Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Saturday, December 27, 2014

GA : Friendship Fridge Magnet



Assalamualaikum..

Pagi-pagi  dok blogwalking ,

Pastu terjumpa plak benda ni..

Jom sertai GA : Friendship fridge magnet 

Pertama kali cuba buat, hahahaaa.. ke laut

Puaslah dok telek - telek, Heheee

Bagi yang berminat  mengumpul fridge magnet , haaaa boleh lah dok mencuba GA Doktor Shikin ni

;)

Ada rezeki dapatlah merasa ;)








Hadiah 

HADIAH: FM x 5 pemenang.
* FM seperti gambar di atas.
* Hadiah akan bertambah jika sambutan menggalakkan.





Ni Cik Sal sertakan sekali syaratnya  .


Syarat wajib: -

Follow blog aku. (Wajib nyatakan follower ke berapa bagi FOLLOWER BARU). 

* Kalau nak jadikan aku bloglist pun boleh. - Buat 1 entri & backlinkkan ke entri ni. * Bukan 

backlinkkan ke blog nanti susah aku nak cari. * Aku xbuat banner :) - 

Tinggalkan URL entri kat comment box. -

Pemenang dipilih secara random.org - Tamat pada 11.59malam, 31/12/2014. 

* Akan dilanjutkan jika dirasakan perlu.


Sekian.

Wednesday, December 10, 2014

Kicap Jalen Mini Pon Boleh Jadi Door Gift !



Assalamualaikum..


Memandangkan sekarang ni tengah musim cuti sekolah, jemputan ke majlis perkahwinan tu macam 
dah jadi satu kemestian je, bila cuti sekolah masa tu lah undangan beratur je menyusul. Apa lagi,  
kami pon terjebak sama, balik kampung ! yeehaaa.


Sabtu lepas, kami pon tak terkecuali untuk bertandang ke Simpang Renggam untuk hadiri majlis
perkahwinan saudara sebelah mak mentua. Kami gerak dalam pukul 12.00 pm macam tu dan sampai lebih kurang pukul 1.00 pm . Sampai je , kami pon disambut dari pihak tuan rumah. Dijemput makan bagai semua.. ngap ngup ngap ngup ngap .. selesai lah sesi bersantap ..


Menjadi kebiasaan, bila dah siap makan ,
kami pon terus beransur,  jumpa tuan rumah ...siap salam semua  kami pon diberi  beg cenderamata. Dalam hati dok monolog gak, apa isi dalam beg ni ek?? Tiba  - tiba, tekak ni terasa haus plak... padahal tadi da minum dah air. Cik Sal pon lajukan langkah, konon nak bukak beg tu dalam keretalah..
Sangkaan Cik Sal ni mesti air sedap ni , waaaa bestnya!
Tekak pon dah haus ni   ( tak sabar ) , sampai je kat kereta, Cik Sal pon godek - godeklah beg... tengah godek - godek , suami dah senyum - senyum..
Cepatlah bukak...! kata suami.

Cik Sal dengan rasa penuh pengharapan mengharapkan air sedap, akhirnya hilang terus rasa haus tuh dok gelak berdekah - dekah ..
( sangkaan meleset) angkat- angkat je ,
rupanyaa...

`
`
`
`
`
`
`
`
`
`








 Kicap jalen botol comel...hahaaaa, air sedap gak tu   ;)


                                                                                                   


 Dapat 2  botol je 




Inilah door gift yang paling unik  setakat yang Cik Sal pernah dapat.. selalunya, orang akan bagi makanan ringan, sepit kukulah, kerongsang, tapawe, mini jar berisi kek , kipas tangan ,sapu tangan ,sudu, garfu hiasan, telur rebuslah, gula- gula ,roti, air kotak lah,  dan macam - macam lagilah. 

Tapi , kali ni punya memang hebat,dan  kreatif !.. memang unik. Lain dari yang lain. Tak terlintas plak kat fikiran  kicap pon boleh buat door gift, hehee
Mesti yang menerima pon senyum je, ye lah kan. Kalau yang pergi sebuah keluarga , tak ka banyak stok kicap kat rumah, dah jimat ~ 
Lagi satu, bagi yang gemar sangat makan berkicap , boleh bawak botol kicap ni sumbat dalam beg , ringan je kot,  
Sekarang ni pon harga kicap pon dah mahal, lagi-lagi cap..cap..cap kicap udang. 


Tapi, dalam beg tu tak dalah kicap semata je... ada jugak kerepek dan gula - gula.
 Seronok plak rasanya, bila dapat kicap. 
Kepada yang masih tercari - cari barang untuk door gift nanti, apa kata tempah je kicap cenggini letak design cecantik ...  masuk dalam beg dah boleh bagi tetamu ..
Weeeee. ;)




Monday, December 1, 2014

Leisure Time @ Bayou Lagoon Park Resort , Malacca

Assalamualaikum...


Pertama kali menjejakkan kaki ke Bayou , ahhhh ; jelesnya rasa tengok anak dan abahnya berendam dalam pool. Bukan main gondok lagi memasing dapat main air. Cik Sal tak da lah teruja sangat pon nak berendam, huhuu. Bila dah open gini, ada gak lah rasa segan sikit. Kalau ya beria sangat nak berendam, dok je lah dalam kolam ikan atuk kat belakang rumah nun kat Rokan sana, hahaaa, sekali menyelam leh tangkap ikan terus.. Itupon kalau nak berendam lah .. Hahaaa.


Kitaorang sampai selepas zuhor. Time tu memang dah ramai oranglah.. Dapat plak hari cuti, cuti sekolah plak tu... berebut2 lah orang dok datang. Bawak anak2 dan keluarga . Tiket yang dikenakan RM 20.00 untuk dewasa, RM 10.00 untuk budak bawah 12 tahun dan,  percuma bagi budak yang ketinggiannya bawah 90cm.

Harga tiket kira berpatutanlah, tempat mandi dan bermain pon selesa, sesuailah dengan bayaran yang dikenakan. Kitaorang pon sejak ada anak je rajin explore tempat2 macam ni, memandangkan Eryna pon dah menginjak ke setahun lebih; da boleh kot nak diajar berenang. Sebenarnya, kalau nak diikutkan masa umur 6 bulan dah boleh dah  train  masuk air.. Heheee
Tapi, Cik Sal train Eryna masuk tab je.. pastu bila Eryna da tak suka masuk tab, Cik Sal suh dia masuk dalam baldi besar.. Hahaaa
Bila dah sampai je , terus  tukar baju mandi  then bawak  Eryna masuk kolam , bukan main takut2 pada mulanya. Lepas dah sentuh ja kaki kat gigi air , wahh wahh wahh ! !... abahnya pon ditolak ke belakang, hahaaa.
Eksyen sungguh! 

Sebelum pergi tu, kitaorang da siap2 cari baju renang Eryna, mujur ada jual kat aeon. Dapatlah warna pink RM 79.90 , brand ogival.. Beli kan dengan pelampung sekali ,  RM25.90 . Tapi, pelampungnya besar sikit, Ingatkan nk beli water wing je untuk Eryna. Takut dia macam kekok plak ada benda kat lengannya.  Tapi, bila dah masuk dah tak reti plak nak keluar , sakan benar main air.

Ni kat bahagian  bawah, kat bahagian atas ada 2 kolam  . Suhu airnya pon suam2 je, untuk warm up boleh lah berenang kat sini dulu. Then, baru g belah bawah. Kat belah bawah macam biasalah, ada gelongsor , bulatan ringan, water gun, water slide, mini roller coaster, bumper car pon ada.
Memang  sesuailah untuk seisi keluarga.  Puas hatilah ! !
Kawasannya pon luas, selesa, tempat duduk untuk berehat seketika pon ada, gerai makanan pon ada dan tandas  &  tempat persalinan pon dekat je. Lencong depan, lencong belakang pon jumpa jugak. Kat sini pon, ada staff yang bertugas  untuk ambil foto, nak tak nak terpulanglah. Kitaorang plak, boleh terlupa nak ambik gambar kat kaunter, dah setengah perjalanan balik baru teringat... 


Alahhhh , gambar ! !  Jerkah Cik Sal. 
Suami  pon kata :  " tak pa,nanti kita repeat lagi ke sana "
Uhuuuuuu

Kawasan sekitar water park 


Jangan kata budak2 je suka, bapak budak pon suka ;)
Apartment yang tersergam indah :)

Dua kali dok ngulang main gelongsor 



Dah menggigil pon masih nak berendam lagik 


Dah berejam berendam, tiba2 hujan plak.. bertebarlah orang dok mancari tempat berteduh.. dengan cuaca yang tak menentu lagi, nasib2lah kan..  So, kepada yang berminat nak pergi,  tak payah lah fikir panjang ; bajet pon minima, dari pagi sampai ke petang boleh berendam, cuma makanan tak dibenarkan bawa masuk, bila lapar boleh keluar sekejap then masuk balik, dengan syarat pas masuk belom digunting. 
Pendek kata , sesuailah untuk percutian keluarga , kalau teringin nak bermalam book ja hotel.

Lokasi : 
Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil , 75450 Melaka.
Kalau dari jonker street lebih kurang 15 minit camtu. Klunya di Taman Saujana then amik kanan. 






Friday, November 28, 2014

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum...








Dipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa
Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat . 





Cheese + coklat + strawberry



Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal ia cepat muak..  so, makan untuk kuantiti sikit2 oklah... 



Lokasi nak ka gerai mak cik ni senang je, berhampiran dengan Pasaraya Keluargaku, amik kanan terus menuju ke jalan nak ka Maktab Perguruan Durian Daun, lajak depan sikit ... haaa nampaklah gerai mak cik tu di belah kanan.
Harga untuk pisang goreng ni  berpatutanlah, RM4.00  - RM 4.50 ... request je nak tabur apa.Mak cik ni guna pisang nipah.  Nak tapau boleh, nak makan kat situ pon boleh.
Kalau nak diikutkan , rasanya sedap lagi kot pisang goreng cicah sambal kicap ~~ pedas2 manis, lagi pedas lagik sedap....  seloroh       suami        sambil       memasukkan       pisang      ke       mulutnya    
"lebih tradisional giteww"...     hehehehuhuiii,   Tapi memang betul pon.  Bagi yang minat cheese dan selainnya bolehlah mencuba  ;)


Nyummm nyumm 




Tapi, tak salah pon nak mempelbagaikan cara untuk menikmati pisang goreng ni dengan cheese atau selainnya, Cik Sal sendiri pon makan keropok lekor cical sambal tumis.
Ikut citarasa dan kesukaan memasinglah kan.. ;)



Thursday, November 27, 2014

Susu Kambing Coklat Wildan ~ ~

Assalamualaikum..


Susu ??? bercerita bab susu  rata-ratanya semua suka minum susu, susu rendah lemak, susu penuh krim, susu segar , dan seangkatan dengannya lah. Tapi, Cik Sal bukanlah seorang yang gemarkan susu .. errrrrrr nak lariii jauh-jauh kalau ternampak susu putih dalam cawan..lagi jauh lari, kalau susu tu dibancuh untuk Cik Sal , hahaaa.
Masa pregnant dulu, bolehlah gagahkan diri jugak minum susu, tapi time pregnant dulu selalu beli susu brand lelain, kejap anmum , enfa , kejap kang mamil , kot  tak minum t kesian plak kat anak , kurang kalsium plak. Masa tu, selang2 jugak minum susu kambing brand Hi-Goat...  sib bek boleh telan.. bancuh suam-suam then terus minum.. masa tu pon minum sebab tak nak anak kena demam kuning bila dah lahir. Mujur Hi-Goat, dalam paket kecil, sekotak adalah 15 sacet.. sehari sesacet.. Oklah, rasanya pon sedap, tak      hamis     mana   pon.    Tapi,   Cik Sal  buh   gula   sikit..    Hahaa.
Hasilnya,   Alhamdulillah      anak     tak      kena     demam kuning. 


Tapi sejak 2 menjak ni, kerap kali jugaklah tengok iklan susu kambing wildan ni kat facebook. Sejak dah tengok tu   hati ni rasa macam nak cuba je minum. Dapat - dapat plak ia sesuai untuk semua lapisan umur, dari yang tengah hamil, bayi berumur 1 tahun ke atas, golongan dewasa, dalam pantang, dan yang paling best lagi sesuai untuk memekatkan susu badan bagi yang menyusukan anak. Produk ni pon keluaran bumiputera.
Tak fikir panjang, terus tanya agen dropship yang jual produk tu  harga dan lokasi untuk dapatkannya di mana. Dah tahu semua tuh, Cik Sal pon mintak tolong suami carikan.  Agak lama jugak lah nak cari lokasinya di mana, ingatkan nak beli online ja.. Tapi, suami lebih gemar cari pusing keliling dulu dah tak jumpa baru beli online. Beli , pilih depan mata lagi puas hati, katanya. Betul jugak tu, dah lah Cik Sal ni jenis cerewettt sikit..hahaaa.


Bila tiba weekend tu, kebetulan keluar beli barang dapur .. terjumpa plak susu ni kat kedai Pak Arab, so,   apa   lagi..   terus grab 1 kotak... dan yang paling best.   Susu ni ada   2  perisa...   1 yang asli , dan perisa coklat.. dah tentulah Cik Sal amik yang coklat. 
Harga sekotak RM 45.00 ni kira harga asal lah, time kitaorang beli tu ada diskaun.. dapatlah RM40.00 je sekotak.. jadilah  ~


Minum 2 kali sehari, pagi   dan     malam   sebelum   tidur.   Sebenarnya,  banyak   dah   keluaran susu kambing  kat pasaran, ada produk    keluaran   Nubian,     Anugerah,    Hi  - Goat dan Karihome.  Eh!  tapi Karihome tu susu formula untuk kanak2   kot.



Vico & Wildan


Cik Sal sukat guna pencedok yang diberi, 1 sudu lebih gitu... rasanya pon manis coklat.. Eryna pon kadang2 ngecek jugak.. Tapi, ikut mood dia jugak, kalau time tu moodnya tak nak.. tak dilayannya.. 




Kalau boleh  baca memang teror ;)




Bagi penggemar susu kambing boleh lah kot mencuba susu kambing wildan ni.. lengkap, sesuai untuk seisi keluarga     ;)

Monday, November 17, 2014

The Shore @ Malacca River

Assalamualaikum..


Bercerita tentang Sungai Melaka, dah tentulah terbayang naik bot, lalu dan rentas sungai Melaka. Memang tak asing lagi, kalau dah jejak kaki kat Melaka, tak singgah macam tak lengkap je perjalanan ke Melaka kan. Siapa sangka, hujung tahun 2014 tercatat lagi satu tanda yang mana menjadi salah satu tarikan untuk diamati  "landskap dan keindahan " struktur binaan bangunan baru.. dan sekaligus tercatat dalam peta Melaka..

The Shore.. masih lagi dalam pembinaan, tapi... kalau dah siap pastinya memukau mata yang memandang. Kami yang 3 beranak  ni pon, mata dok terkebil-kebil memandang... 
"fuhhhh, lawanya bang" omel Cik Sal  
Apa lagi yang nak dikaitkan dengan Melaka..  Kebersihan? Keindahan struktur binaan monumen ? Landskap dengan idea yang segar melatari di setiap susur jalan ?  asam pedas ? coconut shake?  Jonker walk ? budaya yang pelbagai ? hmmmmm .... 
Ditambah pulak dengan susun atur bangunan hasil kebijaksanaan sang pemikir.
Aaahhhh... 
semuanya dah terbukti . Semua milik Melaka.. ;)


Tersergam indah
Bot yang membelah sungai
Berhampiran  Kampung Morten
KAMI
Jambatan ke Kampung Morten
Apa lagi yang nak dikatakan, memang menggamit pandang.. belom jejak lagi ke dalam... rasanya , lagi lah tak keruan ..Hahaaa 
Berlibur ke Melaka , puas jalan, puas makan, dan bukalah mata anda seluas- luasnya. 
Ntah hapalah yang dibebelkan ni ..

Wednesday, November 12, 2014

Bila Panik Menguasai Diri



Assalamualaikum...


Kisah ni berlaku sebulan yang lepas  masa kami pergi  jemputan ke majlis Hafiz, kiranya si Hafiz ni kawan kepada suami semasa menetap di Seremban, alaaaa zaman bujang dulu kala


Memandangkan tempat majlisnya di Kuala Pilah, kami pon bergerak dari rumah lebih kurang pukul 10.00 pagi camtu.. kami ikut laluan yang biasa, lebih 1 jam perjalanan macam tu.. tibalah kami di selekoh perkampungan orang asli. Sebenarnya, tak nampak sangat pon perkampungan tu cuma kita boleh agak di situ adanya penempatan orang asli ..   lebih- lebih lagi bila tengok keadaan fizikal mereka dah sah sah betul kan.


Bila sampai je kat kawasan Pilah ni, macam2   yang boleh kita tengok  mula dari pondok kecil di tepi jalan yang diperbuat daripada akar kayu dan rotan . Pondoknya ringkas je, cukup sekadar mampu untuk menggantungkn hasil carian di hutan.. ada petai, jering,kerdas, buah salak, buah rambai, dan  buah tampoi .   Lepas tu , bila di penghujung jalan plak, ada orang jual itik salai, ikn salai dan burung puyuh salai  ....    macam2 lah ado.


Sebelum mulakan perjalanan tu, Cik Sal memang dah pesan kat suami nak singgah .      Dah lama rasanya tak makan... mana nak carikan... kat situ je lah yang ada.. lagipon hasil yang diaorang dapat tu memang diaorang akan jual..sebab itu salah satu punca pendapatan diaorang... bila lalu waktu pergi, time balik mesti dah habis... silap haribulan, tinggal tangkai je kat situ memang habislah..    licin.


Memang dah menjadi kebiasaan, kami akan singgah di pondok kecil akak ni..   persis wajahnya seakan melayu.. rupanya bukan.. hihiii
Jadi, bila dah sampai je kat situ... suamilah yang jadi mangsa untuk pergi membeli.. itupon sebab masa tu Eryna tengah sedap menyusu.. Kang kalau ditarik bekalan susunya, maun melalak.     Akhirnya, mengalahlah suami..ikut jelah permintaan isterinya ini.


Tup ... tup.. tak sampai 5 minit kot, tetiba kereta bergerak sendiri... aduiiii, apa hal bergerak ni? aduh ... ngomel Cik Sal.. mulut ni dah terkumat kamit membaca ..ntah apa yang Cik Sal  baca pon tak ingat dah...hahaaaa
Tak semena2 je, kereta bergerak  laju... Dalam hati Cik Sal, kereta ni kenapa plak meragam?? adeiii, panik dan gelabahlah Cik Sal .. senang kata huru hara.   Cik Sal pon bukak langkah , bukak pintu kereta then keluar perlahan2 .. sambil tu jerit panggil suami
" abanggg .... kereta bergerak ni" Banyak kali jugak kot Cik Sal jerit, aaahhh sudah.. apa nak buat ni..jarak kami antara satu sama lain lebih kurang 50meter..jauh gak tu kan... macm pertandingan lumba lari pon ye gak ni.. huhuuuuu
Sambil tu tangan Cik Sal melambai, tak ubah seperti memanggil uncle yang jual roti tu minta pusing kembali.


Bila jeritan yang terakhir tu suami seakan2 mengerti, berlarilah suami seperti adegan menyelamatkan sang kekasih hati yang dibawa pergi..hahaaa, agak comel juga lagak lariannya   sambil tangannya menjinjit plastik berisi buah tampoi... menggigil rasa kepala lutut ni, Eryna plak tetiba menangis...mungkin tersentak tidurnya sebab terdengar jeritan Cik Sal dan laungan suami.. mujur , suami sempat tarik handbreak semua.. pelik gak rasanya, bukan tadi abang da tarik ka?? tanya suami


Cik Sal pon dalam keadaan yang panik, hanya mampu pandang je..bayangkanlah, dalam keadaan gini  kereta  plak sibuk menuju ke depan.. kiri kanan da semak samun... da lah jalannya menurun ..hela nafas tu makin laju dibuatnya, nak cakap pon dah terbalik ... punyalah panik tahap kronik...
Alahaiii... tu lah kan, bila dah panik.. semua tak jadi apa..  Kalau nk diikutkan  kereta tu tak kan bergerak jika Cik Sal tarik handbreak  tu cepat2.. Tapi, bila panik dah menguasai ...begitulah jadiknya...


                                          
                    Inilah rupa buah tampoi, isinya putih manis  seakan2 rasa manggis. sedap sangat ;)




Bila dah terkena sekali... Cik Sal akan pastikan yang break kereta betul2 telah ditarik dan dihentikan dengan selamat.
Sampai sekarang  masih terngiang2 lagi..
Tapi, bila dikenang balik... tergelak besar kami.. bila tengok gelagat memasing..
Alhamdulillah, kami selamat..heheee


Sanah Helwa ya Eryna + Kenduri Kesyukuran




Assalamualaikum...

Alhamdulillah... semasa entri ini ditulis Eryna sudah  pon genap setahun usianya.  Pejam celik... pejam celik...  kejap je dah setahun berlalu. Rasa macam baru semalam Eryna dilahirkan.     Haii lah anak.... cepat betul awak membesar

6 hb September  2014  yang lalu,  selesai sudah majlis aqiqah +   hari lahir  Eryna yang ke setahun.
Majlis pon kami buat biasa2 je, jemputan pon dari kalangan keluarga terdekat, saudara , dan kawan yang mengenali.                                          
Sebenarnya tak da apa yang istimewa sangat pon, persiapan pon biasa je..       menu untuk kenduri dan sambutan hari lahir pon, kami dah plan awal- awal..  dan ada jugak menu yang Cik Sal tak sempat nak buat..  huhuuuuu

Petang sebelum kenduri, kami adakan majlis hari lahir Eryna.  AAlalalolooo... comeinya, besar dah anak kami  bergenang jugak air mata ... bila suami buka bicara   ucapan selamat datang , dan diiringi dengan doa sejahtera.   Tetiba touching plak hati ni, sib bek tak berderai  hahaaaa...    hati      ko selembut   tisu     Sal

 Menu untuk bday Eryna  kami hidangkan    mee kuah    +   jagung rebus  +   koktel  +   snek  &  kek  buatan  Kak Su. Tapi, yang paling best sekali.. dah tentulah moment tu tak pernah terpadam dalam ingatan kami.     Semua berkumpul untuk majlis Eryna..   walaupon tk semuanya dapat hadir.  Mak ayah dan adik Cik Sal gerak pagi tu, kiranya sempat lah raikan bday Eryna.

Kek untuk bday girl petang tu, Cik Sal request sendiri kat Kak Su, tema pelangi  warna pink + peach +  purple  with wording ... yang tang wording tu , tak sepenuhnya  dalam perancangan.
sebabnya tk muat...heheee, tk palah...   cantik jugak bila dah siap



Ini lah rupa keknya :)


 Deko pon biasa je, tq serudd tolong gantung :)


Happy Birthday My princess


Yummmyy

Kak Su ni memang amik tempahan buat kek , samada majlis bday, atau perkahwinan atau keraian lain  boleh je order ikut design yang kita mahukan, bagi sampel then Kak Su akan buatkan seperti yg kita mahukan.
Ni no. telefon Kak Su bagi yang berminat untuk merasai keenakkan kek buatan beliau.
                 
                    Kak Suhana Samadi 
         013-7324320 / fb suhana samadi
             Lokasi : Parit Raja, Batu Pahat.


Menu untuk Aqiqah plak  , suami cadangkan kambing tu dimasak beriyani,  &  nasi ambeng   +   ayam sambal    +      urap        +          pajeri nenas,   serunding ,      buah- buahan              dan             kuih muih.   Kiranya  sebelum majlis , suami dah siap- siap bincang dengan mak dan abahnya  di kampung memandangkan majlis dibuat di sana.      Pada mulanya, suami mahukan kambing tu digolek je, tapi memandangkan Tn.Hj Musa tk dapat nak sediakan orang untuk menggolek, terpaksalah dibatalkan saje niat tu.
Kiranya, kambing untuk aqiqah kami order terus dari Tn hj.. senang, dah siap masak request je menunya .   Tn.hj ni sebenarnya, memang kerjanya amik upah memasak    senang cerita .. beliaulah bos.. beliaulah tukang masak... beliaulah tukang sembelih...      "Kateringggg" gitu lah.

Bukan setakat untuk aqiqah je, apa2 majlis sekalipon boleh..  siap pakej  dan harganya pon berpatutatan..   Menu yang kami mahukan pon ni lebih kurang RM 800 untuk seekor kambing yang telah siap dimasak,  jadi  kepada sesiapa yang tercari2 haiwan ternakan untuk aqiqah, korban   atau sebarang majlis :-
                                                                  Hubungi je nombor ni 012- 7143256,
                                                                  Tn Hj. Musa
                                                                  Lokasi : Di Kampung Sungai Jambi Darat,
                                                                  83100 Rengit, Batu Pahat.
                                                                  Sorryyyy, alamat penuh tak da   tak pa telefon je...

Kalau nak diikutkan, tak kisah menu apa pun untuk kambing aqiqah, yang sunatnya setiap  tulang sendi kambing tu jangan dipatah-patahkan.


"Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang ‘aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadith daripada ‘Aisyah r.a., katanya yang bermaksud: “Afdhal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya.”



 Lebih kurang pukul 9.30 malam camtu, tamatlah sudah kenduri kesyukuran merangkap aqiqah Eryna. Uniknya bila kenduri di kampung suami ,  jamba mereka dihidangkan dalam dulang, portion untuk 4 orang makan.. Lengkaplah. semua lauk pauk ada.. best.. best sangat, kadang2 kat rumah pon Cik Sal dan suami makan dalam dulang, berebut2 bila cuit ikan atau ayam.. then mulalah adegan hahaaaaa.. sebenarnya besar hikmahnya  bila makan sedulang begini :)
Percayalah, masyarakat jawa di Batu Pahat amat menitikkan beratkan soal lembut lembut dan sopan santun bila menyambut tetamu, bagi mereka..nilai estetika tu dapat menyimpulkan rasa harmoni dalam jiwa seseorang, walaupon mereka tak kenal antara satu sama lain.. Dari situlah timbulnya , semangat nasi ambang yang menyatukan hati antara insan lain terasa seperti "satu keluarga".  Tak rugi pon sebenarnya , kalau kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita. :)


Pinjam gambar google



Akhir kata, terima kasih kepada yang banyak membantu  dari awal sampai ke malam kenduri, tak terbalas rasanya.. moga Allah kurniakan segala yang baik-baik buat anda anda. semua ya . Terima kasih juga kepada yang memberikan hadiah kepada Eryna, wang tunai dan kiriman doa yang baik2 untuk Eryna walaupon tak dapat hadir..  Ada rezeki kita jumpa lagi di tahun akan datang..
Bila dah selesai semuanya, godek2 gambar kat phone dan kamera... rupanya, gambar reramai tak adaaaaaaaaa... huwaaaaaaaa



Thursday, August 28, 2014

Berlabuhnya Syawal Meninggalkan Kenangan Manis Buat Kami ~



Assalamualaikum..



Kali  ni nak cerita pasal raya...walaupun raya dah habis. Semalam.. bulan   syawal    dah     selamat     melabuhkan  tirainya.
Ingatkan malam tadi nak sambung balik  menulis, asyik terhenti ja.  Tapi, malas tu masih menebal    huhuuu
Tapi macam tak lengkap plak, ada cerita tentang Ramadhan    tapi tak diselit plak tentang Syawal. Nak tak nak, kenalah rajin sikit.     Boleh jugak simpan buat kenangan.   Nanti, dah tua boleh baca balik.
Hasil menulis yang tak seberapa ni.

Kali ni raya tak sama seperti tahun - tahun lepas.   Persiapan pon ala kadar je.  Baju untuk raya pun , kami dah cari sebelum balik ke kampung.   Memandangkan, raya tahun ni di Gemas  jadi temanya warna ungu,  di kampung suami pula pink lembut , dan tema kami 3 beranak biru laut dan hijau. Jadilah kan.. Yang pastinya, bab pilih baju si comel lah yang paling best, coz banyak sangat gaun-gaun, dan baju kasual budak2 yang cantik-cantik... sesuai lah dengan harganya.. memang rambang mata... Anak yang nak pakai, mak bapak yang eksaited terlebih pilih baju..Huhuu

Bab kuih plak,
Kuih - muih pon masih lagi "tunjuk " , selalunya kerepek ja yang jadi rebutan.. Kuih-muih ni pon syarat ada ja kat umah, kalau tetamu datang berkunjung.. pakat-pakat masak hidangan berat.. Biasanya masak makanan yang ber-mee atau nasi/soto/lontong. Emmmm , lapar lah plak perut ni !  


Kemeriahan nak raya tu tetap dirasa, tapi jauh di sudut hati..   Rasa sedih tu masih lagi menebal kat kotak hati..       Senyum tetap senyum..        Sepahit mana pon coretan,         Sesedih mana pon hati,
Tetap dibiarkan jugak..
Biarlah masa yang merawatnya.


Sehari sebelum raya(   Mantai ) ,
Kiranya hari mantailah.. hari bagi menyiapkan segala persiapan makanan.. istilah mantai ni kat Negeri Sembilan ja pemes.. kalau kat negeri lain , Cik Sal tak pasti.  Pagi tu, bangun-bangun ja.. Surprise!... Cik Sal dapat hadiah .. anugerah syawal...heheee.. "sakit mata ". Mula-mula tu , mata ni rasa berpasir ja... bangun-bangun mata dah bengkak dan berair.. Diam lagi, terus sibukkan diri buat persiapan untuk memasak..
Mula-mula gigih lagi menyediakan beras pulut untuk lemang.. bila dah siap ja  semua..Cik Sal duduk termangu..rasa nak demam, badan pon dah seram sejuk..
Mula-mula tak percaya jugak kena sakit mata.. sebab sebelum ni..bila adik-adik kena. Cik Sal steady je .. Kira kuatlah kan..Hahaaa...
So , petangnya selepas siap memasak rendang,nasi impit,kuah kacang,rendang ayam dan lemang..
 Terus g klinik 1 Malaysia.. kebetulan klinik tu je yang bukak.
Dibaginya ubat titis, demam dan selsema..
Musim katanya..
Tadi ramai yang datang , amik ubat sakit mata ..segak bergaya berspekmata ..
Bukan main lagi ayat doktor tu.. Hahaaa
Esok, tolong kawal diri sikit ya... !
Pesan doktor tu.. Sabar je lah..
Raya kot ..

Berminat nak tempah, sila pm tuan ini.



Lemang dah siap...




Malam menjelang raya, ingatkan Cik Sal sorang je yang kena.. rupanya Eryna pon dah mula tunjuk rasa tidak selesa, matanya dah mula berair.. Kami terus ke Segamat untuk cari klinik , sampai ke Segamat , klinik semua tutup... dan akhirnya kami melawat bazaar pasar karat.. Alang-alang dah sampai. Suami je yang rajin melilau.. Kami 2 beranak dah lena diulit mimpi kat belakang.
Sedar-sedar , ada keropok lekor .. Hahaaaa
Jadiklah..Buat penyedap cerita pergi ke Segamat kan.


Pagi Raya,
Aktiviti di pagi raya, sarapan dan solat hari raya...tak dilupa juga sesi bermaafan.. dan hulur terima duit raya. Ingat , tak nak mengalirlah air mata ni , rupanya takung air di kolam mata.. sudah penuh mahu tumpah... dan akhirnya menitis jugak.. huwaaaa. huwaaaa..
Dah siap semua, kami terus ke kubur .. ziarah pusara adik .. dah siap semua... terus ke Bukit Rokan dan ke pusara atuk dan uwan... dan petangnya, destinasi kami ke Pasir Gudang pula..
Kira sakan jugak berjalan raya tahun ni.

Tidur rumah atuk sehari, sebelum balik dijamunya kami dengan beriani daging... wallaaa.. sedapnya! Lebih kurang pukul 2.00petang macam tu , kami pon gerak ka Batu Pahat, menghala ke kampung suami..
sesampainya kami di sana , dijamu pula dengan mee hoon tomyam, nasi + kari ayam, kuah dal dan ayam goreng, serta kuih raya... makan saja.. Alhamdulillah, sedap mak masak ..
Yang paling best raya kali ni, Eryna banyak betol dapat hadiah berupa duit raya.. lebih manis kita guna istilah "hadiah" . Syukur Alhamdulillah, semoga pemberinya dilimpahkan  rezeki yang melimpahruah..  Cik Sal pon tak ketinggalan jugak, dapat jugak... Jadiklah kan... Rezeki.




Bebudak ni buat macam umah sendiri ja..siap bergambar lagi



Layankan je la..gambar kat rumah sendiri mana weh ?


Kira tahun ni, raya pertama bagi Eryna di  Aidilfitri .. dia pon seolah-olah tahu ja.. nak di bawa pergi berjalan.  Bila tengok mama dan abahnya bersiap. Dia pon meronta nak disiapkan.  Mujur tak meragam sangat, cuma kadang kala dia gosok2 mata juga... tampak merah... dititiskan air susu badan .. adalah kurang sikit merahnya. Tak pa, ujian di Aidilfitri, hikmahnya tersusun dengan cantik.

Selesai di rumah mentua, kami ke Sri Gading pula... menziarah saudara belah mak..  tak pernah pon pergi rumah Mak Nong...  pernah sekali cuba masuk.. then , sesat... dah banyak berubah tempat ni  rumah nenek pon da tinggal tapak tanah ja, ekoran hakisan tanah time banjir. Kini,
Rumah Mak Nong ja, tempat melepaskan rindu.. zaman kanak-kanak riang..
Main di lopak air, kena sebat di parit .. jatuh basikal.. dan jatuh di tangga saat mahu ke bilik air. Kenangan !
Okay, sebelum balik.. kita makan dulu soto Mak Nong..
 Erkkkk ...Kenyang perut..
Pulanglah kami ke Gemas..


Masjid Sri Gading

Kami di hari raya..hehee


Eryna budak ucukkk

Pagi raya ke -3
Tamatlah  episod raya di Gemas dan P.Gudang.. Pagi tu   kami siap-siap gerak balik ke Melaka ,   coz suami nak buat handover di ofice.. Usai selesai semua, kami gerak pula ke Kukup, Pontian. Hari di mana pengumpulan ahli keluarga belah maknya.. meriah...sangat meriah.. Gathering besar - besaran .. acara makan-makan, sesi foto riang  dan menyanyi daripada kumpulan  silver dan golden  age memeriahkan lagi suasana.. Time tu lah, baru nampak semua sepupu2 belah suami... ramainya... havoc betul !
Kat sinilah, first time Cik Sal makan burasak.. sedap jugak..


Gathering belah mak mentua ni , kalau tak silap memang diadakan pada hari raya ke-3 setiap tahun.. so, dari adik beradik, anak, cucu,cicit dan sepupu sepapat dan menantu  semua berkumpul.. Bagi Cik Sal, ni salah satu cara untuk kumpulkan sanak saudara ..

Gempak raya~

Warna-warni di Aidilfitri


Penyanyi ghazal 

Selepas habis semua sesi, kami pon beransur ke Tanjung Piai, malangnya .. ia ditutup sempena raya.. sedih.. da tak dapat bergambar di bulatan globe besar..
Alang-alang dah sampai ke situ , kami singgah ja ke resort.. pusing-pusing tengok laut...
dah puas bergambar ... terus pergi beraya di rumah kawan suami..
Lengkaplah sudah perjalanan kami sepanjang Aidilfitri 2014 ni.. walaupun kalau di imbas balik.. ada lagi rumah-rumah saudara mara yang kami belum habis ziarah...
Sesungguhnya masa sangat mencemburui kami..
Tak pa, ada kesempatan masa dan ruang.. kami sampai..


Da penat berjalan..


Percutian 10 hari , 5 hari di Gemas dan Rengit.....sangat2 berbaloi.. jumpa keluarga, saudara mara.. yang paling best... makan.... makan... dan makan.. wahaahaahaaa.
Semenjak 2 menjak ni , selera makan ni makin menjadik-jadik plak.
Rasanya itu je kot.. ceritera raya untuk tahun 2014.. Tahun ni raya bertiga, tahun depan ? Eemmmm, sendiri jawab ya :)
 Maaf dipohon sekiranya ada keterlanjuran kata... kata budak2 nijam... 0 - 0 ya..
Kita jumpa lagi di episod raya akan datang...
Nantikan kemunculan kami.. ;)






Melaka,
Mama Eryna

Thursday, July 24, 2014

Ramadhan Kareem...

Assalamualaikum..

Usai menyelesaikan segala tuntutan duniawi dan ukhrawi, maka.. Cik Sal pon menghidupkan power button di komputer peribadi..
Agak lama juga, komputer ni tidak diaktifkan..
Barangkali, pemiliknya terlalu sibuk dengan urusannya. ( facepalm )
Jangan sampai komputer ini merajuk dek kerana diabaikan..hahaaa, nasib ko lah komputer. Ko tunggu Eryna dah pandai menaip di blog nanti..siang malam ko digodeknya..

Masih belum terlambat kot nak ucap selamat berpuasa..Heee , walaupun hari ni dah menginjak ke 26 Ramadhan..Alhamdulillah.. Moga sampai ke penghujungnya, dengan IzinNya.
Agak kemalasan jugak sebenarnya untuk menaip , malas..malas sangat... tapi, dek kerana dah lama sangat takut jadi pekasam pulak..
Berbalik kepada motif utama ,heeee.

Kalau Ramadhan yang lepas, Cik Sal sedang sarat . Tapi, tahun ni Cik Sal sambut Ramadhan dengan "kehadiran orang baru" ... Nur Eryna Batrisyia binti Mohd Nazren, nama si comel kami yang sudah menginjak ke 10++ bulan usianya. Berbekalkan keletahnya , sudah cukup menghiburkan kami sekeluarga..Gelak, tawa, sendu, & tangisnya menjadi siulan di bibir yang mengenalinya..anak ...anak..
"Eryna comel"... , lebih kurang begitulah ayatnya..

Sungguhpun begitu, hati tetap dirundung hiba.. Bila tiba Ramadhan kali ini, kami sekeluarga diuji dengan pemergian adik kira-kira  3 bulan yang lalu. Siapalah kami untuk menidakkannya , sudah tertulis segalanya. Semoga adik tenang di sana. Dipanjatkan doa kehadrat Ilahi , moga dikau dicucuri rahmat..
Aminn..
Harapan, semoga Ramadhan kali ini berjaya ditempuhi..setiap amal yang dilakukan diterima hendakNya. Dilimpahkan maghfirah yang seluas-luasnya buat diri & keluarga ,
Dilimpahkan hidayah dan petunjuk yang tidak putus-putus ..dan
Diberi ketetapan iman ..
Dalam melayari sebuah kehidupan..
Itulah lukisan kehidupan..
Moga diberkati...dan dirahmati...
Aminn Allahumma Aminn...















Ikhlas,
Seindah Ramadhan
Siti Farah Diana binti Razak
Melaka.





Thursday, June 12, 2014

Cara Merawat Demam Bayi / Kanak-Kanak

Assalamualaikum..
Lama sudah tak menulis.
Tak tahu nak tulis apa sebenarnya , dan tak ada cerita yang nak dikongsi .
Sejak dua menjak ni, tak rajin sangat online.
Bila teragak nak online , baru online..Kalau tak, tak adanya lah.
Kejap je masa berlalu, hari ni dah 15 syaaban.
Masih berbaki 15 hari camtu kita nak sambut puasa.


Sebenarnya ,
Cik Sal dan anak baru je sembuh dari demam.
Maklumlah, cuaca sekarang ni pon kejap panas, kejap hujan, pastu redup tapi sangat bahang.. panasnya menyengat .Suhu badan pun seakan-akan turun naik dan naik , tu yang demam tu.
Mula-mula Eryna , badannya kejap panas, kejap kang dah okay, kejap kang panas balik.. panik jugaklah dibuatnya. Jadik, malam isnin tu ..Cik Sal rasa dahi  Eryna panasnya tak macam biasa, terus bawa gi klinik. cek suhu 38.5 darjahC..huhuuu, panas ni.. Mujur, Eryna tak diberi ubat lalu munt***  untuk turunkan suhu. Kalau doktor nak wat gitu, Cik Sal akan tolak cara baik mintak alternatif lain. Kalau boleh dielakkanlah ya.

Malam selepas pulang dari klinik tu, Eryna dibekalkan ubat demam ( syrap oren). Sampai je kat rumah, kami pun tak lengah-lengah , terus bagi ubat demam. Sambil-sambil tu kasi lap/jaram badan Eryna dengan air asam jawa. Memang dah jadi kebiasaan kalau anak demam ja, Cik Sal memang amalkan air asam jawa untuk turunkan suhu. Malam tu , memang tak lenalah tidur kan. Kejap-kejap kang Eryna menangis, meragam tak boleh tidur .. tak selesa badannya.. bila dibasahkan sikit badannya dengan tuala  + air asam jawa, barulah lena tidurnya.
Tapi , panasnya kejap turun, kejap naik.. Galau lah hati Cik Sal.

Esoknya plak, Cik Sal dah berhenti kasi ubat demam( masa ni tak bagitahu suami )..Cik Sal amalkan air asam jawa je untuk kawal suhu badannya. Cik Sal praktikkan untuk 2 jam pertama tanpa berian ubat demam. Kiranya, macam eksperimen lah .. sebelum ni bila Eryna demam.. ubat tu macam mesti kena bagi, tak banyak pun sikit ja.. selalu bagi ubat dosnya kurang dari yang disyorkan ..heheee. Hujung bulan, ubat tu dah duk dalam bakul sampah..huhuu. Bila dah dapat perbezaan , terus kerapkan jaram dengan air asam jawa. .. dan kerapkan mandi, dalam sehari tu 4 kali gak lah Cik Sal mandikan Eryna. Alhamdulillah, ia berhasil ! dan Memang tak nak bergantung sangat dengan bantuan ubat ni..


Tapi,  bila  Eryna dah demam, dah tentulah selera makannya menurun. di beri bubur dikunci serapat2nya bibir. Cuma dia nak minum susu ja.. Menyusu  memang keraplah.. dan amat digalakkan kerap menyusukan anak tatkala anak tengah demam, bagi membentuk antibodi semulajadi melawan virus/bakteria. DAN disebabkan itulah, jangan sesekali bagi ubat antibiotik kepada bayi/kanak-kanak mahupun orang dewasa. JANGAN!!
Selalunya, doktor akan bagi perincian .

 Bila dah jadi ketua jururawat kat rumah merangkap mama dan isteri ni kena rajinlah cari tips dan rajin kan diri guna cara begini. Anak sihat, kita pon hilang rasa keluh kesah .  :)


Caranya:-


1-   Cik Sal amik stokin Eryna (stokin yg agak2 dah lusuh warnanya) rendam dalam perahan air asam jawa , then terus pakaikan kat kaki . Selang 15minit( kejap je stokin tu  kering)  , Cik Sal basahkan balik dan pakai lagik. ( Rajin sikit ya, kena ulang banyak kali bila stokin dah kering). Dalam 30minit camtu, Alhamdulillah, suhu badannya turun dan turun . Stokin ni fungsinya untuk menyedut kepanasan.
Nota, boleh juga guna air lemon, cuka kurma, cuka epal atau bawang putih.

2- Jaram dengan tuala kecil + air asam jawa  (ikut kesesuaian lah ya , nak guna tuala besar mana ) lapkan satu badan, lepas tu tepekkan tuala tu kat dahi anak. Bila agak2 dah kering , basahkan balik. Ulang banyak kali. Ulang je , sampai suhu badan kembali normal.

3- Kerapkan mandi
Jangan takut nak mandikan anak bila demam.  Kerap mandi salah satu cara nak kawal suhu badan. Jangan kata kat anak ja, orang dewasa pun kena rajin mandi jugak kalau demam ya!

4- Boleh beri air barli homemade, air kelapa, dan renehan sup ayam/daging . Ikut peringkat umurlah ya. Kalau bayi bawah 6 bulan kerapkan menyusu .

5- Bagi anak-anak yang sudah diberi ubat antibiotik, amlkan makan tempe, yogurt, buah-buahan dan sayuran. Ini untuk menjana balik bakteria baik, pendek kata tempe ni sumber probiotik dan prebiotik.



"Prebiotic baja bakteria baik dan akan biakkan bakteria sedia ada. Prebiotic adalah bakteria yang 

dari species bakteria usus. Spesies bakteria usus berbeza dari seorang seorang dan ada yang baik 

bagi seseorang mungkin tak seraasi orang lain tapi lazimnya bakteria usus kita adalah dari bakteria 

yang ada dikeliling kita. Sebab itu saya,syurkan probiotic tempatan seperti tempe"     
                                          
- Pinjam kata-kata seorang doktor . 

Makan tempe mentah2 pun bagus jugak  :)










Okay, itu sahaja. Apa-apa pun, bila anak tengah demam.. perkara yang pertama sekali yang perlu dibuat..
"KAWAL SUHU BADAN ANAK" . (sediakan termometer kat rumah  )
Bila tengok anak dah sembuh demam..barulah lega rasa hati..Syukur, Alhamdulillah.
Entri akan datang berkisar tentang puasa plak. ..hihii





Monday, May 12, 2014

Bagaimana Susu Badan Dihasilkan

Assalamualaikum..
 Kali ni nak sambung balik cerita pasal susu..susu ibu. Lupakan dulu, saat tangis sendu yang melanda diri .
Kita kasi tambah ilmu yang sejemput ni , ni pon dapat dari pamplet yang diberi oleh  pihak hospital sejurus selepas dibenarkan keluar wad.

Okay, mesti kita nak tahu kan.. bagaimana susu ibu ni terhasil? Picit2 je tetiba kuar susu .. Ajaibnya.. ehh, Kuasa Tuhan. :)
Mengikut sains , susu ibu ni dihasilkan oleh kelenjar marmari ibu yang terletak di payu dara .Kelenjar inilah  yang   bertindak   sebagai pengeluar untuk menghasilkan hormon prolaktin dan oktasin . Susu ibu ni dihasilkan pada  waktu 7 minggu pertama semasa bayi dalam kandungan.

Kat bawah ni Cik Sal sertakan sekali gambarajah, bagaimana  susu dikeluarkan apabila hisapan bayi bermula.. nyot nyottt.. Heheee.




Thursday, May 8, 2014

Rindu

Assalamualaikum..

Bila berjalan..
Langkah hayunan kaki terasa berat sekali
Tiap kali teringat ..
Tiap kali terdetiknya rindu
Luluh rasa hati..

Sayu dan hiba menanti..tatkala
Hilai tawa seakan memanggil-manggil..

Meski hati ni rapuh dan kadang-kadang tak sedar ..
Itulah hidup..
Hanya sementara.
Hanya alunan doa dipanjatkan..
Buat pengubat rindu  di hati.

Bila waktu dah memanggil..
Siapalah kita untuk menghalangNya.


Al-fatihah..









Tuesday, April 22, 2014

Af-Fatihah Untuk Adik

Assalamualaikum.
Hampir sebulan .. adik pergi tinggalkan kami sekeluarga. Pemergiannya amat dirasai. Jauh di lubuk hati, kami masih memerlukan adik. AturanNya, siapalah kami untuk menghalangNya..
Adik telah pulang ke Rahmatullah .
Semoga adik tenang dan damai di sana.
Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atasnya.
Hanya kenangan buat pengubat rindu kami sekeluarga.

Doa Cik Sal..
Semoga Allah memberi kekuatan kepada mak , ayah dan adik beradik lain untuk menerima ketentuan ini.
Itulah hidup, setiap yang ada di muka bumi sudah tertulis dan tercatat segalanya..
Allah dan aturkan segalanya..
Allahuakbar..
Allah Maha Besar , Lagi Maha Mengetahui..

Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atas adik...
Al-Fatihah..

Thursday, March 20, 2014

Rindunyaaa...

Assalamualaikum..
Sejak  dua  menjak  ni  perasaan rindu  ni makin  menjadik-jadik  plak. Rindu..  serindu..  rindunya..
Banyak benda yang dirindukan..


1- Buat directdebit
Dulu masa kerja di Seremban , handle tajaan ...alahaiii..,seronoknya rasa..dalam setahun 3 kali bermain dengan data directdebit..dari pagi sampai ke petang nak menyiapkannya. Kadang2 bila dah siap isi separuh data tu , tetiba blackout dah tak sempat save.. kadang2 tetiba je tangan ni p delete..dah kena mula dari awal..walaupun penat dok tengok digit.. tapi..memang best..Terasa puas, bila data tu berjaya dirolling dan directdebit berjaya dengan sempurna! Itulah kepuasan bila bekerja.. Dan big boss pon masuk bilik sambil lemparkan senyuman.."good job"  katanya..
Bila dikenang balik lawak pun ada , adalah satu hari tu boleh plak tersilap kol officer bank negara..adeiii, malunya la hai.. nasib baik staff tu okay..

2- Nak berpotluck
Kalau dulu zaman bekerja, kami rajin jugak berpotluck..masing2 dah ada menu nak dibawa. Masak banyak2, makan reramai...mana staff yang masih bujang memang asyik kena puji je lah..sedapnya la haii... pandainya la  si minah ni memasak.. ada plak pesen yang makannn je tapi tak kata apa..sedap ke tak sedap ke..belakang cerita.. Hahaa.
Makan makannn selagi mampu telan, agak2 kalau dah penuh tangki perut ..berhenti kejap..sembang2 bagai..dah lapar sambung makan balik..Macam tu lah kami, selalunya memang berlebihlah...mana yang bujang dapatlah bawak balik..dah jimat tak payah masak ..Angkut je..
dengan periuk2 sekali diangkutnya..teringat plak lauk ketam masak lemak Pakcik Bush aka suami Kak N.

3- Nasi Ayam & Tauhu Bakar Pekan Semenyih
Rasanya kat situ kot..nasi ayam dan tauhu bakar yang paling best yang Cik Sal pernah makan. Pergi situ pun sebab keluar nak balik ke Seremban. Mulanya , kami pergi mendaki di Bukit Broga..sejak dari tu terus jatuh suka plak..sampai ke hari ni masih tercakap2 nak g makan kat situ..Huwaaaaa :(
Tapi, dah tak ingat jalan ...camanaaa..

4- Nak mendaki 
Ni lagilah rindu.. kasut sukan pon dah berhabuk dah .. Dah lama tinggalkan zaman mendaki. Dulu, rajin sangat pergi mendaki..dah jadik habit setiap bulan..ada je nak mendaki.. Mula2 panjat Broga dengan staff, then pergi lagi  Broga dengan  suami  dan saudara/i nya , pastu kami panjat lagi Broga dengan staff..dan terus tamatkan pengembaraan Broga dengan mendaki Gunug Tok Wan.. Fullstop, setakat tu je pengembaraan di Broga dan Gunung Tok Wan. Lepas tu, kami g daki  Gunung Datuk plak..mandi jeram..mandi lubuk petai.. buah petai pon jatuh bersepah ..petai hutan lah katanya. Lepas mendaki G.Datuk, daki plak Gunung Angsi kat Ulu Bendul. Belom sampai puncak Gunung Angsi dah demam..punyalah takut mendaki masa tu..perasaan . Dah lah masa tu pemes pasal kejadian lemas.. lemah semangat sungguh!
Sampai puncak terus demam..boleh plak macam tu..
Nak turun bawah , amik masa lama sangat..berejam2 kot staff dan student tunggu ..rupanya sangkut kat batu tengah..dok tunggu giliran nak turun guna tali..
Esoknya terus amik mc..demam urat...berduet dengan Kak Eqin masa demam.
Dalam demam2tu , nak jugak g mendaki..tapi tempat dedekat je.. Bukit Kepayang atau Victoria  pon jadiklah.. tempat ni memang pemes kot..time orientasi bawak p sini ja..
Kenangan...

5- Ber-chicken dance & cabut sarapan
Selalunya sabtu minggu bekerja, kami pakat2 dok pakai baju pendidikan jasmani.. pagi2 lagi dah round satu kawasan .. siap dengan ber-chicken dance lagik.. hari sabtu diselitkan dengan aktiviti riadah untuk staff & student ..memang bestlah, meriahhh..dah lah ramaikan..tak lah dok terperap je kan.. habis je aktiviti riadah pagi ...semua cabut p sarapan kat kedai pink atau restoran di pinggir bintang .. kelass sungguh nama restoran tu.
Tapi, Cik Sal selalu cabut pergi Kayu Ara ..makan mee jawa..sedapnya..pekat kuahnya..

6- Duduk berjimba di City Park, Seremban 2
Selalunya Cik Sal dan kawan serumah akan berjimba di sini pada setiap pagi ahad. Berjoging seawal 6.30am dan duduk bagi ikan makan kat tasik.. Tenangnya rasa. Ikan tu pon dah gemuk2 dah.. hari2 dok makan je.. kadang2 sampai tak perasan, dah sampai bawah tangga dok leka tengok ikan..
dan yang paling sedihnya..tak pernah sekali pon main layang2 kat situ..
Ruginya ..tengok je org main..
Malu katanya..
Kalau sempat  singgah hujung minggu ni ..dapatlah singgah kejap..hilangkan rasa rindu kat City Park..
Boleh jumpa Kak Sarah jugak  :)

7-Bercucuk tanam 
Dalam sebulan, staff yang jaga bahagian operasi akan ambil alih tugas untuk keceriaan kawasan sekitar..Hehee,  disebabkan Encik Din ni memang rajin dan terer bab2 mencantikkan kawasan kan.. Adalah satu ketika tu, dimana semua staff dimohon membawa seberapa mampu benih pokok untuk ditanam..Cik Sal pon menyerahkan anak pokok bunga jasmine.. Bawak pagi..hidup subur tenang je dalam polibeg..esoknya terus mati..hahaaa,
Bila Encik Din tanya, pokok dah besar ke belom..
Dengan selamba Cik Sal cakap..pokok dah mati..
Kakak suripah lupa siram..
Hahaaa, sejak dari tu..Cik Sal bawak anak pokok yg mudah jaga je..
Keembong..hahaa.
Tapi tabuq diam2 je kat pasu kosong Encik Din.
Lepas tu tanam bijik buah rambutan..memang kesudah tak hiduplah jawabnya..
Sebab tempat tu dah kena gali..sadis!
Tanam je bunga raya..hidup mekar ..
Sempat jugak tengok bunga tu kembang.
Sekarang ni pon, baru berjinak2 tanam pokok limau kasturi ..
Minggu ni baru nak g nursery..pilih pokok bunga ..Heee
Eksited ni !
Mujur pokok limau tu hidup, asyik gugur ja daunnya ritu  ..huhuu

8- Last but not least , pregnant semula ;)
Ni lagilah kan..perasaan tu macam memanggil2  je bila tengok org lain peknen..padahal..kita dah pernah laluinya.. dapat2 plak sekarang ni.. sepupu pon dah hamil anak ke-2 ..walaupun last year baru bersalin secara czer.. Dah rezeki, Alhamdulillah... :)
Rindu nak dengar baby tendang2 kat perut ni..
Kadang2 mengeras ..
Bahagianya rasa..
Tak pe, pejam celik pejam celik.. Eryna pon dah besar..
Ada rezeki ..dapatlah  pregnant semula..
Aaminn.
Heheee..