Masih Di Sini..

My photo
Negeri Sembilan, Malaysia
~Girl in the Mirror~

Followers

Friday, April 22, 2011

Bukti Kasih Sayang Allah

Merebut kasih sayang Allah SWT sama sekali berlainan dengan kasih sayang antara manusia. Ini kerana kasih kepada Allah SWT bukan saja menuntut keikhlasan,kepercayaan dan kejujuran, malah pengorbanan sepanjang masa.


Ini berbeza dengan kasih sesama manusia yang mempunyai pasang surut dan boleh ditukar ganti,terutama apabila seseorang itu meninggal dunia.


- Kasih sesama manusia hanya boleh dinikmati ketika hidup di dunia, manakala kasih Allah pula dibawa hingga ke akhirat.

# Apabila ajal menjemput , putus hubungan sesama manusia, sebaliknya belainan pula dengan kasih dengan Allah SWT. Setiap amalan kebaikan yang dilakukan untuk Allah SWT akan dibawa bersama,sebagaimana Abu Hurairah RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

" Apabila seorang manusia mati,putuslah ( tulisan pahala)amalan ( setakat itu) kecuali tiga perkara ( yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak soleh yang berdoa untuknya."
(Hadis Sahih - Riwayat Imam Ahmad )

  • Tiga amalan ini menjadi bukti kasih sayang Allah SWT kepada manusia,di mana menjadi tanda sejauh mana ketaatan antara hamba dan pencipta-Nya.
  • Apabila dihisab dan mendapati amalan kebaikannya lebih berat daripada amal keburukan,itulah tanda seseorang itu mengagungkan kasih pencipta-Nya yang kekal sebagaimana juga janji-Nya bahawa setiap manusia yang ikhlas kepada-Nya akan dibayar dengan ganjaran syurga.
Justeru ,kita hendaklah saling mengingati antara satu sama lain dalam melaksanakan ibadat dan paling utama untuk mendapatkan rahmat serta keredhaan daripada-Nya.

Kita perlu meyakinkan diri bahawa segala kebesaran,keagungan dan kekuasaan itu hanya milik Allah SWT .

No comments:

Post a Comment

Terima kasih !