Eryna Sudah Berusia 3 Bulan

Assalamualaikum..

Pagi tadi agak lewat  untuk siapkan sarapan pagi , usai solat subuh terus tertidur . Dek kerana mengantuk sangat melayan keletah anak sampai ke awal pagi.  Selepas menyiapkan sandwich daging atas permintaan suami . Cik Sal pun mulalah main gelak-gelak dengan anak sambil sarapan sekali dengan suami.

dan bermulalah dialog antara suami dan Cik Sal,

"Hari ni jumaat , 6hb  " .  Kata  Cik Sal kepada suami . "Hari ni anak kita dah masuk 3 bulan dan semakin sihat nampaknya". "Abang mesti tak ingat kan". Huhuu . "Ingatlah . Hehee". Balas suami Cik Sal sambil mengukir senyuman.

Cepat betul masa berlalu, anak dah 3 bulan . Tirai 2013 pun bakal berlabuh dalam beberapa minggu je lagi. Alhamdulillah, anak pun makin membesar , dan makin banyak ragamnya. Dah pandai ajak bersembang bagai.. Hehee. Macam tu lah kita masa kecik-kecik dulu . Bila tengok anak, hilang segala penat . Suami pun bila balik je dari kerja terus dukung anak..dicium-ciumnya lah ..kadang-kadang bila anak tengah tidur dengar ja bunyi enjin kereta ..terus bangun dari tidur . Dia dah boleh agak babah dia balik . Alahai, anak bapak ni !

Rata-ratanya semua cakap , anak sebijik ikut babah dia.

Tang mana  plak ikut mama dia?   Cik Sal rasa masa dia majuk..Hahaa. Tu paling ketara . Sekarang ni , tak banyak perubahan kat anak, cuma berat makin bertambah, dan mula pandai mengiring sesikit barangkali nak meniarap agaknya.. Rambutnya masih sama. "cukur bantal" kata orang . Depan je tumbuh ..Heee. Tak pa lah, janji anak sihat.  Rasa beruntung sangat, bila diberi kesempatan untuk punya anak dalam usia 26 tahun. Menjadi isteri dan mama adalah satu pengalaman yang cukup indah .
( Menyesal kahwin lambat, tahu kahwin awal-awal  ;)  )
Hahaa.

Sekarang ni memang hari-hari dok ngadap muka anak, tengok anak membesar depan mata.. memang best !
 

          
Terima kasih buat suami, mak ayah dan mak abah .. Semoga  hidup kalian diberkati hendakNya , diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki . Ameen.
 - Insan-insan inilah yang banyak membantu semasa Cik Sal dalam tempoh berpantang .


Buat Eryna, selamat ulangbulan yang ke - 3 bulan :)
Semoga menjadi anak yang soleha dan bila besar kelak jadiklah anak yang menyenangkan hati mama & babah .

Syukur Alhamdulillah.



Okaylah, ni je lah coretan yang dapat Cik Sal coretkan  ketika anak menginjak  usia ke 3 bulan :)









No comments

Terima kasih !