Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Saturday, December 27, 2014

GA : Friendship Fridge Magnet



Assalamualaikum..

Pagi-pagi  dok blogwalking ,

Pastu terjumpa plak benda ni..

Jom sertai GA : Friendship fridge magnet 

Pertama kali cuba buat, hahahaaa.. ke laut

Puaslah dok telek - telek, Heheee

Bagi yang berminat  mengumpul fridge magnet , haaaa boleh lah dok mencuba GA Doktor Shikin ni

;)

Ada rezeki dapatlah merasa ;)








Hadiah 

HADIAH: FM x 5 pemenang.
* FM seperti gambar di atas.
* Hadiah akan bertambah jika sambutan menggalakkan.





Ni Cik Sal sertakan sekali syaratnya  .


Syarat wajib: -

Follow blog aku. (Wajib nyatakan follower ke berapa bagi FOLLOWER BARU). 

* Kalau nak jadikan aku bloglist pun boleh. - Buat 1 entri & backlinkkan ke entri ni. * Bukan 

backlinkkan ke blog nanti susah aku nak cari. * Aku xbuat banner :) - 

Tinggalkan URL entri kat comment box. -

Pemenang dipilih secara random.org - Tamat pada 11.59malam, 31/12/2014. 

* Akan dilanjutkan jika dirasakan perlu.


Sekian.

Wednesday, December 10, 2014

Kicap Jalen Mini Pon Boleh Jadi Door Gift !



Assalamualaikum..


Memandangkan sekarang ni tengah musim cuti sekolah, jemputan ke majlis perkahwinan tu macam 
dah jadi satu kemestian je, bila cuti sekolah masa tu lah undangan beratur je menyusul. Apa lagi,  
kami pon terjebak sama, balik kampung ! yeehaaa.


Sabtu lepas, kami pon tak terkecuali untuk bertandang ke Simpang Renggam untuk hadiri majlis
perkahwinan saudara sebelah mak mentua. Kami gerak dalam pukul 12.00 pm macam tu dan sampai lebih kurang pukul 1.00 pm . Sampai je , kami pon disambut dari pihak tuan rumah. Dijemput makan bagai semua.. ngap ngup ngap ngup ngap .. selesai lah sesi bersantap ..


Menjadi kebiasaan, bila dah siap makan ,
kami pon terus beransur,  jumpa tuan rumah ...siap salam semua  kami pon diberi  beg cenderamata. Dalam hati dok monolog gak, apa isi dalam beg ni ek?? Tiba  - tiba, tekak ni terasa haus plak... padahal tadi da minum dah air. Cik Sal pon lajukan langkah, konon nak bukak beg tu dalam keretalah..
Sangkaan Cik Sal ni mesti air sedap ni , waaaa bestnya!
Tekak pon dah haus ni   ( tak sabar ) , sampai je kat kereta, Cik Sal pon godek - godeklah beg... tengah godek - godek , suami dah senyum - senyum..
Cepatlah bukak...! kata suami.

Cik Sal dengan rasa penuh pengharapan mengharapkan air sedap, akhirnya hilang terus rasa haus tuh dok gelak berdekah - dekah ..
( sangkaan meleset) angkat- angkat je ,
rupanyaa...

`
`
`
`
`
`
`
`
`
`








 Kicap jalen botol comel...hahaaaa, air sedap gak tu   ;)


                                                                                                   


 Dapat 2  botol je 




Inilah door gift yang paling unik  setakat yang Cik Sal pernah dapat.. selalunya, orang akan bagi makanan ringan, sepit kukulah, kerongsang, tapawe, mini jar berisi kek , kipas tangan ,sapu tangan ,sudu, garfu hiasan, telur rebuslah, gula- gula ,roti, air kotak lah,  dan macam - macam lagilah. 

Tapi , kali ni punya memang hebat,dan  kreatif !.. memang unik. Lain dari yang lain. Tak terlintas plak kat fikiran  kicap pon boleh buat door gift, hehee
Mesti yang menerima pon senyum je, ye lah kan. Kalau yang pergi sebuah keluarga , tak ka banyak stok kicap kat rumah, dah jimat ~ 
Lagi satu, bagi yang gemar sangat makan berkicap , boleh bawak botol kicap ni sumbat dalam beg , ringan je kot,  
Sekarang ni pon harga kicap pon dah mahal, lagi-lagi cap..cap..cap kicap udang. 


Tapi, dalam beg tu tak dalah kicap semata je... ada jugak kerepek dan gula - gula.
 Seronok plak rasanya, bila dapat kicap. 
Kepada yang masih tercari - cari barang untuk door gift nanti, apa kata tempah je kicap cenggini letak design cecantik ...  masuk dalam beg dah boleh bagi tetamu ..
Weeeee. ;)




Monday, December 1, 2014

Leisure Time @ Bayou Lagoon Park Resort , Malacca

Assalamualaikum...


Pertama kali menjejakkan kaki ke Bayou , ahhhh ; jelesnya rasa tengok anak dan abahnya berendam dalam pool. Bukan main gondok lagi memasing dapat main air. Cik Sal tak da lah teruja sangat pon nak berendam, huhuu. Bila dah open gini, ada gak lah rasa segan sikit. Kalau ya beria sangat nak berendam, dok je lah dalam kolam ikan atuk kat belakang rumah nun kat Rokan sana, hahaaa, sekali menyelam leh tangkap ikan terus.. Itupon kalau nak berendam lah .. Hahaaa.


Kitaorang sampai selepas zuhor. Time tu memang dah ramai oranglah.. Dapat plak hari cuti, cuti sekolah plak tu... berebut2 lah orang dok datang. Bawak anak2 dan keluarga . Tiket yang dikenakan RM 20.00 untuk dewasa, RM 10.00 untuk budak bawah 12 tahun dan,  percuma bagi budak yang ketinggiannya bawah 90cm.

Harga tiket kira berpatutanlah, tempat mandi dan bermain pon selesa, sesuailah dengan bayaran yang dikenakan. Kitaorang pon sejak ada anak je rajin explore tempat2 macam ni, memandangkan Eryna pon dah menginjak ke setahun lebih; da boleh kot nak diajar berenang. Sebenarnya, kalau nak diikutkan masa umur 6 bulan dah boleh dah  train  masuk air.. Heheee
Tapi, Cik Sal train Eryna masuk tab je.. pastu bila Eryna da tak suka masuk tab, Cik Sal suh dia masuk dalam baldi besar.. Hahaaa
Bila dah sampai je , terus  tukar baju mandi  then bawak  Eryna masuk kolam , bukan main takut2 pada mulanya. Lepas dah sentuh ja kaki kat gigi air , wahh wahh wahh ! !... abahnya pon ditolak ke belakang, hahaaa.
Eksyen sungguh! 

Sebelum pergi tu, kitaorang da siap2 cari baju renang Eryna, mujur ada jual kat aeon. Dapatlah warna pink RM 79.90 , brand ogival.. Beli kan dengan pelampung sekali ,  RM25.90 . Tapi, pelampungnya besar sikit, Ingatkan nk beli water wing je untuk Eryna. Takut dia macam kekok plak ada benda kat lengannya.  Tapi, bila dah masuk dah tak reti plak nak keluar , sakan benar main air.

Ni kat bahagian  bawah, kat bahagian atas ada 2 kolam  . Suhu airnya pon suam2 je, untuk warm up boleh lah berenang kat sini dulu. Then, baru g belah bawah. Kat belah bawah macam biasalah, ada gelongsor , bulatan ringan, water gun, water slide, mini roller coaster, bumper car pon ada.
Memang  sesuailah untuk seisi keluarga.  Puas hatilah ! !
Kawasannya pon luas, selesa, tempat duduk untuk berehat seketika pon ada, gerai makanan pon ada dan tandas  &  tempat persalinan pon dekat je. Lencong depan, lencong belakang pon jumpa jugak. Kat sini pon, ada staff yang bertugas  untuk ambil foto, nak tak nak terpulanglah. Kitaorang plak, boleh terlupa nak ambik gambar kat kaunter, dah setengah perjalanan balik baru teringat... 


Alahhhh , gambar ! !  Jerkah Cik Sal. 
Suami  pon kata :  " tak pa,nanti kita repeat lagi ke sana "
Uhuuuuuu

Kawasan sekitar water park 


Jangan kata budak2 je suka, bapak budak pon suka ;)
Apartment yang tersergam indah :)

Dua kali dok ngulang main gelongsor 



Dah menggigil pon masih nak berendam lagik 


Dah berejam berendam, tiba2 hujan plak.. bertebarlah orang dok mancari tempat berteduh.. dengan cuaca yang tak menentu lagi, nasib2lah kan..  So, kepada yang berminat nak pergi,  tak payah lah fikir panjang ; bajet pon minima, dari pagi sampai ke petang boleh berendam, cuma makanan tak dibenarkan bawa masuk, bila lapar boleh keluar sekejap then masuk balik, dengan syarat pas masuk belom digunting. 
Pendek kata , sesuailah untuk percutian keluarga , kalau teringin nak bermalam book ja hotel.

Lokasi : 
Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil , 75450 Melaka.
Kalau dari jonker street lebih kurang 15 minit camtu. Klunya di Taman Saujana then amik kanan.