Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Friday, January 25, 2019

Gyoza

Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Kali ni nak kongsi satu makanan sejuk beku yang boleh dikatakan salah satu kegemaran jugaklah. Alkisahnya benda macam ni suami yang banyak perkenalkan, kalau tak memang tak kenal lah sampai bebila. 

Diberi nama gyoza,  atau dalam bahasa inggeris Japanese chicken dumpling, Kat mana nak cari dan nak beli? Boleh cari di semua supermarket tesco, aeon,tf dan sebagainya.Di bahagian peti sejuk beku. Haaa korang bolehlah try riki. 


Macam mana nak masak? Mudah je, boleh ikut arahan dibalik plastik ada disertakan cara memasaknya. Semudah 1 2 3 dah siap telan habis. Hahaaa



Langkah 1 - koyakkan sikit plastik keluarkan gyoza tu, tak perlu dinyahbeku memadai dibiarkan seketika. haa macam dalam gambar tu, macam tu lah rupanya gyoza itu ya.


Langkah 2 - amik pan non stick panaskan sekejap dan masukkan  satu sudu besar lebih sikit minyak masak, agak da panas masukkan kesemua gyoza tu bagilah ia mandi sekejap sampai kekuningan giteww. Berapa lama nak masak? Tak lama 1 minit je, korang cek lah masa kalau rajin.. dah kekuningan tu balik-balikkan lah bagi mesra gitu. 



Abaikan pan yang dah kemek tu, dah 3 
tahun ia berkhidmat taw. 






Hahaa, lihat gyoza ku sudah terbakar.. hahaa, bukan senang nak masak sambil amik gambar weh. .agak - agak dah camtu jadinya, masukkan air 1/3 iaitu sekadar menutupi gyoza  dan tutup.  
Yaa Farah guna tudung periuk je. 






Macam mana kita nak tahu ia dah masak? Buka tudung periuk tu, bila air dah kering tutup api, dan sedia dihidangkan.. Haaa mudah je kan. Maaflah, gambar selepas masak tak sempat nak ambil dah hidang terus lupa nak ajak bergambar semua menyambar laju. Hahaa. 



Sekian untuk menu ringkas. Eh kalau rajin inti ia boleh je buat sendiri. Kulitnya pun ada dijual di bahagian sejuk beku. Next entry Farah share ya...  darr. 

8 comments:

  1. Menarik ni. Nanti nak carilah. So, tekstur gyoza ni bila dah masak rangup ke lembut, Farah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia tak garing, rangup je dan lembut je.. masa nak goreng dengan minyak tu pastikan warna sekata api kecilkan. .agak -agak dah kekuningan gitew terus masukkan air.. air dah kering okay boleh tutup api. .

      Delete
  2. W'salam Tinta Farah D..
    Tak silap LZ pernah beli tapi tak reti masak so hangus.. Bila baca post ni teringin cuba semula.. Nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap.. tapi ikut tekak memasing juga.. bolehlah cuba nanti. .hehee

      Delete
  3. waaah.. xpenah nampak lgi gyoza ni. maybe x cari betul2.
    skrng ni banyak option makanan sedap2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahh.. betul, cuma tu lah nak kena rasa samada ia sesuai dgn tekak kita je..

      Delete
  4. First time dengar ni walaupun suka jugak makanan Jepun. Ok nanti nak cuba

    ReplyDelete

Terima kasih !