Tips Menambah Susu Badan


Assalamualaikum..
Istilah    susu    tiada    atau    susu    kurang    , acapkali    sering    didengari..   bahkan    Cik Sal    pun    sering    lontarkan.    Stress    juga    pun    ye    jugak..   Rilek..
Ada caranya..
Kena banyakkan membaca dan bertanya..
Jangan segan bertanya,
Nak menyusukan anak, nampak mudah..
Hakikatnya..kita seorang je yang tahu macam mana .Dapat2 plak jika diuji hal sedemikian.

Kat bawah ni Cik Sal selitkan tips untuk menambah susu badan iaitu melalui pemakanan , ia boleh bertindak sebagai milk booster/penggalak susu.


1- Pucuk Manis/daun cekur manis
Kebiasaannya, Cik Sal masak sayur ni tumis atau masak lemak putih..Waaaa, memang sedap sangat.. Salah satu my peberet ni..

2- Buah Laici
Kalau susah nak jumpa yang fresh, beli je dalam tin..cari yang halal :)
Tapi, sekarang ni belum musim lagilah..selalunya dalam bulan 8 ke 9 . Laici fresh , lagi nikmat !
Sluurrppp, manisss
Kegemaran suami .

3- Sengkuang 
Mungkin ramai yang tak berapa gemar makan sengkuang cicah sos, pelik ? Pelik, tapi sedap..krap krap..Sengkuang ni ada 2 jenis, 1. sengkuang cina saiz sederhana,
                                                2. sengkuang yang bersaiz kecil atau nama lain water chasenut..
Cik Sal gemar yang bersaiz kecil, selalu buat kuih tako guna sengkuang tu..lemak je rasanya..makan mentah pon sedap!

4- Buah Longan
Buah ni nak kata macam buah matakucing pon ye jugak, tapi saiznya agak besar.. beli yang kering pon boleh..Cari kat kedai yang jual makanan kering, dapat yang fresh lagi bagus.Kalau beli yang kering , rebus bersama gula merah sedikit dan minum airnya, buahnya pon makan jugak !

5- Lobak Putih
Masak sup , rasanya agak pedar2 gitu.  Badan plak mudah berbau jika berpeluh..kena banyakkan minum air masak ye !

6-Kurma
Paling sedap, makanan sunnah yang terdapat pelbagai khasiat..sumber protein, serat, sodium, potassium, vitamin A & C dan kaya zat besi.

7-Pucuk Betik
Amalkan makan nasi berulamkan pucuk betik muda..orang kata benda pahit2 ni galakkan susu..
yang ni Cik Sal belum pernah cuba lagi..Hehee.

8-Halba
Ni memang menjadi satu kemestian kalau Cik Sal masak kat rumah, mesti tabuq sikit halba.. masak sup ka, tumis sayur ka ..kadang2 dalam kari pon Cik Sal tabuq sedikit.. Jangan banyak sangat, rasanya pedar2.

9-Habbatussauda/jintan hitam
Ni  pon Cik Sal tabuq jugak dalam masakan, salah satu makanan sunnah .

10-Jantung pisang
Boleh dicelur dan dimakan seperti ulam bersambal belacan atau masak lemak.


11-Sawi
Makan sayur sawi.. masak tumis je.. senang.

12- Amalkan makan ulam seperti pucuk pegaga, dan daun tenggek burung.
Rasanya pucuk pegaga mudah untuk dikenali, dan daun tenggek burung ni rupanya macam daun manggis..rasanya kelat2  lemak ..


  • Banyakkan jugak minum air  kosong ye bagi terhindarnya dehidrasi.
  • Makan makanan seimbang, buah2an dan sayuran, bijirin lain pon jangan lupa..selitkan jugak!
  • Psikologi - Selalu cakap " susu saya mesti cukup untuk anak saya " 
  • Bagi ibu yang mengepam susu, kerapkan mengepam jugak..boleh menggalakkan kelancaran susu.


Apa-apa pun.. ini adalah cara atau tips untuk tambah susu..Dalam pada tu..Jangan lupa sentiasa lah amalkan zikir semasa menyusukan anak " Ya Maatin " dan amalkan juga baca surah Al Hujurat dan Al Kautsar.  Panjatkan  juga doa supaya mudah dan lancar usaha nak menyusukan anak sehingga usia 2 tahun..  Semoga  dipermudahkan.  Aamiin. 










4 comments:

  1. Replies
    1. Silakan, ni pon dapat dari turun temurun dan melalui pembacaan ... ada plak yang tertinggal..amalkan makan ulam pegaga dan daun tenggek burung pon boleh kalau jenis yang suka ulam lah..

      Delete
  2. kalau puting luka nak buat macam mana ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau puting luka... 1, sebab masa baby benyusu lekapan tak berapa penuh di erola.. dan sakit semasa hisapan berlaku... 2 , sebab berlakunya lelehan susu ..susu banyak.. kita k ena sentiasa pam itu kalu guna pam lah.. kalau tak kena sentiasa bagi baby menyusu.. kalau rasa sakit di puting gilir2 bagi ..lepastu rajin2 lah lap puting dengan air susu tu.. itu je ubatnya untuk cepat elok.. jangan kasi ubat kuning plak..paghah jadiknya kang..

      Delete

Terima kasih !