Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Thursday, May 31, 2012

Terima Kasih Bos ~

Bos aku bagi hadiah , aku rasa besday aku jauh lagi.. ka sebab bos tak dapat bawak aku pergi Pesta Buku kelmarin alaaaaa yang dekat PWTC tu...kalau nak diikutkan aku dah selamat dah menjejakan kaki ke sana , pergi bersama opizmate aku ...dah alang-alang aku nak ke PTPTN , kami gerak sama je lah..setel je tugas aku kat PTPTN kami terus g PWTC...merayau lah kami kat sana, keluar masuk masuk keluar tu je lah kejenya..hehehhehehe, Si Ben dan  Kak Nani senyum ja lah ikut rentak aku p mencari buku... akhirnya, buku origami ja yang aku berjaya beli...hahhahahaha


Dah setel cari semua buku untuk library dan  buku tuk diri sendiri, kami pun pergilah menyinggah makan dekat tepi sungai yang wangi  tu..huuuuhu, aku rasa last lah aku makan kat sini.... pulang lah kami dengan muka yang keletihan ..rasa nak pengsan pun ya jugak..kepenatan berjalan sakan...


Eh, masalahnya sekarang pemberian yang aku terima tu sempena apa ? Bos bagi 2 buah buku novel cinta cintun dan kain telekung..sweet kan , hehehhehe.. .Aku ni bukanlah seorang yang suka membeli buku novel , kalau nak baca hanya meminjam sahaja , kalau memebeli pun suka beli buku yang berbentuk ilmiah , motivasi ka ...arr macam tu lah selalunya yang aku beli...

Apa-apa pun, terima kasih Bos.. Semoga bos panjang umur dan murah rezeki ...


Wednesday, May 30, 2012

Perempuan dan Daun


aku tak tahu ;)
yang aku tahu gadis dan bunga macam lagu Rahimah Rahim tu ja....heheheh ;)




 Gadis dan Bunga

Berlenggang dia berjalan
Si gadis tersayang manja
Jelingan yang manja

Menuju dia ke kota
Di tangannya penuh bunga
Di hati penuh cinta
Berbagai macam bunga di bawa
Untuk dijual di gerai mama

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu

Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu

Datang seorang pemuda
Dapat melebur hatinya
Memetik oh cintanya
Kini berjalan dengan pasangan
Tak hirau lagi dengan jualan

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu...


p/s - Lagu ni tak silap aku Man Taro suka ....

Beralih Bulan



Hari silih berganti, kadang-kadang hati ni terpanggil untuk melatari semula diari lama yang telah aku biarkan sekian lama. Sudah sampai masanya untuk aku mencatatkan semula kisah semalam biar jadi kenangan...menghabiskan masa santai di waktu malam membuatkan aku jadik lebih kreatif dengan menyiapkan origami yang tak pernah siap, kakakkakaa.....

Mei dah nak berakhir, minggu terakhir Mei ni banyak perkara yang berlaku disekeliling aku . Seingat aku, yang paling best adalah hari dimana kawan sepejabat aku bergelar suami..aiceceeeee, Si Insan Kamil tu lah maksud aku. Sorang-sorang akan ikut jejak langkah Si Kamil, dan selepas ni Akak Zizi. Selepas 3 bulan kemudian giliran aku plak.

Bulan ni ja, kad jemputan yang aku dah berjaya terima ada 3 keping..bulan depan aku tak pasti..dan bulan -bulan akan datang sudah semestinya ia akan bertambah lagi..almaklumlah, musim cuti sekolah.mestilah ramai yang memilih untuk mengadakan majlis walimah.. Si Tinggi pun dengar khabarnya nak hantar kad , tapi belum sampai lagi...masih menunggu..Si Tinggi ni makin tinggi aku tengok, dan aku masih lagi comel..hhehahhaeahehehaehae..mula lah tu nak perasan ;)

Mei pergi Jun datang, 2 2 penting kalau tak pergi dan datang.. macam mana julai nak tiba pulak ek ;) hahhahahah, rasanya ni je lah kot yang aku dapat merepek sementara waktu rehat 1 jam ni...

p/s - Selamat Hari Lahir Mira - amacam best tak baju tidor tu ;)
        Selamat Hari Lahir Ema - buku tu best oooo, ko baca sampai habis taw
        Selamat Hari Lahir Kak Sarah @ Kak Jah - mesti terima dengan cara yang baik dan beradat taw kak
        Selamat Pengantin Baru Kamil , semoga kekal hingga ke alam syurga ..





Friday, May 18, 2012

Selamat Hari Guru Cikgu ~ !

Ringkas tapi padat,


Siti Farah Diana Razak a.k.a Cik Sal : Selamat Hari Guru , Cikgu ~ Terima kasih cikgu.. ;) 
*  (Hantar guna SMS ja )
Cikgu Amir a.k.a Ayahanda               : Terima kasih anakanda.... Ayahanda amat2 menghargai ingatan anakanda itu..

 -  Reaksi Aku - Senyum lebar, syukur Alhamdulillah.


##################################################################################


Siti Farah Diana Razak a.k.a Cik Sal : Selamat Hari Guru , Cikgu ~ Terima kasih cikgu.. ;)
Cikgu Hassan                                    :  TQ anak murid ku yang comel ..
* (Hantar guna SMS ja )

- Reaksi Aku - comel ka saya ni cikgu ;) , bisik dalam hati ja.. hehehehhe


#################################################################################
Siti Farah Diana Razak a.k.a Cik Sal : Selamat Hari Guru , Cikgu ~ Terima kasih cikgu.. ;) 
* ( Hantar guna FB )
Cikgu Muzir                                      : Siapa kau shizuka ?
* Shizuka                                          : Siti Farah Diana Razak,
 Cikgu Muzir                                     : Ooo!!.....mengapa kau berlindung di belakang Shizuka si kartun tu  
                                                           ha, Mengapa tak Doremon
* Shizuka                                          : haaa, begitulah nampaknya.. jika doraemon yang ku gunakan..
                                                           kesian pula kepada si nobita nanti ;)


- Reaksi Aku - gelak besar-besar ..hehehehhe ;)


 ##################################################################################

Siti Farah Diana Razak a.k.a Cik Sal : Selamat Hari Guru , Cikgu ~ Terima kasih cikgu.. ;)
Cikgu Hishamuddin                           : okay  farah, thanks. welcome.
 * ( Hantar guna FB )

- Reaksi Aku - Dari dulu sampai sekarang, cikgu Hisham kata aku rendah aja..huhuu.. tapi tetap comel.. kan cikgu  kan kan .. ;)


###################################################################################
Siti Farah Diana Razak a.k.a Cik Sal : Happy teachers day , Thank you teacher ~ hehehehheheh..
T. Michelle                                        : Hi farah , thank you very much , u take good care yeah ;)

 Siti Farah Diana Razak a.k.a Cik Sal : Hi teacher , most welcme..okay teacher.. you too.. ~

Reaksi Aku - Dulu aku selalu kena wat presentation bila tiba english day.. jadik emcii pun aku malu-malu.. sudahnya , kena jugak.. paling best masauk drama english.. seronok weh... 


###################################################################################




 Okay, ni yang sebahagian ja ... ada ramai lagi cikgu-cikgu aku ... Terima kasih cikgu !... Semoga Allah merahmati kamu semua, aminn..




p/s - Hubungan dengan guru , janganlah terputus begitu sahaja... hargailah perkenalan itu, simpan dan pegang ketat-ketat... betul ka Cikgu Hassan ni nak join makan beradab t ? ;)hehheheheh

Wednesday, May 16, 2012

Hari Nakba


Salam untuk semua, semoga dirahmati-NYA =)

Pagi tadi bukak ja fesbuk , aku tengok semua orang tukar gambar profil .. ada yang berpurdah , dan majoritinya gambar tersebut menutup mata. Terdetik juga di hati, hari apakah hari ini.. diam lagi tanpa jawapan.. Sambil-sambil tu, aku dengar berita kat radio Negeri FM .. fuhh radio RTM ko..hahhahahahah.. siaran kat bilik opiz  aku ni selalu berubah-ubah, kadang-kadang IKIM , HOT FM, dan kadang-kadang hanya bunyi sound pecah ja... hahahaaa, sudahnya aku je lah yang nyanyi di dalam bilik ni..heehehehe. 

Okay-okay , sambung balik apa DJ tu sampaikan. Tak silap aku, DJ radio tu ada menceritakan pasal Hari Nakba ni, aku pun memasang telinga dengan lebih tajam untuk ku halusi apa maksud sebenarnya Hari
Nakba itu...sambil aku dok baca punya baca, belek punya belek laman muka buku ..terus aja aku menaip " sejarah Hari Nakba "

Pencarian ku berhasil , 

Baca dan fahami, simpan ketat-ketat dalam kotak ingatan kita ya...

Hari Nakba ;-

Suatu peristiwa yang jarang-jarang  kita sambut adalah peristiwa memperingati pengusiran rakyat Palestin daripada buminya sendiri yang telah berlaku sejak 63 tahun yang lalu. Peristiwa tersebut dikenali sebagai Hari Nakba. Nakba Day atau Hari Nakba /يوم النكبة, bererti “Hari Bencana” ketika Israel melakukan Pengusiran dan perebutan Tanah dan Rumah terhadap Warga Palestin yang menyebabkan sekitar 700 000 rakyat Palestin yang menjadi pelarian.

Istilah “Nakba” digunakan dalam kaitannya dengan penciptaan Israel pada tahun 1948 setelah berlakunya  ‘pembersihan etnik’ terhadap rakyat Palestin.
Berikut dilampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan ;- 
( gambar ni aku copy dari blog seorang hamba ;) heheee, benda baik kan .. baik share sesama

Gambar pelarian Rakyat Palestin

 




 




 Diriwayatkan dari Abu Umamah Al Baahili bahawa Nabi SAW bersabda,"Akan sentiasa ada kumpulan di kalangan umatku yang dengan jelas berada dijalan yang benar, terhadap musuh mereka berkeras, dan mereka sama takkan dimudharatkan dengan keangkuhan musuh sehingga mereka menerimana arahan dari Allah (mendapat kemenangan atau syahid)". Para Sahabat bertanya,"Di mana mereka itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab,"Mereka itu berada di Baitul Maqdis dan di sekitarnya".





-p/s - Bantulah dengan apa cara  sekalipun, waima  sepotong doa buat mereka..  Ingat dan simpan dalam kotak ingatan kita tarikh 15hb Mei setiap tahun..

Monday, May 14, 2012

Layak Kah Aku Ini ?

 Masa sudah berinjak ke bulan Mei, ini bermakna lebih kurang ada 5 bulan sahaja lagi ..untuk majlis Pernikahan aku dan En. Tunang. Dalam melalui masa-masa yang berbaki, terdetik juga di hati.. adakah aku ini layak untuk bergelar menantu kepada bakal ibu mertua ku. Rasanya , 2 minggu yang lepas.. aku ada menonton cerekarama , tajuknya aku dah tak ingat dah, yang ingat hanyalah jalan cerita yang penuh rasa sedih , hiba dan sayu ..barangkali sesiapa yang menontonya pasti mempunyai rasa yang sama seperti ku. 

Cukup mudah untuk aku simpulkan di sini, iaitu - Darjat seorang Ibu Mertua adalah sama dengan Ibu Kandung. .. Sila simpan dan pegang ketat-ketat di dalam hati ya,  Layanlah Ibu Mertua mu  seperti Ibu Kandung Mu , bahagiakanlah beliau, beliau juga mempunyai hak yang sama. Ingat, Perkahwinan bukan menyatukan 2 hati sahaja, tetapi seluruh ahli keluarga... Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang lagi Maha Esa.. Begitu indah hubungan yang tercipta...

Warkah HATI buat bakal ibu mertua ku 
Assalamualaikum W.B.T,
Duhai, bakal ibu mertuaku..
dengarkanlah hati ini berbicara...
izinkan diri ini memula bicara untuk mengundang restu Ilahi...
mengharapkan mimpi menjadi realiti..
Perkenalkanlah diri ini adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja…

saya bukanlah Khadijah r.a Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita Islam dan teramat Mulia.....
Saya bukanlah Aisyah r.a Seorang yang utama dalam ketakwaannya…
Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya…
diri ini sedar akan kekurangan ini..
ku insafi segala kelemahan diri...

izinkan saya menceritakan disebalik ukhuwah yang terjalin di antara kami..
saya tertarik dengannya bukan kerana rupanya mahupun kepandaiannya tapi saya tertarik dengan bicara agamanya...
semangat jihad yang ada dalam dirinya..
sikap zuhud dan kesederhanaanya..
keperibadian yang mulia..
lembut tutur bicaranya..
dialah diantara kekasih pilihan di hati ini punyai budi penghias diri...

rela saya pendamkan impian yang tersimpan enggan saya keasyikkan
tiba masanya untuk saya meluahkannya...
andai kami bernikah,sudah pasti tiada apa yang menghalang kami dari merindui antara satu sama lain..tiada fitnah lagi antara kami...
apa yang saya belajar.. zina itu haram jika dibandingkan dengan cerai.. talak itu halal tapi dibenci ALLAH..saya tidak berdoa hubungan kami berakhir dengan talak.tapi nikah itu menghalalkan yang haram iaitu zina..saya dan dia takut dengan kemurkaan ALLAH atas zina.maka izinkanlah kami bersama dengan cara yang halal

wahai bakal ibu mertuaku,
hanya itu yang saya inginkan dari insan yang amat saya sayangi...
terimalah seadanya diri ini wahai bakal ibu mertuaku,
hanya diri ini yang halal ku serahkan segalanya untuk mencari redha Ilahi..
bukan kerana nafsu..tapi kerana tidak mahu tergolong dalam hubungan terlarang..izinkan kami bersama..saya ingin menjadi yang halal untuknya..yang mententeramkan jiwa mudanya yang dapat menghalangnya ke lembah yang hina.. saya ingin menjadi pendorong semangatnya..menjadi semangat dalam kegiatan dakwahnya........



wahai bakal ibu mertuaku,
ku panjatkan doa ke hadrat Ilahi,
semoga ikatan yang terjalin sentiasa dirahmati dan diredhai,dan
bait-bait kasih yang terbina biarlah kekal ke hujung nyawa dan terus abadi di alam syurga.



p/s - Aku jumpa masa belek-belek fesbuk pagi tadi, then aku ubah sesikit ja.. actually.. ni lah rasa yang aku lalui semasa dirisik dahulu..siyes..pas dirisik,   hati aku sayu sangat.. speechless.. Terima Kasih Tuhan, Indah sungguh aturan Mu. Alhamdulillah...




Doa Buat Kalian

Tetiba teringat dengan kawan-kawan lama, masa cepat benar berlalu... meninggalkan perasaan yang teramat rindu pada kalian.  Sedang aku leka mengimbau kenangan, gambar semasa bersama kawan-kawan satu-satu hadir di pandangan ku... saat bersuka ria, saat berduka cita sentiasa terbayang.. satu-satu wajah hadir dalam minda ... setiap empunya nama pasti mepunyai nama gelaran... petai, apam balik, rojak, amoi mata sepet, timah lawa, belacan, cencaluk..hehehehhe..indahkan, 
Dalam bersahabat harus semat rasa saling percaya mempercayai, lantas erti kasih seorang sahabat akan lahir dengan sendirinya..  jujur itu perlu, ikhlas pula penghias dalam jalinan persahabatan.. semoga jalinan kasih sebagai sahabat , teman , kawan dan rakan kekal hingga ke akhir hayat seterusnya di alam sana.. aminn
Doaku buat kalian, 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Ya Allah...
Panjangkanlah umur Teman dan sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,...
Terangi hatinya dengan nur pancaran iman...
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..
Ya Allah ...
Kuniakanlah Teman dan sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh perjalanan serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak..Insya-Allah.
Amin..
 
p/s - Aku sekarang ni tengah sibuk sort-sort kan nama  , tuk bagi kad majlis t ;)
 
 

Tuesday, May 8, 2012

Sudah Sudah Lah Kamu Ni ,

Cuba untuk jadi seorang yang lebih peka ,
Cuba untuk tidak  mengeruhkan keadaan,
Cuba sehabis baik untuk menjadi pohon yang rendang untuk dijadikan tempat berteduh,
Cuba untuk menjadi dahan yang kukuh, supaya dapat dijadikan tempat berpegang untuk berpaut,

Saya masih lagi mencuba........ sudahhhh, cukup ..cukup sudah.. cukup sudah sampai di sini sahaja...