Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Saturday, August 4, 2018

Pengalaman Hamil Kali Ke -3

Assalamualaikum

Pagi ni cerah walaupun malam tadi hujan turun dengan lebatnya lalu menampakkan awan meliputi bulan malam tadi. Alhamdulillah rasa sejuk malm tadi.Diam tak diam sebenarnya diri ini dah punyai 3 orang anak.

Tujuan menulis pun nak cerita pengalaman hamil  kali ke-3.Sebenarnya nak mulakan pun agak panjang juga dari mula sampai akhir kejadian.Tapi rumuskan jugaklah setidak-tidaknya nanti bila anak-anak baca boleh jugak jadi kenangan buat diaorang.

Alkisah tentang disahkan hamil kali ke-3 ni Farah pun tak tahu pada mulanya. Sepanjang hamil tu memang tak da reaksi apa-apa kat diri samada muntah atau mengidam yang melampau. Sebelum tu Farah memang ada  gastriklah, perut bloated, selalu mengadu dengan suami perut senak cepat masuk angin dan sebu. Jalan terakhir pergi klinik ambik ubat dan cek jugalah perut.Yang peliknya doktor pun tak dapat detect yang ada baby di dalam. Perut memang bloated kata doktor. Selepas pemeriksaan ambil ubat terus balik ke rumah. Esoknya adalah berkurang .

Seminggu selepas tu kami pergilah jalan-jalan..amiklah gambar ye lah ..   bila bergambar tu nampak jugalah perut yang membulat dan  seakan bentuk perut itu kelihatan seperti hamil 3 bulan. Masa tu diam lagi, aishh ni gastrik ka peknen ni. Cuak dah rasa ni. Dah lah sejenis yang lasak, angkat katil tukar sana sini. Lompat main skipping plak.
Panjat kerusi lap almari buku memang tak rasa seperti orang hamil lah.

Tanpa pikir panjang lagi terus mintak suami belikan kit pemeriksaan hamil.
Masa nak test tu memang agak takut-takut jugaklah, ye lah anak nombor 2 baru berusia 7 bulan gitu dan masih menyusu badan.. dalam takut - takut tu beranikan jugaklah pergi buat test.  Hahaaa dan selepas tu mulalah drama kan. Ye lah bila tengok line dua tu merah sangat dan terbuktilah positif hamil. Tak lengah-lengah lagi terus ke klinik panel suami di Batu Berendam.Sampai je terus daftar dan masuk dalam , tak cakap banyak terus baring.. masa tengah baring tu..doktor ada usap-usap perut ,
"Awak ni pregnant ni, saya  rasa dah masuk 5 bulan lebih"
 Tak semena-mena doktor baru je letak alat pengimbas dah kelihatan rupa bentuk baby lengkap kejadiannya.

Ya ampun masa tu tak tahu nak cakap apa, kuat baby ni . Dihenyak buat pergerakan masih lagi kuat kat dalam. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Diberi ubat multivitamin, ye lah setelah 5 bulan lebih baby di dalam dengan tak minum susu khasnya, semua jenis makanan ditelannya. Bila dah tahu yang diri tengah hamil, esoknya terus pergi  buat buku pemeriksaan ibu hamil di Klinik Desa berhampiran. Rezeki yang Allah bagi tanpa pengetahuan kami..  Alhamdulillah,  kuat anak ni..

Tapi bila dah  tahu positif hamil. Masih lagi dalam mimpi   ye ka ni   hahaaa
dan berlalulah hari - hari tersebut dan jalani hari-hari mendatang sebagai ibu hamil. Makan tiada hentinya, mintak segala yang terasa nak makan. Itulah namanya pemberian hadir tanpa dipinta.Hadirnya membuahkan segala macam rasa di jiwa..yang resah menanti ketentuannya. Siapalah kita nak menghalang. Ya hadir satu nyawa dan Allah ambil satu nyawa. Sesungguhnya kehadiran anak ke -3 ni adalah pengubat segala kerinduan atas pemergian ayah setelah seminggu diberitakan diri ni hamil dan ketika itu jugalah ayah sedang bertarung nyawa. Wahai anak , ketahuilah sesungguhnya kamu ada seorang atuk lagi yang kehadiran mu seolah-olah dapat dirasai oleh atuk mu..walaupun pada saat itu atuk  sedang baring kaku di pembaringan. Kehadiran mu dapat dirasai oleh beliau cuma mulut tak terucap dengan kata - kata..



No comments:

Post a Comment

Terima kasih !