Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Monday, January 19, 2015

Petua Hilangkan Selesema & Batuk

Assalammualaikum..

Hari ni dah 2 hari Eryna demam, selesema dan batuk, hidung dok berair je .. baru je sembuh hari tu, tup tup kena balik. Semalam lepas balik kampung , sampai je Melaka mula dah meragam, badannya tak selesa, hidung berair, tekak dah mula gatal dan berkahak.
Kelmarin dah bawak pergi klinik , masa tu demam je lah, tapi doktor tu bekalkan sekali ubat selesema + batuk. Kali pertama tu kira ok lagilah  Eryna mamam ubat, masuk kali ke -2 habis dilueknya, keluar segala lendir-lendirnya. 

Alhamdulillah, pagi tadi demamnya dah kebah, tinggal selesema dan batuk ja.. kesian plak tengok Eryna,batuk  berlawan-lawan bunyinya... terus bagitahu bos , amik cuti. 

Pagi tadi, sebelum suami pergi kerja .. minta suami belikan daun pucuk ubi + kaduk. Ni , pun tahu ada kawan tempat kerja  yang bagitahu, kalau dah bagi ubat macam tak berapa nak kurang je, gunalah petua orang dulu-dulu.. kita cuba je, ikhtiar.. 

Katanya , amik daun pucuk ubi + kaduk tu  ramas-ramas  dengan kapur makan , ramas sampai keluar air  hijau keruh , lepas tu sapu di dada, belakang, perut  dan tengkuk , kena rajin ulang sapu bila air sapuan tu kering, Nanti boleh lihat,  batuk makin berkurang dan beransur hilang ... dan ada lendir keluar bersama najisnya. 

Yang lain ni Cik Sal tambah ikut kebiasaan yang diamalkan


1.  Boleh juga diberi madu + perahan limau nipis , tapi yang ni Cik Sal tak bagi kat Eryna , sebabnya Eryna masih kecil lagi... kalau orang dewasa tu digalakkan untuk minum. Kalau susah sangat nak cari madu , beli je madu hurix .. telan je. Mujarab!


2. Daun bunga tahi ayam , tang daun ni mana nak dapat, bunganya pon susah nak jumpa.. kalau kat kampung berlambak ada kat tepi jalan.. kalau ada jumpa pokok ni , daunnya pon ramas-ramas dengan kapur sapu di dada, peurt, dan tengkuk.


3. Kismis, Kalau anak dah pandai mengunyah amalkan makan kismis sebanyak 21 kali setiap hari, Rasanya orang dewasa pon boleh juga amalkan, boleh jugak hilangkan balgham atau lendir kahak tu.


4. Untuk hilangkan selesema plak, Cik Sal selalu amalkan kunyit hidup yang dibelah 2 oleskan sikit kapur makan, dan sapu kat batang hidung , bila kering je sapu lagi.. dan lagi.. sampai sembuh seperti sediakala.. 


Hmmm , galau rasa hati tengok anak tak sihat.. semoga Eryna cepat sembuh ya..


2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday Fuza


Assalamualaikum..



Moh cuba 2nd Giveaway Sualaman Lace Heaven - Happy Birthday Fuza



klik sini


Ucapan ;-

Sanah helwah , 
semoga panjang umur, 
dipermudahkan segala urusan , 
dimurahkan rezeki, 
diberkati & dirahmati 



Sunday, January 18, 2015

Mini Giveaway By Emi Izzeyda


Assalamualaikum..



Moh cuba Mini Giveaway by Emi Izzeyda !


Kalau tak dapat hadiah pon, dapat tambah follower pon  jadiklah  ;)







Syarat-syaratnya :-

Follow blog Eyda bagi yang belum pernah follow 


Buat satu entry bertajuk " Mini Giveaway by izzeyda " dan letakkan sekali banner di atas dan 
backlink ke entry  Eyda


Letakkan link di dalam ruang komen .


Tamat pada 30hb Januari 2015 , jam 11.59 malam


                         Sekian.



Monday, January 12, 2015

Our 2nd Anniversary

Assalamualaikum..


Entri kali ni sebenarnya dah lama dipendamlakur, dari hari ke hari nak menyiapkannya, dah siap 

      separuh simpan lagi, kemudian sambung lagi sudahnya sampai ke tahun baru dah ...barulah dapat 

    menghabiskannya.. sibuk sangatlah tu? ( kononlah ) , banyak benda yang berlaku, emosi   pon  tak 

                      stabil..     Alhamdulillah, semua dah berjaya diharungi..selesai dengan jayanya .