Kuih Serabai


Assalamualaikum..



Kali   ni   nak   cerita   pasal   serabai. "Kuih serabai". Mula-mula makan kuih ni masa bulan puasa tahun lepas. Kebetulan pergi bazar ramadhan nak cari juadah untuk berbuka sampai je kat 1 gerai yang jauh dari pandangan figura manusia. Terus berhenti , selain tu ada jugak kuih-muih lain  tapi, masa tu suami beli popia ,agak besar jugak saiz popia tu.Rasanya pun sedap .Memang kenalah dengan kuahnya.

Sambil2 mata dok melilau tengok kuih-muih,
Terdetik gak kat hati nak beli kuih serabai masa tu, tanya itu ini dengan makcik tu. Dia kata kuih ni rasa manis2 sikit, masam2 sikit tak lah semasam limau sebabnya ramuannya menggunakan tepung beras dan mauripan rasanya macam tosei Alamak, dah lah tak berapa gemar sangat makan tosei,  kuih ni cicah dengan kuah durian balas makcik tu. Akhirnya, memang tak beli.  Bila dah sampai ja kat rumah, rasa kecur plak lidah ni  tiba-tiba teringin nak makan kuih serabai. Sudahnya, suami putuskan hujung minggu nanti baru pergi semula. Beli setakat untuk merasa je katanya. Nanti  takut kempunan. 

Nak dijadikan cerita, hujung minggu pun tiba. Dengan penuh bersemangat, Cik Sal pun pergilah dengan suami. Sampai ja kat gerai tu, kami pun orderlah RM2.00 makan berdua je masa tu. Punyalah semangat, kami pilih lah kuih tu yang agak2 lebar bulatannya. Pertama kali tengok kuih ni macam lempeng ja..cuma ia bulat dan tebal..nampak seperti apam pun ye jugak.   Kami diam je lah. Selesai membeli serabai. Sambil2  tu dok tanya makcik tu jugak.. "Kuih ni asal dari mana ya"?. Tanya Cik Sal.                                                     Makcik tu kata.  " Kuih ni asal dari Penang, tapi bila dah dimasak kat Melaka . Jadilah kuih Serabai Melaka." Hahaa,

Bila dah sampai waktu berbuka.
Sudahnya, memang Cik Sal sorang je yang makan itu pun tak habis. Kuah durian je habis coz makan cicah dengan roti . Heheee.
Nasib baik tak beli banyak, adalah dalam  3keping. Bila waktu sahur panaskan semula pastu cicah dengan sambal tumis .Hahaa.
Punyalah gigih nak habiskan kuih serabai tu. Kuih tu memang sedap, lagi sedap kalau cicah dengan sambal tumis..

Kalau buat sendiri rasanya kita boleh adjust lagi rasanya.
Ka kuih serabai ni tengok orang yang sediakan.?















1 comment:

  1. saya pernah beli kat bazar jasin..rasanya beza sikit kot ..klau d penang kuahnya santan pekat dan gula kabung ja..tak da durian

    ReplyDelete

Terima kasih !