Tanda Bacaan WAJIB Ikut Dan Patuhi

Tanda apa ni ya ? Jika dilihat sekali imbas sudah pasti lah kita teringat dengan kitab Al-Quran kita, melihat tanda bacaan tersebut INGAT kah kita tentang maksud tanda -tanda bacaan tersebut tatkala kita membaca Al-Quran?

Menurut Ibnu Al - Jazari Al-Quran WAJIB dibaca secara TAJWID."Berdosalah membaca tanpa tajwid,sebab itulah cara ia diturunkan dan begitulah kepada kita ia disampaikan". Hendaklah membaca Al-Quran dengan TARTIL iaitu membacanya dengan sebutan yang betul ( dengan mengeluarkan huruf daripada makhrajnya dan membaca menurut hukum-hukum tajwid ) dan membaca dengan lambat-lambat , kerana maksudnya membaca Al-Quran itu ialah dengan TADABBUR atau BERFIKIR dan tiadalah dia diperolehi jika dibaca dengan cepat.
Membaca dengan TARTIL itu adalah amat memberi kesan dalam hati dan lebih layak untuk berfikir dan memahaminya. Allah s.w.t berfirman maksudnya :" Dan tartilkanlah bacaaan Al-Quran dengan sempurna ". 
( Surah Al Muzammil ayat 4 ).

Berusahalah mempelajari TAJWID semampu yang boleh , dengan ikhtiar itu setidak-tidaknya telah menyelamatkan kita daripada membuat kesalahan dalam membaca Al-quran. Seandainya masih terdapat kesilapan dan kesalahan kita berserah kepada Allah s.w.t.



P/s : Mari belajar tajwid di Radio IKIM , nak belajar bahasa Arab pun boleh :)
        Selamat beramal 




Khatam Al-Quran 5 tahun yang lalu membuatkan hati saya sayu setelah membaca surah Al-Fatihah disusuli dengan doa Khatam Al-Quran ,

No comments

Terima kasih !