Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Saturday, March 24, 2012

Bulan Mac Bakal Melabuhkan Tirai

Usai bersiap-siap untuk ke opiz pagi tadi, terus aku membuat panggilan ke kampung.. tapi sayangnya panggilan ku hanya berlagu riang... panggilan ku tidak berjawab, barangkali keluarga sibuk di dapur . Ku kalihkan diri ku dengan mengemas opiz seketika... sedang aku sibuk mengemas opiz... secara spontan, teringat plak dekat bunga perhiasan pemberian KaK Zilah tahun lepas.. Tulip Biru.. cantik tapi tak wangi.. heheeee, emmm lama dah tak dapat bunga..

" Mak abang cakap, mak sayang tangan sejuk ".. banyak bunga2 hidup kat tepi laman rumah sayang... terngiang-ngiang lagi ucapan tu tatkala aku sedang menelek-nelek Si Tulip Biru ni.... ku hamparkan senyuman , Mak memang tangan sejuk.. bunga-bunga kat tepi rumah semua mak yang tanam.. kadang-kadang bila aku balik ja kampung.. habis ku perhatikan bunga-bunga yang ada,.. mawar kampung .. merah dan merah jambu cantik menghiasi , Si Orkid plak baru nak lihatkan wajahnya yang mulus tu.. ungu warnya... dah macam duduk kat taman bunga dah... Si Bunga Matahari merajuk agaknya, 2 bulan yang lepas... bukan main cantik lagi ia kembang

Bulan Mac, besday Kak Cik... Selamat Hari Lahir Kak Cik, May Allah Bless You... Allah yubarik fik.. ameen..
Suka betol Kak Chik, ayah belikan kek , tapaukan KFC lagi.. wawawaaaaa untungnya dia kan... seingat aku, bulan Mac ni , bakal ayah mertua dan bakal adik ipar ku pon menyambut hari ulangtahun kelahiranya.. tapi aku kurang pasti .. berapa haribulan...huhuuuu.. errrrrr,,,, hanya mendoakan yang terbaik ... semoga kalian sentiasa di bawah NaunganNya,ameen.

Mac, selepas itu April... bererti hanya berbaki 6 bulan sahaja lagi majlis walimah kami. Sabtu lepas, mak masak nasik ayam.. dan pada hari tersebut kami dah pergi melihat baju untuk dipakai semasa majlis walimah.. En. Tunang memang pandai memilih, pelamin mini yang dipilih cantik sangat.. memadailah hanya tuk bergambar sahaja... hijau + krim . Minat ku kepada songket , tak pernah pudar .. ntah kenapa.. minat ku memang kepada songket.. bagi ku ia ada nilai estetika yang tinggi... tradisional.. cantik dan sedap mata memandang.. hijau lembut ya kak,.. tapi sayang,, baju songket dan dress baru nak pilih kain , balas akak tersebut.. tak apa lah.. yang penting kami orang first yang pakai baju dengan design tersebut.hehheeee.... dress lak, putih silver.. muslimah style.. yang penting masa walimah nanti.. menutup aurat... ameen. Tapi siyes sangat, paten baju sekarang humangggg aiiii.. dasat weh... huhuu

Beralih plak kepada ayah, ayah... baru ja kuar dari hospital.. tak jadik operate katanya.. ishhh biar betol doctor ni.. kadang-kadang aku rasa risau yang amat sangat dengan kesihatan ayah.. sakitnya , hanya beliau sahaja yang tahu dan rasa... semoga ayah cepat sembuh, syafaaha Allah, ameen.

Mak plak mesti sibuk dengan idea untuk menanam pokok bunga,,, hohoooo.. rasa macam nak belikan mak pokok mawar kampung warna kuning tu lah.. cantiknya lah hai... t tanam kat sebelah pokok mawar merah, dan merah jambu mesti cantik kan.. hehehhehe.. saya minat mawar... hehhehehe bunga lain pon minat jugak... kalau lah dapat tanam Bunga Lavender kat rumah............ waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bangun pagi ja, wanginyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... itu kalau kat tempat sejuk boleh lah ooii,,.. emmmm

K lah, nak tamatkan cerita dah... esok .. nak g Karnival Pengantin.. tataaaaa






Wednesday, March 7, 2012

Soalan Untuk Diri Ku

Alhamdulillah, sudah masuk ke angka 4 bulan aku bertunang... Syukur, masih dipanjangkan ikatan pertunangan ini. Doaku semoga ikatan pertunangan ini kekal hingga ke hari di ijabkabulkan dan seterusnya sampai ke alam syurga. Persiapan sudah dibuat secara perlahan-lahan, dalam aku sibuk menyiapkan senarai keperluan pada majlis tersebut ,terkalih aku pada satu pesanan yang disampaikan secara santai oleh Dr. Dato Mohd Fadzilah Kamsah
( penceramah yang digemari ramai termasuk aku sendiri ), pesan beliau " tanya diri sendiri "., apa lagi yang boleh aku beri kepada pasangan ku ?... soalan tu nampak mudah, amat rigkas ,.. jika diamati pesanan itu mengandungi seribu persoalan yang bermain di minda , dan kadang-kadang jawapan yang ada untuk pertanyaan itu ada bermacam-macam ragam jawapan.

Dalam situasi begini, sudah tentunya aku ligat memikirkan soalan tu secara terbuka mengikut ruang lingkup dalam aspek kehidupan, kadang-kadang tanpa kita sedari ..kita selalu membuat keputusan tanpa memikirkan kesan jangka panjang...dan..kadang-kadang kita juga lupa ....emmm, lumrah kehidupan. Cuba bayangkan , bayangkan jika kita sedang berada di alam 'ikatan pertunangan'...sudah tentunya , masa ini perbincangan sudah pun dibuat bagi pemberian wang hantaran... bila kita amati, berat tanggungjawab bakal suami , dan bakal isteri juga tidak terkecuali daripada memegang atau menggalas tanggungjawab . Sedar atau tidak, layakkah kita untuk menerima wang hantaran yang tinggi kadarnya ?

Dalam situasi begini, layakkah kita ...cuba lihat diri sendiri bagi bakal isteri sekalian...layakkah kita jika menerima wang hantaran tersebut? Tanyalah diri sendiri, :
1. Adakah sempurna solat ku?
2. Adakah pandai aku mengaji Al-Quran?
3. Adakah aurat ku terjaga dengan sempurna ?
4. Adakah aku tahu hukum hakam ?
5. Adakah aku arif dalam menjaga tingkahlaku ?
6. Adakah aku tahu memasak?
7. Adakah aku tahu menjahit pakaian?

Jawab dalam hati, itu lebih berkesan...pertanyaan tu aku ambil dari petikan rakan di Laman Muka Buku(Facebook)...

Sejujurnya, cubalah belajar untuk muhasabah diri. Itu lebih baik... secara tak langsung, entri hari ni amat berguna untuk diri aku jugak.. " Berfikirlah di Luar Kotak Pemikiran "....adakalanya ia logik.

okay, renung-renung kan...tataaa..


P/s: Masih berbaki 7 bulan lagi, hehheheheh