Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Saturday, October 14, 2017

Pengalaman Bersalin kali ke-2 Di Hospital Melaka

Biiznillah

Assalamualaikum
Setahun nan lepas selamat dah bersalin baby boy di Hospital Melaka secara pembedahan. Masa tu memang mencabar sangat ditambah plak dengan keadaan baby yang unstable lie. Kejap kang cephalic.. masa dah cephalic tu rasa happy ya mat, esoknya bila scan balik berubah lagi posisi si baby.    kejap kang tranvers(melintang) kejap kang breech (kepala atas) makanya bertapalah Cik Sal selama 2 minggu siap bersalin. Sebelum tu memang harap sangat baby akan cephalic untuk membolehkan bersalin secara normal namun apakan daya. Segala usaha yang Cik Sal buat dan tips yag ada Cik Sal cuba jugak buat, namun rezeki normal tidak berpihak juga kepada Cik Sal. Redha. 


Masa memula disahkan yang baby dalam keadaan unstable lie ,memang ulang alik je lah buat pemeriksaan di O & G. Bila dah masuk ke 35 minggu doktor mohon untuk dipantau di hospital. Setelah disahkan yang baby masih juga unstable lie, maka dimajukanlah cadangan kelahiran secara pembedahan juga. Setelah diteliti dan diberi masa dan ruang berfikir bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini maka diturutkan jua. 


Sehari sebelum pembedahan dijalankan. Cik Sal pergi jumpa doktor bius untuk tandangan surat kebenaran dan mendengar tentang bius dan keadaan semasa proses pembedahan dilakukan. Dah siap semua malamnya tepat pukul 12.00am bermulalah sesi berpuasa. Sebelum tu sempatlah bedal segala makanan yang nak dijamah.. suami bawak lebihan kurma yang ada dirumah, cheese cake, dan subway.. kemain makan...  nafsu weh..sapa tak suka makan.. hiks. Dah sedap-seap makan, lepas tu doktor datang nak cucuk bronula. Kemain  tak nak. Mengelak bagai, akhirnya jatuh gak.Hahaa. 

Pagi  hari kejadian, pagi tu  dipasangkan drip, catheter dan diberi ubat gastrik.. memandangkan Cik Sal ni ada gastrik lalu diberikan ke mulut kemain laju hirup. Sedap ke tak sedap belakang kira. Dah selesai semua naik katil lalu ditolak ke bilik OT, bila dah masuk bilik OT , bermulalah adegan dalam bilik pembedahan, disuruh peluk bantal di bongkokkan sedikit lalu bius di lalukan. Aduh! sakit sikit dan akhirnya kaku lah dipembaringan separuh badan. Mata kemain pandang atas bawah kiri kanan sambil diperhatikan oleh doktor yang memantau mesin kat sebelah, pembantu dan akak scrub nurse. Dalam keadaan yang sejuk sangat, doktor dan pembantu bagi pemanas..kalau tak tu terketar-ketar menggigil menahan sejuk..sambil tu diaorang pun  ajak bersembang bagai bagi kurangkan rasa takut. Mana tak takut  kali ni punya pembedahan separuh badan ..dah lah separuh badan, terasa plak tu kulit disiat-siat..adudududuu.
Lebih kurang 45 minit macam tu. terdengarlah suara baby menangis, tak lama lepas tu didakapkan lah baby di dada Cik Sal  untuk seketika sementara doktor dan pembantu yang lain menjalankan tugas untuk menjahit;  masa part akhir ni lah yang membuatkan Cik Sal sakit ya amat..seolah-olah ubat bius tu tak berfungsi langsung, rasa perit,pedih yang teramat sangat.. haduhaii..memang teriak lah kat dalam tu.. ditambah plak dengan adanya lekatan(adhesion), kejap kejap mengiring ke kiri ke kanan sebab nak kurangkan rasa sakit tu, tapi.. harapan je lah..memang terasa lah bila operasi jahitan tu dibuat. Dalam hati cepatlah habis..mulut dah terkumat-kamit baca Lailahailaanta kuntu minazzolimin . Lebih kurang 10 minit berlalu, dalam keadaan yang letih dan mamai selepas berjaya mintak ubat tahan sakit  ekoran dari  kesakitan yang tak tertahan..Cik Sal pun terlelap..seda-sedar je dah ada kat luar .Celik je mata  nurse kejut suruh gerak-gerakkan kaki nak tengok tindak balas kalau dah boleh gerak, dah boleh naik wad.


Naik je wad kemaskan diri tukar pad , baju kain segala.... siap je  sambunglah tidur, tidur pun tak lena disebabkan denyutan jahitan tu tetap terasa.. berdenyut-denyut rasanya.. seolah berirama datang sakitnya..6 jam selepas pembedahan Cik Sal pun dah boleh makan dan minum tapi dalam kuantiti yang sedikit, bila dan boleh makan dan minum Cik Sal  intro dengan air suam-suam dan bubur. Puas dapat minum air suam.. hilang hausnya.
Lepas dah boleh makan minum semua, lebih kurang 5.00am hari esoknya   gagahlah cuba bangun dari katil , masa ni lah diuji dengan susahnya nak melangkah ditambah drip di tangan, dan catheter yang berfungsi untuk mengosongkan pundi kencing aduhai, memang tak selesa .Rimas. Pergerakan jadi terbatas, kena berpaut, jalan pun pegang perut seolah-olah rasa nak terkeluar plak isi perut tu..padahal elok je dah berjahit berplaster bagai. Perasaan. Bayangan je lebih. Cuak mengatasi. Mujur jugak baby tidur je, tapi selepas Cik Sal dah boleh bangun dan bergerak, baby pun mulalah tunjuk reaksi tak selesa dan lapar haus semua. Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman lalu Cik Sal dapat hadapi.. Duduk di katil bersandarkan bantal, apung tangan dan kepala bayi untuk menyusu.. susu pun segan -segan je nak keluar, buat urutan dan minum air suam.. Lancar jugak.


Apa-apa pun  yang paling best dan lega ya amat  Cik Sal dah selamat  kuarkan baby, kesian asyik pusing-pusing cari jalan tak jumpa jugak jalan utama. Akhirnya keluar melalui tingkap sama macam kakaknya. Takpalah, janji mak dan babynya sihat sejahtera. Esok paginya selepas doktor wad dan pakar pusing katil ke katil ..Cik Sal dibenarkan pulang.   Sebelum balik, doktor akan buka balutan jahitan dan spray laju-laju kat tempat bedah. sejuk je rasa bila spray dilalukan. Dah dapat surat discaj  bagai barulah boleh kemas barang. punyalah gembira , ye lah dah lama tak cium bau rumah.. 2 minggu bertapa .tepu otak.


Dengan keluarnya dari wad, maka bermulalah sesi berpantang. Masa berpantang sama je lah macam kelahiran anak yang sulong, bab jaga anak dan makan ..suami dan mak yang banyak membantu..untung dalam pantang ni ikan semua mahal-mahal, sayur pun sama gak, hari-hari bedal brokoli selain sawi..buah plak main order je..hehee
Alhamdulillah, dipermudahkan walaupun terselit rasa sakit tu.. tak sakit bukan beranaklah kan. Huhuu.Terima kasih kepada semua yang terlibat semasa proses kelahiran anak ke-2 ni menjengah dunia.. terima kasih kat suami, mak ayah, mak men dan seangkatannya .. memori bersalin kekal terpahat dalam ingatan.. ibarat parut diperut dibawa hingga hujung nyawa.
Ketika entri ini ditulis, anak Cik Sal yang diberi nama 'Ilman Niqrees lahir pada 16 Mac 2016 telah pun berusia 1 tahun 7 bulan. Alhamdulillah dah sepasang. Kehadiran yang datang dari benih kasih sayang. Akhir kata , tahniah kakak Eryna sudah dapat adik yang ensem lagi cute. Moga kasih sayang mama dan abah tak berbelah bagi buat kalian berdua.


'Ilman  Niqrees - Berilmu , Pembimbing
Semoga membesar menjadi anak yang sihat, cerdik cerdas akalnya, diberi keluasan ilmu  mampu menjadi pembimbing mengikut alunan ilmu yang disemai..Amin Allahumma amin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih !