Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Wednesday, March 7, 2012

Soalan Untuk Diri Ku

Alhamdulillah, sudah masuk ke angka 4 bulan aku bertunang... Syukur, masih dipanjangkan ikatan pertunangan ini. Doaku semoga ikatan pertunangan ini kekal hingga ke hari di ijabkabulkan dan seterusnya sampai ke alam syurga. Persiapan sudah dibuat secara perlahan-lahan, dalam aku sibuk menyiapkan senarai keperluan pada majlis tersebut ,terkalih aku pada satu pesanan yang disampaikan secara santai oleh Dr. Dato Mohd Fadzilah Kamsah
( penceramah yang digemari ramai termasuk aku sendiri ), pesan beliau " tanya diri sendiri "., apa lagi yang boleh aku beri kepada pasangan ku ?... soalan tu nampak mudah, amat rigkas ,.. jika diamati pesanan itu mengandungi seribu persoalan yang bermain di minda , dan kadang-kadang jawapan yang ada untuk pertanyaan itu ada bermacam-macam ragam jawapan.

Dalam situasi begini, sudah tentunya aku ligat memikirkan soalan tu secara terbuka mengikut ruang lingkup dalam aspek kehidupan, kadang-kadang tanpa kita sedari ..kita selalu membuat keputusan tanpa memikirkan kesan jangka panjang...dan..kadang-kadang kita juga lupa ....emmm, lumrah kehidupan. Cuba bayangkan , bayangkan jika kita sedang berada di alam 'ikatan pertunangan'...sudah tentunya , masa ini perbincangan sudah pun dibuat bagi pemberian wang hantaran... bila kita amati, berat tanggungjawab bakal suami , dan bakal isteri juga tidak terkecuali daripada memegang atau menggalas tanggungjawab . Sedar atau tidak, layakkah kita untuk menerima wang hantaran yang tinggi kadarnya ?

Dalam situasi begini, layakkah kita ...cuba lihat diri sendiri bagi bakal isteri sekalian...layakkah kita jika menerima wang hantaran tersebut? Tanyalah diri sendiri, :
1. Adakah sempurna solat ku?
2. Adakah pandai aku mengaji Al-Quran?
3. Adakah aurat ku terjaga dengan sempurna ?
4. Adakah aku tahu hukum hakam ?
5. Adakah aku arif dalam menjaga tingkahlaku ?
6. Adakah aku tahu memasak?
7. Adakah aku tahu menjahit pakaian?

Jawab dalam hati, itu lebih berkesan...pertanyaan tu aku ambil dari petikan rakan di Laman Muka Buku(Facebook)...

Sejujurnya, cubalah belajar untuk muhasabah diri. Itu lebih baik... secara tak langsung, entri hari ni amat berguna untuk diri aku jugak.. " Berfikirlah di Luar Kotak Pemikiran "....adakalanya ia logik.

okay, renung-renung kan...tataaa..


P/s: Masih berbaki 7 bulan lagi, hehheheheh



No comments:

Post a Comment

Terima kasih !