Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Monday, May 14, 2012

Layak Kah Aku Ini ?

 Masa sudah berinjak ke bulan Mei, ini bermakna lebih kurang ada 5 bulan sahaja lagi ..untuk majlis Pernikahan aku dan En. Tunang. Dalam melalui masa-masa yang berbaki, terdetik juga di hati.. adakah aku ini layak untuk bergelar menantu kepada bakal ibu mertua ku. Rasanya , 2 minggu yang lepas.. aku ada menonton cerekarama , tajuknya aku dah tak ingat dah, yang ingat hanyalah jalan cerita yang penuh rasa sedih , hiba dan sayu ..barangkali sesiapa yang menontonya pasti mempunyai rasa yang sama seperti ku. 

Cukup mudah untuk aku simpulkan di sini, iaitu - Darjat seorang Ibu Mertua adalah sama dengan Ibu Kandung. .. Sila simpan dan pegang ketat-ketat di dalam hati ya,  Layanlah Ibu Mertua mu  seperti Ibu Kandung Mu , bahagiakanlah beliau, beliau juga mempunyai hak yang sama. Ingat, Perkahwinan bukan menyatukan 2 hati sahaja, tetapi seluruh ahli keluarga... Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang lagi Maha Esa.. Begitu indah hubungan yang tercipta...

Warkah HATI buat bakal ibu mertua ku 
Assalamualaikum W.B.T,
Duhai, bakal ibu mertuaku..
dengarkanlah hati ini berbicara...
izinkan diri ini memula bicara untuk mengundang restu Ilahi...
mengharapkan mimpi menjadi realiti..
Perkenalkanlah diri ini adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja…

saya bukanlah Khadijah r.a Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita Islam dan teramat Mulia.....
Saya bukanlah Aisyah r.a Seorang yang utama dalam ketakwaannya…
Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya…
diri ini sedar akan kekurangan ini..
ku insafi segala kelemahan diri...

izinkan saya menceritakan disebalik ukhuwah yang terjalin di antara kami..
saya tertarik dengannya bukan kerana rupanya mahupun kepandaiannya tapi saya tertarik dengan bicara agamanya...
semangat jihad yang ada dalam dirinya..
sikap zuhud dan kesederhanaanya..
keperibadian yang mulia..
lembut tutur bicaranya..
dialah diantara kekasih pilihan di hati ini punyai budi penghias diri...

rela saya pendamkan impian yang tersimpan enggan saya keasyikkan
tiba masanya untuk saya meluahkannya...
andai kami bernikah,sudah pasti tiada apa yang menghalang kami dari merindui antara satu sama lain..tiada fitnah lagi antara kami...
apa yang saya belajar.. zina itu haram jika dibandingkan dengan cerai.. talak itu halal tapi dibenci ALLAH..saya tidak berdoa hubungan kami berakhir dengan talak.tapi nikah itu menghalalkan yang haram iaitu zina..saya dan dia takut dengan kemurkaan ALLAH atas zina.maka izinkanlah kami bersama dengan cara yang halal

wahai bakal ibu mertuaku,
hanya itu yang saya inginkan dari insan yang amat saya sayangi...
terimalah seadanya diri ini wahai bakal ibu mertuaku,
hanya diri ini yang halal ku serahkan segalanya untuk mencari redha Ilahi..
bukan kerana nafsu..tapi kerana tidak mahu tergolong dalam hubungan terlarang..izinkan kami bersama..saya ingin menjadi yang halal untuknya..yang mententeramkan jiwa mudanya yang dapat menghalangnya ke lembah yang hina.. saya ingin menjadi pendorong semangatnya..menjadi semangat dalam kegiatan dakwahnya........



wahai bakal ibu mertuaku,
ku panjatkan doa ke hadrat Ilahi,
semoga ikatan yang terjalin sentiasa dirahmati dan diredhai,dan
bait-bait kasih yang terbina biarlah kekal ke hujung nyawa dan terus abadi di alam syurga.



p/s - Aku jumpa masa belek-belek fesbuk pagi tadi, then aku ubah sesikit ja.. actually.. ni lah rasa yang aku lalui semasa dirisik dahulu..siyes..pas dirisik,   hati aku sayu sangat.. speechless.. Terima Kasih Tuhan, Indah sungguh aturan Mu. Alhamdulillah...




4 comments:

  1. selamat hari emak!!! saya x ada mak mertua lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. err,, okay.. only time will tell my fren ~...InsyaAllah

      Delete
  2. sayang.... abang print bagi kat mak ya...B-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr, (kalaumasamerisikdulurasanakmenyorokdalampetiais,ninaknyorokkatmanaplakthahahhaha)

      Delete

Terima kasih !