Rindunyaaa...

Assalamualaikum..
Sejak  dua  menjak  ni  perasaan rindu  ni makin  menjadik-jadik  plak. Rindu..  serindu..  rindunya..
Banyak benda yang dirindukan..


1- Buat directdebit
Dulu masa kerja di Seremban , handle tajaan ...alahaiii..,seronoknya rasa..dalam setahun 3 kali bermain dengan data directdebit..dari pagi sampai ke petang nak menyiapkannya. Kadang2 bila dah siap isi separuh data tu , tetiba blackout dah tak sempat save.. kadang2 tetiba je tangan ni p delete..dah kena mula dari awal..walaupun penat dok tengok digit.. tapi..memang best..Terasa puas, bila data tu berjaya dirolling dan directdebit berjaya dengan sempurna! Itulah kepuasan bila bekerja.. Dan big boss pon masuk bilik sambil lemparkan senyuman.."good job"  katanya..
Bila dikenang balik lawak pun ada , adalah satu hari tu boleh plak tersilap kol officer bank negara..adeiii, malunya la hai.. nasib baik staff tu okay..

2- Nak berpotluck
Kalau dulu zaman bekerja, kami rajin jugak berpotluck..masing2 dah ada menu nak dibawa. Masak banyak2, makan reramai...mana staff yang masih bujang memang asyik kena puji je lah..sedapnya la haii... pandainya la  si minah ni memasak.. ada plak pesen yang makannn je tapi tak kata apa..sedap ke tak sedap ke..belakang cerita.. Hahaa.
Makan makannn selagi mampu telan, agak2 kalau dah penuh tangki perut ..berhenti kejap..sembang2 bagai..dah lapar sambung makan balik..Macam tu lah kami, selalunya memang berlebihlah...mana yang bujang dapatlah bawak balik..dah jimat tak payah masak ..Angkut je..
dengan periuk2 sekali diangkutnya..teringat plak lauk ketam masak lemak Pakcik Bush aka suami Kak N.

3- Nasi Ayam & Tauhu Bakar Pekan Semenyih
Rasanya kat situ kot..nasi ayam dan tauhu bakar yang paling best yang Cik Sal pernah makan. Pergi situ pun sebab keluar nak balik ke Seremban. Mulanya , kami pergi mendaki di Bukit Broga..sejak dari tu terus jatuh suka plak..sampai ke hari ni masih tercakap2 nak g makan kat situ..Huwaaaaa :(
Tapi, dah tak ingat jalan ...camanaaa..

4- Nak mendaki 
Ni lagilah rindu.. kasut sukan pon dah berhabuk dah .. Dah lama tinggalkan zaman mendaki. Dulu, rajin sangat pergi mendaki..dah jadik habit setiap bulan..ada je nak mendaki.. Mula2 panjat Broga dengan staff, then pergi lagi  Broga dengan  suami  dan saudara/i nya , pastu kami panjat lagi Broga dengan staff..dan terus tamatkan pengembaraan Broga dengan mendaki Gunug Tok Wan.. Fullstop, setakat tu je pengembaraan di Broga dan Gunung Tok Wan. Lepas tu, kami g daki  Gunung Datuk plak..mandi jeram..mandi lubuk petai.. buah petai pon jatuh bersepah ..petai hutan lah katanya. Lepas mendaki G.Datuk, daki plak Gunung Angsi kat Ulu Bendul. Belom sampai puncak Gunung Angsi dah demam..punyalah takut mendaki masa tu..perasaan . Dah lah masa tu pemes pasal kejadian lemas.. lemah semangat sungguh!
Sampai puncak terus demam..boleh plak macam tu..
Nak turun bawah , amik masa lama sangat..berejam2 kot staff dan student tunggu ..rupanya sangkut kat batu tengah..dok tunggu giliran nak turun guna tali..
Esoknya terus amik mc..demam urat...berduet dengan Kak Eqin masa demam.
Dalam demam2tu , nak jugak g mendaki..tapi tempat dedekat je.. Bukit Kepayang atau Victoria  pon jadiklah.. tempat ni memang pemes kot..time orientasi bawak p sini ja..
Kenangan...

5- Ber-chicken dance & cabut sarapan
Selalunya sabtu minggu bekerja, kami pakat2 dok pakai baju pendidikan jasmani.. pagi2 lagi dah round satu kawasan .. siap dengan ber-chicken dance lagik.. hari sabtu diselitkan dengan aktiviti riadah untuk staff & student ..memang bestlah, meriahhh..dah lah ramaikan..tak lah dok terperap je kan.. habis je aktiviti riadah pagi ...semua cabut p sarapan kat kedai pink atau restoran di pinggir bintang .. kelass sungguh nama restoran tu.
Tapi, Cik Sal selalu cabut pergi Kayu Ara ..makan mee jawa..sedapnya..pekat kuahnya..

6- Duduk berjimba di City Park, Seremban 2
Selalunya Cik Sal dan kawan serumah akan berjimba di sini pada setiap pagi ahad. Berjoging seawal 6.30am dan duduk bagi ikan makan kat tasik.. Tenangnya rasa. Ikan tu pon dah gemuk2 dah.. hari2 dok makan je.. kadang2 sampai tak perasan, dah sampai bawah tangga dok leka tengok ikan..
dan yang paling sedihnya..tak pernah sekali pon main layang2 kat situ..
Ruginya ..tengok je org main..
Malu katanya..
Kalau sempat  singgah hujung minggu ni ..dapatlah singgah kejap..hilangkan rasa rindu kat City Park..
Boleh jumpa Kak Sarah jugak  :)

7-Bercucuk tanam 
Dalam sebulan, staff yang jaga bahagian operasi akan ambil alih tugas untuk keceriaan kawasan sekitar..Hehee,  disebabkan Encik Din ni memang rajin dan terer bab2 mencantikkan kawasan kan.. Adalah satu ketika tu, dimana semua staff dimohon membawa seberapa mampu benih pokok untuk ditanam..Cik Sal pon menyerahkan anak pokok bunga jasmine.. Bawak pagi..hidup subur tenang je dalam polibeg..esoknya terus mati..hahaaa,
Bila Encik Din tanya, pokok dah besar ke belom..
Dengan selamba Cik Sal cakap..pokok dah mati..
Kakak suripah lupa siram..
Hahaaa, sejak dari tu..Cik Sal bawak anak pokok yg mudah jaga je..
Keembong..hahaa.
Tapi tabuq diam2 je kat pasu kosong Encik Din.
Lepas tu tanam bijik buah rambutan..memang kesudah tak hiduplah jawabnya..
Sebab tempat tu dah kena gali..sadis!
Tanam je bunga raya..hidup mekar ..
Sempat jugak tengok bunga tu kembang.
Sekarang ni pon, baru berjinak2 tanam pokok limau kasturi ..
Minggu ni baru nak g nursery..pilih pokok bunga ..Heee
Eksited ni !
Mujur pokok limau tu hidup, asyik gugur ja daunnya ritu  ..huhuu

8- Last but not least , pregnant semula ;)
Ni lagilah kan..perasaan tu macam memanggil2  je bila tengok org lain peknen..padahal..kita dah pernah laluinya.. dapat2 plak sekarang ni.. sepupu pon dah hamil anak ke-2 ..walaupun last year baru bersalin secara czer.. Dah rezeki, Alhamdulillah... :)
Rindu nak dengar baby tendang2 kat perut ni..
Kadang2 mengeras ..
Bahagianya rasa..
Tak pe, pejam celik pejam celik.. Eryna pon dah besar..
Ada rezeki ..dapatlah  pregnant semula..
Aaminn.
Heheee..


4 comments:

  1. Nasi ayam too terletak didpn pdang bola sblh sekolah cina..cri je masjid semenyih,msti jmpe restoran too

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous : kedai tu dah bertukar jadi restoran ka? 2 tahun yg lalu masih lagi gerai di bawah pokok..btw, terima kasih.. boleh diusulkan untuk ke sana ;)

      Delete
  2. bestnya mendaki..

    ReplyDelete
  3. Tak suka chicken dance kalau dalam majlis tu ada laki. Tapi majlis suami saya (askar) dorang kira apa...

    ReplyDelete

Terima kasih !