Corat Coret Untuk Kawan

Salam ,

Jumaat tiba lagi . :)

Bulan April pon bakal melabuhkan tirai.

Kejap betul masa berlalu.Tak sedar . Umur pon semakin meningkat.


Diam tak diam, usia kandungan pon dah masuk ke lima bulan . Syukur Al-Hamdulillah . Semakin aktif si kecik kat dalam ni. Makin diajak berbual, makin aktif dia . :)
Dalam melalui saat kehamilan ni , teringat kat sorang kawan ni. Pada mulanya, dia juga hamil sebulan lebih masa tu. Tapi, apakan daya.Tiada rezeki, akhirnya kandungan beliau gugur. Lama gak tak tengok dia kat fb. Rupanya , dia sibok berpantang.

Hampir sebulan kejadian berlaku, barulah tahu situasi beliau. Simpati, rasa sedih pon ada gak. Tapi,  Cik Sal tahu, dia kuat :). Bukan senang nak hadapi, rata-rata kalau ditanya mana-mana wanita yang pernah alami mesti meleleh air matanya. Tak pa, Tuhan itu maha adil , rezeki tu ada. Cuma cepat dengan lambat je kawan :)

Masa bersembang tu, perbualan kami memang banyak bermain dengan emosi. Dapat-dapat lak Cik Sal nya emosi mudah tersentuh, ( anak perempuan kot  ) tak pon disebabkan kitanya hormon tak stabil . Soo, emosi pon mudah berubah. Tapi sekarang, Al-Hamdulillah ..kesihatan beliau  pon dah stabil. Moga beliau kembali ceria .  :)

Itulah hidupkan, kadang kala saat kita gembira teramat, kita diuji dengan kesedihan, dan bila kita dalam kesedihan yang teramat, kita diuji dengan kegembiraan yang teramat, walaubagaimana situasi pon yang sedang kita alami, beringatlah ! Kita perlu "BERSYUKUR".

Dah lama tak berkumpul reramai, hari terakhir jumpa masa kenduri nikah si Munirah, itu pon tak semua yang datang. La ni, kena tunggu time raya je baru boleh jumpa semua . Masing-masing dah sibok dengan urusan memasing. Hanya sms dan fb jadi penghubung , okaylah tu kan ..dari kena hantar surat makan 2-3 hari gak baru sampai ..hahaaa, itu dulu..zaman belom kenal dan cerdik IT .

Dulu lain, sekarang lain .. ( teringat plak kat lagu Tan Sri SM Salim )


Okaylah ..


Tak da apa dah yang nak dicoretkan, setakat ni dahulu perbualan sepi kita  :)




p/s : Selamat bertunang Masyie ! Akhirnya jodoh ko dah sampai, jangan lupa akunya rojak MakBee . Mohon pos kan ya  ;)






No comments

Terima kasih !