Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Friday, November 28, 2014

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum...








Dipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa
Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat . 





Cheese + coklat + strawberry



Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal ia cepat muak..  so, makan untuk kuantiti sikit2 oklah... 



Lokasi nak ka gerai mak cik ni senang je, berhampiran dengan Pasaraya Keluargaku, amik kanan terus menuju ke jalan nak ka Maktab Perguruan Durian Daun, lajak depan sikit ... haaa nampaklah gerai mak cik tu di belah kanan.
Harga untuk pisang goreng ni  berpatutanlah, RM4.00  - RM 4.50 ... request je nak tabur apa.Mak cik ni guna pisang nipah.  Nak tapau boleh, nak makan kat situ pon boleh.
Kalau nak diikutkan , rasanya sedap lagi kot pisang goreng cicah sambal kicap ~~ pedas2 manis, lagi pedas lagik sedap....  seloroh       suami        sambil       memasukkan       pisang      ke       mulutnya    
"lebih tradisional giteww"...     hehehehuhuiii,   Tapi memang betul pon.  Bagi yang minat cheese dan selainnya bolehlah mencuba  ;)


Nyummm nyumm 




Tapi, tak salah pon nak mempelbagaikan cara untuk menikmati pisang goreng ni dengan cheese atau selainnya, Cik Sal sendiri pon makan keropok lekor cical sambal tumis.
Ikut citarasa dan kesukaan memasinglah kan.. ;)



Thursday, November 27, 2014

Susu Kambing Coklat Wildan ~ ~

Assalamualaikum..


Susu ??? bercerita bab susu  rata-ratanya semua suka minum susu, susu rendah lemak, susu penuh krim, susu segar , dan seangkatan dengannya lah. Tapi, Cik Sal bukanlah seorang yang gemarkan susu .. errrrrrr nak lariii jauh-jauh kalau ternampak susu putih dalam cawan..lagi jauh lari, kalau susu tu dibancuh untuk Cik Sal , hahaaa.
Masa pregnant dulu, bolehlah gagahkan diri jugak minum susu, tapi time pregnant dulu selalu beli susu brand lelain, kejap anmum , enfa , kejap kang mamil , kot  tak minum t kesian plak kat anak , kurang kalsium plak. Masa tu, selang2 jugak minum susu kambing brand Hi-Goat...  sib bek boleh telan.. bancuh suam-suam then terus minum.. masa tu pon minum sebab tak nak anak kena demam kuning bila dah lahir. Mujur Hi-Goat, dalam paket kecil, sekotak adalah 15 sacet.. sehari sesacet.. Oklah, rasanya pon sedap, tak      hamis     mana   pon.    Tapi,   Cik Sal  buh   gula   sikit..    Hahaa.
Hasilnya,   Alhamdulillah      anak     tak      kena     demam kuning. 


Tapi sejak 2 menjak ni, kerap kali jugaklah tengok iklan susu kambing wildan ni kat facebook. Sejak dah tengok tu   hati ni rasa macam nak cuba je minum. Dapat - dapat plak ia sesuai untuk semua lapisan umur, dari yang tengah hamil, bayi berumur 1 tahun ke atas, golongan dewasa, dalam pantang, dan yang paling best lagi sesuai untuk memekatkan susu badan bagi yang menyusukan anak. Produk ni pon keluaran bumiputera.
Tak fikir panjang, terus tanya agen dropship yang jual produk tu  harga dan lokasi untuk dapatkannya di mana. Dah tahu semua tuh, Cik Sal pon mintak tolong suami carikan.  Agak lama jugak lah nak cari lokasinya di mana, ingatkan nak beli online ja.. Tapi, suami lebih gemar cari pusing keliling dulu dah tak jumpa baru beli online. Beli , pilih depan mata lagi puas hati, katanya. Betul jugak tu, dah lah Cik Sal ni jenis cerewettt sikit..hahaaa.


Bila tiba weekend tu, kebetulan keluar beli barang dapur .. terjumpa plak susu ni kat kedai Pak Arab, so,   apa   lagi..   terus grab 1 kotak... dan yang paling best.   Susu ni ada   2  perisa...   1 yang asli , dan perisa coklat.. dah tentulah Cik Sal amik yang coklat. 
Harga sekotak RM 45.00 ni kira harga asal lah, time kitaorang beli tu ada diskaun.. dapatlah RM40.00 je sekotak.. jadilah  ~


Minum 2 kali sehari, pagi   dan     malam   sebelum   tidur.   Sebenarnya,  banyak   dah   keluaran susu kambing  kat pasaran, ada produk    keluaran   Nubian,     Anugerah,    Hi  - Goat dan Karihome.  Eh!  tapi Karihome tu susu formula untuk kanak2   kot.



Vico & Wildan


Cik Sal sukat guna pencedok yang diberi, 1 sudu lebih gitu... rasanya pon manis coklat.. Eryna pon kadang2 ngecek jugak.. Tapi, ikut mood dia jugak, kalau time tu moodnya tak nak.. tak dilayannya.. 




Kalau boleh  baca memang teror ;)




Bagi penggemar susu kambing boleh lah kot mencuba susu kambing wildan ni.. lengkap, sesuai untuk seisi keluarga     ;)

Monday, November 17, 2014

The Shore @ Malacca River

Assalamualaikum..


Bercerita tentang Sungai Melaka, dah tentulah terbayang naik bot, lalu dan rentas sungai Melaka. Memang tak asing lagi, kalau dah jejak kaki kat Melaka, tak singgah macam tak lengkap je perjalanan ke Melaka kan. Siapa sangka, hujung tahun 2014 tercatat lagi satu tanda yang mana menjadi salah satu tarikan untuk diamati  "landskap dan keindahan " struktur binaan bangunan baru.. dan sekaligus tercatat dalam peta Melaka..

The Shore.. masih lagi dalam pembinaan, tapi... kalau dah siap pastinya memukau mata yang memandang. Kami yang 3 beranak  ni pon, mata dok terkebil-kebil memandang... 
"fuhhhh, lawanya bang" omel Cik Sal  
Apa lagi yang nak dikaitkan dengan Melaka..  Kebersihan? Keindahan struktur binaan monumen ? Landskap dengan idea yang segar melatari di setiap susur jalan ?  asam pedas ? coconut shake?  Jonker walk ? budaya yang pelbagai ? hmmmmm .... 
Ditambah pulak dengan susun atur bangunan hasil kebijaksanaan sang pemikir.
Aaahhhh... 
semuanya dah terbukti . Semua milik Melaka.. ;)


Tersergam indah
Bot yang membelah sungai
Berhampiran  Kampung Morten
KAMI
Jambatan ke Kampung Morten
Apa lagi yang nak dikatakan, memang menggamit pandang.. belom jejak lagi ke dalam... rasanya , lagi lah tak keruan ..Hahaaa 
Berlibur ke Melaka , puas jalan, puas makan, dan bukalah mata anda seluas- luasnya. 
Ntah hapalah yang dibebelkan ni ..

Wednesday, November 12, 2014

Bila Panik Menguasai Diri



Assalamualaikum...


Kisah ni berlaku sebulan yang lepas  masa kami pergi  jemputan ke majlis Hafiz, kiranya si Hafiz ni kawan kepada suami semasa menetap di Seremban, alaaaa zaman bujang dulu kala


Memandangkan tempat majlisnya di Kuala Pilah, kami pon bergerak dari rumah lebih kurang pukul 10.00 pagi camtu.. kami ikut laluan yang biasa, lebih 1 jam perjalanan macam tu.. tibalah kami di selekoh perkampungan orang asli. Sebenarnya, tak nampak sangat pon perkampungan tu cuma kita boleh agak di situ adanya penempatan orang asli ..   lebih- lebih lagi bila tengok keadaan fizikal mereka dah sah sah betul kan.


Bila sampai je kat kawasan Pilah ni, macam2   yang boleh kita tengok  mula dari pondok kecil di tepi jalan yang diperbuat daripada akar kayu dan rotan . Pondoknya ringkas je, cukup sekadar mampu untuk menggantungkn hasil carian di hutan.. ada petai, jering,kerdas, buah salak, buah rambai, dan  buah tampoi .   Lepas tu , bila di penghujung jalan plak, ada orang jual itik salai, ikn salai dan burung puyuh salai  ....    macam2 lah ado.


Sebelum mulakan perjalanan tu, Cik Sal memang dah pesan kat suami nak singgah .      Dah lama rasanya tak makan... mana nak carikan... kat situ je lah yang ada.. lagipon hasil yang diaorang dapat tu memang diaorang akan jual..sebab itu salah satu punca pendapatan diaorang... bila lalu waktu pergi, time balik mesti dah habis... silap haribulan, tinggal tangkai je kat situ memang habislah..    licin.


Memang dah menjadi kebiasaan, kami akan singgah di pondok kecil akak ni..   persis wajahnya seakan melayu.. rupanya bukan.. hihiii
Jadi, bila dah sampai je kat situ... suamilah yang jadi mangsa untuk pergi membeli.. itupon sebab masa tu Eryna tengah sedap menyusu.. Kang kalau ditarik bekalan susunya, maun melalak.     Akhirnya, mengalahlah suami..ikut jelah permintaan isterinya ini.


Tup ... tup.. tak sampai 5 minit kot, tetiba kereta bergerak sendiri... aduiiii, apa hal bergerak ni? aduh ... ngomel Cik Sal.. mulut ni dah terkumat kamit membaca ..ntah apa yang Cik Sal  baca pon tak ingat dah...hahaaaa
Tak semena2 je, kereta bergerak  laju... Dalam hati Cik Sal, kereta ni kenapa plak meragam?? adeiii, panik dan gelabahlah Cik Sal .. senang kata huru hara.   Cik Sal pon bukak langkah , bukak pintu kereta then keluar perlahan2 .. sambil tu jerit panggil suami
" abanggg .... kereta bergerak ni" Banyak kali jugak kot Cik Sal jerit, aaahhh sudah.. apa nak buat ni..jarak kami antara satu sama lain lebih kurang 50meter..jauh gak tu kan... macm pertandingan lumba lari pon ye gak ni.. huhuuuuu
Sambil tu tangan Cik Sal melambai, tak ubah seperti memanggil uncle yang jual roti tu minta pusing kembali.


Bila jeritan yang terakhir tu suami seakan2 mengerti, berlarilah suami seperti adegan menyelamatkan sang kekasih hati yang dibawa pergi..hahaaa, agak comel juga lagak lariannya   sambil tangannya menjinjit plastik berisi buah tampoi... menggigil rasa kepala lutut ni, Eryna plak tetiba menangis...mungkin tersentak tidurnya sebab terdengar jeritan Cik Sal dan laungan suami.. mujur , suami sempat tarik handbreak semua.. pelik gak rasanya, bukan tadi abang da tarik ka?? tanya suami


Cik Sal pon dalam keadaan yang panik, hanya mampu pandang je..bayangkanlah, dalam keadaan gini  kereta  plak sibuk menuju ke depan.. kiri kanan da semak samun... da lah jalannya menurun ..hela nafas tu makin laju dibuatnya, nak cakap pon dah terbalik ... punyalah panik tahap kronik...
Alahaiii... tu lah kan, bila dah panik.. semua tak jadi apa..  Kalau nk diikutkan  kereta tu tak kan bergerak jika Cik Sal tarik handbreak  tu cepat2.. Tapi, bila panik dah menguasai ...begitulah jadiknya...


                                          
                    Inilah rupa buah tampoi, isinya putih manis  seakan2 rasa manggis. sedap sangat ;)




Bila dah terkena sekali... Cik Sal akan pastikan yang break kereta betul2 telah ditarik dan dihentikan dengan selamat.
Sampai sekarang  masih terngiang2 lagi..
Tapi, bila dikenang balik... tergelak besar kami.. bila tengok gelagat memasing..
Alhamdulillah, kami selamat..heheee


Sanah Helwa ya Eryna + Kenduri Kesyukuran




Assalamualaikum...

Alhamdulillah... semasa entri ini ditulis Eryna sudah  pon genap setahun usianya.  Pejam celik... pejam celik...  kejap je dah setahun berlalu. Rasa macam baru semalam Eryna dilahirkan.     Haii lah anak.... cepat betul awak membesar

6 hb September  2014  yang lalu,  selesai sudah majlis aqiqah +   hari lahir  Eryna yang ke setahun.
Majlis pon kami buat biasa2 je, jemputan pon dari kalangan keluarga terdekat, saudara , dan kawan yang mengenali.                                          
Sebenarnya tak da apa yang istimewa sangat pon, persiapan pon biasa je..       menu untuk kenduri dan sambutan hari lahir pon, kami dah plan awal- awal..  dan ada jugak menu yang Cik Sal tak sempat nak buat..  huhuuuuu

Petang sebelum kenduri, kami adakan majlis hari lahir Eryna.  AAlalalolooo... comeinya, besar dah anak kami  bergenang jugak air mata ... bila suami buka bicara   ucapan selamat datang , dan diiringi dengan doa sejahtera.   Tetiba touching plak hati ni, sib bek tak berderai  hahaaaa...    hati      ko selembut   tisu     Sal

 Menu untuk bday Eryna  kami hidangkan    mee kuah    +   jagung rebus  +   koktel  +   snek  &  kek  buatan  Kak Su. Tapi, yang paling best sekali.. dah tentulah moment tu tak pernah terpadam dalam ingatan kami.     Semua berkumpul untuk majlis Eryna..   walaupon tk semuanya dapat hadir.  Mak ayah dan adik Cik Sal gerak pagi tu, kiranya sempat lah raikan bday Eryna.

Kek untuk bday girl petang tu, Cik Sal request sendiri kat Kak Su, tema pelangi  warna pink + peach +  purple  with wording ... yang tang wording tu , tak sepenuhnya  dalam perancangan.
sebabnya tk muat...heheee, tk palah...   cantik jugak bila dah siap



Ini lah rupa keknya :)


 Deko pon biasa je, tq serudd tolong gantung :)


Happy Birthday My princess


Yummmyy

Kak Su ni memang amik tempahan buat kek , samada majlis bday, atau perkahwinan atau keraian lain  boleh je order ikut design yang kita mahukan, bagi sampel then Kak Su akan buatkan seperti yg kita mahukan.
Ni no. telefon Kak Su bagi yang berminat untuk merasai keenakkan kek buatan beliau.
                 
                    Kak Suhana Samadi 
         013-7324320 / fb suhana samadi
             Lokasi : Parit Raja, Batu Pahat.


Menu untuk Aqiqah plak  , suami cadangkan kambing tu dimasak beriyani,  &  nasi ambeng   +   ayam sambal    +      urap        +          pajeri nenas,   serunding ,      buah- buahan              dan             kuih muih.   Kiranya  sebelum majlis , suami dah siap- siap bincang dengan mak dan abahnya  di kampung memandangkan majlis dibuat di sana.      Pada mulanya, suami mahukan kambing tu digolek je, tapi memandangkan Tn.Hj Musa tk dapat nak sediakan orang untuk menggolek, terpaksalah dibatalkan saje niat tu.
Kiranya, kambing untuk aqiqah kami order terus dari Tn hj.. senang, dah siap masak request je menunya .   Tn.hj ni sebenarnya, memang kerjanya amik upah memasak    senang cerita .. beliaulah bos.. beliaulah tukang masak... beliaulah tukang sembelih...      "Kateringggg" gitu lah.

Bukan setakat untuk aqiqah je, apa2 majlis sekalipon boleh..  siap pakej  dan harganya pon berpatutatan..   Menu yang kami mahukan pon ni lebih kurang RM 800 untuk seekor kambing yang telah siap dimasak,  jadi  kepada sesiapa yang tercari2 haiwan ternakan untuk aqiqah, korban   atau sebarang majlis :-
                                                                  Hubungi je nombor ni 012- 7143256,
                                                                  Tn Hj. Musa
                                                                  Lokasi : Di Kampung Sungai Jambi Darat,
                                                                  83100 Rengit, Batu Pahat.
                                                                  Sorryyyy, alamat penuh tak da   tak pa telefon je...

Kalau nak diikutkan, tak kisah menu apa pun untuk kambing aqiqah, yang sunatnya setiap  tulang sendi kambing tu jangan dipatah-patahkan.


"Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang ‘aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadith daripada ‘Aisyah r.a., katanya yang bermaksud: “Afdhal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya.”



 Lebih kurang pukul 9.30 malam camtu, tamatlah sudah kenduri kesyukuran merangkap aqiqah Eryna. Uniknya bila kenduri di kampung suami ,  jamba mereka dihidangkan dalam dulang, portion untuk 4 orang makan.. Lengkaplah. semua lauk pauk ada.. best.. best sangat, kadang2 kat rumah pon Cik Sal dan suami makan dalam dulang, berebut2 bila cuit ikan atau ayam.. then mulalah adegan hahaaaaa.. sebenarnya besar hikmahnya  bila makan sedulang begini :)
Percayalah, masyarakat jawa di Batu Pahat amat menitikkan beratkan soal lembut lembut dan sopan santun bila menyambut tetamu, bagi mereka..nilai estetika tu dapat menyimpulkan rasa harmoni dalam jiwa seseorang, walaupon mereka tak kenal antara satu sama lain.. Dari situlah timbulnya , semangat nasi ambang yang menyatukan hati antara insan lain terasa seperti "satu keluarga".  Tak rugi pon sebenarnya , kalau kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita. :)


Pinjam gambar google



Akhir kata, terima kasih kepada yang banyak membantu  dari awal sampai ke malam kenduri, tak terbalas rasanya.. moga Allah kurniakan segala yang baik-baik buat anda anda. semua ya . Terima kasih juga kepada yang memberikan hadiah kepada Eryna, wang tunai dan kiriman doa yang baik2 untuk Eryna walaupon tak dapat hadir..  Ada rezeki kita jumpa lagi di tahun akan datang..
Bila dah selesai semuanya, godek2 gambar kat phone dan kamera... rupanya, gambar reramai tak adaaaaaaaaa... huwaaaaaaaa