Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Monday, January 12, 2015

Our 2nd Anniversary

Assalamualaikum..


Entri kali ni sebenarnya dah lama dipendamlakur, dari hari ke hari nak menyiapkannya, dah siap 

      separuh simpan lagi, kemudian sambung lagi sudahnya sampai ke tahun baru dah ...barulah dapat 

    menghabiskannya.. sibuk sangatlah tu? ( kononlah ) , banyak benda yang berlaku, emosi   pon  tak 

                      stabil..     Alhamdulillah, semua dah berjaya diharungi..selesai dengan jayanya .




Entri kali ni berlaku pada  Oktober 2014 yang lalu,  yang mana genap sudah 2 tahun usia perkahwinan kami 
weeheeee,
( tahun lepas punya cerita )
dikurniakan seorang puteri yang kini sudah pon berusia  1 tahun 4 bulan 



Perasaan ??? Ya ampun, gembiraa  syukur, lengkap dah hidup.. ada suami , ada anak.. dapat mak abah , bertambahnya saudara mara dan adik beradik pon bertambah jugak :)
Berbalik  pada cerita anniversary, 

Hahaaaaa... 

kalau tahun lepas    ( 2013 yang lalu )  kami raikan bersama kehadiran puteri kami, masa tu Eryna baru je 36 hari macam tu.. Senang cerita, rai masa Cik Sal tengah sakan sesi berpantang .
dan pada waktu tu jugak, adik ipar Cik Sal melangsungkan majlis pertunangannya.




Farah   &  Nazren

Tu kad undangan yang Cik Sal simpan buat kenangan, nanti bila anak dah besar boleh tunjuk kad ni.. tersimpan rapi kat frame, yang belakang tu kad ucapan masa 1st anniversary dulu.. Hiks , malu plak nak tebar 2 2 belah. 

Kira masa tu tak da lah kami beria - ria dok rai, memadailah dengan ucapan dan penghayatan  . Berbeza plak dengan tahun lepas , suami dengan taktiknya  yang penuh sopan - santun dan teliti, telah membawa kami sekeluarga dok bertebar kat  Akar Beach Resort, Port Dickson.
Memang tak sangka pon pada mulanya, Memandangkan anniversary kami jatuh pada hari ahad, dan sabtu tu plak suami sibuk kat ofice dok selesaikan hal untuk audit, dan sangkaan Cik Sal,

dah

tentulah

ahad pon sibuk juga di ofice.

( walaupon dalam hati dok tertanya-tanya  jugak, manalah tempat nak pergi ukur jalan ni )


Kebiasaannya, bila tiba hari cuti ja , kami sekeluarga memang suka berjalan, hohooo.. tak kisahlah pergi mana sekali pon, waima ke pasar basah atau taman permainan budak-budak.

Tapi, selalunya kami keluar masuk mall je.

Tak pon pusing - pusing satu Melaka Tengah ni.

Janji kami bertiga :)




Pagi masa hari kejadian tu, pagi-pagi lagi suami dok tanya itu , tanya ini , kat PD tempat mana yang best ya? Cik Sal pon tak fikir apa pon kan, cadanglah tempat-tempat yang sesuai , tapi, kebanyakkannya Cik Sal bagi tempat untuk berkhemah..hahaaaa. Gian sebenarnya nak berkhemah kat PD, dulu zaman sekolah rajin berkhemah, tempat - tempat yang dah biasa pergi tu, Cik Sal ingatlah kan..


Agaknya, suami macam tak berminat je cadangan Cik Sal .. Hahaaa.. Suami pon godek-godeklah Agoda, web yang memaparkan tempat-tempat percutian yang rata-rataya harga masih lagi mampu .
( tu yang penting )

Lebih kurang pukul 10.00 pagi cam tu, suami dah suh siap-siap kemas baju.. Jom g bercuti , katanya!
Dan.. dan.. je menu yang Cik Sal nak masak tuk hari tu terbengkalai je ..

Kebetulan plak, baju masa balik dari kampung memang tak dikeluarkan, haaaaaa... apa lagi,
kelip-kelip matalah Cik Sal kan ****

Sonang kojo den..

Capai beg , capai kasut , suami pun start  kereta .... haa  terus jalan.
Pagi tu memang kitaorang dah siap awal-awal, Eryna pon tetiba bangun awal plak.. memang langkah kanan lah, smooth je perjalanan pagi tu.



Lebih kurang  2 jam perjalanan macam tu, sampailah kami ke resort tu.. siap check -  in semua, kami dok nyusur keluar pergi  cari   nasi..dah setel semua, masuk bilik...    istirehat  ... petangnya plak,   kami berjalan tepi pantai









Selesai aktiviti petang tu , kami pon beransur masuk bilik.. sebabnya malam tu kami ada dinner plak kat luar. Tapi, sepanjang Cik Sal berada kat situ.. memang penuh orang.. kebetulan plak ada seminar untuk kakitangan MARA  , Jalan Raja Laut.. dan kebetulan plak boleh terjumpa dengan staff yang selalu Cik Sal berhubung.. keciknya dunia. ingatkan dah tak jumpa lagi dah ..


Huhuu

Esoknya plak , lebih kurang pukul 7.00pagi cam tu
kami pon turun untuk sarapan, Oklah, banyak juga menu yang disediakan .. ada nasi lemak, nasi goreng, bee hoon sup, sup + roti, makaroni goreng,ayam goreng,sup sayur , bijirin + susu , puding, buah tembikai, roti bakar + kaya / scramble egg, minuman panas & jus buah

Memang penuhlah meja buffet kat resort tu, lepas dah sarapan semua ... kami pon riadah kat tepi pantai...



Ni  lah hasilnya !  




Resort dari pandangan belakang ;)







Dah puas berendam main air + pasir, berendam plak kat pool.
Suami dan Eryna je lah yang berendam..

Sepanjang berada kat situ, puas hatilah, makan pon best .. bilik pon selesa.. dan jauh dari hiruk pikuk bandar, tenang je rasa..

Kepada yang rasa nak menginap kat situ bolehlah survey terus ke website www.myakaresort.com








Moh balik Melaka !



Ok, tu je lah rentetan cerita masa raikan cinta kami ;)
























8 comments:

  1. best nye...tahniah, epi anniversary...rasanya dah lama gak tak bercuti bersama family..dapat gak lupa stress keje jap kan.

    ReplyDelete
  2. salam kenal cik sal
    baru keseptan nak singgah dan follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupe pulak
      hepi unniversary ye..
      semoga sntiase berbahagia dsmping org tersayang aminn

      Delete
  3. Raikan cinta:)
    Semoga kekal bahagia hingga ke surga Firdaus.
    Comellah cik Sal ni.

    ReplyDelete
  4. Assalam sal,
    happy anniversary :)
    moga bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  5. happy anniversary :) semoga bahagia hingga syurga :)

    psst : jom join segmen anis :)

    adnan-daughter.blogspot.com/2015/01/segmen-bloglist-sakura-blog-qaseh-ku.html

    ReplyDelete
  6. Tahniah.. Alhamdulillah..semoga berbahagia sentiasa.. cantik nya lukisan atas pasir tuu.. besar betol bakat! :-)

    http://amfarra.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Heppy anniversary ciksal. Soriii lambat wish. Syiok nya berjalan...mcm beh je ni, bolehla nak ushar jugak lepas ni.

    ReplyDelete

Terima kasih !