Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Thursday, February 27, 2014

Cerita Dalam Cerita - Ketika Eryna Beralih Bulan

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
 Eryna makin membesar makin banyak dah ragamnya.
Dari satu ke satu bulan injaknya, macam-macam perubahan dan keletah yang dibuatnya.
KAMI pun tak kering gusi melihat keletahnya .



Prolog
Mula - mula agak sukar untuk membiasakan diri menjaga baby kecil,
walaupun dulu, pernah jugak menjaga adik2 sementara mak ayah pergi keluar mencari rezeki untuk kami adik - beradik. Tapi, tak lah jaga masa baby kan.. itu pun setelah adik2 dah berumur 3tahun gitu, Cik Sal dan adik nombor 2 pun dah boleh bantu mak untuk jaga adik2.
Yang paling best, siapkan makan adik2 . Belajar masak nasi, goreng ikan, goreng telur , buat sup sayur gitu..
Lepas tu belajar masak bubur nasi untuk adik yang masih kecil.
Bukan adik ja yang makan, Cik Sal pun makan jugak..Hahaa.
2 suap untuk adik, 3 suap untuk Cik Sal..cenggitulah dulu.
Indahnya pengalaman masa nak membesar .



Ketika Eryna berumur 1 bulan
Masa ni, agak sukar untuk membiasakan diri .. kadang2 rasa malu pun ada gak..hehee, malu bila nak bagi susu direct kat mulut Eryna( ye lah kan, dah orang dok berkumpul pandang kita )  Tapi, Cik Sal gagahkan jugaklah kasi, kadang2 masuk lari  pergi bilik. Walaupun pada asalnya, suami ada belikan sekali breastpump ( pureen ) dan botol susu.
 Mula2 tu memang bagi susu formula S26 memandangkan susu badan yang tak berapa nak ada . Selepas dah berurut bagai,  susu makin lebat. Alhamdulillah.
Sudahnya tinggallah susu formula dan breastpump itu jadi hiasan.Sekali ja guna pump, lepas tu tak guna dah .
Perubahan yang berlaku sepanjang 1bulan ni,
Eryna makin menunjukkan tanda kuat menyusu,
Kejap2 kang menangis nak susu.
Lah nama pun baby kan , menangis je lah tahunya tanda dia lapar.
Mujur susu badan, kasi terus :)
Tak payah bancuh bagai, jimat masa dan wang abah dia .Heheee.
Bila dah kenyang minum susu, makin galak plak Eryna poo poo .
Ingatkan Eryna sakit perut, rupanya normal jika baby kerap poo poo.
Cuma waktu ni, memang kena pantang makanlah.
Kena makan benda yang tambahkan susu badan.
Masa ni jugak, mata Eryna belum fokus sepenuhnya.
Seakan2 penglihatannya lari , pernah jugaklah Cik Sal menangis .HUhuu.
Kenapa dengan mata anak ni , tanya Cik Sal kat suami.
Rupanya, mata baby belum fokus lagi .
Alhamdulillah, lega hati jiwa Cik Sal.
Selain dari tu, perkara yang dititikberatkan ialah cebisan tali pusat baby.
Selepas mandi ja, memang kena rajin lap dan bersihkan pusat baby, selepas tu bubuh ubat guna kapas atau putik kapas pun boleh jugak.
Nak bagi cepat kering dan tanggal, kena rajin letak.( ubat spirit, sejuk ja kalau kena kat kulit )
Eryna hari ke - 12 dah tanggal sepenuhnya.
Haaa yang ni paling best, Eryna dah pandai menunjukkan reaksi manja2 gitu. Bila diajak berbual dah pandai menegur balik..
haaaaAaaa.
Lebih kurang macam tu lah bunyinya kan. Huhuu.
Bila nak ambik gambar, spontan je dia akan buat muka manja.
Sambil tu , dah pandai pandang muka mama dan abahnya , sesekali tersenyum manis. seolah2 dia tahu kita sedang tatap wajah dia.
Tidur malam2 pun dah pandai nak dipeluk , kalau masukkan dalam kelambu.. dia menangis ..
dari situ Cik Sal dah dapat agak.. dia tak mahu tidur berkelambu.
Masuk ja kelambu, dia akan gelisah..kiri kanan tangannya gerak2 ..mata melilau .
Perasaannya , duduk dalam kelambu sorang2 kot.Luas je kat dalam tu.
Bila Cik Sal tarik bawak tidur kat celah2 lengan , diam plak dia makin lena tidurnya .
Alhamdulillah, dah berjaya harungi 1bulan pertama.



 Usia 2 ke 3 bulan 
Tak banyak beza dari segi menyusu, makin kuat menyusu.
Lagi galak bagi , lagi lebat susu badan.
Ditambah dengan penjagaan makan yang kita amalkan sepanjang & selepas berpantang.
Usia ni jugak, Eryna dah pandai lemparkan senyuman sambil ketawa apabila diacah.
Mula dah tunjukkan senyuman manisnya , sambil tangan gerak2 mintak dukung agaknya.
Mula dah kuar suaranya , A-aaa, A-ooo.
Mata dah menunjukkan titik fokus setiap kali dia memandang.
Mula peka dengan bunyi .
Setiap bunyi yang dia dengar, dia seakan2 mahu mencari dari mana datangnya bunyi tu.
Sambil2 tu dah pandai menoleh untuk melihat.
Comelnya.
Sesekali, pandai dah  buat mulut muncung ke depan ( duckface)
Sekali je dia buat, lepas tu dah tak buat dah.. muncung sesikit ja.
Lagi kita gelak, malu plak dia nak buat lagi.
Macam faham je orang tengok dia punya aksi.
Masa ni jugak, Eryna dah pandai tegakkan kepala bila didukung, tegap dah badannya.
Kalau didukung, kaki menendang2 jugak, kalau baring..lagi sakan dia menendang nak tolak badannya ke kiri ke kanan, atas bawah.
Sedar2 je Eryna dah tidur macam huruf  H , ditengah2 abah dan mamanya..dan dia tidur melintang..kepala kat pinggang dah..kakinya kadang2 dah sampai muka Cik sal.
Punyalah aktif dia mengensot masa tidur.
Dah mula berjinak2 dengan alat mainannya,
Kadang2 sampai menjerit2 dia main gelang gummynya.
Bearnya pun tak diendahkan.
Dengar je abahnya main gitar..
Terus diam.



Usia 4  ke - 5 bulan 
Eryna dah pandai main air liur, menyembur2lah air liurnya..
sambil dia berceloteh..
Bila diagah dengan alat mainan , matanya bergerak2 mengikut arah alat mainan.
Lagi  diagah, lagi sakan dia ketawa.
Semakin galaklah dia bersuara.
Tidur pun dah pandai mengiring, kejap ke kiri, kejap ke kanan.
Memang kesukaan dia , masa tidur mesti mengiring.
Kadang2 Cik Sal alihkan jugak, tak lama lepas tu mengiring lagi .Sambil kaki disilangkannya.
Cerdiknya budak2 zaman sekarang.
Stokin kaki pun dah pandai ditariknya.
Tak mahu dipakaikan, pakai je, terus dicabutnya.
Diangkat kakinya ke atas, tangan dah capai stokin.
Memang berjayalah.
Bila dah pandai angkat kaki ke atas.
Eryna dah pandai meniarap dan telentang.
Kejap2 kang meniarap, kang telentang.
Kadang2 masa nak minum susu pun dia masih lagi nak meniarap.
Sambil mulutnya mencari sumber susu.
Alahaii anakkk,
Dah penat meniarap kang dia mengiring ja , sambil kepalanya memusing2 cari mama dia yang mundar mandir di depannya.
Tangannya  pun dah semakin kuat menggenggam.
Kalau dah genggam memang payahlah nak ambik mainan dari tangannya.

Alhamdulillah,    Eryna   dah   besar  tunggu dia menginjak ke usia 6 bulan plak .
Semoga   terus   membesar   dan   sihat   sahaja   dalam   jagaan   kami   , amiin.





1 comment:

  1. bestnya ada anak, sya belom ada rezeki lg. tumpang kasih syg anak buah je

    ReplyDelete

Terima kasih !