Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Thursday, November 27, 2014

Susu Kambing Coklat Wildan ~ ~

Assalamualaikum..


Susu ??? bercerita bab susu  rata-ratanya semua suka minum susu, susu rendah lemak, susu penuh krim, susu segar , dan seangkatan dengannya lah. Tapi, Cik Sal bukanlah seorang yang gemarkan susu .. errrrrrr nak lariii jauh-jauh kalau ternampak susu putih dalam cawan..lagi jauh lari, kalau susu tu dibancuh untuk Cik Sal , hahaaa.
Masa pregnant dulu, bolehlah gagahkan diri jugak minum susu, tapi time pregnant dulu selalu beli susu brand lelain, kejap anmum , enfa , kejap kang mamil , kot  tak minum t kesian plak kat anak , kurang kalsium plak. Masa tu, selang2 jugak minum susu kambing brand Hi-Goat...  sib bek boleh telan.. bancuh suam-suam then terus minum.. masa tu pon minum sebab tak nak anak kena demam kuning bila dah lahir. Mujur Hi-Goat, dalam paket kecil, sekotak adalah 15 sacet.. sehari sesacet.. Oklah, rasanya pon sedap, tak      hamis     mana   pon.    Tapi,   Cik Sal  buh   gula   sikit..    Hahaa.
Hasilnya,   Alhamdulillah      anak     tak      kena     demam kuning. 


Tapi sejak 2 menjak ni, kerap kali jugaklah tengok iklan susu kambing wildan ni kat facebook. Sejak dah tengok tu   hati ni rasa macam nak cuba je minum. Dapat - dapat plak ia sesuai untuk semua lapisan umur, dari yang tengah hamil, bayi berumur 1 tahun ke atas, golongan dewasa, dalam pantang, dan yang paling best lagi sesuai untuk memekatkan susu badan bagi yang menyusukan anak. Produk ni pon keluaran bumiputera.
Tak fikir panjang, terus tanya agen dropship yang jual produk tu  harga dan lokasi untuk dapatkannya di mana. Dah tahu semua tuh, Cik Sal pon mintak tolong suami carikan.  Agak lama jugak lah nak cari lokasinya di mana, ingatkan nak beli online ja.. Tapi, suami lebih gemar cari pusing keliling dulu dah tak jumpa baru beli online. Beli , pilih depan mata lagi puas hati, katanya. Betul jugak tu, dah lah Cik Sal ni jenis cerewettt sikit..hahaaa.


Bila tiba weekend tu, kebetulan keluar beli barang dapur .. terjumpa plak susu ni kat kedai Pak Arab, so,   apa   lagi..   terus grab 1 kotak... dan yang paling best.   Susu ni ada   2  perisa...   1 yang asli , dan perisa coklat.. dah tentulah Cik Sal amik yang coklat. 
Harga sekotak RM 45.00 ni kira harga asal lah, time kitaorang beli tu ada diskaun.. dapatlah RM40.00 je sekotak.. jadilah  ~


Minum 2 kali sehari, pagi   dan     malam   sebelum   tidur.   Sebenarnya,  banyak   dah   keluaran susu kambing  kat pasaran, ada produk    keluaran   Nubian,     Anugerah,    Hi  - Goat dan Karihome.  Eh!  tapi Karihome tu susu formula untuk kanak2   kot.



Vico & Wildan


Cik Sal sukat guna pencedok yang diberi, 1 sudu lebih gitu... rasanya pon manis coklat.. Eryna pon kadang2 ngecek jugak.. Tapi, ikut mood dia jugak, kalau time tu moodnya tak nak.. tak dilayannya.. 




Kalau boleh  baca memang teror ;)




Bagi penggemar susu kambing boleh lah kot mencuba susu kambing wildan ni.. lengkap, sesuai untuk seisi keluarga     ;)

17 comments:

  1. kalau di pasaraya ada di jual tak?

    ReplyDelete
  2. sedap ker?? kalau jenjalan ke Sabah ni susu yg popular ialah susu Desa... tempat pengeluaran susu yg kat kaki gunung yg macam kat New Zealand tu... situ lah susu paling popular dan sedap

    ReplyDelete
  3. sedap ke? i suka susu...lagi2 susu fresh mcm susu kambing..wife erun ada jual ni (tanya jerin dia kenal) tapi i tak penah beli lagi.

    ReplyDelete
  4. Anonymous : boleh dapatkan kat kedai yang jual produk sunnah, :)

    Najib Ariyan : Sedaplah, tak berbau pon... :)

    Lady D'yot : best, sedaplah.. manis2 coklat.. ok, nanti bolehlah order kat wife dia.. mintak2 dptlh diskaun lebih ;)

    ReplyDelete
  5. Nampak entri ni baru teringat belum minum susu omega plus saya :)

    ReplyDelete
  6. sy pun selalu nampak iklan susu kambing wildan ni...tk sharing review...bole la cuba nanti :)

    ReplyDelete
  7. As salam. Sy agen sah susu kambing wildan. Wsapp 0126871546 utk detail/order

    ReplyDelete
  8. Saya Nor Jannah .. agen sah Susu Kambing Wildan. What's up atau hubungi saya di 0277358020

    ReplyDelete
  9. Saya Nor Jannah .. agen sah Susu Kambing Wildan. What's up atau hubungi saya di 0177358020

    ReplyDelete
  10. Agen Sah Susu Kambing Wildan
    free delivery Putrajaya & Cyberjaya call 0195056465

    http://mubasysyircollections.blogspot.com
    https://www.facebook.com/pages/Mubasysyir-Collections/962056180473630

    ReplyDelete
  11. Saya Agen Sah Susu Wildan KL & Selangor. Boleh whatsapp 013-6253018πŸ˜ŠπŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. ejen di rawang tak da..
      kalau nak boleh cari di kedai pak arab..
      dan roger agen yg terdekat

      Delete
  13. Nak tanya..yg pek baru ni anak saya asyik immediately berak..dan bau nya lain.tak seperti pek sebelum ni

    ReplyDelete

Terima kasih !