Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Thursday, July 24, 2014

Ramadhan Kareem...

Assalamualaikum..

Usai menyelesaikan segala tuntutan duniawi dan ukhrawi, maka.. Cik Sal pon menghidupkan power button di komputer peribadi..
Agak lama juga, komputer ni tidak diaktifkan..
Barangkali, pemiliknya terlalu sibuk dengan urusannya. ( facepalm )
Jangan sampai komputer ini merajuk dek kerana diabaikan..hahaaa, nasib ko lah komputer. Ko tunggu Eryna dah pandai menaip di blog nanti..siang malam ko digodeknya..

Masih belum terlambat kot nak ucap selamat berpuasa..Heee , walaupun hari ni dah menginjak ke 26 Ramadhan..Alhamdulillah.. Moga sampai ke penghujungnya, dengan IzinNya.
Agak kemalasan jugak sebenarnya untuk menaip , malas..malas sangat... tapi, dek kerana dah lama sangat takut jadi pekasam pulak..
Berbalik kepada motif utama ,heeee.

Kalau Ramadhan yang lepas, Cik Sal sedang sarat . Tapi, tahun ni Cik Sal sambut Ramadhan dengan "kehadiran orang baru" ... Nur Eryna Batrisyia binti Mohd Nazren, nama si comel kami yang sudah menginjak ke 10++ bulan usianya. Berbekalkan keletahnya , sudah cukup menghiburkan kami sekeluarga..Gelak, tawa, sendu, & tangisnya menjadi siulan di bibir yang mengenalinya..anak ...anak..
"Eryna comel"... , lebih kurang begitulah ayatnya..

Sungguhpun begitu, hati tetap dirundung hiba.. Bila tiba Ramadhan kali ini, kami sekeluarga diuji dengan pemergian adik kira-kira  3 bulan yang lalu. Siapalah kami untuk menidakkannya , sudah tertulis segalanya. Semoga adik tenang di sana. Dipanjatkan doa kehadrat Ilahi , moga dikau dicucuri rahmat..
Aminn..
Harapan, semoga Ramadhan kali ini berjaya ditempuhi..setiap amal yang dilakukan diterima hendakNya. Dilimpahkan maghfirah yang seluas-luasnya buat diri & keluarga ,
Dilimpahkan hidayah dan petunjuk yang tidak putus-putus ..dan
Diberi ketetapan iman ..
Dalam melayari sebuah kehidupan..
Itulah lukisan kehidupan..
Moga diberkati...dan dirahmati...
Aminn Allahumma Aminn...















Ikhlas,
Seindah Ramadhan
Siti Farah Diana binti Razak
Melaka.