Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Monday, January 19, 2015

Petua Hilangkan Selesema & Batuk

Assalammualaikum..

Hari ni dah 2 hari Eryna demam, selesema dan batuk, hidung dok berair je .. baru je sembuh hari tu, tup tup kena balik. Semalam lepas balik kampung , sampai je Melaka mula dah meragam, badannya tak selesa, hidung berair, tekak dah mula gatal dan berkahak.
Kelmarin dah bawak pergi klinik , masa tu demam je lah, tapi doktor tu bekalkan sekali ubat selesema + batuk. Kali pertama tu kira ok lagilah  Eryna mamam ubat, masuk kali ke -2 habis dilueknya, keluar segala lendir-lendirnya. 

Alhamdulillah, pagi tadi demamnya dah kebah, tinggal selesema dan batuk ja.. kesian plak tengok Eryna,batuk  berlawan-lawan bunyinya... terus bagitahu bos , amik cuti. 

Pagi tadi, sebelum suami pergi kerja .. minta suami belikan daun pucuk ubi + kaduk. Ni , pun tahu ada kawan tempat kerja  yang bagitahu, kalau dah bagi ubat macam tak berapa nak kurang je, gunalah petua orang dulu-dulu.. kita cuba je, ikhtiar.. 

Katanya , amik daun pucuk ubi + kaduk tu  ramas-ramas  dengan kapur makan , ramas sampai keluar air  hijau keruh , lepas tu sapu di dada, belakang, perut  dan tengkuk , kena rajin ulang sapu bila air sapuan tu kering, Nanti boleh lihat,  batuk makin berkurang dan beransur hilang ... dan ada lendir keluar bersama najisnya. 

Yang lain ni Cik Sal tambah ikut kebiasaan yang diamalkan


1.  Boleh juga diberi madu + perahan limau nipis , tapi yang ni Cik Sal tak bagi kat Eryna , sebabnya Eryna masih kecil lagi... kalau orang dewasa tu digalakkan untuk minum. Kalau susah sangat nak cari madu , beli je madu hurix .. telan je. Mujarab!


2. Daun bunga tahi ayam , tang daun ni mana nak dapat, bunganya pon susah nak jumpa.. kalau kat kampung berlambak ada kat tepi jalan.. kalau ada jumpa pokok ni , daunnya pon ramas-ramas dengan kapur sapu di dada, peurt, dan tengkuk.


3. Kismis, Kalau anak dah pandai mengunyah amalkan makan kismis sebanyak 21 kali setiap hari, Rasanya orang dewasa pon boleh juga amalkan, boleh jugak hilangkan balgham atau lendir kahak tu.


4. Untuk hilangkan selesema plak, Cik Sal selalu amalkan kunyit hidup yang dibelah 2 oleskan sikit kapur makan, dan sapu kat batang hidung , bila kering je sapu lagi.. dan lagi.. sampai sembuh seperti sediakala.. 


Hmmm , galau rasa hati tengok anak tak sihat.. semoga Eryna cepat sembuh ya..


21 comments:

  1. Tulah budak2 kalau selsema jadi nasal congestion. Then, mulalah dia x selesa.
    Anak2 akak pun esok nak bawak klinik ambik gas cairkan kahak. Pm off gitew..

    ReplyDelete
  2. saya pernah amalkan madu dan limau nipis... memang berkesan... batuk ni memang menyiksakan yer tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Madu dan limau nipis memang mujarab utk redakan batuk :)

      Delete
  3. alkisahnya kismis pun bagus untuk hilangkan kahak ye? belum pernah cuba lagi ni...tq sharing *thumbs up*

    (saya follower #67, salam ukhwah )

    ReplyDelete
  4. Wah petua ibunda ni, kat sini daun kaduk tu memang tak pernah jumpalah Cik Sal... nice sharing :)

    ReplyDelete
  5. lagi 1 try baca ubat yg Abg Ben guna untuk anak dia tu...
    ada kawan guna untuk anak dia dan kawan guna sendiri Alhamdulillah rasa selesa dan bertambah baik...
    BATOOK

    bonde balas kunjungan
    Follower yg ke 70

    ReplyDelete
  6. hye..jage diri..sekarang musim...sy pown dah terkono..hehehhe..salam kenalan :)

    ReplyDelete
  7. thanks sudi follo. .bagus tips nie. sekarang musim byk org selesema dan batuk. . :D

    ReplyDelete
  8. sy x amik apa2 ubat just minum air byk2 je... ;-)

    ReplyDelete
  9. salam kenal Cik sal..dari Sal jugak..hehe

    ReplyDelete
  10. daun bunga tahi ayam? wah katnenak cari tu hehe.

    cik sal ditag disni http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/liebster-award.html :)

    ReplyDelete
  11. wow good tips nak try natural healing pulak.
    di samping makan supplement kena gak try home made therapy ni
    tima kasih cik sal..

    ReplyDelete
  12. cik sal ditag http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/iphone-5s-giveaway-by-syafiqspecki.html :)

    ReplyDelete
  13. salam sal, akak pergi kr UTC then tanya utk carboots sales. tapi rasanya skrg dah takde lagi kot...

    ReplyDelete
  14. wah best tips sis bagi. nasib baik kat pasar sini ada jual pucuk ubi dan daun kaduk. saya nak try la nanti. tqvm =)

    ReplyDelete
  15. hi
    kami merupakan online store malaysia

    yang menjual

    pants, palazzo, dress, top, shoe, handsock, shawls, blouse , peelofnail


    dengan harga serendah RM5 each


    webite www.padieka.com
    instagrams @padiekaraccolta
    facebook/ padieka raccolta


    muah tang dahi cikit

    ReplyDelete
  16. Baru tau yg kismis boleh guna utk treat batuk berkahak. Nica share :)

    ReplyDelete
  17. petua ni sesuai utk anak kecil lah ye...org dewasa leh try tak

    ReplyDelete

Terima kasih !