Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Thursday, February 9, 2012

Perkara Yang diTuntut Oleh Pengantin Perempuan

Terkejut aku, bila tengok member aku yang seorang ni sudah pandai berblog. Diakui , beliau memang pandai berkata-kata dengan ayat "poyo" nya itu, heheheehehehehhe. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh beliau , dan secara jujurnya majoriti perempuan itulah keinginannya..tapi bagi aku yang lebih penting sekali adalah tentang pencarian Imam itu sendiri , sebabnya aku bakal menjadi Pengantin Perempuan. ..ishhhh, memanglah aku jadik pengantin perempuan.dah tu jadik apa plak ehhh.. huhuuuuuu..

Bagi seorang perempuan yang bakal menjadi isteri dan ibu/umi/mama/mak kepada anak-anak yang bakal dilahirkan nanti, sudah tentulah mahukan seorang suami yang boleh mendidik si isteri . Lelaki jika memilih perempuan yang kurang ilmunya tidak mengapa, tetapi jika si Isteri memilih suami yang kurang ilmunya dari si Isteri punahlah harapan dan impian ..huuuwaaaaaaa, nak tahu kenapa ? arrrrrr, jawapanya... seorang suami tugasnya mendidik si isteri , tidak kisah samada si Isteri kurang ilmunya, kelak diajar pula dengan ilmu sudah tentulah si Isteri sudah bertambah ilmunya. Ilmu dunia dan akhirat , baru sebati di jiwa aman bahagialah hidupnya nanti.

Apa akhirnya nanti, jika si Isteri sudah salah memilih bakal Imamnya nanti... ke mana hala tuju hidup berumahtangganya nanti , adakah hanya ada rumah , dan tangga sebagai pelengkap hidupnya..? OOokkh tidak , jangan jadi begitu wahai isteri dan suami. . Sudah kau lafazkan ijab dan kabul , terpikul sudah tanggungjawab di bahu. Carilah Imam yang selayaknya untuk dirimu dan anak-anak mu nanti wahai si Isteri. Kelak hidup kau akan bahagia di dunia dan akhirat . Carilah bahagia itu , kerna bahagia itu tidak akan muncul dengan sendirinya sahaja.

Carilah Imam yang boleh mendidik kita kelak, itu yang lebih penting, disusuli pula dengan sifat kepimpinannya terhadap keluarga . Lagi indah , jika bakal si isteri dan si suami bekerjasama menambah ilmu di dada demi kesejahteraan bersama. Indahnya hidupkan ... biar tidak mampu membeli kereta porche , asalkan ada kenderaan yang boleh bergerak ke sana ke mari, biar tiada rumah seindah istana mahligai yang selalu "kau" mimpikan tuh, asalkan ada rumah yang indah di dalamnya dan tidak membebankan si Suami menanggung hutang piutang. Hidup perlu ada toleransi, sentiasa tahu dan faham , saling bantu membantu. Apa yang penting , kita tahu ke mana mahunya kita pergi dan jadi apa. Angan-angan itu boleh dan indah jika difikirkan, tetapi tidak indah jika angan-angan itu hanya tinggal angan-angan sahaja, huuuuuuuuuuu, tepuk dada tanyalah hati.

1.
Jadikan daku seorang makmum kepada dirimu
2. Jadikan daku suri hidupmu
3. Didiklah daku sebaik mungkin
4. Hiasi hidupku dengan kebahagian dan kedamaian
5. Bersama-sama harungi pahit maung kehidupan.


Ya Allah , Ya Tuhan ku
Kurniakanlah kami dengan ketenangan di hati , dan kesopanan di jiwa
Anugerahkanlah kami kecerdikan akal , keluhuran hati dan budi , jauhkanlah kami dengan sifat mazmumah, dan dekat kan lah kami dengan dengan sikap mahmudah. Berkatilah rezeki yang kami perolehi dan luaskanlah nikmat kejayaan kami. Amin

2 comments:

  1. wow, terasa i u hahahahahaha best.. biasala skang ni tp yg aku x paham ada gak perempuan yg pilih laki2 yg mcm tu, paham la kadang2 laki2 yg baik ni xkan dipandang oleh perempuan, kenapa ek? perempuan suke laki yang begitu ke ala ala si seth dalam drama tb3 tuuu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh, tahniah ya..ko dah pandai menulis lah weh... perempuan kalau macam tu .. senang ja ..kita tengok dia balik : perempuan tu okay ke tak "?...senang ja , perempuan baik untuk lelaki yang baik.. done .. hehehehhe...sabar ya kawan, trust me.. ko akan dapat yang terbaik..

      Delete

Terima kasih !