Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Tuesday, March 4, 2014

A Story of a Mother Who Breastfed Her Child ~

Assalamualaikum..
Tajuk kali ni menceritakan pengalaman Cik Sal sepanjang menyusukan anak secara
sepenuhnya dengan susu badan.    
Alhamdulillah,  lagi beberapa hari lagi Eryna  bakal menginjak ke usia 6 bulan.
Walaupun pada awal kelahirannya, Cik Sal dah mencampurkan susu formula ekoran susu badan yang tak berapa nak ada.
Masa mula-mula tu agak stress jugak , sebab susu tak keluar..ada... tapi sedikit.. Alhamdulillah, merasa jugak Eryna kolustrum pekat tu .
Sedap je tengok dia menyonyot .  :)

Sepanjang kehamilan, Cik Sal pernah mengikuti kursus peneman bersalin bersama suami..dalam kursus tu ada jugak lah menyentuh tentang kebaikan susu ibu. Umum, semua tahu kebaikan susu ibu ni kan. Memang dah terbukti khasiatnya, "breastfeeding has some pretty amazing benefits for baby" lah katanya. Selain dari tu, Cik Sal ada jugak baca artikel kat ternet tentang cara nak menyusukan bayi serta posisi yang betul  dan petua nak tambahkan susu badan. Memang boleh dikatakan, Cik Sal banyak membaca sebab nak cari info kan, maklumlah anak sulung ..banyak perkara yang kita belum ketahui. Tak nak lah, bila dah hadapi benda tu, kita baru tercarik2. Baik kita buat persediaan awal , yang kurang ditambah, yang ada ditambahkan lagi .
Sambil-sambil tu , Cik Sal rajin jugak tanya  2-2 mak ,kawan2, makcik saudara , &  sepupu . Dari situ, Cik Sal dah dapat gambaran awal bagaimana nak hadapi jika terjadinya bengkak susu , susu tak keluar, puting tenggelam , puting luka dan sebagainya.

Sebelum kelahiran tu, ada jugak lah belajar cara baringkan baby di posisi yang betul untuk penyusuan. baringkan baby kena lurus..kata nurse tu. Ibu kena dalam keadaan rehat . Jangan panik. Baby kita tahu , derianya kuat  pada bau dan sentuhan kulit ke kulit  selepas dilahirkan. Baby melihat pada mata pandangannya yang kita sukar nak tafsirkan, dia mendengar suara ibunya dan tersangatlah kuat derianya sampai boleh mengecam bau ibunya sendiri.

Bila dah dapat gambaran awal tu, selepas kelahiran ..secara santunnya , Cik Sal dapatlah praktikkan. Walaupun kecundang jugak, heheee. Stress jugak lah.
Selepas dah berurut badan , barulah laju susu ni mengalir. Hati pun senang :)
Syukur, dipermudahkan jua akhirnya.

Kali pertama menyusukan Eryna , agak malu2 tebal jugak lah.. masa tu menyusukan Eryna di wad jagaan rapi. Pada mulanya , agak kekok .Tak tahu nak bagi belah mana dulu.. Boleh plak panik masa tu..Hahaa, tengok orang len depa bagi belah kanan, Cik Sal dengan penuh bergayanya pun selak lah belah kanan, posisikan Eryna di sebelah kanan. Masa menyusu tu, nurse akan pantau kita..sambil2 tu dia akan bagi sedikit nasihat , memang bergunalah kan.

Masa Eryna di posisikan sebelah kanan, dia seolah2 tahu dan kenal bau susu ..belum sempat puting masuk ke mulutnya, dia dah mencarik2 bau susu. Ya, Allah ..cerdiknya , tangannya dah mula mahu menyentuh sana sini. Betapa nikmatnya dia ketika di dalam pelukan mamanya. Walaupun matanya tertutup rapat. Rindunya...saat tu ..., sungguh ..sangat rindu !
Ketika itulah, betapa bahagianya Cik Sal buat pertama kalinya sudah berjaya menyusukan Eryna walaupun masa tu posisi duduk Cik Sal tak berapa nak selesa, dok menahan sakit luka kat perut.   HUhuuu.
Masa Eryna tengah menyusu, masa tu lah waktu yang paling best kita nak belai dan sentuh dalam keadaan yang sangat membahagiakan. Susah nak cakap memang tersangat bahagianya lah dan indahnya nikmat ni. Syahdunya ..
Hanya ibu yang menyusukan anaknya sahaja yang dapat merasainya.
Alhamdulillah, dapat merasai nikmatnya.


Sehingga hari ni, Eryna masih lagi menyusu badan. Bila dah tambah akalnya, lagi cepat jari jemarinya menyentuh sana sini..kadang2 dicubit2nya lah.. kalau dulu menyusu boleh sabar sebab belum tahu mencapai..sekarang ni Eryna dah bijak, bila nampak Cik Sal baring ja ..mulalah dia dengan spontannya merengek manja sambil tangan menggapai sumber susunya .Hehee. Semoga amalan dan petua yang Cik Sal amalkan membuahkan hasil dan Eryna puas menyusu.
Niat   Cik Sal   nak   menyusukan   Eryna    sehingga   berumur   2tahun setengah   then   baru   putus   susu.
Semoga   dipermudahkan, amiin..




"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh , iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. "- surah Al-Baqarah, ayat 233.



















2 comments:

Terima kasih !