Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Friday, December 27, 2013

Doa Pagi Jumaat








Salamun salamun kamiskil khitaam
'Alaikum uhaibaa banaa yaa kiraam..







Alhamdulillah, sudah sampai ke hari jumaat yang terakhir dalam bulan disember..penghujung tahun 2013..
Cepat benar , masa berlalu..
Semoga kita sentiasa di bawah naunganNya..




:)

Thursday, December 26, 2013

Salamun Salamun Kamiskil Khitaam..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
video






Sejak dua menjak ni, Cik Sal dan suami memang suka tengok tvAlhijrah..cerita dan pengisiannya banyak memberi impak dalam kehidupan seharian.
Syabas Alhijrah !
Wadah yang anda sediakan ..bermanfaat.








Moh reramai kita bersalamun :)










salamun salamun kamiskil khitaam..

Monday, December 23, 2013

Kelmarin & Semalam Jika Digabungjalinkan Jadilah Sebuah Cerita

Assalammualaikum...


Kat sini mendung ja , walaupun mendung pengunjung yang dtg ke Melaka tak putus-putus ada je orangnya dan jalan pun sesak dapat-dapat lak hari sabtu dan ahad  memang tekanan lah kalau sesiapa yang bawak kereta tu. Tidak dinafikan, suami sendiri dah mengalaminya  1 jam pusing-pusing cari parking sudahnya kami pulang ja  ke rumah. Kononnya nak naik kapal besar yang kat depan bangunan merah tu. Sadis. Sejak duduk Melaka, kapal tu memang kami tak pernah naik
Hahaaa, kelakar pun ye jugak selalunya kami lalu ja dan pandang ja.
Bila kawan tanya, kat dalam kapal tu ada apa weh ? Cik Sal jawab ada bendalah..

Lepas tu memang kawan Cik Sal dah tak tanya dah lagik, Hahaaa.

Sekarangkan cuti sekolah, adik yang bongsu pun ada kat rumah..ingatkan nak bawak lah g naik kapal besar tu. Harapan.
Sebelum pergi tu, kami menyinggah dulu kat Aeon Melaka masuk daiso cari beg untuk isi barang Eryna . Dah siap sume, kami pun pergilah masuk vivo nak cuba rasa depanya pizza camana , pastu orderlah
 kekapis (  scallops ).

Kalau sesiapa yang pernah tengok edisi majalah 3  isnin ,pukul 9.00malam yang lepas ..pasti dapat tengok cara kekapis diproses..dan khabarnya kekapis yang paling sedap di dunia adalah kekapis dari Jepun. Memang kat Jepun ja banyak benda ni..diorang proses dan jual untuk pasaran luar dan dalam negara. Pengeluar nombor 1 dunia lah katakan. :)



Nah ! nilah rupanya kekapis atau scallops :)




Ada 8 keeping ja..jadiklah :)
Sedap jugak..

Order pizza plak..

Suami kata sedap lagi pizza kat pizza hut  ;)


Lepas tu kita order lagi..



Jus tembikai + tak ingat dah ..

Kek Coklat



Tengah syok-syok makan, Eryna pun terjagalah dari tidurnya yang lena .Maka huru-haralah tempat makan..riuh - rendah dengan suara Eryna menangis..terkejut agaknya  tengok keliling lain ja..berjurai-jurai air mata menangis.

Dah tu..cecepatlah keluar ..dan bermulalah pengembaraan selama 1 jam di dalam kereta mencari parking macam yang Cik Sal cerita kat atas tu.. Pusing-pusing tak ada jugak. Akhirnya, pulang dengan perut yang lapar .Hahaaaa.
Sampai ja rumah, kita ngaapp ni plak ..



Macam prosperity burger..tapi yang ni tak da lada hitam .Patty ia tebal


Dan tamatlah kisah kelmarin :)


Kisah semalam plak..
Kami ber- coconut shake bagai .Tapi kali ni bukan di Klebang tetapi di laluan nak ke Hospital Besar Melaka.


Abaikan orang2 kat situ. Fokus kat banner tu.Macam2 perisa ada..
Kat kedai ni , ada jual macam-macam jenis perisa untuk shake.. bukan setakat coconut ja..strawberry, tebu, dan choc shake pun ada. Bukan setakat air minuman ja, maknan pun ada jugak..boleh order.. Siap list lagi .Pilihlah ikut kegemaran. Kalau di Klebang aiskrim vanilanya brand Walls , tapi kat sini depa guna brand Nestle..
kami order  2 jenis .





Coconut shake & Chocolate shake
Tapi kan , rasanya sedap lagi yang di Klebang tu..Bila makan kat sini..tak teringin pun nak tambah 1 atau 2 cawan lagi..Nampak gayanya, kena jugak g Klebang ni..
Ada sesiapa yang nak dtg Melaka?
Jom reramai kita serbu Coconut shake kat Klebang !
Eryna yang semakin membesar :)

Thursday, December 19, 2013

Barang Yang Perlu Dibawa Bersama

Selamat pagi.

Dah sarapan?
Rini Cik Sal masak roti jala.
Pagi-pagi lagi dah menjala..Heheee.

Dah agak-agak malas nak menjala  Cik Sal pun melempenglah..Hahaaa. Jadiklah ..sedap jugak . Cicah ngan kari ayam.  :)



Okaylah , kali ni nak kongsi sikit tentang barang-barang yang  perlu  kita bawa semasa ke hospital. Kalau boleh pastikan ada 2 beg yang perlu kita sediakan.. 1 beg untuk anak dan 1 lagi beg untuk diri kita sendiri.

Beg untuk diri kita mengandungi barang seperti berikut :-

1) Tuala mandi
2) Kain batik / seluar longgar
3) Blouse ( baju yang longgar dan butang di hadapan ..bagi memudahkan  sesi penyusuan )
4) Tudung ( kalau boleh bawak ja tudung sarung senang, cepat dan mudah )
5) Maternity pad ( benda ni ada 2 jenis , bertali  dan yang biasa )
       - Cari pad yang jenis tebal sebab nak tampung aliran darah yang banyak 
6) Stoking
7) Perkakas mandi ( tak yah lah bawak beria sangat  bawak mana yang penting ja)
    * Kalau bersalin di hospital swasta perkakas mandi sudah disediakan .
8)  Beg plastik untuk isi baju kotor
9)  Nursing bra - jika perlu
10) Pengikat rambut - kalau rambut  panjang
11) Panties ( beli yang pakai buang ja sementara duduk wad )
12) Selipar
13) Baju sejuk
14) Tisu
15) Kain bengkung - jika perlu
16) Set makan - terpulanglah nak bawak ke tak..

*Bawak air masak lebih .


Tambahan,

Handphone dan charger                                        Sendiri bawa sendiri jaga
Kamera                                                  
Majalah ( bawak majalah.. kalau tak nanti bosan sangat )


Nota - Barang-barang kat atas ni bergantung pada diri sendiri nak bawak berapa  banyak..Mintak2 pagi bersalin petang dah boleh pulang ke rumah. Kadang-kadang kita tak jangka, buatnya kena tahan wad lebih 2 hari tak jenuh nak ulang alik amik barang. Bawak je lebih .:)

DUduk hospital lelama tak best!



Beg untuk barang anak plak :-


1) Baju bayi - 3 pasang

2) Barut        - 3 helai

3) Sarung kaki & sarung tangan - 3 psang
4) Pampers
5) Kain bedung ( boleh guna tuala lembut tapi tebal, kain lampin pun boleh juga )
6) Tisu basah
7)  Perkakas mandi
( Cik Sal tak bawak, masa Eryna dulu..sume guna hospital punya..sebab jururawat yang mandikan. Memang pagi-pagi jururawat yang mandikan baby .Mak baby tak payah risau ya  )
8) Ubat telon untuk sapu kat perut bayi
 (Cik Sal guna produk Anugerah botol kecil warna ungu wangi sangat)
9) Topi bayi



Rasanya ni je kot , kalau rasa ada yang perlu dibawa.. tambahlah..isi siap-siap dalam beg . Bila kandungan dah menginjak ke 35minggu , pastikan barang2 semua dah siap kemas lepas tu terus letak dalam kereta..sampai masa nak bersalin nanti ..terus gerak..tak payah da nak angkut beg lagi.Sebelum tu, diingatkan sekali lagi.. "BUKU MERAH" jangan lupa bawa bila g memana. Tak kisahlah g mana sekali pun..bawak je ..takut emergency ..t senang doctor  nak rujuk :)

AAaa, setel dah bab barang-barang ..


Bila dah sakit-sakit nak bersalin tu, bawa sekali      

  • BUKU MERAH, 
  • KAD   PENGENALAN , (  isteri & suami )


*GUANRANTEE LETTER / KAD INSURANS ,                 
*SURAT RUJUKAN MAJIKAN

* Jika ada bawa bersama.



Dokumen kat atas tu suami kena serahkan semasa mendaftar di kaunter pendaftaran..Isteri tak payah risau..tahan je lah sakit tu kejap sementara nak tunggu nurse bawak masuk dalam untuk diperiksa :)


Okaylah, tu je yang Cik Sal ingat ..kalau ada yang tertinggal sila maklumkan..next kehamilan Cik Sal boleh bawak gak t :)








 

 


Tuesday, December 17, 2013

Cerita Disebalik Eryna Disuntik

Dah makan ka ?
Sementara masih berbaki 2 minggu ni, Cik Sal gigih menaip .Hahaa. Kali ni nak kongsi cerita masa anak disuntik . Mulanya ketika hari ke -2 Eryna dilahirkan .

Masa tu Eryna masih lagi ditempatkan di wad rawatan rapi.Cik Sal plak masih lagi kat wad sementara nak menunggu suami dan emak dtg . Tiba-tiba ada nurse dtg sambil bawak buku merah dan hand out tentang suntikan BCG .Masa tu tercengang-cengang jugaklah kan.. Eh! Nape nurse ni nak cucuk BCG plak.. Belum sempat tanya,


Nurse kata. "Dik.. akak nak cucuk anak ya, cucuk BCG.  Ni handout akak bagi adik boleh baca ya". sambil tersenyum .
Cik Sal pun angguk tanda , faham.
Patutlah, masa duduk wad ritu, ada baby dok nangis teriak sebab kena cucuk.. yang kesiannya, masa Eryna kena cucuk mama dia tak da kat sisi dia. Emmm, ntah macam mana ntah gayanya dia melalak agaknya. Lebih kurang pukul 1.00pm macam tu, suami dan emak pun tiba..Cik Sal dan suami terus ke wad nursery nak tengok anak. Sampai ja , tengok Eryna tengah tidur lena.. rupanya baru lepas menyusu tengok kat lengan dia ada kapas siap berplaster..

Macam tahu-tahu ja, mama dia dtg pastu  terus menangis..barangkali nak bagitahulah yang dia baru lepas dicucuk agaknya. Heee, bila dah dukung terus senyap..



Bagi yang bakal mempunyai anak,

Anak  anda akan disuntik tatkala berusia 1 hari :-


Jadual  Imunisasi ;
  • Lahir _ BCG + Hepatitis B ( dos1)                                                                                          

  • 1 Bulan_ Hepatitis B ( dos 2 )                                                                                                 

  • 2 Bulan _ DTaP /DT (dos 1 )+ Hib ( DOS 1) + IPV ( dos 1)                                                         
(Telah digabungkan dalam 1 suntikan sahaja)

  • 3 Bulan _ DTaP/DT ( dos 2) + Hib ( dos 2) + IPV ( dos 2 )
Setakat ni Eryna baru dapat  3 suntikan, sebabnya Eryna masih 3 bulan.. Tapi , bila Eryna dah menginjak ke 4 bulan suntikan tidak diberikan. Setelah memasuki ke 5 bulan, barulah disuntik semula dengan vaksin 
                                    DTaP /DT (dos 3)+ Hib ( dos  3) + IPV ( dos 3)  . Selepas tu suntikan ketika berumur  6 bulan 
                           Hepatitis B ( dos 3), dan

umur 12 bulan plak 
                               Vaksin MMR  dan yang terakhir ketika berumur 18 bulan  DTaP /DT (booster).


Masa Eryna dah memasuki 1 bulan, Cik Sal tak pegang pun..tak berani..Huhuu, mintak nurse tolong pegangkan..dan suntikan yang seterusnya barulah ada kekuatan nak pegang sendiri..tapi, gabra jugaklah.. Eryna lepas cucuk je terus meraung .Mama dia pun cecepatlah bagi upah :)


Kononya, masa Eryna disuntik untuk 3 bulan ritu, Cik Sal nak buat ujian Pap Smear.. Tapi, nurse yang selalu buat tu dah kuar buat lawatan ke rumah..ramai plak yang peknen hujung tahun kata nurse yang sorang lagi..HUhuu. Jawabnya kenalah tunggu bulan depan. Tak pa lah, janji dah bagitahu siap-siap nak buat ujian Pap Smear dan suntikan 3 bulan sekali bagi Cik Sal :)


Tips kalau tak nak anak demam selepas disuntik:-

1- Tuam dengan tuala suam kemudian tekan tempat yang disuntik.

2- Bagi ubat demam yang dibekalkan bagi elak demam - Jika perlu.
( Cik Sal tak bagi pun )

Alhamdulillah , mujur Eryna tak demam selepas disuntik :)





P/s : Tak suka kena cucuk ..

Mari Kita Ber- HERSHEY'S

Beli menda ni semata-mata nak kan bekasnya je  . Hiks

Selamat sejahtera ke atas kamu.

Dah sampai masa untuk bersantap. Sambil-sambil tu telan menda  ni sikit-sikit. Bukan beria sangat pun nak makan. Hahaaa, mujur Eryna kecik lagi kalau tak mesti mama dia dah sumbat kat mulut dia . Bekas  ia cantik, sejak dua menjak ni suka plak kumpul benda cenggini.. letak lah apa2 yang boleh disimpan dalam bekas ni.
Sempena krismas.. sebab tu depa deko kasi lawa bekas cenggini. Ingatkan masa suami beli dapat bearnya sekali. Rupanya tidak.Hahaaa.

Cik Sal bukanlah seorang yang "hantu"coklat..setakat untuk merasa boleh lah.. itupun rasa di hujung lidah ja..




Ini je isi yang ada..



Sedap jugak lah...

Shop and Collect !

Assalamualaikum..

Dah pagi ..
Mata masih lagi tak boleh lelap..( dah pukul 12.45 am )
Sudahnya..
Jari jemari asyik menari di papan kekunci..


Tak ada cerita yang menarik pun..
Cuma nak bagitahu..
Sekarang ni tengah giat dok mengumpul bendalah kat bawah ni :)





Sebenarnya bukan Cik Sal yang beria mengumpul suami yang beria-ria.
Membeli - belah sambil mengumpul. Tapi, nak kumpul benda alah ni hanya  di TESCO sahaja.Kami ni memang suka membeli - belah di TESCO . Harganya bolehlah, barang basah dan kering sume lengkap. Tapi,sejak ada benda alah ni. Suami makin aktif plak berbelanja di TESCO. Ada je barang yang dibelinya.

Caranya :-

1- Kena pastikan yang korang semua suka membeli-belah  di TESCO.
2- Setiap barangan yang korang beli mesti melebihi RM50.00 dan ke atas.Sebabnya setiap pembelian yang bernilai RM50.00 = 1 sticker.
3- Masa kita membuat bayaran,cashier akan serahkan sekali berapa kepingan sticker yang kita dapat berdasarkan jumlah nilai wang yang telah kita laburkan..Hahaa.Makin banyak wang yang korang laburkan banyaklah sticker yang korang dapat.( Beli ikut keperluan bukan ikut nafsu )
4- Da dapat tu . Tampal siap-siap.
5- Selagi tak penuh sampai 10 stickers , korang tak leh tebus . .Bila dah penuh bolehlah p tebus.
6- Dah penuh bawak kepingan kad yang berisi 10 stickers tu g kaunter hadiah.


Nah ! Lihatlah hasilnya




 

Tinggal lagi sekeping.Beli barang anak dah dapat sekeping sticker . Pastu da leh tebus.




"Okay, sekang kira dah bapa banyak wang yang ko dah habiskan untuk membeli-belah di TESCO. Tengah tunggu KIPMART yang berhampiran dengan rumah kami siap ..Ntah bila nak siap agaknya.."







Layankan je lah ...











 
Kami dapat benda ni. Cinonet je aarrr. LOL..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s : Stickers issuance Period - 29 Oct 2013 to 19 Jan 2014
Redemption Period - 29 Oct 2013 to 26 Jan 2014
 
 
 
 
 
Peluang bagi yang suka kumpul benda alah cenggini. Apa lagi , serbu lah ! Serbu tapi kena berbelanjalah dulu.HUhuu.

Wednesday, December 11, 2013

Mesra Desa & Bandar


Gambar: cntikkn tarikh hari ini.. :)















Cantik kan nombor kat atas tu. 11.12.13 bersamaan 8 safar 1435.



*******************************************************

Assalammualaikum..

Selamat malam.. kakakaa.. skemanya.
Masih lagi dalam mood mesra desa ..
Sebenarnya Cik Sal baru je pulang dari kampong. Hari ni 11.12.13 barulah pulang ke teratak sewa di Melaka. Kami sampai agak lewat, dek kerana terlalu mesra bersembang akhirnya lewatlah tiba di rumah.

Lebih kurang pukul 5.00petang macam tu barulah sampai . Percutian ke kampong kali ni mengambil masa yang agak lama , iaitu selama 5hari. Memandangkan suami berkursus di Kuala Lumpur, makanya Cik Sal dan anak dihantar pulang untuk seketika . Bila dah dapat balik kampong ni, memang gumbira ya amatlah kan.

Tengok mak ayah dan adik beradik, sambil2 tu menziarah jiran yang baru juga menyambut kelahiran "orang baru " . Eemm seronoknya la  hai ! :)
Petang tadi selepas dah masukkan barang-barang dalam kereta, terus cakap kat suami nak p melawat baby baru lahir . Suami pun angguk tanda setuju . :)
Apa lagi langkah panjanglah kan..Hahaaa.

Sampai ja kat umah jiran...tiba-tiba..



































taraaaaa....























baby tengah menyusu botol    :)

Kusyuknya Arissa tidor, Eryna datg pun tak sedar ya :)

Baby ni nama Arissa, baru 2bulan. Sekarang ni dia dah bam bam.. Masa dia lahir ketika usia kandungan baru mencecah 7bulan . Dilahirkan secara pembedahan . Mak dan bayi ni sihat .
" Arissa kuat nyusu , kata emaknya. "


Lebih kurang setengah jam  macam tu, suami pun datg sambil angguk2 kepala, itu tandanya mahu bertolak ke Melaka . Sebabnya, En.suami mahu segera sampai ke office. Dalam perjalanan pulang ke Melaka, sempatlah mata ni dok keliling pandang kat sungai Kg.Klamah.Rupanya, air dah sampai ke permukaan daratan. Tengah tunggu masa nak melimpah . Tapi, sayg tak sempat nak tangkap gambar. Sebabnya suami terlajak laju..Adei! hanya sempat jeritt jaa.. Huhuu.

"Abanggggg, kejappppp..nak tangkap gambar air sungai lah" !
" Alah sayg..dah terlajaklah"..kata suami.
Sambil tergelak.
Sabar je lah..
Harapan ....
harapan menjadi layuuu lah kan.. Hahaa.

Setibanya di teratak sewa , suami pun siap-siaplah kemaskan diri . Sambil2 tu Cik Sal pun buatlah apa yang patut.Mandikan anak, nyusukan dan tidurkan. Lebih kurang pukul 6.30petang macam tu, suami pun bergegas ke office.Suami kena terima serah tugas plak, ekoran daripada suami berkursus 2 hari lepas. diganti dengan org lain. Sejak suami dah tukar department lain, susahnya beliau nak ambil cuti .. Huhuu.Kali ni staf yang ganti tempat suami plak yang kena g kursus di tempat yang sama :).


Makanya, tinggallah kami bertiga. Bersama dengan mak usu Eryna:)
Nak dijadikan cerita, lebih kurang pukul 8.30pm camtu, sedang Cik Sal tengah syok memasak. Tiba-tiba adik Cik Sal terjerit2 .Adei! Kenapa plak ni?   Akak, akak..ada org datg bawak benda .!Nak bukak pintu ka ? Jangan kata Cik Sal. Cik Sal pun berlarilah ke depan..
Rupanya sister Mona ni datg nak hantar comforter dan susu anmum .. Haih, terkejut cuak lah kan... dah lah tinggal bertiga ja ni.. semuanya penakut..Hahaaa.

Rupanya dah lama sister Mona ni nak bagi ,asyik tak da kat umah ja katanya.




Benda ni lah yang dibaginya..







Ni sample susu anmum lacta, susu ni untuk mama/ibu/umi/emak yang sedang aktif menyusukan anaknya. Bertindak sebagai penggalak lah..untuk hasilkan susu badan :)
Sister Mona ni nurse kat hospital .. ni sebab ada kempen menyusu badan.. Tu yang dia bagi :)
Tq sis !
Kalau ada lagi, bagi lagi ya .. Hiks



Sebenarnya sejak Cik Sal dalam pantang, memang dah minum susu ni. Rasanya biasa ja .. tawar2 gitu tak da plak rasa mango ka coklat ka .apa-apa ja lah.. Memang tak da. ..Huhuu.





AAAAaaa...


yang ni plak comforter , masih lagi bercirikan tema pink. Pink ja anak mama ni .. Suka ke tak ni ?
"Suuuuka mama."!... Hahaa, terkejut buntanglah  kan kalau Eryna tetiba cakap macam tu .




 
 
Comel ja , nanti  mama selimutkan guna yang unty mona bagi ya :)
 
..dan tengah dok sembang itu ini dengan sister mona , sampai hangus ikan kat kuali..dek kerana terleka sangat bersembang.Tak lama pun .Nasiblah..mujur leh makan  lagi ikan tu.






Huhuuu..









Ketika entri ni ditulis, sudah pun melangkah ke 9 safar 1435.










K lah, setakat tu ja lah. esok- esok kita cerita lagi :)













































Saturday, December 7, 2013

Tips Kalau Kereta Kena Banjir

Assalammualaikum..

"Tahun ini kita banyak salah dan dosa kepada Allah dan sesama manusia. Ambillah musibah banjir sebagai pendesak untuk kita semua bermuhasabah"
Pinjam kata-kata seorang penulis .



*******

Hujan masih lagi turun , keadaan di pantai timur masih lagi di tahap MEMBIMBANGKAN . Jumlah mangsa banjir yang terkini dicatat mengikut negeri menampakkan ketinggian .

1- Terengganu
*Mangsa banjir di Terengganu meningkat semula kepada 7,140 orang tengah hari ini berbanding 6,650 mangsa pada sebelah pagi. ( 7/12/2013 )

2-  Pahang
*Mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit tengah hari ini dengan 38,210 mangsa dipindahkan manakala Kelantan bertambah kepada 2,034 mangsa. ( 7/12/2013)

3-  Kelantan
*Mangsa banjir di Kelantan menunjukkan peningkatan iaitu 1,937 orang dipindahkan ke 13 pusat pemindahan di empat daerah, sehingga 10 pagi ini. ( 7/12/2013)

  Laporan setakat pukul 10pagi.

Petikan dari Harian Metro .


Sebenarnya Cik Sal nak kongsi    TIPS KALAU KERETA TERKENA BANJIR. 


Kereta Tenggelam Sebab Banjir...........???

JANGAN SESEKALI START...!!!

 Kita tidak tahu bila musibah menimpa...

Tambah-tambah dalam musim banjir ni....
Dah bala nak sampai, tidak kira waktu kan ?
Dan kadang-kadang, kita tidak sempat pun nak selamatkan harta benda berharga. Contohnya kenderaan kesayangan kita dan akhirnya,
ia ditenggelami air.

Anda jangan risau, ia masih lagi boleh digunakan! Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk enjin dan bahagian dalam kereta

JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA....!!!
Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir dan mengakibatkan litar pintas pada kotak komputer. Ini berlaku kerana masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, dan jika ia berlaku, alat tersebut terpaksa diganti.

Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 — RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna.

Tindakan ini juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menghidupkan enjin terbakar. Biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.

Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear (gearbox) mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak gearbox tidak sekata dan paling lama gearbox tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.

Selepas itu, keseluruhan gearbox terpaksa diganti

(harga untuk gearbox baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).

Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, warranty kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

Jadi beringatlah, jangan sesekali berikan kunci kereta anda kepada mekanik ataupun ejen bengkel sehingga dipastikan kotak komputer dan sistem pendawaian elektrik dikeringkan sepenuhnya. Ia tidak akan rosak walaupun ditenggelami air.


Petikan ni Cik Sal dapat daripada seorang ustaz. ( Muka buku )



Credit to :-  Zaharuddin.net


p/s -  20 tahun lalu, hujan sangat lebat. Disember 1993 itulah Highland Tower rebah ke bumi. Allahumma sayban nāfi'an ya Rabb .   Pinjam kata-kata seorang penulis .




Pulang ke kampong.. horeyyy

Friday, December 6, 2013

Eryna Sudah Berusia 3 Bulan

Assalamualaikum..

Pagi tadi agak lewat  untuk siapkan sarapan pagi , usai solat subuh terus tertidur . Dek kerana mengantuk sangat melayan keletah anak sampai ke awal pagi.  Selepas menyiapkan sandwich daging atas permintaan suami . Cik Sal pun mulalah main gelak-gelak dengan anak sambil sarapan sekali dengan suami.

dan bermulalah dialog antara suami dan Cik Sal,

"Hari ni jumaat , 6hb  " .  Kata  Cik Sal kepada suami . "Hari ni anak kita dah masuk 3 bulan dan semakin sihat nampaknya". "Abang mesti tak ingat kan". Huhuu . "Ingatlah . Hehee". Balas suami Cik Sal sambil mengukir senyuman.

Cepat betul masa berlalu, anak dah 3 bulan . Tirai 2013 pun bakal berlabuh dalam beberapa minggu je lagi. Alhamdulillah, anak pun makin membesar , dan makin banyak ragamnya. Dah pandai ajak bersembang bagai.. Hehee. Macam tu lah kita masa kecik-kecik dulu . Bila tengok anak, hilang segala penat . Suami pun bila balik je dari kerja terus dukung anak..dicium-ciumnya lah ..kadang-kadang bila anak tengah tidur dengar ja bunyi enjin kereta ..terus bangun dari tidur . Dia dah boleh agak babah dia balik . Alahai, anak bapak ni !

Rata-ratanya semua cakap , anak sebijik ikut babah dia.

Tang mana  plak ikut mama dia?   Cik Sal rasa masa dia majuk..Hahaa. Tu paling ketara . Sekarang ni , tak banyak perubahan kat anak, cuma berat makin bertambah, dan mula pandai mengiring sesikit barangkali nak meniarap agaknya.. Rambutnya masih sama. "cukur bantal" kata orang . Depan je tumbuh ..Heee. Tak pa lah, janji anak sihat.  Rasa beruntung sangat, bila diberi kesempatan untuk punya anak dalam usia 26 tahun. Menjadi isteri dan mama adalah satu pengalaman yang cukup indah .
( Menyesal kahwin lambat, tahu kahwin awal-awal  ;)  )
Hahaa.

Sekarang ni memang hari-hari dok ngadap muka anak, tengok anak membesar depan mata.. memang best !
 

          
Terima kasih buat suami, mak ayah dan mak abah .. Semoga  hidup kalian diberkati hendakNya , diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki . Ameen.
 - Insan-insan inilah yang banyak membantu semasa Cik Sal dalam tempoh berpantang .


Buat Eryna, selamat ulangbulan yang ke - 3 bulan :)
Semoga menjadi anak yang soleha dan bila besar kelak jadiklah anak yang menyenangkan hati mama & babah .

Syukur Alhamdulillah.



Okaylah, ni je lah coretan yang dapat Cik Sal coretkan  ketika anak menginjak  usia ke 3 bulan :)









Thursday, November 28, 2013

Sesi Berpantang

Assalamualaikum.

Di pagi khamis
Langit mendung
Barangkali tengah bersedih juga
Seolah-olah turut mengiringi hati yang dilanda badai
Wahai Sang Pencinta
Pulihlah seperti biasa
Sesungguhnya ku tak bisa hidup tanpa mu !

Pulih lah ......huhuuuu


******************************************************************
 Pantang selepas bersalin .



Kali ni Cik Sal nak cerita pasal sesi berpantang plak.Semua tahu kan, bila dah bersalin kena berpantang yang keguguran pun tak terkecuali kena turut sama berpantang. Yang membezakan hanyalah jumlah hari kita berpantang. Kalau nak diikutkan, pantang yang disarankan adalah selama 44hari tapi, ada jugak yang pantang selama 100hari..
( Kaum suami pun kena turut sama berpantang jugak ya ! )

Tak kisahlah kan, janji berpantang. Bukan apa, pantang ni sebenarnya memang dititikberatkan
lagi-lagi kalau masa pantang tu kita dijaga oleh mak atau nenek Ah, memang kaw -kaw punyalah diorang jaga . Macam Cik Sal, pantang 44hari dah selamat dah tamat cuma sekarang masih meneruskan lagi pantang sehingga ke 100hari. Al-maklumlah, bersalin secara normal dan bedah ni banyak bezanya.

Dapat-dapat lak tang makan , lagilah banyak yang kena dipantangkan huhuu.. Hari pertama mula berpantang, agak malas sikit adei..pakai itu pakai ini rimasnya lah hai. Param , pilis semua kena pakai cuma bengkung Cik Sal tak pakai sebabnya ada  luka bedah .Sebenarnya boleh ja pakai bengkung, tapi kena tahu gaya ikatanya dulu.Sudahnya tak berbengkung sampai sekarang. Yang bestnya masa tengah pantang ni layanan macam anak raja ! Main order ja semua siap.Heheee. Tapi Cik Sal tak ada lah sekejam tu asyik nak order ja. (siku t baru tahu) Mula-mula pantang di Gemas, emak Cik Sal yang jaga dulumakan, minum, pakai ,mandi ,anak semua mak yang buat pakaikan param dan pilis pun emak jugak yang buat :)
Bila tengah berpantang ni, memang terliurlah nengok orang makan sedap-sedapayam goreng lah, udang sambal lah, sotong goreng tepung lah, telur dadar lah . Huhuuu.memang meleleh lah. Kita ni yang tengah berpantang makanlah yang rebus-rebus ja sayur rebus,ikan masak singgang, bilis goreng, tempe bakar pendek kata semua masak rebus-rebus ja lah. Setiap hidangan tu bahan tumisnya penuh dengan halia ja .Nak tak nak memang kena telan gak halia tu pedar-pedar ja rasanya  pastu terkentut ja angin keluar .Heheee.

Masa berpantang ni, badan pun kena jaga molek-molek gak kena wangi-wangi gak pas mandi pakai bedak biar wangi. Bertambah wangi bila dah pakai param ngan pilis.Tak caye cubalah! Hehee.

Masa baru balik dari sepital , sakit lepas bedah memang terasa lagi walaupun dah dibekalkan ubat tahan sakit, vitamin B dan C masih jugak terasa sakitnya. Nak bangun dari katil pun berpapah tangan (Luka kat dalam memang amik masa yang agak lama untuk pulih) . Dalam nak menghabiskan 44hari berpantang tu.Ada jugak makcik tukang urut datang ke rumah untuk mengurut .. jadiklah 3hari berurut sehari RM20.00 murahkan ? Jadiklah :)

Dalam nak menghabiskan tempoh 44hari, macam-macam yang Cik Sal dapat belajar .Maklumlah, pengalaman pertama menjadi mama ni memang mencabar dari segi nak berjaga malamnya , nak jaga luka bedah lagik, Emmm.. semuanya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kadang-kadang tu emosi pun terganggu. Dah lah suami jauh, jumaat lepas kerja baru balik tengok Cik Sal ngan anak.Dah biasa duk serumah, tetiba suami tak dok kat sebelah lagilah haru.Huhuuu. Ingat lagi, suami nak gerak p kerja  salam ja terus meleleh ..mata merah ja... sedih kena tinggal..bukan sekali 2 ..Hiks.

Rutin masa berpantang sama je lah kot , cuma bertungku ja Cik Sal tak amalkan.Ntah , Cik Sal pun tak tahu kenapa tak buat.Tapi, Cik Sal kira bertuah sangat anak tak berapa meragam. Meragam masa nak menyusu ja.Mula-mula Cik Sal bagi susu formula ja, ekoran dari susu badan tak bapa nak ada Adei  gelabah betol masa tu emak dah pot pet pot pet dah suh belikan susu bantu. Sudahnya , suami belikanlah susu S26 dapatlah bantu sementara nak tunggu susu baan ni ada.Orang kata pas dah berurut nanti susu badan makin banyak. Memang terbukti banyaknya! Siap basahlah baju . Itu pun perasan masa nurse datang melawat nak tengok kondisi anak dan luka bedah. Heheeee, malu sudah  Alhamdulillah, anak tak kena demam kuning(jaundice) berat bertambah, kulit bersih kata nurse .
 Cik Sal senyum ja lah.


Seingat Cik Sal , nurse akan buat lawatan sebanyak 3 kali tak silap.Tapi, macam Cik Sal anak tak kena demam kuning nurse datang melawat 2 kali ja. Tak pa lah, janji buku merah dan anak siap diisi :)   Pape senang nak rujuk t bila ada kecemasan . Seronok sebenarnya tengah berpantang ni, ikat rambut tinggi-tinggi, pakai stokin.
(Kalo panas , Cik Sal tak pakai dar stokin  buh minyak panas ja kat tapak kaki )
Zaman sekarang pantang tak ketat sangat, tak macam orang dulu-dulu pantangnya. Kalau zaman dulu. Setiap hari kena minum air kunyit separuh cawan plak tu. Lepas tu tak dibenarkan mandi , Tak boleh basahkan rambut ..Ek, Tak busuk ka ? Ye lah , tak mandi kan.
Sampai sekarang Cik Sal tak tahu apa sebabnya..Kenapa ?
Katanya  kalau minum air kunyit baik untuk dalaman,dan  kecutkan rahim. Itu Cik Sal setuju !  Tapi , sekarang senang ja, produk dah melambak kat pasaran pilih ja lah hulur je lah duitnya :)

Nak tambahkan susu badan pun dah melambak jenis produknya , pilih ja lah .


Bagi Cik Sal, mana yang baik bolehlah kita ikut depa dah lama makan garam dik ! Kita baru sekali merasa berpantang depa anak dah besar panjang pengalaman dah banyak. Kalau badan tak dijaga dengan baik bila dah berumur sana sakit , sini sakit , lenguh sana sini diri sendiri gak yang susah kan. Berpantang ja lah, tak lama pun !Habis pantang, makan lah banyak-mana pun tak kisah ..Hahaa.

Cakap pasal makan ni Cik Sal nak habaq gak dalam pantang banyakanlah makan makanan yang berserat macam oats, buah prune dan banykan minum air masak. Air masak ni penting sangat.Jangan jadik macam Cik Sal kena sembelit .Huhuuu.

Bila dah dok dalam bilik termenung, memang berjam lah kan. Sudahnya amik ubat kat klinik .Setel ! Tapi elak kan lah daripada sembelit.Sembelit boleh membawa kepada buasir .Jaga-jaga ya !Bila dah kena buasir, hilang nikmat makan t .Tapi perkara sembelit ni memang biasa berlaku selepas bersalin Tapi , kita boleh elak dengan cara pemakanan .


Habis berpantang 25 hari  macam tu, Cik Sal pon beralih ke rumah mentua plak, rutin harian sama ja macam kat rumah mak. Seperti hari-hari yang lain. berurut buat kali ke 2. Makan dengan menu yang sama.. yang paling best  hirisan halia makin bertambah dalam hidangan . Kikikikii  dan air rebusan akar kayu ( Cik Sal gelar tea o orang kampong )
 juga turut dihidangkan sebagai sajian utama . Hahaaaa. Terbaikk!

Di rumah mentua lah Cik Sal gigih belajar mandikan anak. Nikmatnya! dan sampailah sekarang. Kadang-kadang gilir dengan suami untuk mandikan anak . Dan di rumah mentua jugak lah berlakunya sesi potong rambut anak. Yeaaay, anak mama dah botak macam babah dia ! Heee.   Untuk menghabiskan sisa baki berpantang 44hari tu anak pun menerima kunjungan ziarah yang tak putus-putus ada ja orang datang menziarah  siap bawak hadiah lagik , baju , hamper satu set siap
(banyaklah koleksi baju anak mama ni ), baby carrier pemberian makngah dia , dan duit pun ada murah rezeki anak .Syukur .

Dan sampailah ke hari ni masih lagi terima kunjungan ziarah nak tengok anak.  Hadiah untuk anak pun dapat lagik . Rezeki. Heeee.

Hari pun berganti hari  anak pun makin membesar. Pesan Cik Sal ,

1- Dalam pantang kena wangi-wangi gak .. ( macam kita nak g jalan-jalan tu ) bersih sentiasa.

2- Masa nak tidur malam, bantal tinggikan.. gunalah 2-3 biji bantal..nak elak darah putih ...? tak tahu
 ( Ni tak tahu sebab apa  cuba tanya mak - mak kita kenapa ?)

3- Banyakan makan buah prune, elak sembelit . Kalo tak t jadik macam Cik Sal t  .  Huuuuhuu

4- Basuh rambut, biar segar ja pale t  tak lah asyik sakit pale ja masa pantang .

5- Jangan minum air yang berais,  untuk elak anak kembung .

6- Amalkan berurut badan, berbengkung jugak penting. biar slim ja badan t .

7- Makan jamu kampong segar ja badan - TAPI , makan jamu sebaiknya selepas bayi berumur 1 bulan dan ke atas, bagi mengelakkan demam kuning.

Tu je lah kot, tak pa.. nanti masa berpantang mak -mak hangpa semua habaq kat hangpa t :)
Bagi Cik Sal sesi berpantang ni memang bestlah ! Rugilah kalau ada orang yang tak suka dengan rutin berpantang .



Sepanjang berpantang ni, keprihatinan suami amatlah diperlukan bantu-bantulah isteri mengurus anak kecil . Okaylah, rasanya setakat ni je lah bebelan Cik Sal untuk sesi berpantang ni.Tak sabar rasanya nak berpantang kembali. eeewahhh, luka bedah dah elok ka tu ?



Ni Cik Sal senaraikan  menu yang Cik Sal hadap hari-hari semasa berpantang.   :)

1) Ikan tenggiri masak singgang + sup lobak putih + air pati haruan + buah

2) Ikan bawal masak sup + sawi tumis + air pati haruan + buah

3) Bilis sangai + sawi tumis air + air pati haruan + buah

4) Tempe bakar + petola sup + air pati haruan + buah

5) Ikan haruan masak sup + sup sayur campur + pati ikan haruan + buah

6 ) Sup daging + sayur sawi jepun + pati ikan haruan + buah

7) Tahu bakar + ikan masak singgang + pati ikan haruan + buah

dan sedikt ulam -ulaman daunan ya :)

contoh :- daun bebuas, pegaga, salad, tomato..

Dsebabkan bersalin secara bedah , makanya ni lah menunya gilir2 ayam tak boleh makan..)




Di tambah dengan kudapan . Heeee


Okaylah, setakat ni je lah dulu ya.. kita sambung entri yang lain plak.      :)



"MARRIAGE IS SHARING THE BEAUTY OF LOVE  AND LIFE "






Wednesday, November 27, 2013

Pengalaman Bersalin di Hospital Melaka

Assalamualaikum..



Jengjet kaki masuk blog...( anak dah tidur )
..dan jari jemari mula menari di papan kekunci ...


****************

" Kat atas tu cuma selingan ja... tak banyak masa ni.. kena cepat-cepat habiskan entri ni.. sebabnya banyak entri lain yang nak menyusul :) "


Baiklah , tanpa membuang masa izinkan Cik Sal menyambung kembali cebisan cerita yang lalu ..Okay, masa dah tertidur tu.. Doctor dan nurse datang kejut Cik Sal .. masa tu dah pukul 2.00am kata nurse .Doctor mintak izin nak cek jalan lagi.. moga-moga ada anjakan bukaanya.. bila dah cek tu ..doctor kata bukaan dah menginjak ke 6cm.. maksudnya ubat yang dimasukan buat kali ke-2 tu tak banyak membantu..Ah sudah!  getus Cik Sal kat dalam hati.. Ntah ubat apa lah lagi yang dimasukan kejap lagi..

Bila doctor bagitahu bukaan dah 6cm..  Cik Sal memang tak kata apalah..  hanya dok tahan sakit je lah.. coz gesa dah makin kuat .. dah jadi 4 in 10 ... maksudnya 4 kali gesa sakit dalam masa 10 minit .. memang tak sempat tarik nafas.. sakit gesanya datang lagik....Mungkin ada yang tak tahu.. gesa sakit yang kita rasa masa nak bersalin tu sebenarnya berpunca daripada baby. Baby bergerak mencari jalan keluar untuk sampai ke muka bukaan..lagi kuat gesa, bermakna kuatlah anjakan bayi bergerak mencari jalan..

Masa kat dalam bilik tu , nurse dan doctor adalah bincang-bincang .Ntah hapa dibancangkan..Sebelum tu doctor bagitahu untuk guna tiub foli plak.. Lebih kurang dalam kol 3.30am cam tu lah.. Doctor tu arahkan nurse untuk masuk kan tiub tu...masa nurse masukan tiub tu cuma rasa pedih je lah .. sakit tetap ada.. tapi kali ni punya sakit memang kaw kaw punya sakit.. Lebih kurang 2 jam cam tu lah..Akhirnya, Cik Sal disuruh tukar katil untuk beralih ke bilik sebelah..kamar bersalin .( ini betul punya tempat bersalin ) macam  biasalah kan..kena dukung lagik lah jawabnya..sebabnya memang dah tak tahan dah.. Tapi mujur sepanjang kat wad tu doctor perempuan yang take over kes Cik Sal :) 
(tak tahu apa nama doctor tu .anggaplah nama doctor tu Salwa Ibrahim..taram je lah )

Bila dah sampai ja kat bilik sebelah.. Cik Sal tengok kat bilik ni lain sikitlah..peralatannya dah bertambah.. ada baby cot lagik, tong oksigen yang besar, peralatan untuk sambut bayi..dan macam-macam alat ada kat troli tu..bila dah sampai .. Cik Sal pun mengadulah.. "sakitnya kak"...! "Saya dah tak tahan ni".. "Sabar ya dik" ..kata nurse tu..diurut-urutlah lengan Cik Sal.. Nurse ni kerjanya cek  perut ja lah.. sambil-sambil tu ada lah 3 orang doctor, cukup korum melayu cina dan india.. semua doctor perempuan dok berkumpul tengok result jantung bayi.. masa tu Cik Sal dah cuak dah.. Baby okay ke tak ni getus Cik Sal.. nak tanya takut plak.. Akhirnya , Cik Sal tanya jugak.. Belum sempat tanya .. doctor tu suh mengiring .. nak tengok jantung baby ni.. "baby adik tidor ni".."cuba kejutkan dik" ! Cik Sal pun urut-urutlah perut sambil cakap-cakap dengan baby suh bangun .. akhirnya baby gerak ..barangkali kepenatan agaknya kesan daripada ubat paksa yang diberi tu.. Barulah cantik result CTG baby .

Dalam hati risau jugak takut pape kat baby ..

Lebih kurang pukul 8am , nurse cabut tiub foli.. sekali cabut tiub foli dah besar ..ini bermaksud bukaan dah membuka ..Alhamdulillah..dah 8cm ..masa tu Cik Sal tak pikir hapa dah.. hanya pikir nak cepat je bersalin ..dah tak tahan dah..semalaman dok kamar bersalin..masa dah 8cm tu.. ingatkan hanya tunggu bukaan membuka ke 10cm ja.. dan tak payah masuk ubat lagi.. Rupanya tidak sama sekali.. Dimasukan ubat lagi.. tapi, cucuk dalam air terus masuk kat lengan... Manggg aiii, dah jadi macam bahan eksperimen pun ye gak rasanya.. memang pedih kalau masuk ubat lalu tiub getah halus yang ada jarum kat tangan tu.. pedih sangat !..Masa tu , doctor pakar plak dok kuar masuk bilik Cik Sal.. pe sal ntah.. kejap-kejap cek CTG baby .. "sleeping patern" katanya ..Aduh !

Doctor pun usap-usaplah perut Cik Sal lagi.. sambil tu doctor yang lain dok adjust tiub kat lengan tu..Akhirnya , baby bangun jugak..Tapi, pergerakan jantung baby laju sangat.. Doctor dah pot pet cakap menda ntah.. Cik Sal plak dah risau sangat ..sambil tu nurse datang bagi tong besar tapi bertindak sebagai ubat tahan sakit.. dia suh Cik Sal sedut gas tu bila rasa sakit .. Memang sedut memanjang je lah Cik Sal masa tu...

 Lebih kurang pukul 12.00pm camtu lah...hati makin risau , doctor kejap-kejap masuk kejap-kejap kuar.. datang plak doctor pakar Doctor Ivone..dia nak cek jalan .. masa dia tengah cek jalan tiba-tiba dia kata dah liquor..jalan masih 8cm.. maksudnya baby dah berak dalam.. tak semena-mena terus Cik Sal menangis.. sebab kalau dah berak ..peratus untuk baby lahir hidup amatlah kurang..masa tu memang menangis sungguh!tak segan dah nak menangis tersedu-sedu..lagi sedih bila suami dah masuk dalam sambil dengar penjelasan Doctor Ivone.. tengok muka suami ..lagi nangis kuat.. masa tu doctor terus decide untuk bedah.. Nak vacuum pon dah tak sempat, takut baby lemas kat dalam...guna forsep pon sama jugak !

Rupanya, semua doctor yang berkumpul tu dah buat preparation kat bilik bedah.. ekoran daripada result ECG baby yang "sleeping patern" tu ... patutlah time depa masuk..dah ada doctor yg pakai baju biru dan hijau..


Bila dah siap semua tu,  Cik Sal ditolak masuk ke dewan bedah.. sampai ja kat muka pintu .. adalah sorang doctor cina tanya memacam.. huhuuu,  "Ada pakai barang kemas?"  Tak da.                              ".Bila mula puasa?" Petang semalam balas Cik Sal.. "Pernah kena bedah sebelum ni?"   Tak pernah .. "Okay , kalo macam tu ..kami bius awak separuh badan je ya dik" ! Angguk ja..

Bila dah masuk dewan bedah , rasa selesa gak lah.. sebabnya doctor semua bebaik.. layanan pun best.. masa sejuk tu ... depa siap bagi pemanas lagi kat badan.. wayar kat badan bersilang-silang dah.. bila dah kena bius tu mulalah mengong kejap jadiknya.. mamai ja, merapek ntah menda..hahaaa, lawak gak time kena bedah tu.. doctor ni siap ajak sembang plak.. Layan kan aja.. mungkin dia tak nak Cik Sal rasa tertekan ...

Tapi, seyes sangat.. time kena bedah tu memang terasa.. perut ku di gedok-gedoknya.. di koyak kan kulit .. memang terasa.. pastu tak lama kemudian.. Terdengar suara budak nangis... Eh! Anak mama dah kuar bisik hati Cik Sal.. Alhamdulillah, sihat sempurna rupanya ... masa doctor tunjuk jantina sempatlah cium kat pipi dia.. sejuknya.. diam ja ..mata tak bukak..

Selepas daripada tu, Cik Sal dah tak ingat apa-apa dah.. sedar-sedar dah ditolak kat bilik pengawasan selama 3 jam macam tu.. kiri kanan ada pesakit yang tak sedarkan diri lagi.. Bangun pun time tu doctor kejutkan coz nak tengok tindak balas bius dah habis ke belum .. gerak-gerak kaki semua dah okay .. boleh lah masuk wad biasa.. Sebelum kuar tu, doctor tu tutupkanlan kepala dengan kain tuala bedah .. muka doctor tu pun Cik Sal tak nampak..


Akhirnya, selepas  sedar ... barulah dapat jumpa anak di nursery ..  Pertama kali lihat anak... Sedih dan terharu, tak sangka Cik Sal dah ada anak.. Anak duk nursery sampai 4 hari .. petang isnin hari ke 4 baru dibenarkan pulang ..


Alhamdulillah, syukur semuanya selamat..walaupun berbagai rintangan yang mendatang.. Hidup kami dah lengkap.. Paling manis sekali , bila Cik Sal dah berjaya mengharungi segala macam sakit ketika nak bersalin .Indahnya pengalaman ni..




Senyum dalam tangis Cik Sal :)


Okay, setakat ni je lah bebelan Cik Sal..Entri  seterusnya akan berkisar tentang sesi berpantang plak !



  Sebenarnya jalan cerita Cik Sal panjang lagi ..ada lagi kisah yang berlaku semasa anak kat nursery dan kisah semasa nak kuar wad ..tapi Cik Sal akan ceritakan dalam tajuk yang lain .



Jiwa yang luhur ~

Terima lah lagu ni Mak , akak tujukan khas untuk mak :)

Buat ibu mertua ku jua .. sebabnya telah melahirkan seorang anak lelaki yang cukup sempurna sifatnya ... Beliau kini bergelar   " SUAMI "










                                               Datuk Sharifah Aini - Mawar Putih Buat Mama ~









Daaaa, tataaa




Nak cium anak  kat buai..heheee
























































































































































































































































Tuesday, November 19, 2013

Pengalaman Bersalin di Hospital Melaka : Bilik IOL Punya Kisah

Assalamualaikum...

Nak sambung balik cerita yang lepas.. Okay , pada hari yang ke -4 tu..ada jugak sorang pesakit yang induce..mula-mula dia masuk ubat.. pastu masuk tiub ..tiub foli.. benda tu macam sarung getah ..makin berkembang bila gesa sakit makin terasa.. maksudnya , tiub foli ni fungsinya sama jugak macam ubat..cuma gesanya lebih sakit dan jalan cepat bukak.. Akak ni memang tahan sakitlah, boleh lagi bersembang walaupun dia terlantar kat katil.. malam tu lebih kurang pukul 9.10pm cam tu lah.. doctor datang nak cek jalan dia.. masa tu tak silap Cik Sal bukaan dia hanya 4cm ja..

Bila doctor dah cek jalan dan bukaan hanya 4cm.. doctor tu pun bagi masa lagi... cek jalan seterusnya pukul 9.45pm kata doctor tu.. Dalam nak menunggu ke 9.45pm tu.. Cik Sal pun g lah tinjau dia.. Tanya sesikit ja kat dia.. memang benar..dia ni memang seorang yang tahan sakit..

Bila dah tepat 9.45pm .. tiba-tiba..

Cik Sal nampak ada suatu benda bulat kat kelengkang akak tu..masa tu dia baring mengiring .. sambil kakinya dikangkang ..Cik Sal pun dalam keadan yang nak tahu .. terus tengok .. Emmm rupanya kepala bayi..terus Cik Sal teriak panggil nurse..lintang pukang nurse tu datang kat katil sambil tutup tirai.. tak sampai 5 minit.. terus dengar suara bayi menangis... masa tu memang gamatlah.. dah lah ramai orang masa tu.. yang dok dalam bilik pun kuar..yang tengah tidor pun terus bangun dari katil..kikikikii..

Makanya, malam tu riuh rendah lah suara orang dok pot pet pot pet..tanya itu ini.. yang pastinya kejadian bersalin atas katil  di depan mata Cik Sal bukanlah kejadian yang pertama... cuma beza tempat ja.. yang sama baby tu lahir secara normal .. Alhamdulillah, mak dan bayi tu selamat :)

Bila keadaan dah reda, Cik Sal plak tak lena tidor.. g lah tengok baby tu.. lenanya dia tidor dalam pelukan mak dia.. comel sangat..ikut muka mak dia :)

Tak sabar plak nak tidor smabil peluk bayi sendiri ...


Hari ke - 5 , 5hb September 2013

Pagi tu macam biasa lah ..Cik Sal plak gelisah.. coz jalan tak bukak banyak.. adei.. tunggu suami untuk sain borang keizinan untuk induce, & bedah .. dalam kol 2.00pm macam tu suami pon datang..terus jumpa ngan doctor Chong ( bukan nama sebenar, main taram je coz doctor tu cina ) tak ingat nama dia ..huhuuu.. Dalam borang tu adalah disenaraikan sebab dan risiko induce dan bedah ..huuyaiii, berat rasa hati nak sain borang tu..nak tak nak kena sain gak...Mula-mula ..bila dengar je penjelasan doctor tu ..terus decide nak bedah ja.. alasan Cik Sal.. Kalau induce tu tak berjaya ..Cik Sal risau akan bayi kat dalam ni.. tapi doctor tak bagi ..nak jugak diinduce nya..suami pun tak sokong gak.. dia kata cuba dulu induce.. huhuuu... adei, jurai lagi air mata. ...

Dalam kol 3.00 pm macam tu lah, doctor Sufiah datang ...sebelum tu beg pakaian semua dah siap2 kemas coz nak masuk bilik IOL selepas 2 jam masuk ubat  ..senang kata bilik khas untuk induce lah... Sebelum tu , Cik Sal diarah untuk baring coz doctor nak masukan ubat ( pitoxin )..dah setel masuk tu.. tak leh bergerak plak selama 2 jam.. terus mesej suami ... masa suami tiba ja, Cik Sal dah geleng kepala.. huhuuuu... setelah hampir 2 jam barulah boleh bergerak dan makan bagai... tapi , masa tu gesa sakit dah terasa.. sakitnya dah mula  kuat.. kejap-kejap ada nurse datang cek perut.. 2 in 10 katanya ! .. .. bila dah sah 2 in 10 .. doctor Sufiah bergegas datang suh masuk bilik IOL kat labour room ..sambil tu dia siap pesan lagik, Nanti salam suami sebelum masuk bilik IOL taw dik ! Nanti dah tak jumpa bila dah duduk bilik tu .... memang baik doctor ni .. Memang nak salam pun.. nak angkut masuk bilik sekali tak boleh plak...huhuuu..Enset pon dah siap-siap serah kat suami..dah tak leh mesej ka tepon bagai...

Masa nak salam  tu, memang tak leh tahan dah.. salam sambil air mata turun mencurah-curah ..Ya Allah, masa tu memang rasa sedih sangat..macam dah tak akan jumpa lagik.. lepas tu Cik Sal dah tak pandang dah orang kat keliling wad.. terus naik wheelchair.. sampai ja kat labour room .. memang merah lah mata ..sampai ada orang tegur lagi.. merahnya mata dik...huwaaaa, lagi lah sedih...

Dan bermula lah segala-galanya di bilik IOL.. sakit sendu semua sensorang ja kat dalam bilik ni.. dalam bilik ni memang lengkaplah..ada tv, katil, dan kerusi empuk ... tapi, masa nak naik katil..memang dah tak larat dah.. Naik katil pon didukung oleh doctor..sebabnya doctor tu sendiri mengaku induce memang sakit ..teramat sakit ... Rasa nak pengsan pun ada gak  ..sebabnya tak makan nasi..lapar sangat..walaupun sakitnya makin memuncak .. Bila dah baring, gesa sakit dah jadik 3 in 10 ..makin kuat gesanya.. nak makan.. dah cakap nak makan..tapi nurse tak bagi.. Adik dah nak bersalin , tak boleh makan.. katanya!.. Tapi saya laparlah.. balas Cik Sal .. memang tak dapatlah makan ..sudahnya Cik Sal mintak ja air .. dapatlah air sejuk secawan..hilang dahaga, lapar pun hilang..hilang sekejap..

Sudahnya hilang kisah nak makan, ingatkan petang tu sekali ja masuk ubat..rupanya nurse ngan doctor ni datang sebab nak masuk ubat lagi ..huhuuu, ubat yang ni pon sakitnya tak tertahan dah.. terima je lah seadanya..relakan je lah apa yang nurse dan doctor ni buat ..huhuuu.. dimasukan lah ubat lagi ( pitoxin ) dalam pada tu Cik Sal mintak ubat tahan sakit..dicucuknya lah kat peha .. gesa sakit makin menjadi-jadi... terus terlena dek tak tahan punya pasal sakitnya.. mula-mula tu rasa macam khayal ja rupanya tertidor terus .. ..masa tu memang tak tahu pukul berapa dah.. tak da jam.. terperap kat dalam bilik.. yang tahu ...memang lama lah Cik Sal tidor sampai kena kejut ngan nurse dan doctor .. 2 kali masuk ubat, memang mencabar ..sakit teramat...dan  bukaan dah membuka ke 5 cm kata doctor..  Mamai bila nurse cek perut...  tak sedar apa dah ..... ...ZzzZZZZ


Bila dah tidor tu ..memang tak sedar apa lah...


Okay lah , t sambung lagi.. Cik Sal pun nak masuk tidor...hihihiii








Tuesday, November 12, 2013

Menunggu Hari di Wad CDS ( bahagian 2 )

Assalamualaikum..

Okay, kali ni nak sambung balik cerita pasal wad .. untuk pengetahuan, wad CDS ialah wad sementara bagi menunggu hari nak bersalin dan wad pemindahan selepas proses bersalin samada bersalin normal atau pembedahan.. yang membezakan hanyalah letakan katil dimana ada kelas-kelas ..Ikut koranglah nak amik kelas apa, kelas 1 ka kelas 2 ka atau kelas ekonomi..kalau ada GL lagi senang.. tak payah bayar ..company korang tolong bayarkan .. benefit ! Untunglahh kan .. kalau company korang or suami ada sediakan  GL untuk isteri bersalin ... tak pun korang bayarkan dulu pastu claim balik ..senang jugak !

 Tapi masa Cik Sal mula-mula masuk wad tu, memang ramailah pesakit ..katil semua penuh tak kiralah apa kelas sekali pun... Ada jugak bilik transit untuk tunggu katil kosong disebabkan nak tunggu pesakit tu discharge. Memang ramai!  Sepanjang duduk di wad macam -macam lah ragam pesakit yang Cik Sal dapat tengok.. macam-macam kes pun ada..eh! sebelum tu nak sambung balik masa suami Cik Sal datang dan Cik Sal menangis tatkala jumpa suami ..heheee... Geli hati pun ada , malu pun ada jugak..sebabnya, masa menangis tu ..kantoi plak ngan nurse yang bertugas kat kaunter..hahhahaaaa..nurse tu pandang sambil senyum ja..ye lah, mengandung anak sulungkan.. pastu manja plak ..adei...  pengalaman  rasa sakit pun tak dok ..nasiblah, pedulik hape orang nampak.. nangis sajo !

Lepas dah jumpa suami tu , hilanglah sikit rasa sakit bisa kat  tangan coz masuk  jarum.... kejadah! sakit betol rasanya...bengkaklah jugak.. huhuuu.. dah sembang-sembang bagai..waktu melawat pun habis..tinggallah Cik Sal di sepital dan pulanglah suami berseorangan...sobs sobs... dan waktu maghrib pun menjelang tiba..

Masa nak solat tu, telekung plak tertinggal.mujur ada surau kat bilik sebelah .. alang-alang dah duduk kat bilik tu , Cik Sal tunggu sampai masuk waktu isya' .usai solat dan membaca al-quran..baliklah ke katil semula..dan sampai ja ke katil...dah ada orang tunggu..

Agaknya memang ginilah kot duduk kat wad , nurse akan datang setiap 4jam sekali... check blood pressure, suhu badan, check jantung.dan bagi ubat ( bagi yang layaklah ) malam tu dah setel semua check-up Cik Sal pun mula untuk melelapkan mata sambil mesej ngan suami..malam tu tidor memang tak lena ..sedih pun ada.. semualah ada.. tapi paksa jugak tidor..


Begitulah rutinnya sampai ke awal pagi , nurse datang check lagi...hohooooo..

Hari ke -2 di wad ..  2hb September 2013

Pagi  tu , Cik Sal dah siap-siap seawal pukul 6.30pagi.. usai solat bagai.. p jalan-jalan sekitar wad..kikikiii, konon supaya jalan bawah bukak cepatlah.. sambil tu g sembang ngan pesakit lain..Tak da maknanya , sudahnya duduk jugak kat kerusi ! baca surat khabar ...hahaaa
Sambil nak tunggu waktu sarapan . Tapi pagi tu terdengar bacaaan doa untuk pesakit dan semua warga kakitangan Hospital Melaka.. mula-mula tak berapa jelas sangat, ingatkan ada perjumpaan kakitangan hospital ka ..rupanya memang gini bila waktu pagi ..

Dah siap semua, sampailah ke lawatan dari doctor pakar plak, doctor ni akan pusing semua wad dan semak fail peribadi korang yang warna pink tu..dari situlah doctor tu tahu korangnya kondisi macam mana ..smapai ke giliran Cik Sal, doctor tu hanya tanya khabar coz Cik Sal nya kes masih stabil lagi.. tapi.. pagi tu habis je lawatan...doctor pakar suh Cik Sal  buat ve lagi..jangan risau ya, bila buat ve ..semua doctor perempuan yang buat.. kalau masa tu ada doctor lelaki yang tetiba nak buat ve ..korang leh request kata nak doctor perempuan atau staff nurse , atau jm yang buat :)

Tapi Cik Sal pilih doctor perempuan ...melayu... Dr. Norsufiah namanya.. memang baik , cara dia seluk pon tak sakit macam yang pertama kali kena seluk ..huhuuu.. masa ni.. doctor Sufiah kata .. tak bukak lagik lah dik..tapi doctor ni seluk gak lagik ..nak puaskan hati .. akhirnya , terbuka jugak 1.5cm ..gembira sikit hati Cik Sal :)
Alhamdulillah.. debaran kian terasa..

Bila dah dengar doctor kata gitu, happy lah sikitkan.. so, ditangguhkanlah untuk induce pada 2hb tu ..


Pada keesokan harinya plak ,

Hari ke - 3 di wad .. 3hb September 2013

Seperti biasa , rutin yang Cik Sal lalui sama juga seperti 2 hari yang lalu.. suami pun masih bercuti lagi..memandangkan hari  tu ialah hari untuk menentukan samada 4hb perlu induce atau diberi masa lagi..Bila suami dah datang melawat ..barulah berani nak kuar jenjalan kat luar..sebabnya ada temankan.. lepaslah jugak pergi ke café ( itupun tunggu kat atas ja )...kelaparan ya amat..walaupun kat wad diberi makan..kesian gak suami, makan , pakai dia tak terurus..kelam kabut katanya ..heheee.. ye lah sejak dah kahwen isteri yang uruskan... bila dah kena tinggal sensorang..kekoklah nak buat  ..

Masuk hari ke -4 .... 4hb September 2013

Sama jugak seperti hari yang lain, bezanya..hari tu Cik Sal disuruh untuk melakukan ve lagi, selepas lawatan dari doctor pakar.. terus g bilik rawatan ..cek jalan.. sedihnya..jalan masih lagi 1.5cm..tak berganjak walaupun seinci.. sudahnya ..doctor Nursufiah tolong bukakan jalan dengan guna cara sns..sns ni memang sakit ..coz dia tolong lebarkan...masa tu darah memang tak henti mengalir..maksudnya ..tanda memang dah jelas kelihatan.. warna merah hidup..ataupun dikenali sebagai darah hidup.. masa ni gesa sakit memang dah kuat selepas buat ve ...bukaan yang berjaya hanyalah 2cm ja..bukak 0.5cm ja.. so, doctor decide untuk buat induce pada 5hb ... sekiranya tak jugak bukak bukaan sehingga 4cm ... nak tak nak memang kena induce lah jawabnya ..


Dalam menunggu nak ke 4cm.. macam -macam  peristiwa yang berlaku  kat wad ..hehheeeehe..
 Nak tahu peristiwa apa ? Emmm   .....Nantilah Cik Sal sambung cerita balik... tataaaa



















Sunday, November 10, 2013

Pengalaman Bersalin di Hospital Melaka ( Bahagian 1 )

Assalamualaikum.

Di pagi ahad ..hujan turun renyai-renyai..
Tiba-tiba perasaan nak menaip tu datang macam chipsmore plak.. kejap rajin kejap malas..
Arrr sudah..sementara tengah rajin sekejap ni..nak sambung balik bab kelahiran dan sepanjang duduk kat wad.hohooooo

  ****

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan  ke hadrat Ilahi dengan limpah dah kurniaNya, 6hb September 2013 ..Cik Sal dan suami  dengan rasminya  telah bergelar mama dan abah kepada seorang anak yang comel.. :)  pengalaman hamil selama 41minggu banyak ceritera yang terakam indah .. pada saat mula disahkan hamil, sehinggalah saat mahu melahirkan ..manisnya ..cepat benar masa berlalu.. 6hb November 2013, genap 2 bulan dah umur anak ..dan berlalunya 2 bulan yang lalu...penuh dengan kenangan ..

Cik Sal teringat lagi kata seorang doctor,  " kalau boleh biarlah sakit bersalin tu secara semulajadi ".
Doktor Siti Hawa ni, orangnya baik ja..manis and cool je ..suka tersenyum..suka hati bila jumpa ngan dia tiap kali appointment bulanan..kikikii..dia suka ngusik gak kadang-kadang... so , nak dijadikan cerita mukadimahnya..tarikh 28hb ogos tu Cik Sal kena pergi semula buat imbasan di Klinik Kesihatan Jalan Gereja, masa tu g sendiri ja..suami kerja..dah siap cek semua..doctor kata semua okay..baby awak sihat ..air ketuban semua cukup, kepala bayi dah turun ke bawah tapi belum masuk sepenuhnya..ooikk, dalam hati.. mungkin lewat lagi kot dalam 3-4 hari lagi..

Disebabkan tak juga bersalin 28hb ogos tu, doctor terus buat surat tuntuk IOL.. means bersalin paksa..masuk ubat..induce..alamak... kena jugak.. tapi tarikh untuk induce tu dia bagi 2hb September 2013.. doctor kata, saya bagi tarikh 2hb ..anjak jauh sikit ....mana tahu anak awak nak kuar 31hb ogos ni..hikss, senyum saja...

Selepas kejadian tu, malam 30hb ogos tu adalah konsert ..ehh konsert ka? bukan.. qasidah ..daripada ustaz Indonesia tu...yang nyanyi lagu ya hanana..ya hananaa.. kitaorang pon pergilah..habis dalam pukul 11.30pm cam tu.. tapi masa tu dah ada dah rasa sakit perut.. jalan pun dah mengah-mengah..sampai kena dukung bila nak turun tebing..hahakk..sampaikan orang lelaki tu salah huluq tangan kat Cik Sal.. hahaaaa, mujur dia perasan...gelak plak bini dia..nengok laki dia huluq tangan kat bini orang lain... mata terpejam..manalah tak salah.. bila suami dukung..
"sayang dah beratlah "...barutahu hahaaaa..

Lepas balik dari tengok qasidah tu, kitaorang pun terus g stadium..
(sambut merdeka berdua kat stadium)..hahaaa....suami suruh jalan-jalan bagi cepat bukak jalan.. adei..dah lah kita jalan terhegeh-hegeh...jalan je lah.. dalam 1 jam macam tu..surrender, bendera putih..Cik Sal dah tak larat.. terus balik umah..tak singgah dah memana..sampai ja di rumah.. tiba-tiba.... " abang, sayang dah ada tanda ni ". ..hahaaa..boleh plak jerit masa tuh..eksited punya pasal..coz dah ada sikit spotting ( darah kuar, besar 10sen macam tu ) lama dah tak tengok darah sendiri..heheee..kononya nak terus g sepital..kononnya..tak jugak pergi. Esok pagi 31hb ogos ..merdeka kan time tu..tak jugak bersalin , tak jugak kuat rasa sakit tu..rasa sakit tu kejap ada kejap tak da.... puas dah cakap ngan baby ..cepatlah kuar .."mama dah tak sabar ni nak bersalin" , suami pun  urut-urut perut.. lagi lah baby kat dalam ni menendang..hahaaa,

Pagi tu jugak, tetiba teringin nak  makan mee goreng mamak..
(ntah sejak bila suka makan kat mamak..pertama kali makan kat sini  kot ) suami pun bawak lah, tapi sebelum g tu..terus bawak beg n buku merah  ..plan terus nak ke sepital pas sarapan kat mamak..takut pape jadik t susah plak kan... masa nak g sepital tu, 2- 2 mak telefon..Tanya macam-macam...
soalannya mudah ja , Dah ada rasa sakit lom ? jawapan mudah dan ringkas.. Belommmm ..sambil gelak-gelak...pastu cakaplah dah ada tanda kuar, ni ontheway nak ke sepital.

Sesampainya di hospital, kitaorang pun g tingkat 2..jalan mundar mandir , ke hulu ke hilir..hahaaa, Cik Sal rasa macam tak nak masuk ja.. takut pun ada...nak nangis pun ada sebab kena induce ..huhuu, masa jalan-jalan tu ternampaklah sorang nurse tu.. apalagi, Cik Sal pun tahanlah.. "Kak, nak tanyalah ..kalau dah kuar tanda ..dah boleh ka check in kat labour room "?  Adik masuk je g daftar kat kaunter nanti bagitahu nurse kat situ dah ada tanda , jawab nurse tu ... okay , tq kak ..balas Cik Sal.


Selepas dah mendaftar bagai, lebih kurang pukul 12.30pm macam tu lah..Cik Sal diarah masuk ke dalam dan tukar baju..pakai baju warna pink ..haaaa, semangat p tukar baju...jadik pesakit lah katakan..cantik baju ia.. baju pink kain pun pink tapi pekat sikit lah. Masa tu suami kat luar ..kat ruang menunggu..ramainya orang menunggu giliran untuk buat pemeriksaan ..yang dah sakit-sakit nak terberanak pun ada..sampai darah mencurah-curah keluar sampai ke lantai.. Cik Sal tengok ja, kesian akak tu tengah tunggu turn nak masuk labour room .. yang ni labour room bebetul taw.. macam Cik Sal labour room jugak, tapi kat bahagian luar labour room nya.. 
(macam pening ja ayat Cik Sal ni )..dok kat sini, kejap -kejap tengok doctor berlari , kejap-kejap tengok nurse kuar masuk bilik.. pastu tengok pesakit lalu selepas bersalin ..dan yang paling best tengok baby lalu ..eeeiii comelnya , dok diam ja dalam baby cot ..
(macam ni ka eja baby cot , bantailah )

Sampai ja giliran Cik Sal, diperiksanya segala-galanya oleh nurse ..dah setel.. doctor plak yang panggil..masa tu doctor lelaki cina.. good looking and  , very kind person..memanglah tinggi plak tu
(hahaaa selingan nak kurangkan debar kat hati sebab takutnya pasal )..nasib baik..dia pasang alat ECG untuk cek jantung bayi ja ngan pasang jarum kat tangan..sakitnya ya amat, bisaa... hohoo.. pastu tanya, you dah terlebih hari ya? ya doctor , balas Cik Sal.. okay, tak pa kita bagi masa lagi ..tapi you kena stay kat wad lah..wad CDS.  Ohh ye ka, balas Cik Sal .. kejap lagi ada doctor perempuan cek jalan ya..haaaaa, cek jalan? sakit tak doctor..hahahaaa, doctor tu kata ..sakit sikit ja.. "JA"  tu yang Cik Sal tak boleh blah tu..hahaaa

Masa tengah cek jalan plak, dalam istilah perubatan ia dipanggil VE (vaginal examination ) Cik Sal dah berdebar-debar dah, tapi doctor perempuan ni cina gak.. muda lagi..nasib baik dia bagitahu dulu ..dia nak seluk bawah ni..mintak izin ..heheee, sweet gitu... dia guna kapas( gauze) dan cream..cream apa ntah... time tu dia kata.. ohhh, tak bukak jalan lagilah..time dia cek jalan tu dia cakap 0 (zero ) , doctor lagi sorang tu tukang catat plak kat fail warna pink..pink lagi...huhuuu. Sakit jugak  rupanya time doctor buat ve ni..huhuuu, terus darah banyak kuar ..

Lebih kurang kol 3pm barulah selesai segala-galanya... suami plak tak do kat depan..masa ni dok tengah tahan sakit pas buat ve..suami tak jugak muncul..rupanya dia p makan n solat ..padanlah dari kol 12.30pm  sampailah kol 3pm bini tak gak muncul .. sms pun tak.. tak sempat..dah setel baru Cik Sal mesej tanya bagai.. Pas menunggu lagi ntah hape-hape fail doctor tu nak bagi kat nurse tu, Cik Sal pun duduk je lah... kemaskan diri , g  solat bagai (time tu lewat gila solat zuhor ) 3.10pm baru g solat tunggu nurse tu siapkan telekung dan sejadah..baik kan nurse tu.. p solat kat bilik doctor..

Dah siap semua, dalam pukul 4.30pm macam tu lah..nama Cik Sal dipanggil untuk masuk  ke wad CDS..naiklah wheelchair, ditolak oleh kakak nurse yang baik hati lagi peramah ..dah check in ..suami pun datang sambil senyum ja..Cik Sal plak menangis..hahaaaa, menangis real punyalah...kikikiii, tak semena -mena air mata kuar berderai..huwaaaaa



..dan bermulalah kisah yang panjang di wad CDS..



Eh ! , nanti sambung lagilah..anak dah nangis..huhuuuu ..dah time mandi dia..

Saturday, October 26, 2013

Sweet September



Assalammualaikum ..
Lama dah tak menulis kat ruang bisu ni, sebenarnya banyak perkara yang berlaku sepanjang bulan september ni . Tapi, tak tahu nak mula dari mana .

Panjang kisahnya ...    ( panjanglah sangat )   ;)
                         Biarlah gambar yang berbicara... :)


Syukur Alhamdulillah, Cik Sal dah jadi mama :) 

Hari Jumaat - 6hb September 2013 , Pukul 2.00petang
Lahirnya seorang puteri yang diberi nama Nur Eryna Batrisyia binti Mohd Nazren
Gambar yang diambil selepas 3 jam kelahiran ,  mula-mula En.suami tengok untuk qamat dan azan tapi tak dibenarkan mengambil gambar plak ...masuk kali ke - 2 baru dapat tangkap , itu pun curi-curi tangkap . Hiks :)















Thursday, August 29, 2013

" The Moment a Child is Born, a Mother is also Born ”
















wink   wink      wink     wink          wink
 
 
 
 
 
 
  
 
 
;) 
 
 
 

Wednesday, August 28, 2013

Bila Si Kecik Tak Muncul - Muncul Keluar ~

Assalamualaikum..

Rasanya belum terlambat lagi kot untuk ucap selamat hari raya .
Walaupun hari ni dah menginjak ke 21 Syawal.. ye ka ? ( sambil cari calendar ) :)
Diam punya diam, hari ni dah 28hb Ogos 2013, sepatutnya tarikh ni Cik Sal dah berada di ward atau kamar bersalin.. huhuuuuu, la ni masih berada di rumah lagi.. masih boleh lagi ke hulu ke hilir , makan itu dan ini ...panahan syawal ...malam tadi sempat gak ngap sate , lemang , kuah kacang , mee hoon dan rendang daging... hasil tapau encik suami ...kikikiiii.

Makan bagai nak rak, sakit tak jugak muncul.. ( konon ) habis puasa , syawal pon  menjelma .. dan kini syawal hanya berbaki lebih kurang 9 hari je lagi untuk meninggalkan kita semua .. Lepas ni boleh lah focus kat Raya Aidiladha plak..ehehheheee..ada hati, time tu Cik Sal dalam pantang lagi.. insyaAllah :)

Sebenarnya , dalam hati ni dok berdebar- debar jugak.. bila nak tiba rasa sakit tu. Setiap hari dok pikiaq.. bila nak bersalin ni.. barangkali si kecik ni kesedapan  agaknya duduk kat dalam ni ..empuk lah katakan.. Alahai anak ...

Disebabkan hari ni tak juga bersalin , makanya terpaksalah Cik Sal berjumpa doctor untuk buat ujian kesihatan.. Alhamdulillah , semuanya okay.. kepala bayi pon dah masuk laluan..cuma belom tiba rasa sakit nak bersalin... memandangkan kat klinik ni memang tak da mesin pengimbas perut..maka , Cik Sal terpaksalah buat ujian imbasan kat klinik swasta di Cheng.. Dr Maiza. Ujian tu Cik Sal buat masa 19hb Ogos , berat bayi dah menginjak ke 3kilo ..sambil-sambil tu doctor pon cariklah jantina bayi.. masa tu mood baby tengah baik kot.. kalau tak asyik menendang  je bila nak " tengok "barangkali pemalu pon ye juga.. ikut siapa tu ? Tak silap dah banyak kali buat imbasan , kali ni lah dapat nengok jantina.. ehhehehee, punyalah pandai dia sorok kan, kaki dok ngepit je.. bila tengok tang kepala mirip ikut abah dia..ehehhehehe

Rasanya dah tak buat lagi dah imbasan kat klinik swasta, coz esok kena g klinik kat jalan gereja..untuk buat imbasan dengan doctor Siti Hawa Daud ..bagi tetapkan tarikh untuk masuk ward di GH selepas 6 hari dari tarikh jangkaan bersalin.. in between kalau dah bersalin.. Alhamdulillah, tak yah susahkan diri dan suami untuk dok lama-lama kat sepital.hohoooooo.

Yang paling seronoknya bila menunggu hari.

Setiap malam mesti tanya encik suami, bila baby nak kuar ni ? Dia nunggu 31hb ogos ni.. balas suami.. ye ka, camana abang tahu ni.. senyum saja sambil kelip-kelip mata..huhuuu..;)

Dalam menunggu hari ni, semua makanan yang nampak semua nak ngap.. huhuuu, kuih raya memang tak yah cakap lah.. tak sempat orang datang ke rumah ..dah licin ..hahaaa, kuih raya pon yang ada kerepek ngan kuih marjerin yang mak bekalkan dari kampong  je pon.. pastu tambah dengan hamper encik suami dapat daripada customernya..itu pon bukak masa geng-geng tempat kerja encik suami datang beraya.. Alah, selalunya kuih raya ni tak dihadapkan sangat pon.. kalau makanan berat dah terhidang ...tu lah yang dikejarkan dulu :)

La ni dah setel dah bab raya sakan, tunggu masa nak menimang je ni... tak sabar pon ada, takut pon ada, risau pon ada... tak pa, rasa tu akan tiba jua. Apabila telah DIPERINTAHKAN untuk keluar , maka keluarlah ia :)

Semoga semuanya baik-baik aja, dan dipermudahkan hendakNya :)