Moden atau Tradisional

Bulan ini sahaja aku dah terima 3 keping kad jemputan ke majlis perkahwinan ,tak dapat lari dari menerima kad jemputan , ye lah... dah kalau ada kawan-kawan, saudara mara menjemput ke rumah mereka bagi meraikan majlis perkahwinan, dah tentunya rata-rata mereka lebih suka menggunakan kad sebagai jemputan bualan bisu , heheeee tahu mengapa kad bualan bisu ??? hal ini kerana , mereka menggunakan kaedah penghantaran kad sebagai menjemput . Berbanding dengan kaedah yang digunakan oleh kedua ibubapa kita , mereka lebih gemar menjemput dengan bertandang ke rumah orang tersebut bagi menjemput mereka.


Tetapi jika dilihat pada zaman kini, jemputan ke majlis perkahwinan cukup mudah dilakukan, contoh yang paling mudah adalah dengan menggunakan kaedah jemputan di alam maya ..wahahahhahah.., apa ya alam maya tu ?... emmmm , kaedah Laman Muka Buku ( Facebook ) cukup mudah dan cukup menjimatkan wang dan tenaga. Hohhoooooo, sungguh mudah ya . Baru-baru ini , aku terbaca bingkisan mengenai jemputan ke walimatulurus . Kaedah tradisional sudah tidak digunakan lagi, huhuuu ..sayang sungguh . Kenapa dibiarkan dan dipinggirkan ? Jika dilihat di kampung-kampung, mereka lebih gemar menjemput dengan kaedah datang bertandang ke rumah. Bagi mereka cara tersebut lebih sopan , dan bagi mereka tetamu perlu dimuliakan. Indahnya kan.


Bagi pendapat mereka yang menggunakan kaedah muka buku itu ... lebih cepat katanya..dan senang , orang yang tak dikenali pun boleh dijemput..erkkk, (buntang mata aku kejap ). Kadang-kadang cara moden tidak semestinya baik dalam memupuk sifat kesopanan sesama manusia. Bagi aku , jemputlah dengan cara yang berhemah, gunalah kaedah dengan datang bertandang dahulu ke rumah .
(jemputlah kawan-kawan atau saudara mara yang dekat dahulu ). Rasanya , itu lebih molek bagi ku. Sesudah menjemput hulurkanlah kad tersebut ..( tidak salahkan begitu ) , manakala bagi kenalan yang jauh cubalah cari ruang dan waktu untuk bertemu , jika tidak dapat ..hubungilah mereka dan akhirnya utuskanlah kad tersebut . Setidak-tidaknya, tetamu akan berasa diri mereka begitu berharga. ..
(wahhhh, macam iklan produk kecantikan ja ni )

Kadang-kadang , cara begini tidak gemar dilakukan oleh kebanyakan orang pada zaman kini. Katanya , leceh ..huhuuu, apa yang lecehnya? bagi aku , terpulang kepada individu tersebut... pilih lah cara yang mana satu dikau berkenan , dan kau fikir boleh mengeratkan silaturahim antara kita semua...jangan dibiarkan silaturahim antara kita terputus dek arus kemodenan, tiada istilah komunikasi 2 hala, tiada anggukan tiada kerdipan mata yang kelihatan... fikir-fikirkanlah..

Emmm, kad yang dihantar ..akan aku simpan buat kenangan. Mahalkan kad tu, baik aku simpan, boleh buat koleksi peribadi, sehingga ke hari ni. ..aku masih lagi gemar mengumpul pelbagai jenis kad kahwen ...dan satu soalan yang selalu aku fikirkan bila ya agak-agaknya aku dapat menjemput tetamu aku untuk meraikan majlis perkahwinan aku suatuuuuuuuu hari nanti ????


- Setiap orang mempunyai tafsiran tersendiri berkaitan penghantaran kad jemputan ,... masing-masing punya buah bicara ...terpulang kepada diri kita sendiri.



5 comments:

Terima kasih !