Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Thursday, August 28, 2014

Berlabuhnya Syawal Meninggalkan Kenangan Manis Buat Kami ~



Assalamualaikum..



Kali  ni nak cerita pasal raya...walaupun raya dah habis. Semalam.. bulan   syawal    dah     selamat     melabuhkan  tirainya.
Ingatkan malam tadi nak sambung balik  menulis, asyik terhenti ja.  Tapi, malas tu masih menebal    huhuuu
Tapi macam tak lengkap plak, ada cerita tentang Ramadhan    tapi tak diselit plak tentang Syawal. Nak tak nak, kenalah rajin sikit.     Boleh jugak simpan buat kenangan.   Nanti, dah tua boleh baca balik.
Hasil menulis yang tak seberapa ni.

Kali ni raya tak sama seperti tahun - tahun lepas.   Persiapan pon ala kadar je.  Baju untuk raya pun , kami dah cari sebelum balik ke kampung.   Memandangkan, raya tahun ni di Gemas  jadi temanya warna ungu,  di kampung suami pula pink lembut , dan tema kami 3 beranak biru laut dan hijau. Jadilah kan.. Yang pastinya, bab pilih baju si comel lah yang paling best, coz banyak sangat gaun-gaun, dan baju kasual budak2 yang cantik-cantik... sesuai lah dengan harganya.. memang rambang mata... Anak yang nak pakai, mak bapak yang eksaited terlebih pilih baju..Huhuu

Bab kuih plak,
Kuih - muih pon masih lagi "tunjuk " , selalunya kerepek ja yang jadi rebutan.. Kuih-muih ni pon syarat ada ja kat umah, kalau tetamu datang berkunjung.. pakat-pakat masak hidangan berat.. Biasanya masak makanan yang ber-mee atau nasi/soto/lontong. Emmmm , lapar lah plak perut ni !  


Kemeriahan nak raya tu tetap dirasa, tapi jauh di sudut hati..   Rasa sedih tu masih lagi menebal kat kotak hati..       Senyum tetap senyum..        Sepahit mana pon coretan,         Sesedih mana pon hati,
Tetap dibiarkan jugak..
Biarlah masa yang merawatnya.


Sehari sebelum raya(   Mantai ) ,
Kiranya hari mantailah.. hari bagi menyiapkan segala persiapan makanan.. istilah mantai ni kat Negeri Sembilan ja pemes.. kalau kat negeri lain , Cik Sal tak pasti.  Pagi tu, bangun-bangun ja.. Surprise!... Cik Sal dapat hadiah .. anugerah syawal...heheee.. "sakit mata ". Mula-mula tu , mata ni rasa berpasir ja... bangun-bangun mata dah bengkak dan berair.. Diam lagi, terus sibukkan diri buat persiapan untuk memasak..
Mula-mula gigih lagi menyediakan beras pulut untuk lemang.. bila dah siap ja  semua..Cik Sal duduk termangu..rasa nak demam, badan pon dah seram sejuk..
Mula-mula tak percaya jugak kena sakit mata.. sebab sebelum ni..bila adik-adik kena. Cik Sal steady je .. Kira kuatlah kan..Hahaaa...
So , petangnya selepas siap memasak rendang,nasi impit,kuah kacang,rendang ayam dan lemang..
 Terus g klinik 1 Malaysia.. kebetulan klinik tu je yang bukak.
Dibaginya ubat titis, demam dan selsema..
Musim katanya..
Tadi ramai yang datang , amik ubat sakit mata ..segak bergaya berspekmata ..
Bukan main lagi ayat doktor tu.. Hahaaa
Esok, tolong kawal diri sikit ya... !
Pesan doktor tu.. Sabar je lah..
Raya kot ..

Berminat nak tempah, sila pm tuan ini.



Lemang dah siap...




Malam menjelang raya, ingatkan Cik Sal sorang je yang kena.. rupanya Eryna pon dah mula tunjuk rasa tidak selesa, matanya dah mula berair.. Kami terus ke Segamat untuk cari klinik , sampai ke Segamat , klinik semua tutup... dan akhirnya kami melawat bazaar pasar karat.. Alang-alang dah sampai. Suami je yang rajin melilau.. Kami 2 beranak dah lena diulit mimpi kat belakang.
Sedar-sedar , ada keropok lekor .. Hahaaaa
Jadiklah..Buat penyedap cerita pergi ke Segamat kan.


Pagi Raya,
Aktiviti di pagi raya, sarapan dan solat hari raya...tak dilupa juga sesi bermaafan.. dan hulur terima duit raya. Ingat , tak nak mengalirlah air mata ni , rupanya takung air di kolam mata.. sudah penuh mahu tumpah... dan akhirnya menitis jugak.. huwaaaa. huwaaaa..
Dah siap semua, kami terus ke kubur .. ziarah pusara adik .. dah siap semua... terus ke Bukit Rokan dan ke pusara atuk dan uwan... dan petangnya, destinasi kami ke Pasir Gudang pula..
Kira sakan jugak berjalan raya tahun ni.

Tidur rumah atuk sehari, sebelum balik dijamunya kami dengan beriani daging... wallaaa.. sedapnya! Lebih kurang pukul 2.00petang macam tu , kami pon gerak ka Batu Pahat, menghala ke kampung suami..
sesampainya kami di sana , dijamu pula dengan mee hoon tomyam, nasi + kari ayam, kuah dal dan ayam goreng, serta kuih raya... makan saja.. Alhamdulillah, sedap mak masak ..
Yang paling best raya kali ni, Eryna banyak betol dapat hadiah berupa duit raya.. lebih manis kita guna istilah "hadiah" . Syukur Alhamdulillah, semoga pemberinya dilimpahkan  rezeki yang melimpahruah..  Cik Sal pon tak ketinggalan jugak, dapat jugak... Jadiklah kan... Rezeki.




Bebudak ni buat macam umah sendiri ja..siap bergambar lagi



Layankan je la..gambar kat rumah sendiri mana weh ?


Kira tahun ni, raya pertama bagi Eryna di  Aidilfitri .. dia pon seolah-olah tahu ja.. nak di bawa pergi berjalan.  Bila tengok mama dan abahnya bersiap. Dia pon meronta nak disiapkan.  Mujur tak meragam sangat, cuma kadang kala dia gosok2 mata juga... tampak merah... dititiskan air susu badan .. adalah kurang sikit merahnya. Tak pa, ujian di Aidilfitri, hikmahnya tersusun dengan cantik.

Selesai di rumah mentua, kami ke Sri Gading pula... menziarah saudara belah mak..  tak pernah pon pergi rumah Mak Nong...  pernah sekali cuba masuk.. then , sesat... dah banyak berubah tempat ni  rumah nenek pon da tinggal tapak tanah ja, ekoran hakisan tanah time banjir. Kini,
Rumah Mak Nong ja, tempat melepaskan rindu.. zaman kanak-kanak riang..
Main di lopak air, kena sebat di parit .. jatuh basikal.. dan jatuh di tangga saat mahu ke bilik air. Kenangan !
Okay, sebelum balik.. kita makan dulu soto Mak Nong..
 Erkkkk ...Kenyang perut..
Pulanglah kami ke Gemas..


Masjid Sri Gading

Kami di hari raya..hehee


Eryna budak ucukkk

Pagi raya ke -3
Tamatlah  episod raya di Gemas dan P.Gudang.. Pagi tu   kami siap-siap gerak balik ke Melaka ,   coz suami nak buat handover di ofice.. Usai selesai semua, kami gerak pula ke Kukup, Pontian. Hari di mana pengumpulan ahli keluarga belah maknya.. meriah...sangat meriah.. Gathering besar - besaran .. acara makan-makan, sesi foto riang  dan menyanyi daripada kumpulan  silver dan golden  age memeriahkan lagi suasana.. Time tu lah, baru nampak semua sepupu2 belah suami... ramainya... havoc betul !
Kat sinilah, first time Cik Sal makan burasak.. sedap jugak..


Gathering belah mak mentua ni , kalau tak silap memang diadakan pada hari raya ke-3 setiap tahun.. so, dari adik beradik, anak, cucu,cicit dan sepupu sepapat dan menantu  semua berkumpul.. Bagi Cik Sal, ni salah satu cara untuk kumpulkan sanak saudara ..

Gempak raya~

Warna-warni di Aidilfitri


Penyanyi ghazal 

Selepas habis semua sesi, kami pon beransur ke Tanjung Piai, malangnya .. ia ditutup sempena raya.. sedih.. da tak dapat bergambar di bulatan globe besar..
Alang-alang dah sampai ke situ , kami singgah ja ke resort.. pusing-pusing tengok laut...
dah puas bergambar ... terus pergi beraya di rumah kawan suami..
Lengkaplah sudah perjalanan kami sepanjang Aidilfitri 2014 ni.. walaupun kalau di imbas balik.. ada lagi rumah-rumah saudara mara yang kami belum habis ziarah...
Sesungguhnya masa sangat mencemburui kami..
Tak pa, ada kesempatan masa dan ruang.. kami sampai..


Da penat berjalan..


Percutian 10 hari , 5 hari di Gemas dan Rengit.....sangat2 berbaloi.. jumpa keluarga, saudara mara.. yang paling best... makan.... makan... dan makan.. wahaahaahaaa.
Semenjak 2 menjak ni , selera makan ni makin menjadik-jadik plak.
Rasanya itu je kot.. ceritera raya untuk tahun 2014.. Tahun ni raya bertiga, tahun depan ? Eemmmm, sendiri jawab ya :)
 Maaf dipohon sekiranya ada keterlanjuran kata... kata budak2 nijam... 0 - 0 ya..
Kita jumpa lagi di episod raya akan datang...
Nantikan kemunculan kami.. ;)






Melaka,
Mama Eryna