Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Tuesday, July 30, 2013

Kursus Peneman Bersalin ~

Alhamdulillah , selesai dah berkursus .
Harap-harap dapatlah En.suami masuk dalam kamar bersalin nanti .
dan moga-moga bersalin secara normal lah .

Kebaikan :-
1) Eloklah pergi mendaftar untuk jadi peneman semasa si isteri bertarung nyawa untuk bersalin .
-  Setidak-tidaknya , si suami dapat memberi sokongan moral , sambil tu usap-usap belakang isteri , sambil baca doa Nabi Yunus :)
2) Semasa tengah sakit untuk bersalin, kita tahu halatuju ke mana arah yang perlu kita tuju ..samada terus ke kecemasan atau ke kamar bersalin .
- Bagi yang dah sakit-sakit tu , terus menuju ke tingkat 2 ( bagi hospital Melaka lah ) terus daftarkan isteri anda ke CDS atau kamar bersalin . ( buku merah , kad pengenalan, dan barang2 keperluan dibawa sekali )
3) Kursus peneman ni boleh tahan sampai 5tahun, kertas berwarna biru akan ditampal di atas buku merah isteri . Keizinan telah pon diberi kepada suami untuk menjadi peneman sepanjang proses kelahiran  KECUALI semasa isteri tidak bersalin secara normal maksudnya secara pembedahan ( OT ), vacuum, forseps  dan semasa kerja menjahit luka sedang dilakukan. Si Suami tidak dibenarkan berada di dalam kamar bersalin .
4) Di benarkan untuk memilih doctor perempuan :) - yeayyy, ni yang paling dititikberatkan ..mujur hospital Melaka ni banyak doctor perempuan :)
- Moga -moga selamat :)
5) Kursus ni percuma sahaja :)









dan
 
 
 
 
Si suami yang ingin menjadi peneman kepada isteri memerlukan , ketahanan diri yang kuat ..hehhehee
 
BOLEH  melihat darah dalam kadar yang banyak .
 
 
 
 
Tunggu hari untuk bersalin, sambil-sambil tu bedal segala kerepek yang nak dimakan ..kerepek pisang tandok paling utama :)
 
 
 
 
 
 
sakit bersalin .. tak dapat dibayangkan ..bila jururawat tu cakap memang sakit sampai tak boleh lupa sepanjang hayat ...

1 comment:

  1. kursus ni semua sepital ada ya ?

    ReplyDelete

Terima kasih !