Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Wednesday, May 16, 2012

Hari Nakba


Salam untuk semua, semoga dirahmati-NYA =)

Pagi tadi bukak ja fesbuk , aku tengok semua orang tukar gambar profil .. ada yang berpurdah , dan majoritinya gambar tersebut menutup mata. Terdetik juga di hati, hari apakah hari ini.. diam lagi tanpa jawapan.. Sambil-sambil tu, aku dengar berita kat radio Negeri FM .. fuhh radio RTM ko..hahhahahahah.. siaran kat bilik opiz  aku ni selalu berubah-ubah, kadang-kadang IKIM , HOT FM, dan kadang-kadang hanya bunyi sound pecah ja... hahahaaa, sudahnya aku je lah yang nyanyi di dalam bilik ni..heehehehe. 

Okay-okay , sambung balik apa DJ tu sampaikan. Tak silap aku, DJ radio tu ada menceritakan pasal Hari Nakba ni, aku pun memasang telinga dengan lebih tajam untuk ku halusi apa maksud sebenarnya Hari
Nakba itu...sambil aku dok baca punya baca, belek punya belek laman muka buku ..terus aja aku menaip " sejarah Hari Nakba "

Pencarian ku berhasil , 

Baca dan fahami, simpan ketat-ketat dalam kotak ingatan kita ya...

Hari Nakba ;-

Suatu peristiwa yang jarang-jarang  kita sambut adalah peristiwa memperingati pengusiran rakyat Palestin daripada buminya sendiri yang telah berlaku sejak 63 tahun yang lalu. Peristiwa tersebut dikenali sebagai Hari Nakba. Nakba Day atau Hari Nakba /يوم النكبة, bererti “Hari Bencana” ketika Israel melakukan Pengusiran dan perebutan Tanah dan Rumah terhadap Warga Palestin yang menyebabkan sekitar 700 000 rakyat Palestin yang menjadi pelarian.

Istilah “Nakba” digunakan dalam kaitannya dengan penciptaan Israel pada tahun 1948 setelah berlakunya  ‘pembersihan etnik’ terhadap rakyat Palestin.
Berikut dilampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan ;- 
( gambar ni aku copy dari blog seorang hamba ;) heheee, benda baik kan .. baik share sesama

Gambar pelarian Rakyat Palestin

 




 




 Diriwayatkan dari Abu Umamah Al Baahili bahawa Nabi SAW bersabda,"Akan sentiasa ada kumpulan di kalangan umatku yang dengan jelas berada dijalan yang benar, terhadap musuh mereka berkeras, dan mereka sama takkan dimudharatkan dengan keangkuhan musuh sehingga mereka menerimana arahan dari Allah (mendapat kemenangan atau syahid)". Para Sahabat bertanya,"Di mana mereka itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab,"Mereka itu berada di Baitul Maqdis dan di sekitarnya".





-p/s - Bantulah dengan apa cara  sekalipun, waima  sepotong doa buat mereka..  Ingat dan simpan dalam kotak ingatan kita tarikh 15hb Mei setiap tahun..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih !