KEHAMILAN - Susu Punya Cerita










Selamat pagi.

Hujan..  baru lepas hujan rintik-rintik.

Rintik pe nya, lebat juga.

Alhamdulillah, hujan rahmat . :)

Khamis dah , esok jumaat .

Minggu depan dah raya.. eh, pilihanRaya lah . ;)

Baju raya tak tempah lagi, beli dah siap je kata En.suami . Fuhhh... kelip-kelip mata kejap.. nak warna ..Hijau je yang boleh ya ! Hok aloh...


*********.








Sebenarnya nak cerita pasal susu , maklumlah.. orang yang dah berbadan dua kan kena minum susu untuk membekalkan iron dan kalsium, dan beberapa jenis lagi vitamin kan.. nak dijadikan cerita. Cik Sal dah banyak kali tukar susu, bukan alergic atau tak tahan untuk minum.. tapi disebabkan tukang beli susu tu suka tukar-tukar .. saja katanya.. dapat rasa lain- lain jenama susu.

Mula-mula Cik Sal minum Anmum perisa coklat, memang nak yang coklat . Rasanya manis, sedap, tak loya mana pun.. katakan kalau minum kol 8.00am time nak g kerja , kol 1.00pm lom tentu nak jamah nasi.. bayangkanlah, betapa kuatnya penangan Anmum.. kenyang memang kenyang.. masa tu hb memang naik cantik sangat 13.25 , fuh cantik hb awak , kata nurse tu..

Minum Anmum hanya tuk 3 bulan pertama je , pastu En.suami kata ..kandungan gula ia tinggilah yang..masa mula-mula nak buat kad merah tu , ada gak nurse tu cakap.. kalau nak minum Anmum untuk 3 bulan pertama je ya.. kalau awak teruskan sehingga 6 bulan ke atas, nanti baby besar.. Ahhh, sudah.. kalau Cik Sal biarlah baby besar kan sihat tandanya..heheee. Macam-macam lah.

Naik 4 bulan plak, minum susu Mamil yang kotaknya warna pink.. okay, perasa vanilla. Vanilla ..sedaplah kan, tapi baik tuk pencernaan, sistem pencernaan jadi lancar lah.. bila dah makan bebanyak, kan senak kan .. makanan lambat hadam.. maun berjam-jam jadiknya, siap haribulan tidor pon tak selesa coz perut penuh..wah, sib bek susu tu membantu.. dapatlak masa tu Cik Sal ngah kuat makan..hohoooo...tapi minum susu tu cepat lapar, sebab kandungan gulanya sedikit ..tapi masih lagi berkhasiat .:)

Okay, bila susu yang Mamil tu dah sampai saat nak ke penghujung skop..hahhaaa,
 (dah nak habislah maksudnya) ada gak, tengok iklan kat tv yang Anmum ada buat susu baru tapi perasa mangga , maksudnya sesuai sangatlah kepada orang yang loya bila bau dan minum susu kan.. niat di hati nak try yang tu... tapi, bila teringat kat En.suami , kompom dia tak baginya..hahaaa, coz kuasa veto membeli susu kuat kepadanya   .(selalu bab pilih susu ni En suami yang buat pilihan ) Nak gak rasa perasa mangga ..ehhheee

Memang tak dinafikan, orang lelaki ni nampak je macam tak ambil kisah kan..sebenarnya diaorang lah yang paling ambil kisah.. hari tu request nak makan sadin.. kononya nak makan sadin sambal , pas tu leh wat sandwic sadin.. dibantah dengan alasan yang kukuh . Waaaa, sudahnya buat roti sambal daging ja .. habis jugak !

Tu, lah kan.. bila dah berbadan dua ni selera macam-macam plak, hari tu nak makan rendang ayam campur maman. Lepas itu  , balik kampung mintak mak masak kan. Cik Sal sowang je makan dah 2 kali bertambah ..La ni , tengah tunggu ikan terubuk masin dan belacan dari Bekenu , Sarawak ..

Orang nak citer bab susu , ikan, sadin  dan belacan plak jadi tambahan cerita ..Ghimeh ar. !

Okay,

Kita sambung balik ya,kat mana tadi ek ? Ooohh kat susu perasa mangga tu ya..ah, niat di hati nak susu tu lah .. tak pa lah.. rilek, masa panjang lagi . La ni, pas Mamil dah habis . Minum susu EnfaMama plak, siap nak masuk kelab  ia lagi.. heheee,

Tak kisah lah, susu apa sekali pon kita minum.. yang penting si kecik yang kat dalam tu dapat khasiatnya .


Pas ni , tak tahu susu apa yang bakal En.suami belikan setelah Enfamama dah habis..hehee, tunggu dan lihat je lah .




"Minum susu anda jadik sihat dan kuat , Tak Pa .. Saya dah besar.. Saya OK Ja "   ! ;)









p/s : Makan nasi tak da sambal belacan tak syok ek !

5 comments:

  1. salam kenal. jom join GA nina :)

    ReplyDelete
  2. Waaah. Bakal mama rupanya. Hehe. Nina tekak xbley terima susu. Confirm keluar balik kalau minum. Huuu. Nasib ada herbalife. Pegnent nanti minum ni jelah. Huuu. Btw. Tahniah mom to be

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih , tak leh minum susu ..cuba ganti dengan coklat :)

      Delete

Terima kasih !