Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Thursday, April 4, 2013

Beza Kuih Tepong Pelita dan Tako

Assalammualaikum dan selamat petang.


Kuih ...
Kuih..

Suka makan kuih mana ?

Tepong pelita atau tako?


Hari ni Cik Sal nak cerita beza kuih tepong pelita dan tako. Rata-ratanya semua mesti suka kuih ni kan. Termasuklah Cik Sal. Kuih peberet ni.. tapi, time bulan puasa je lah kot rajin nak buatnya. Seingat Cik Sal lah kan , kedua-dua kuih ni Cik Sal belajar buat  masa tu Cik Sal berumur 13tahun. Kebetulan masa tu duduk rumah pak ngah tolong kak Nanis meniaga kuih. Masa tu lah jadi perempuan tulen , dok dapuq ja masak. Masak pa cheq tak taw..hahaaa. Budak - budaklah katakan.

Tapi Cik Sal tak lah kekok sangat dok dapuq, sebabnya  masa darjah lima lagi dah kena belajar masak nasi . Bayangkanlah ..tapi masak time sabtu ahad je lah. Al-maklumlah , anak sulong lah katakan..heheee.Mula - mula dok umah pak ngah tu ada rasa malu-malu gak lah, coz pak ngah ni memang terer masak weh.. mak ngah tak masak ..menjahit.. masa tu tempahan banyak sangat.. memang banyak..

Tak silap masa tu , puasa  hari ke dua. Pagi tu kami p hutan belakang..hutan? tak lah hutan sangat pon..kebun ja lah.. p amik daun pisang..lebih kurang 3 pelepah kami ambik pikul bawak balik.. lepas tu basuh bersih-bersih . Lepas tu Cik Sal tak ingat dah buat apa ..hahaaaa


Setahu Cik Sal lah kan, beza kuih ni tak banyak sangat pon .

Okay, kalau zaman dolu-dolu kelongsong kuih tepong pelita pakai daun pisang , manakala kuih takor pakai daun pandan.. Nak cakap pasal buat kelongsongnya , sangatlah mudah..leh tengok kat youtube ya ..hahaaaaa..Cik Sal terer sikit je , tapi terer sikit pon kompom jadiknya!..heheeee.  Tapi sekarang , orang dah maju pakai bekas plastik ja, sonang kato eh.. kek memano leh jumpo bokeh tu...pokok kek kau lah .. itu orang nismilan koba, bukan Cik Sal ya..heheee

Bahan tuk kedua-dua kuih ni pon tak banyak beza pon, lebih kurang sama ja.. ada pakai tepong beras , ada pakai tepong jagung, ada pakai tepong ho kee warna hijau atau putih...tak kisah.. yang penting pandai sukat .. heheeee, tapi jangan letak tepong kastard  plak..t "kogheh" bak kata orang nismilan..hahaaaa.

Tu je lah kot bezanya , lain tak ada apa sangat.. yang bestnya kuih tako ni kita leh letak buah sengkuang cina yang dipotong dadu, sedap..sangat lemak-lemak rasanya.. hahaaaa, mula dah ni..

Tak apa, esok masih ada.. esok kita tengok hasilnya ya. Kebetulan hari sabtu ni nak ke Bangi ada jemputan belah keluarga suami, memandangkan mentua gerak dari BP pada awal pagi, bolehlah singgah ke teratak kami dahulu. T bolehlah merasa .. Nak wat kuih tako ke tepong pelita ek ?


p/s : Tapi rasanya, nak buat kedua - dua kuih ni..rajin ke tak ni.. kita tengok jelah esok. Pas ni buat kek pisang plak ya.. heheee.



T , Cik Sal bagi resepi ya..itu pon kalau Cik Sal nak bagi..hahaaaa. kedekutnya kamoooo..
Tahu tak pa! ;)




Anak mama dah besar lah, makin aktif kat dalam ni.. semoga sihat ya dan jadi anak yang soleh /soleha...wink wink ..

2 comments:

  1. Replies
    1. kalau ada lebih, buatnya habis dimakan ..hahaa, tunggu time pose lah jawabnya.

      Delete

Terima kasih !