Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Thursday, July 12, 2012

Lama Tak Makan Gula Lolipop





Lama tak makan gula lolipop, dulu rajin beli masa zaman sekolah. Kami dulu zaman sekolah , siap pakat - pakat dengan member pergi kedai depan sekolah semata - mata nak beli gula lolipop. Waktu tamat P&P pukul 2.00petang, habis ja kelas cepat - cepat cabut ..kalau kuat , kami akan berlari..tapii tu masa sekolah rendah lah..bila dah masuk sekolah menengah ni..Merentas Desa Sekolah Rockan Hill pun tak nak masuk..kalau boleh menyorok, menyorok aja kami...heheheee

Selalunya, kami akan beli gula lolipop pelbagai perasa, dulu tak silap gula lolipop tu sebatang RM0.20 ja, selalunya duit belanja kami akan simpan ..jimat ... sehari ayah akan bagi RM2.00,,pandai pandai lah simpan ya..bila sampai hari jumaat baki duit masih ada lagi di tangan.. simpan dalam tabung..heheeheeh

Dulukan kan femes, simpan duit dalam tabung buloh.. siap ikut ayah p kebun lagi tuk pilih buloh yang cantik... sudahya , tabung tu pecah dan retak akibat terjatuh dari tempat tinggi..konon nak simpan tinggi sikit ...Eh, dah melalut plak sampai ke tabung buloh ...okay - okay, kita patah balik ke cerita asal ya... 

Dulu masa zaman sekolah menengah, kami memang ada kelas sampai petang, kadang - kadang terlibat dengan latihan kawad kaki , latihan rumah sukan, macam - macam lah lagi.... bila dah beli ja gula lolipop kami akan makan gula - gula tu di kantin sementara nak tunggu aktiviti yang seterusnya... dulu Cik Sal suka beli perasa laici, sedap sangat..yang lain suka perasa strawberri.. Cik Sal bedal ja ikut selera..selalunya perasa laici lah Cik Sal beli..

Ada sekali tu, Cik Sal tak perasan pun  ada cikgu masuk kelas tengok gelagat kami yang sedang memegang gula lolipop.. majoritinyaaaaaa budak kelas semua tengah syok makan gula lolipop... dan yang paling tak bestnya, beg sekolah dihinggapi semut manis.. huwaaaaaaaaaaaaaa, habis terabur barang - barang atas meja..gara - gara nak kibas beg sekolah, lepas insiden tu semua dah serik ..tak nak beli gula tu banyak- banyak sangat..memadailah beli sebatang 2 aja... tak pon simpan dalam beg plastik merah ja... selamat dan senang.

Tapi ada gak kes kena marah dengan cikgu , gara - gara pembungkus gula lolipop tu berterabur di dalam bilik darjah... bukanya kami tak reti buang pembalut tu dalam bakul sampah... TAPI, bila dapat pelajar lelaki yang tak reti bahasa ..suka hati depa lah nak buang kat mana.. kadang - kadang tu dibuangnya di celah -celah pintu, apa kejadahnya...dulu Cik Sal K.Pengawas, memang kena pantau lah kebersihan kelas... dah macam apa ntah ..pagi - pagi lagi Cik Sal kena meronda semua kelas yang rata-ratanya kelas semua jauh - jauh .... mula dari tingkatan 1 nunnnn jauh kat belakang sekali..huhuuhuu, naik bangunan baru cek plak kat sekitar kawasan, boleh dikatakan sampah pembalut gula tu memang beterabur...

Dan akhirnya, pihak sekolah sudah memutuskan gula - gula tidak boleh dibawa kesekolah. Full Stop..Apa nak cakap lagi, kami selambar ja .. seludup ja masuk kelas... ehehehehhehehe. Punyalah ganas pengawas kan ... dula masa zaman sekolah, siapa yang pakai baju sekolah warna hijau , kain hitam dan kasut hitam itu di gelar sebagai Pengganas..hehehehhe, dan Cik Sal Ketua Pengganas.. gulppp... tak terkata..

La ni , tinggal kenangan ja dengan gula lolipop tu.. sekarang ni Cik Sal tengok dah terdapat pelbagai variasi , ada yang bentuk payung, ada yang bentuk hati , ada yang bentuk love , ada yang bentuk kipas berpusing...eh jap jap... bentuk hati dan love tu tak sama ka ?

Masa zaman Cik Sal dulu, gula lolipop tu bentuk bulat di atas dan pemegangnya stick plastik warna putih..dan dibalut dengan gambar perasa ..contohnya kalau laici, adalah gambar buah laici dan sebagainya :)

Indahkan zaman sekolah dulu ...


Ni gambar gula lolipop sekarang :_




pengedar gula-gula lolipop 




Cik Sal sekarang dah tak makan dah gula -gula , sekarang ni dah tak suka manis - manis sangat.. jaga kesihatan  :)

Kasih Kekasih

Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi


Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku... oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua

Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan... oh kasih
Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahgia

Semoga cinta kita
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu
Moga jodoh berpanjangan

Melirik lirik mata mengalihkan pandang, saat itu hati mula berdetik... masanya hampir tiba... gerak hati mengatakan  ... My Heart Say Yes, My Brain Say No...

Hanya berserah

Nak Jadi Novelis

Kadang - kadang hati ni rasa terpanggil untuk menulis semua kisah hidup  dan terus di buku kan menjadi sebuah novel. Hakikatnya , menulis buku  bukan lah sesuatu yang mudah.. ianya perlu digarap supaya cerita atau kisah yang ingin diceriterakan kembali akan menjadi sebuah kisah yang cukup meninggalkan kesan .

Menulis bukan mudah, seingat diri ini.. pesanan oleh Penulis terkemuka pada suatu seminar penulis muda pada 6 tahun dahulu masih tersemat di minda.. siapa yang tak kenal dengan penulis yang bernama Nisah Hj Haron, seorang peguam tetapi masanya banyak dengan menghasilkan novel yang digemari ramai terutamanya golongan hawa :)

Novel karya beliau yang laris di pasaran :-
1- Mencari Locus Standi
2- Tawarikh Cinta
3- Kembara Sastera dan banyak lagi

Rasa seronok sangat , dengan pencapaian beliau ..bayangkan sahaja.. novel karangan beliau memang mendapat perhatian di mata pembaca .. bestkan , sangat best.. waaaaaaaa.... nak macam  tu jugak lahhh...Tapi ,

Menjadi penulis memerlukan 4 langkah ,
1) Membaca



2) Membaca



3) Membaca dan



4) Membaca juga....



Itu lah yang dipesanya ,






Sekarang , terpulang kat diri sendiri .. bila nak mula ..huwaaaaaaaaa









Tetapkan tekad , fokus ....








walllahhhhh, B2B ...









Ya Allah semoga dipermudahkan segalanya ,





Senyum dalam tangis

Thursday, July 5, 2012

Hanya Tinggal Kenangan :)



 
Hai readers , hahaaa... ada ka yang tumpang lalu untuk membaca . Its okay ,kita teruskan dengan kisah yang Cik Sal nak ceritakan walau sekejap cuma .Actually Cik Sal nak cerita pasal kenangan Cik Sal bersama kawan - kawan baik Cik Sal . Cuba tengok gambar di atas , sweet kan kami nampak ayu dan manis bila berbaju korporat dan bertudung merah jambu . Gambar kat atas di snap oleh Amir , Dude kami yang baik hati :).
Masa ni selepas bersiap - siap untuk bergerak ke Beranang, Site visit ... Segak kan Cik Sal, Cik Salmah dan Cik Jah .
Pagi tu Cik Salmah masak jemput - jemput bilis , lada besar, dan daun sup ..sedap sangat jemput - jemput Cik Salmah :)



Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa










Ni lah rupa jemput jemput sedap Cik Salmah :)


 

Bersemangat betul Cik Sal dan Cik Jah makan, arrrrr lupa lahhh jemput jemput dengan , air barli sedap Cik Jah bawak dari rumah beliau... hehehehhe, best best ..Alhamdulillah ,  Tapi lupa nak tangkap gambar jug air yang berisi air barli tu.. Air barli memang kegemaran Cik Sal :).... air barli baik untuk kesihatan perut.

Okay, dah setel bab makan. Sekarang ni Cik Sal nak sambung balik , apa yang sedang bermain di dalam hati Cik Sal... untuk pengetahuan , sekarang ni Cik Sal sibuk mengemas rumah , turun naik bawak barang coz kena pindah rumah baru ekoran daripada kontrak sewaan telah tamat ...sedihnya Cik Sal rasa, teramat  sedih.. sudah 4 tahun Cik Sal duduk di rumah tu..pahit manis semuanya tersemat indah di minda Cik Sal . Apa yang pasti sekarang ni hanya tinggal kenangan , 

Sebelum ni Cik Sal ada 4 orang kawan dalam rumah, maksudnya Cik Sal tinggal bersama 4 orang rakan lagi.. Campur Cik Sal ada 5 penghuni lah dalam rumah tu, tapi sekarang ni seorang kawan kami sudah mendirikan rumah tangga, tinggal lah 4 orang sahaja....iaitu Cik Sal, Cik Salmah  Cik Fanaaa , dan Puan Linda, rite now Puan Linda pun  dah bercuti untuk melahirkan baby sulongnya pada tanggal 23hb mengikut kiraan doktor yang bijak pandai itu , tapi sebelum Puan Linda cuti bersalin, suka nyakat beliau supaya baby beliau lahir pada 18hb Julai ..hehehheheheh, supaya sama dengan tarikh lahir Cik Sal.. ada ka patut ..hahhahahhaha, agak janggal plak bila menggelarkan kak Linda dengan panggilan Puan Linda,, hahakkkkk.. semoga kak Linda dipermudahkan urusan untuk melahirkan babynya, aminn.

Malam berlalu seperti biasa, tinggal lah kami bertiga di rumah... duduk bertiga je weh..rumah besar.. boleh main badminton lagi..hehehehe, main kejar kejar pon boleh ja :). Sudahnya, sekarang ni tinggal Cik Sal , Cik Salmah dan Cik Fanaa, oopsss.. actually ... ada lagi beberapa staff, tapi depa duduk rumah atas, kami rumah bawah ...malam tadi selepas membaca surah yassin sempena mengimarahkan malam nisfu syaaban.. Cik Sal lihat, Cik Salmah dah susun barang barang beliau untuk di bawa ke rumah barunya ( tinggal bersama dengan Cik Jah di Garden Homes ) . Nak dijadikan cerita, apabila Cik Sal balik ja rumah petang ni.. Cik Salmah sudah tiada di rumah ..hanya tinggal Cik Sal dan Cik Fanaa.. huwaaaaaaaaa, sedihnya.. siapa nak teman Cik Sal makan bila berbuka puasa, siapa nak teman Cik Sal bila Cik Sal menyanyi , dan siapa nak teman dan sudi pinjamkan telinganya untuk dengar Cik Sal membebel cerita itu dan ini, 

Hanya tiggal kenangan, semalam Cik Sal berbuka puasa bersama dengn Cik Salmah.. sembang itu dan ini, gelak sama sama, gossip sesama, mengemas rumah sesama, buang sampah sama sama.. dan bila esok, Cik Sal dan Cik Salmah dah tak dapat buat semua benda tu sama sama lagi...  hanya tinggal kenangan :)

Emmmm, rasanya dah sampai masa kot.. Cik Sal duduk berjauhan dengan Cik Salmah ... alahhh, kat opiz jumpa jugak kan t ... untuk menyedapkan hati ..walawehhhh, air mata ni dah mula bergenang dah... huhuuu, after lunch hour tadi Cik Sal , Cik Fanaa, Cik Hajar, Cik Ros, Cik Fina,dan  Cik Yus pergi site visit tengok rumah baru kami, rumah yang telah di sediakan oleh company kami...Alhamdulillah, :)

Sesungguhnya, Cik Sal rasa kehilangan.. tiada tempat untuk Cik Sal bercerita dan berkongsi cerita.. dulu lain adanya Cik Salmah..tapi sekarang ni.........Rasanya,  Cik Sal patut mengaktifkan kembali menulis diari pemberian En.Tunang.. Mujur ada tv, hahahhahah..hilang sikit rasa sedih tu.... buat kawan kawan yang bakal menginap bersama Cik Sal, Selamat datang diucapkan..semoga ukhuwah yang terbina ikhlas kerana Allah s.w.t..

Buat Cik Salmah, terima kasih sebab jadi kawan baik Cik Sal semasa kita menginap bersama :)... nanti tak da siapa nak teman Cik Sal buat muka seposen ..tak da orang nak tanya Cik Sal.makan apa hari ni ?masak apa? mesej dengan tunang ka tu ? kini semuanya hanya tinggal kenangan :)




Gambar Cik Sal & Cik Salmah :)
Tapi bila difikir semula, hidup kita begini lah putaranya... sekarang ni Cik Sal sudah bertunang, bila mengingatkan yang Cik Sal akan berumahtangga pada penghujung tahun ni...Cik Sal rasa, biarlah Cik Salmah pergi menginap di Rumah Cik Jah :)
Setidak tidaknya, kelak Cik Salmah tidak kalut kalut untuk mencari teman di kemudian hari.. nanti sudah tentu Cik Sal akan berhijrah ke Melaka mengikut suami , InsyaAllah dengan IzinNya.. dan Cik Salmah sudah tentu punya rancangan tersendiri :)

Melirik lirik mata memandang, memandang di segenap penjuru tempat yang kita pernah lewati bersama, mengimbau kembali kenangan bersama, sudah pasti ianya kini hanya tinggal kenangan :)
Terima kasih Cik Salmah :)









P/s - Kenangan Terindah , simpan ia di dalam kotak minda kita :)

Wednesday, July 4, 2012

Pesanan Buat Diri Sendiri & Insan Insan yang Cik Sal Sayangi

Sahabat, hari ini sudah 14 Sya'ban & malam ini adalah Malam Nisfu Sya'ban -15 Sya'ban 1433

Saya harap masih belum terlewat untuk saya berkongsi sedikit info tentang kelebihan malam ini;


1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb."
~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam² pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak.

✉>>> Amalan yang dianjurkan;

✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.

✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.

✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dan lain-lain.

◆ Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم khusus pada malam Nisfu Sya'ban ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam ini.
--------------------------------------------------------------
2. Malamnya didirikan qiamulail (malam ini) & esok harinya (Khamis 15 Sya'ban = 5 Julai) berpuasa.

•••► Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya."
~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.
--------------------------------------------------------------
3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya'ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja.

* Sila semak kembali pada diri anda? Jika ada, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha & mohon kemaafan dengan orang yang kita buat salah terhadapnya.

•••► Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;

✖ 1. Orang yang melakukan syirik.
✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api).
✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa.
✖ 5. Orang yang ketagih arak.
P/s - Terjumpa di FB, sambil belek belek cari info tentang Malam Nisfu Syaaban :)

Malam Nisfu Syaaban

Syukur Alhamdulillah, dengan limpah dan kurniaNya.. Cik Sal masih lagi dapat bernafas , dan merasai nikmat pancaindera yang telah diberi pinjam buat seketika . Hari ni 4hb Julai 2012 bersamaan dengan 14Syaaban.. DAN esok adalah 15 Syaaban ... Malam ni, malamnya iaitu Malam Nisfu Syaaban... Ya Allah, sesungguhnya hamba Mu ini berasa kerdil untuk meminta minta  kepadaMu ..

Ku layarkan kuntuman doa yang berpanjangan moga diampunkan dosa dosa yang telah ku lakukan atas kelalaian diri ini, Ku Panjatkan doa semoga diri ini di tetapkan iman di dada,

Ya Allah Ya Tuhan ku
Hanya kepadaMu aku memohon dan terus memohon

Cik Sal titipkan sehamparan bingkisan buat tatapan diri sendiri hehe:)~ Credit To As-Sabiqun Enterprise

NISFU SYAABAN.......

Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan

bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yangg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari
kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku
kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda saw berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.




P/s - Rebutlah walaupun sesaat,  InsyaAllah moga diampunkan segala dosa dosa yang lalu