hohooo...masa tu baru balik dari Sabah , dated on 17th july 2011..



8) Lagu tema cinta anda?
> Er...takda jugak..every month akan ada lagu baru dia/saya tujukan untuk dia..contoh : Lagu Sedetik Lebih



9) Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
> Perubahan? Hurm....er..mungkin tak nak beliau encem sangat kot...nanti pegi kedai makan orang-orang asik tegur dia encem..sedihlah saya t, merajuk satu alam lagi..hehehhehee


10) Tag 2 rakan yang lain
> beng Aku Bukan Boneka
> mashi The Miracle World

dan sesapa la yang nak buat. sila tag link dia balik ya! TQ~ (^_^)

Tuesday, February 28, 2012

4 Tahun Sekali , Baru Boleh Jumpa

4 Tahun sekali , baru dapat jumpa. Macam mana ya rasanya , apabila ada antara kita yang sambut hari lahir 4 tahun sekali..huhuuuu, rezeki lah kan..hehehee.Setahu aku , rata-rata aku tiada kawan atau sahabat yang sambut tarikh lahir pada tarikh tersebut.Agak-agaknya apa perasaan mereka ya bila tarikh lahir yang ditunggu hanya datang bertandang 4 tahun sekali sahaja. Adakah mereka semakin tua atau semakin muda..hehehehe...

Secara ringkas ;-
29 Februari 2012
- Maksudnya pada hari itu secara automatiknya dikenali sebagai tahun lompat.
- Merupakan hari ke -60 dalam tahun lompat menurut kalendar gregory .
(lebih baik kita kaji mengikut pandangan islam pula )
- Tarikh ini hanya terdapat pada setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992,1996,dan 2004 kecuali tahun-tahun abad .
( aku pulak yang pening, ko kiralah sendiri ya ).


Respon -
Bagi aku , kalau ada lah kawan-kawan yang mungkin aku tak kenal tetapi menyambut ulangtahun kelahiran pada tarikh 29 Februari nanti, jangan sedih dan gusar hati ya...umur kamu tetap bertambah, heheee..
Okay, selamat hari lahir kepada sesiapa sahaja yang menyambut ulangtahun kelahiranya pada 29 Februari.



Baru nak masuk Mac , tarikh lahir aku bulan Julai ..huhuuu, masih berbaki 5 bulan lagi ...





Thursday, February 9, 2012

Moden atau Tradisional

Bulan ini sahaja aku dah terima 3 keping kad jemputan ke majlis perkahwinan ,tak dapat lari dari menerima kad jemputan , ye lah... dah kalau ada kawan-kawan, saudara mara menjemput ke rumah mereka bagi meraikan majlis perkahwinan, dah tentunya rata-rata mereka lebih suka menggunakan kad sebagai jemputan bualan bisu , heheeee tahu mengapa kad bualan bisu ??? hal ini kerana , mereka menggunakan kaedah penghantaran kad sebagai menjemput . Berbanding dengan kaedah yang digunakan oleh kedua ibubapa kita , mereka lebih gemar menjemput dengan bertandang ke rumah orang tersebut bagi menjemput mereka.


Tetapi jika dilihat pada zaman kini, jemputan ke majlis perkahwinan cukup mudah dilakukan, contoh yang paling mudah adalah dengan menggunakan kaedah jemputan di alam maya ..wahahahhahah.., apa ya alam maya tu ?... emmmm , kaedah Laman Muka Buku ( Facebook ) cukup mudah dan cukup menjimatkan wang dan tenaga. Hohhoooooo, sungguh mudah ya . Baru-baru ini , aku terbaca bingkisan mengenai jemputan ke walimatulurus . Kaedah tradisional sudah tidak digunakan lagi, huhuuu ..sayang sungguh . Kenapa dibiarkan dan dipinggirkan ? Jika dilihat di kampung-kampung, mereka lebih gemar menjemput dengan kaedah datang bertandang ke rumah. Bagi mereka cara tersebut lebih sopan , dan bagi mereka tetamu perlu dimuliakan. Indahnya kan.


Bagi pendapat mereka yang menggunakan kaedah muka buku itu ... lebih cepat katanya..dan senang , orang yang tak dikenali pun boleh dijemput..erkkk, (buntang mata aku kejap ). Kadang-kadang cara moden tidak semestinya baik dalam memupuk sifat kesopanan sesama manusia. Bagi aku , jemputlah dengan cara yang berhemah, gunalah kaedah dengan datang bertandang dahulu ke rumah .
(jemputlah kawan-kawan atau saudara mara yang dekat dahulu ). Rasanya , itu lebih molek bagi ku. Sesudah menjemput hulurkanlah kad tersebut ..( tidak salahkan begitu ) , manakala bagi kenalan yang jauh cubalah cari ruang dan waktu untuk bertemu , jika tidak dapat ..hubungilah mereka dan akhirnya utuskanlah kad tersebut . Setidak-tidaknya, tetamu akan berasa diri mereka begitu berharga. ..
(wahhhh, macam iklan produk kecantikan ja ni )

Kadang-kadang , cara begini tidak gemar dilakukan oleh kebanyakan orang pada zaman kini. Katanya , leceh ..huhuuu, apa yang lecehnya? bagi aku , terpulang kepada individu tersebut... pilih lah cara yang mana satu dikau berkenan , dan kau fikir boleh mengeratkan silaturahim antara kita semua...jangan dibiarkan silaturahim antara kita terputus dek arus kemodenan, tiada istilah komunikasi 2 hala, tiada anggukan tiada kerdipan mata yang kelihatan... fikir-fikirkanlah..

Emmm, kad yang dihantar ..akan aku simpan buat kenangan. Mahalkan kad tu, baik aku simpan, boleh buat koleksi peribadi, sehingga ke hari ni. ..aku masih lagi gemar mengumpul pelbagai jenis kad kahwen ...dan satu soalan yang selalu aku fikirkan bila ya agak-agaknya aku dapat menjemput tetamu aku untuk meraikan majlis perkahwinan aku suatuuuuuuuu hari nanti ????


- Setiap orang mempunyai tafsiran tersendiri berkaitan penghantaran kad jemputan ,... masing-masing punya buah bicara ...terpulang kepada diri kita sendiri.



Perkara Yang diTuntut Oleh Pengantin Perempuan

Terkejut aku, bila tengok member aku yang seorang ni sudah pandai berblog. Diakui , beliau memang pandai berkata-kata dengan ayat "poyo" nya itu, heheheehehehehhe. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh beliau , dan secara jujurnya majoriti perempuan itulah keinginannya..tapi bagi aku yang lebih penting sekali adalah tentang pencarian Imam itu sendiri , sebabnya aku bakal menjadi Pengantin Perempuan. ..ishhhh, memanglah aku jadik pengantin perempuan.dah tu jadik apa plak ehhh.. huhuuuuuu..

Bagi seorang perempuan yang bakal menjadi isteri dan ibu/umi/mama/mak kepada anak-anak yang bakal dilahirkan nanti, sudah tentulah mahukan seorang suami yang boleh mendidik si isteri . Lelaki jika memilih perempuan yang kurang ilmunya tidak mengapa, tetapi jika si Isteri memilih suami yang kurang ilmunya dari si Isteri punahlah harapan dan impian ..huuuwaaaaaaa, nak tahu kenapa ? arrrrrr, jawapanya... seorang suami tugasnya mendidik si isteri , tidak kisah samada si Isteri kurang ilmunya, kelak diajar pula dengan ilmu sudah tentulah si Isteri sudah bertambah ilmunya. Ilmu dunia dan akhirat , baru sebati di jiwa aman bahagialah hidupnya nanti.

Apa akhirnya nanti, jika si Isteri sudah salah memilih bakal Imamnya nanti... ke mana hala tuju hidup berumahtangganya nanti , adakah hanya ada rumah , dan tangga sebagai pelengkap hidupnya..? OOokkh tidak , jangan jadi begitu wahai isteri dan suami. . Sudah kau lafazkan ijab dan kabul , terpikul sudah tanggungjawab di bahu. Carilah Imam yang selayaknya untuk dirimu dan anak-anak mu nanti wahai si Isteri. Kelak hidup kau akan bahagia di dunia dan akhirat . Carilah bahagia itu , kerna bahagia itu tidak akan muncul dengan sendirinya sahaja.

Carilah Imam yang boleh mendidik kita kelak, itu yang lebih penting, disusuli pula dengan sifat kepimpinannya terhadap keluarga . Lagi indah , jika bakal si isteri dan si suami bekerjasama menambah ilmu di dada demi kesejahteraan bersama. Indahnya hidupkan ... biar tidak mampu membeli kereta porche , asalkan ada kenderaan yang boleh bergerak ke sana ke mari, biar tiada rumah seindah istana mahligai yang selalu "kau" mimpikan tuh, asalkan ada rumah yang indah di dalamnya dan tidak membebankan si Suami menanggung hutang piutang. Hidup perlu ada toleransi, sentiasa tahu dan faham , saling bantu membantu. Apa yang penting , kita tahu ke mana mahunya kita pergi dan jadi apa. Angan-angan itu boleh dan indah jika difikirkan, tetapi tidak indah jika angan-angan itu hanya tinggal angan-angan sahaja, huuuuuuuuuuu, tepuk dada tanyalah hati.

1.
Jadikan daku seorang makmum kepada dirimu
2. Jadikan daku suri hidupmu
3. Didiklah daku sebaik mungkin
4. Hiasi hidupku dengan kebahagian dan kedamaian
5. Bersama-sama harungi pahit maung kehidupan.


Ya Allah , Ya Tuhan ku
Kurniakanlah kami dengan ketenangan di hati , dan kesopanan di jiwa
Anugerahkanlah kami kecerdikan akal , keluhuran hati dan budi , jauhkanlah kami dengan sifat mazmumah, dan dekat kan lah kami dengan dengan sikap mahmudah. Berkatilah rezeki yang kami perolehi dan luaskanlah nikmat kejayaan kami. Amin