Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Friday, February 7, 2014

Cerita Dalam Cerita - Pengalaman Hamil~

Assalamualaikum..


Kalau dulu hidup bujang,
Kini sudah bertiga ,
Punya suami dan anak.
Keluarga juga bertambah besar ,
Adik beradik ipar duai ,
Mak ayah bertambah lagi sepasang .
Saudara - mara bertambah jua , ikatan ukhuwah dieratkan.



Haaa, nampak tak mukadimahnya tu..
Dulu lain..
Sekarang lain.
Dulu bujang kini sudah kahwin ..
Sedap benar  bait-bait lagu Tan Sri Sm.Salim.


Setelah setahun 3 bulan hidup berumahtangga ni,  macam2 ragam dapat tengok.
Dari ragam suami sampailah ke ragam anak..
Siapa kata tak penat bila kita sudah memasuki alam rumahtangga dan punya anak ,
Penat tu ada , dalam kepenatan tu terselit kemanisannya .  :)
Alhamdulillah ,
Erti hidup yang mematangkan diri.


Tika dulu.
Hidup berdua selepas diijabkabul,
Baru nak belajar erti hidup berumahtangga.
Asam garam berumahtangga baru nak ditempuhi.
Susah senang sama2 harungi.
Yang paling best bila solat berjamaah. Umangggaaiii , osah tonang ehh .
Time masak pun berjamaah ,
Yang sorang siang ikan , yang sorang lagi  potong segala bahan.
Siap basuh , si isteri pun mula memasak .
Siap masak ,
Makan pun berjamaah ,
Kalau dah sampai malas sangat , makan pun bersuap.
Baru kahwen lah katakan.
Mood manja2 masih menebal .
Lepas tu kena tinggal 3 hari, suami kena outstation kat KL.
3 hari macam bertahun je rasanya.
Kikikii.
Wohaaa, tonang jiwo den !

Sebulan lebih berkahwin 
Masa tu , bulan disember 2012 .
Pakat2 balik kampung coz majlis belah suami plak.
Masa tu saing dengana adik perempuannya.
Seminggu selepas tu , majlis rumah lelaki plak.
Kiranya biras kepada Cik Sal lah.
Adik ipar suami.
Kami jadi pengapit .
Tema ungu.
Cantik. Jimat duit .
Pakai je baju kurung raya setahun yang lepas.
Sebelum bergerak tu,
Macam biasalah .. sambil siap2 tu . SEmbang bagailah kan dengan saudara belah suami.
Ada jugaklah saudara belah suami dok nyakat.
"Ya dah ada ni. Diam je nampaknya ni".
Tegur makcik suami.
Reaksi Cik Sal .
Hanya senyum dan terus berlalu pergi.
Aggapan Cik Sal,
Persoalan yang biasa.
Soalan yang tiada hentinya .  :)
Bergegas ke kereta suami.
Suami dah panggil, pengantin dah gerak .
Pengapit tertinggal .
Hahaaa.

Selepas kenduri tu,
bersiaplah kami pulang ke Gemas kerana esoknya ada kenduri di Johol.
Sampai ja Gemas, semua dok kata benda  yang sama .
Esoknya.
Di Johol. Segala buah2an nak ditelannya.
Kundang, manggis , rambutan dan durian tengah musim.
Cik Sal sorang je yang bedal.
Makan sajo..
Siap order lagi,  nanti nak g lagilah Johol nak petik kundang lagi.
"Kalau tak sempat pergi, ayah tolong ambik kan ya". Tambah Cik Sal.
Rasanya sebesen kecik jugak kot.
Cik Sal bedal sensorang.
Masih tak cukup jugak.

Masih lagi dalam mood cintacintun, (sekarang pun sama jugak).
Kami jalan-jalan pergi menziarah adik ipar di Kajang.
Masa pergi tu , kira2 dah hujung bulan rasanya.
Tengah2 sembang dengan mak mentua.
Tiba-tiba terpacul ..
Alamak, dah terlebih hari ni ..
Ntah2 dah sangkut kot.
Mak senyum  sambil kata .Alhamdulillah.
Diam lagi.
Tanda setuju.
Anggukan diberi.
Ceeeewaahhh,
Dah macam dialog dalam novel plak ek.

Seminggu selepas tarikh jangkaan period 
Cik Sal rilek lagi.
Dalam rilek tu, eksited pun ye jugak ni.
Sampailah hari ke 5 kot.
Suami beli ujian kehamilan.
Masa tu , ingatkan tak nak buat ujian lagi.
Pakat2 dok tak mo buat ujian.
Tak juga, tewas.
Sudahnya capai ja bungkusan terus meluru g toilet.
Lebih kurang 10minit.
Alhamdulillah, Positif . Terangnya 2 line tu.
Terus jerit panggil suami.
Sambil kata, tak lah .. bukan kot . Konon nak menyakat lah.
Suami capai ja dari tangan .
Tengok2 line merah terang .
Hahaaa, tak tahu nak cakap apa dah .
Macam biasalah .
Mulalah drama heheee.
Malamnya plak, tak pasal2 tersalah hantar mesej.
Suami dok rename nombor mak kat kampung dengan nama  "nadia kad"
( nadia kad ni org yang cetak kad kahwen kami ) HUhuu.
Konun , mesej nak tanya mak ayah sihat ke tak,
Kebetulan masa tu pinjam enset suami.
Cik Sal pun lajulah dok menaip.
Tekan button send sekali kuar nama nadia jugak.
Rupanya adik perempuan suami aka adik ipar Cik Sal.
Tangan pun gatal laju je hantar,
Dah selamat diterima .
SIap dapat balasan .
Peknen ka?
Hahaaa, layankan je lah .
Alang2 beliau dah tahu.
Maklumkan je .  :)
Indahlah tidur  kami , sambil mengucap syukur atas pemberianNya.  :)


Awal kehamilan - 6 minggu pertama
Selepas buat ujian kehamilan tu. Cik Sal terus pergi klinik Maiza di Cheng, Melaka.
Bila disahkan hamil 6 minggu.
Makin lebar senyum.
it starts  with a dot.
Dan terus membesar .
Syukur.
Segala alahan belum menjengah lagi. Kira maintain lagi steady lah ni .
Sepanjang dah 6 minggu hamil tu , memang tak banyak sangatlah perubahan.
Macam biasa je. Cuma cepat letih.
yang ketara , selera makan makin menjadik2.
Lagi2 durian, memang sorang je lah bedal.
Masa belum tahu tengah hamil, durian 4 bijik Cik Sal bedal sensorang.
Mujur tak da pape.

Keesokkan harinya.
Pergi ke klinik kerajaan plak, untuk buat buku merah/pink.
Mula2 pergi klinik, salah tempat .
Rupanya kena pergi ikut zon.
Adeii, dah kena patah balik.
Rupanya klinik Bukit Piatu dekat bebenor dengan rumah.
Sampai je klinik,
Terus cakap nak buat buku merah, dan terus hulurkan gambar scan baby .
Tampal kat buku, then terus buat ujian kesahihan aka ujian kehamilan.
Setel segala buku, dengar sikit nasihat .
Segala ubatan pun dibekalkan. acid folic,ferrous fumarate ,  dan vitamin B & C,


 FASA 2    Minggu ke- 14 sehingga 27 kehamilan                                                                        
Mula dah menunjukkan reaksi yang tidak selesa.
Mabuk,  loya dan mudah letih .
Mula dah mabuk2 ,
Bau itu ini tak boleh .
Buat kerja sikit mudah letih, padahal buat kerja tak berat mana pun..
Sampailah 1 hari tu, masa tu ada checkup bulanan .
Terus cakap dengan nurse , nak tukar ubat.
"Ubat ferrous bau darah". Kata Cik Sal.
Tergelak plak nurse tu, sambil tu dihulurnya OBIMIN.
Sedap. Lebih suka yang ni. Tak tahan bau ubat ferrous  tu, loya dibuatnya.
Muka pucat... ditambah plak dengan bauan.
Bau ikan lagilah plak.
Makan tak berapa nak selera.
Nak sayur bayam ja.
Lepas tu mengidam ,
Nak makan sotong sumbat ..
Hahaaa, Gagahkan jugak diri memasak.
Lepas tu muntah, perut cepat benar masuk angin.
Makan2 ..makan selagi mampu telan.
Sambil tu,
Minum susu anmum perisa coklat.
Habis 1 cawan.
Nak HB cantik punya pasal.
Kikikiii.
Punyalah rajin minum susu.3 kali sehari.

Hidangan kegemaran.
Dalam seminggu kemaruk betul dengan sayur bayam.
Tumis air , tumis kering.
Lepas tu mulalah, mengidam nak makan buah2an .
Betik.. sampai kat kilang borong buah2an suami p carik.
Sudahnya kilang borong tu dah tutup.
Kat giant, jj,mydin & tesco tak da musim plak.
Akhirnya dapat cari kat pasar.
dan sejak hari tu, jadual makan dah berubah.
Usai solat subuh Cik Sal terapkan makan acid folic/obimin dengan jus buah2an.
Lepas 3 jam macam tu baru ambik sarapan pagi,
Hari berganti hari.
Mabuk pun berkurangan.
Berakhirlah, musim morning sickness .
Selera makan plak bertambah .
Mulut sentiasa nak mengunyah.
Ada sehari tu, gemar plak makan timun jepun .
Krap krap sambil tengok tv.
Selain tu, suami dah siap belikan kudap-kudapan , stok buah-buah2an pun ada gak.
Tapi, memang cepat habislah.
Hahaaa.
Masa ni jugak, gemar betol makan putu bambu , durian crepe dan pau .
Kalau g jenjalan, tak sah kalau tak beli.
Mesti kena beli.

Lebih semangat dan ceria,
Bila tengok perut makin membesar, seronoknya.
Pinggang turut melebar tanda mahu minta baju baru. Baju dah sendat.Kikikii.
Pergerakan baby dalam perut dapat dirasakan.
Tidur pun dah mula terganggu.
Kejap mengiring ke kiri, kejap ke kanan, Kejap2 kang telentang.
Nak tiarap, memang tak bolehlah.
Cepat mengah, lepas tu mulalah nafas macam slow ja..
dan sepanjang mengharungi fasa ni, mujur kaki tak bengkak.
TAPI,
Perubahan yang paling ketara, bentuk badan yang makin membulat.
Berat badan yang menampakkan paras kenaikkan yang memberansangkan.
Memang sakanlah, Cik Sal minum air gula .

Selain tu kerap jugak berpeluh.
Kerap jugak buang air kecil,
Ekoran tekanan uterus terhadap pundi kencing.
Lepas tu rasa geli pun ada.
Orang kata kalau nak buang air kecil  rasa geli atau ada rasa macam benda halus tajam lembut.
Rambut baby tu lebat.  Eemmm .
Cepat rasa panas ... yang teramatlah sangat ..
Sampai mintak kat suami nak mandi air terjun.
Tak pergi pun.
Mandi kat bilik air je.. Hahaa.
Orang tengah hamil, memang cenggitulah kan..
Tanda regangan kat perut  semakin jelas kelihatan.
Tapi nurse yang cek perut kata ni pigmentasi.
Kulit Cik Sal tak regang mana pun.
Petuanya, kalau gatal nak garu lapik dengan kain.     ;)
Malam2 tu tenyehlah losyen kat perut .
Usap lelembut.Sambil cakap dengan baby. Syoknya.
Dan yang paling dinanti2kan ialah , saat baby mula menendang.
Wohaaaa, makin rancak dia menendang bila waktu siang.
Bila abahnya letak  tangan kat perut, tak mahu plak dia menendang.
Hari-hari cakap dengan baby, bila kita tanya..dia menendang seakan2 dia tahu apa yang ibunya tanya..
Hihii.
Indah sungguh!


FASA 3  Minggu ke - 28 sehingga 40 kehamilan
Perut yang semakin membesar dan besar.
Baby yang sakan menendang.
Rasa dalam perut ni, ada tusukan .. kadang2 kuat jugak.
Kuat benar baby ni menendang.
Time tengah tidur pun baby ni kejut suruh bangun.
Bila tidur telentang tak sakan sangat menendang,
Tapi bila tidur mengiring ..sakan benar menendangnya.
 Cubaan untuk mengejut lah tu.
Lapar katanya.
Nak makan.
Okay, Cik Sal bedal roti tandoori chicken .
Hahaaa,
Galak betul makan cheese2 bila dah masuk fasa 3 ni.
Kerap jugaklah masak cheesywedges kat rumah.
Lepas tu gemar benar dengan cheesecake.
Manggai selera makan memang menjadik2.
Mujur sepanjang kehamilan HB di paras normal ja 12- 13.25 ja.
Cuma risau, berat badan naik mendadak.
Doktor mohon kurangkan pengambilan makanan berat diwaktu malam.
Ambil snek ringan ja katanya.
Memang tak dilayan.
Hahaa, makan jugak.
Tengok suami makan ..
Mintaklah 2 suap .. buat rasa kata Cik Sal.
Sudahnya , sepinggang jugak habis.

Ingat lagi masa bulan ramadhan,
Berat badan turun 3kilo, lepas habis puasa..
Sambung makan lagi, sudahnya naik balik 3 kilo sekali sebulan..
Hahaaa.
Doktor kata,
Biasalah ni, time raya .
Ye lah , dah nak sampai tarikh jangkaan bersalin.
Bedal je lah .
Puas lah makan ketupat , rendang lodeh , sate bagai.
Tak cukup dengan itu.
Suami g bawak makan stimbot kat api-api.
Ahhh, kenyang sampai tak leh bangun.
Hahaaa.
Time hamil masa bulan puasa plak,
Baby yang kejut bangun sahur.
Around 4.30am dah ada tendangan kecil .
Kikikiii.
Cerdiknya.


Dalam fasa ni jugak,
Sakit punggung..
Sampai belakang2 pun sakit jugak..
Itu tandanya, berat baby yang semakin sihat kata nurse.
Nak bernafas pun rasanya makin sukar,
Seolah2 macam ada benda je  yang tersangkut..
Jalan pun dah mula slow..
Nak bergerak pun nampak perlahannya.
Makin kerap plak ke tandas.
Semakin nak dekat bersalin , makin kerap buang air kecil.
Lepas tu mengadu kat suami , sakitlah .. rasa pedih pun ye jugak..geli pun ada.

Bila dah menginjak ke  minggu 33.
Cik Sal dah mula rasa kontraksi .
Seakan2 sakit di perut mahu bersalin lakunya.
Sebenarnya tidak..
Ia dikenali sebagai  Braxton- Hicks.
Rasa sakit yang ringan , tapi bila kita bangun dan duduk dalam keadaan istirehat.
Sakit atau kontraksi tu hilang.
Kerap jugaklah berlaku pada Cik Sal.
Pernah jugaklah kelamkabutkan suami , katakan yang Cik Sal dah nak bersalin.
Huhuuu.













Selayang pandang ;)









Usia kandungan 2 bulan

Belajar pegang baby :)

Raya pertama sebagai isteri , dah sarat benor dah ni 

Tunggu hari 












Alhamdulillah, tamat dah mengharungi segala musim mabuk , loya bagai.
Rasanya tu je lah kot, pengalaman sepanjang hamil.  Lain orang lain pengalamannya. Kita kongsi untuk jadik lebih peka terhadap perubahan diri sepanjang hamil.
Okay, kita jumpa lagi dikehamilan yang akan datang dengan izinNya.






Tahun ni  2- 2 mak sibuk untuk menimang cucu ;)
Alhamdulillah , bertambah besar keluarga.




11 comments:

  1. Huhu seronok baca pengalaman ni.. kyra insyaAllah 2 minggu lagi masuk 4 bulan.. doakan ya.. amin..,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Kyra sudi singgah baca... semoga dipermudahkan ya..banyakkan membuat senaman dan rajin2 carik info untuk mudahkan bersalin.. :)
      enjoy pepuas moment semasa peknen ni ya..t rindu bila anak dah besar ..hihiii

      Delete
  2. bestnya baca pengalaman cik sal ketika hamil...
    tp apakan daya masih belum rezeki sy..
    masih berharap dan menanti..yg penting think +ve kan...hehe
    neway singgah la blog sy...still newbie even dh create blog lasy year...bru nak aktif..hehe
    www.ainkaswa.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.kasih datang jenguk di blog picisan ini.. heheee .. insyaAllah , ada rezeki t:) jangan putus doa

      Delete
  3. best baca entry cik sal ni.... hehehe...
    free-free, jemput la singgah blog saya www.abidsogood.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Pengalaman manis...
    Semoga manis selamanya.
    Aamiiinn.
    Amboii cik suami dah macam cowboy pakai topi tu.

    ReplyDelete
  5. hehe..nice entry.
    jemput ke blog saya ye http://umminuma.blogspot.com/
    salam perkenalan.

    ReplyDelete
  6. wah panjangnya... seronok baca pengalaman ibu baru ni. biasala..pernah rasa dulu.. excited!! heheeh. semoga sihat selalu. salam perkenalan

    ReplyDelete
  7. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete
  8. Terbaik infonya. Terima kasih admin share info yang bagus sekali. Salam dari blogger blogwalking ya.

    Salam admin. Tumpang Iklan:-

    Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
    Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
    Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
    Wanita cantik bermula dari diri :)

    [BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA, PUTIHKAN KULIT, GLOWING, FLAWLESS]

    ReplyDelete

Terima kasih !