Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Friday, November 28, 2014

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum...








Dipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa
Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat . 





Cheese + coklat + strawberry



Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal ia cepat muak..  so, makan untuk kuantiti sikit2 oklah... 



Lokasi nak ka gerai mak cik ni senang je, berhampiran dengan Pasaraya Keluargaku, amik kanan terus menuju ke jalan nak ka Maktab Perguruan Durian Daun, lajak depan sikit ... haaa nampaklah gerai mak cik tu di belah kanan.
Harga untuk pisang goreng ni  berpatutanlah, RM4.00  - RM 4.50 ... request je nak tabur apa.Mak cik ni guna pisang nipah.  Nak tapau boleh, nak makan kat situ pon boleh.
Kalau nak diikutkan , rasanya sedap lagi kot pisang goreng cicah sambal kicap ~~ pedas2 manis, lagi pedas lagik sedap....  seloroh       suami        sambil       memasukkan       pisang      ke       mulutnya    
"lebih tradisional giteww"...     hehehehuhuiii,   Tapi memang betul pon.  Bagi yang minat cheese dan selainnya bolehlah mencuba  ;)


Nyummm nyumm 




Tapi, tak salah pon nak mempelbagaikan cara untuk menikmati pisang goreng ni dengan cheese atau selainnya, Cik Sal sendiri pon makan keropok lekor cical sambal tumis.
Ikut citarasa dan kesukaan memasinglah kan.. ;)



8 comments:

  1. Replies
    1. nyum nyum~~ balik kampungbt ,rewang makan sanggar keju, kelas ko jah ;)

      Delete
  2. Saya pernah cuba sekali je pisang goreng cheese masa tinggal di kota kinabalu. time tu pisang goreng ni blom ada di KK. jadi suami bawa blk dr kuching. pisang goreng cheese yg dh sejuk..memang rasa kureeeeng skit. sejak tu tak pernah try lg..even time pisang goreng ni dh femes pun saya tak nk try dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di KK ia dipanggil sanggar keju.. :)

      Delete
  3. Tak pernah try ni lagi sebab x pernah jumpa kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheee, cer try b uat ..mesti jadik :)

      Delete
    2. 'terlebih rajin' saya ni kalau tang masak tu. Hehe..

      Delete
  4. gulp. ada strawberi lagi tuu. hehee

    ReplyDelete

Terima kasih !