Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Thursday, March 20, 2014

Rindunyaaa...

Assalamualaikum..
Sejak  dua  menjak  ni  perasaan rindu  ni makin  menjadik-jadik  plak. Rindu..  serindu..  rindunya..
Banyak benda yang dirindukan..


1- Buat directdebit
Dulu masa kerja di Seremban , handle tajaan ...alahaiii..,seronoknya rasa..dalam setahun 3 kali bermain dengan data directdebit..dari pagi sampai ke petang nak menyiapkannya. Kadang2 bila dah siap isi separuh data tu , tetiba blackout dah tak sempat save.. kadang2 tetiba je tangan ni p delete..dah kena mula dari awal..walaupun penat dok tengok digit.. tapi..memang best..Terasa puas, bila data tu berjaya dirolling dan directdebit berjaya dengan sempurna! Itulah kepuasan bila bekerja.. Dan big boss pon masuk bilik sambil lemparkan senyuman.."good job"  katanya..
Bila dikenang balik lawak pun ada , adalah satu hari tu boleh plak tersilap kol officer bank negara..adeiii, malunya la hai.. nasib baik staff tu okay..

2- Nak berpotluck
Kalau dulu zaman bekerja, kami rajin jugak berpotluck..masing2 dah ada menu nak dibawa. Masak banyak2, makan reramai...mana staff yang masih bujang memang asyik kena puji je lah..sedapnya la haii... pandainya la  si minah ni memasak.. ada plak pesen yang makannn je tapi tak kata apa..sedap ke tak sedap ke..belakang cerita.. Hahaa.
Makan makannn selagi mampu telan, agak2 kalau dah penuh tangki perut ..berhenti kejap..sembang2 bagai..dah lapar sambung makan balik..Macam tu lah kami, selalunya memang berlebihlah...mana yang bujang dapatlah bawak balik..dah jimat tak payah masak ..Angkut je..
dengan periuk2 sekali diangkutnya..teringat plak lauk ketam masak lemak Pakcik Bush aka suami Kak N.

3- Nasi Ayam & Tauhu Bakar Pekan Semenyih
Rasanya kat situ kot..nasi ayam dan tauhu bakar yang paling best yang Cik Sal pernah makan. Pergi situ pun sebab keluar nak balik ke Seremban. Mulanya , kami pergi mendaki di Bukit Broga..sejak dari tu terus jatuh suka plak..sampai ke hari ni masih tercakap2 nak g makan kat situ..Huwaaaaa :(
Tapi, dah tak ingat jalan ...camanaaa..

4- Nak mendaki 
Ni lagilah rindu.. kasut sukan pon dah berhabuk dah .. Dah lama tinggalkan zaman mendaki. Dulu, rajin sangat pergi mendaki..dah jadik habit setiap bulan..ada je nak mendaki.. Mula2 panjat Broga dengan staff, then pergi lagi  Broga dengan  suami  dan saudara/i nya , pastu kami panjat lagi Broga dengan staff..dan terus tamatkan pengembaraan Broga dengan mendaki Gunug Tok Wan.. Fullstop, setakat tu je pengembaraan di Broga dan Gunung Tok Wan. Lepas tu, kami g daki  Gunung Datuk plak..mandi jeram..mandi lubuk petai.. buah petai pon jatuh bersepah ..petai hutan lah katanya. Lepas mendaki G.Datuk, daki plak Gunung Angsi kat Ulu Bendul. Belom sampai puncak Gunung Angsi dah demam..punyalah takut mendaki masa tu..perasaan . Dah lah masa tu pemes pasal kejadian lemas.. lemah semangat sungguh!
Sampai puncak terus demam..boleh plak macam tu..
Nak turun bawah , amik masa lama sangat..berejam2 kot staff dan student tunggu ..rupanya sangkut kat batu tengah..dok tunggu giliran nak turun guna tali..
Esoknya terus amik mc..demam urat...berduet dengan Kak Eqin masa demam.
Dalam demam2tu , nak jugak g mendaki..tapi tempat dedekat je.. Bukit Kepayang atau Victoria  pon jadiklah.. tempat ni memang pemes kot..time orientasi bawak p sini ja..
Kenangan...

5- Ber-chicken dance & cabut sarapan
Selalunya sabtu minggu bekerja, kami pakat2 dok pakai baju pendidikan jasmani.. pagi2 lagi dah round satu kawasan .. siap dengan ber-chicken dance lagik.. hari sabtu diselitkan dengan aktiviti riadah untuk staff & student ..memang bestlah, meriahhh..dah lah ramaikan..tak lah dok terperap je kan.. habis je aktiviti riadah pagi ...semua cabut p sarapan kat kedai pink atau restoran di pinggir bintang .. kelass sungguh nama restoran tu.
Tapi, Cik Sal selalu cabut pergi Kayu Ara ..makan mee jawa..sedapnya..pekat kuahnya..

6- Duduk berjimba di City Park, Seremban 2
Selalunya Cik Sal dan kawan serumah akan berjimba di sini pada setiap pagi ahad. Berjoging seawal 6.30am dan duduk bagi ikan makan kat tasik.. Tenangnya rasa. Ikan tu pon dah gemuk2 dah.. hari2 dok makan je.. kadang2 sampai tak perasan, dah sampai bawah tangga dok leka tengok ikan..
dan yang paling sedihnya..tak pernah sekali pon main layang2 kat situ..
Ruginya ..tengok je org main..
Malu katanya..
Kalau sempat  singgah hujung minggu ni ..dapatlah singgah kejap..hilangkan rasa rindu kat City Park..
Boleh jumpa Kak Sarah jugak  :)

7-Bercucuk tanam 
Dalam sebulan, staff yang jaga bahagian operasi akan ambil alih tugas untuk keceriaan kawasan sekitar..Hehee,  disebabkan Encik Din ni memang rajin dan terer bab2 mencantikkan kawasan kan.. Adalah satu ketika tu, dimana semua staff dimohon membawa seberapa mampu benih pokok untuk ditanam..Cik Sal pon menyerahkan anak pokok bunga jasmine.. Bawak pagi..hidup subur tenang je dalam polibeg..esoknya terus mati..hahaaa,
Bila Encik Din tanya, pokok dah besar ke belom..
Dengan selamba Cik Sal cakap..pokok dah mati..
Kakak suripah lupa siram..
Hahaaa, sejak dari tu..Cik Sal bawak anak pokok yg mudah jaga je..
Keembong..hahaa.
Tapi tabuq diam2 je kat pasu kosong Encik Din.
Lepas tu tanam bijik buah rambutan..memang kesudah tak hiduplah jawabnya..
Sebab tempat tu dah kena gali..sadis!
Tanam je bunga raya..hidup mekar ..
Sempat jugak tengok bunga tu kembang.
Sekarang ni pon, baru berjinak2 tanam pokok limau kasturi ..
Minggu ni baru nak g nursery..pilih pokok bunga ..Heee
Eksited ni !
Mujur pokok limau tu hidup, asyik gugur ja daunnya ritu  ..huhuu

8- Last but not least , pregnant semula ;)
Ni lagilah kan..perasaan tu macam memanggil2  je bila tengok org lain peknen..padahal..kita dah pernah laluinya.. dapat2 plak sekarang ni.. sepupu pon dah hamil anak ke-2 ..walaupun last year baru bersalin secara czer.. Dah rezeki, Alhamdulillah... :)
Rindu nak dengar baby tendang2 kat perut ni..
Kadang2 mengeras ..
Bahagianya rasa..
Tak pe, pejam celik pejam celik.. Eryna pon dah besar..
Ada rezeki ..dapatlah  pregnant semula..
Aaminn.
Heheee..


Wednesday, March 19, 2014

Tips Menambah Susu Badan


Assalamualaikum..
Istilah    susu    tiada    atau    susu    kurang    , acapkali    sering    didengari..   bahkan    Cik Sal    pun    sering    lontarkan.    Stress    juga    pun    ye    jugak..   Rilek..
Ada caranya..
Kena banyakkan membaca dan bertanya..
Jangan segan bertanya,
Nak menyusukan anak, nampak mudah..
Hakikatnya..kita seorang je yang tahu macam mana .Dapat2 plak jika diuji hal sedemikian.

Kat bawah ni Cik Sal selitkan tips untuk menambah susu badan iaitu melalui pemakanan , ia boleh bertindak sebagai milk booster/penggalak susu.


1- Pucuk Manis/daun cekur manis
Kebiasaannya, Cik Sal masak sayur ni tumis atau masak lemak putih..Waaaa, memang sedap sangat.. Salah satu my peberet ni..

2- Buah Laici
Kalau susah nak jumpa yang fresh, beli je dalam tin..cari yang halal :)
Tapi, sekarang ni belum musim lagilah..selalunya dalam bulan 8 ke 9 . Laici fresh , lagi nikmat !
Sluurrppp, manisss
Kegemaran suami .

3- Sengkuang 
Mungkin ramai yang tak berapa gemar makan sengkuang cicah sos, pelik ? Pelik, tapi sedap..krap krap..Sengkuang ni ada 2 jenis, 1. sengkuang cina saiz sederhana,
                                                2. sengkuang yang bersaiz kecil atau nama lain water chasenut..
Cik Sal gemar yang bersaiz kecil, selalu buat kuih tako guna sengkuang tu..lemak je rasanya..makan mentah pon sedap!

4- Buah Longan
Buah ni nak kata macam buah matakucing pon ye jugak, tapi saiznya agak besar.. beli yang kering pon boleh..Cari kat kedai yang jual makanan kering, dapat yang fresh lagi bagus.Kalau beli yang kering , rebus bersama gula merah sedikit dan minum airnya, buahnya pon makan jugak !

5- Lobak Putih
Masak sup , rasanya agak pedar2 gitu.  Badan plak mudah berbau jika berpeluh..kena banyakkan minum air masak ye !

6-Kurma
Paling sedap, makanan sunnah yang terdapat pelbagai khasiat..sumber protein, serat, sodium, potassium, vitamin A & C dan kaya zat besi.

7-Pucuk Betik
Amalkan makan nasi berulamkan pucuk betik muda..orang kata benda pahit2 ni galakkan susu..
yang ni Cik Sal belum pernah cuba lagi..Hehee.

8-Halba
Ni memang menjadi satu kemestian kalau Cik Sal masak kat rumah, mesti tabuq sikit halba.. masak sup ka, tumis sayur ka ..kadang2 dalam kari pon Cik Sal tabuq sedikit.. Jangan banyak sangat, rasanya pedar2.

9-Habbatussauda/jintan hitam
Ni  pon Cik Sal tabuq jugak dalam masakan, salah satu makanan sunnah .

10-Jantung pisang
Boleh dicelur dan dimakan seperti ulam bersambal belacan atau masak lemak.


11-Sawi
Makan sayur sawi.. masak tumis je.. senang.

12- Amalkan makan ulam seperti pucuk pegaga, dan daun tenggek burung.
Rasanya pucuk pegaga mudah untuk dikenali, dan daun tenggek burung ni rupanya macam daun manggis..rasanya kelat2  lemak ..


  • Banyakkan jugak minum air  kosong ye bagi terhindarnya dehidrasi.
  • Makan makanan seimbang, buah2an dan sayuran, bijirin lain pon jangan lupa..selitkan jugak!
  • Psikologi - Selalu cakap " susu saya mesti cukup untuk anak saya " 
  • Bagi ibu yang mengepam susu, kerapkan mengepam jugak..boleh menggalakkan kelancaran susu.


Apa-apa pun.. ini adalah cara atau tips untuk tambah susu..Dalam pada tu..Jangan lupa sentiasa lah amalkan zikir semasa menyusukan anak " Ya Maatin " dan amalkan juga baca surah Al Hujurat dan Al Kautsar.  Panjatkan  juga doa supaya mudah dan lancar usaha nak menyusukan anak sehingga usia 2 tahun..  Semoga  dipermudahkan.  Aamiin. 










Tuesday, March 4, 2014

Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik ~

Assalamualaikum..
Masih lagi berkisar tentang penyusuan susu ibu. Mostly, boleh dikatakan sepanjang kehamilan kita atau para ibu ni mesti eksited nak menyusukan anak dengan susu badan. Walaupun pada awalnya susu badan malu2 nak keluar. Tak semua mengalami perkara yang sama, ada sesetengah tu selepas kelahiran ja laju aje aliran susunya, ada sesetengah plak aliran susu lambat dan kadang2 tak keluar.

Sungguh pun begitu.
Segala persiapan untuk persediaan penyusuan telah pun kita buat dengan serapi yang mungkin. Bagi yang bekerjaya, disediakan breastpump . Malah yang bergelar surirumah pun turut tidak ketinggalan untuk mencuba sendiri menggunakan pump. Ratanya2 breastpump  banyak membantu dalam memerah susu untuk disimpan sementara para ibu keluar bekerja. Cepat dan jumlah perahan banyak!
Tapi ikut jugak, kalau dapat yang tak jaga pemakanan . Agak sukar untuk melancarkan aliran susu.
Umum dah tahu susu ibu pilihan terbaik, mudah dan jimat!
Khasiat pon berganda2lah banyaknya kan.
Bertepatanlah dengan polisi yang digunapakai iaitu "penyusuan ekslusif" dimana penyusuan sepenuhnya bagi 6bulan pertama dan meneruskan sehingga ke usia 2 tahun atau lebih.

Kebaikan susu ibu untuk Bayi,
Dah tentu2 mempunyai antibodi yang kuat, kuat daya tahan sakitnya . Komposisi nutrien yang lengkap dan sesuai untuk bayi dan tak perlu bagi air masak, pendek kata ...dah lengkap sepenuhnya.
Secara tak langsung dapat menghasilkan IQ yang tinggi.
Amiinn, moga cerdik pintar sesuai dengan nama Batrisyia . :)
Selain tu, kalau ibu dan bapanya menghidap alahan, jangan bimbang susu ibu dapat membantu bagi mengurangkan risiko alahan kepada bayi...dan mengurangkan juga risiko terkena penyakit pneomonia dan jangkitan telinga , serta cirit-birit. Tapi, bila kita dah menyusukan anak dengan sepenuhnya susu ibu, jangan risau plak bila tengok anak kerap poo-poo.Itu NORMAL.
Bila dah susu badan ni, bayi mudah hadam ..sebab tu bila kita nak beri susu formula kena kenalpasti dahulu, kandungan susu tu,takut anak sembelit ..kata mudahnya tak sesuai jika diberi minum susu tersebut. Susu ibu ni jugak dapat menggalakkan tumbesaran, semoga Eryna  terus membesar dan membesar ya dan sihat sahaja dalam jagaan mama dan abah :)
Arrrr, banyakkan khasiatnya.
Memang tak dinafikan lagi, susu ibu pilihan terbaik !
Baik untuk anak dan diri kita.
Sama2 dapat manfaatnya.

Kalau untuk ibu plak ,
Tereratnya kasih sayang.
Masa menyusu tu, mesti akan cakap gini "sayangnya Eryna ni, sayang ketat2 ", anak pun seolah2 dapat memahaminya sambil tersenyum. Pendek kata "bonding" dengana anak memang kuatlah .
Bila dah punya anak, menyusu plak badan sepenuhnya secara tak langsung dapat mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan.
Alhamdulillah, sepanjang berpantang tak berlakunya pendarahan . Risau jugak , orang kata kalau bersalin ni mudah berlakunya pendarahan.
Selain itu, penyusuan susu ibu ni dapat menjarakkan kehamilan secara Lactation Amnorrhea Method.
Dimana ibu menyusukan anak secara ekslusif , dan sepanjang tempoh tu tiada haid untuk 6 bulan pertama dan memang berkesanlah ..tapi yang ni majoritinya tak sama ya.
Macam Cik Sal, selepas habis nifas..haid seperti biasa.  Dalam keadaan yang sebegini, memang kena kuatlah protection kan.. t tak pasal2 Eryna dapat adik plak.Huhuuu, tapi masih lagi boleh menjarakkan kehamilan dengan menentukan waktu haid dan waktu subur. ;)
dan yang paling bestnya susu badan ni dah tentulah jimat masa dan wang, senang kasi direct ja.. tak perlukan persediaan pun.. anak sihat, kita pun kurus secara sihat .

Selepas bersalin tu,
Cik Sal memang ternanti2 kehadiran kolustrum yang warna pekat ,likat dan lekit tu.
 Rasa tak sabar nak kasi kat Eryna, dan sampailah masa menyusukan Eryna kali pertama tersenyum puaslah Cik Sal bila melihat kolustrum dah berjaya dialirkan kemulut Eryna.
Alhamdulillah...
Best   sangat   menyusukan   anak   sepenuhnya   dengan   susu   badan   ni.   Kadang2   suami   pun   jeles   sebab   anak   asyik   berkepit   je   dengan   mamanya.   Sumber   susulah   katanya.








A Story of a Mother Who Breastfed Her Child ~

Assalamualaikum..
Tajuk kali ni menceritakan pengalaman Cik Sal sepanjang menyusukan anak secara
sepenuhnya dengan susu badan.    
Alhamdulillah,  lagi beberapa hari lagi Eryna  bakal menginjak ke usia 6 bulan.
Walaupun pada awal kelahirannya, Cik Sal dah mencampurkan susu formula ekoran susu badan yang tak berapa nak ada.
Masa mula-mula tu agak stress jugak , sebab susu tak keluar..ada... tapi sedikit.. Alhamdulillah, merasa jugak Eryna kolustrum pekat tu .
Sedap je tengok dia menyonyot .  :)

Sepanjang kehamilan, Cik Sal pernah mengikuti kursus peneman bersalin bersama suami..dalam kursus tu ada jugak lah menyentuh tentang kebaikan susu ibu. Umum, semua tahu kebaikan susu ibu ni kan. Memang dah terbukti khasiatnya, "breastfeeding has some pretty amazing benefits for baby" lah katanya. Selain dari tu, Cik Sal ada jugak baca artikel kat ternet tentang cara nak menyusukan bayi serta posisi yang betul  dan petua nak tambahkan susu badan. Memang boleh dikatakan, Cik Sal banyak membaca sebab nak cari info kan, maklumlah anak sulung ..banyak perkara yang kita belum ketahui. Tak nak lah, bila dah hadapi benda tu, kita baru tercarik2. Baik kita buat persediaan awal , yang kurang ditambah, yang ada ditambahkan lagi .
Sambil-sambil tu , Cik Sal rajin jugak tanya  2-2 mak ,kawan2, makcik saudara , &  sepupu . Dari situ, Cik Sal dah dapat gambaran awal bagaimana nak hadapi jika terjadinya bengkak susu , susu tak keluar, puting tenggelam , puting luka dan sebagainya.

Sebelum kelahiran tu, ada jugak lah belajar cara baringkan baby di posisi yang betul untuk penyusuan. baringkan baby kena lurus..kata nurse tu. Ibu kena dalam keadaan rehat . Jangan panik. Baby kita tahu , derianya kuat  pada bau dan sentuhan kulit ke kulit  selepas dilahirkan. Baby melihat pada mata pandangannya yang kita sukar nak tafsirkan, dia mendengar suara ibunya dan tersangatlah kuat derianya sampai boleh mengecam bau ibunya sendiri.

Bila dah dapat gambaran awal tu, selepas kelahiran ..secara santunnya , Cik Sal dapatlah praktikkan. Walaupun kecundang jugak, heheee. Stress jugak lah.
Selepas dah berurut badan , barulah laju susu ni mengalir. Hati pun senang :)
Syukur, dipermudahkan jua akhirnya.

Kali pertama menyusukan Eryna , agak malu2 tebal jugak lah.. masa tu menyusukan Eryna di wad jagaan rapi. Pada mulanya , agak kekok .Tak tahu nak bagi belah mana dulu.. Boleh plak panik masa tu..Hahaa, tengok orang len depa bagi belah kanan, Cik Sal dengan penuh bergayanya pun selak lah belah kanan, posisikan Eryna di sebelah kanan. Masa menyusu tu, nurse akan pantau kita..sambil2 tu dia akan bagi sedikit nasihat , memang bergunalah kan.

Masa Eryna di posisikan sebelah kanan, dia seolah2 tahu dan kenal bau susu ..belum sempat puting masuk ke mulutnya, dia dah mencarik2 bau susu. Ya, Allah ..cerdiknya , tangannya dah mula mahu menyentuh sana sini. Betapa nikmatnya dia ketika di dalam pelukan mamanya. Walaupun matanya tertutup rapat. Rindunya...saat tu ..., sungguh ..sangat rindu !
Ketika itulah, betapa bahagianya Cik Sal buat pertama kalinya sudah berjaya menyusukan Eryna walaupun masa tu posisi duduk Cik Sal tak berapa nak selesa, dok menahan sakit luka kat perut.   HUhuuu.
Masa Eryna tengah menyusu, masa tu lah waktu yang paling best kita nak belai dan sentuh dalam keadaan yang sangat membahagiakan. Susah nak cakap memang tersangat bahagianya lah dan indahnya nikmat ni. Syahdunya ..
Hanya ibu yang menyusukan anaknya sahaja yang dapat merasainya.
Alhamdulillah, dapat merasai nikmatnya.


Sehingga hari ni, Eryna masih lagi menyusu badan. Bila dah tambah akalnya, lagi cepat jari jemarinya menyentuh sana sini..kadang2 dicubit2nya lah.. kalau dulu menyusu boleh sabar sebab belum tahu mencapai..sekarang ni Eryna dah bijak, bila nampak Cik Sal baring ja ..mulalah dia dengan spontannya merengek manja sambil tangan menggapai sumber susunya .Hehee. Semoga amalan dan petua yang Cik Sal amalkan membuahkan hasil dan Eryna puas menyusu.
Niat   Cik Sal   nak   menyusukan   Eryna    sehingga   berumur   2tahun setengah   then   baru   putus   susu.
Semoga   dipermudahkan, amiin..




"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh , iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. "- surah Al-Baqarah, ayat 233.