Skip to main content

Posts

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...
Recent posts

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Resepi Roti Jala Gluten Free, Tepung Beras & Pulut~ Lembut Hingga ke Petang

 Assalamualaikum. Minggu lepas buat roti jala guna tepung beras  dan  tepung pulut.  Biasanya orang guna tepung gandum je kan? Kali ni kita cuba versi gluten free dari group gluten free. Hasilnya? Lembut sampai ke petang. Kalau nak cuba, ikut resepi ni ☺️ Resepi Roti Jala Gluten Free **Bahan-bahan:** - 2 cawan tepung beras - 1 cawan tepung pulut   - 1 cawan santan - 1 ½ cawan air - 1 biji telur - Secubit serbuk kunyit - Secubit garam untuk rasa lemak * *Tips Penting:- Pemilihan kuali penting supaya tak melekat. Bila kirai tu cantik je masaknya.  Gunakan acuan roti jala yang korang rasa sesuai. Kalau takde, guna botol sos yang ditebuk pun boleh. Selamat mencuba! Hasil menjala ~

Bongkah Cendawan~

 Assalamualaikum.. Hai korang.  Suka makan cendawan tak? Cendawan goreng, cendawan tumis atau gulai. Terpulanglah ikut selera memasing. Kali ni nak share tentang bongkah cendawan yang Fara beli di kedai oren.. Murah je 10 bongkah dalam rm20+ gitu. Selepas barang dah diterima, kita akan dapat cara penjagaan cendawan dari mula sampai lah tuai hasilnya.  Kena susun baring, mana plastik dah terbuka, kita selotape  Masa terima bongkah  dah lewat 3 hari sebab runner tak dapat hantar ikut jadual. Berhuhu lah jugak, tu yang sampai terkoyak plastik kena tindih dengan parcel lain agaknya.  Bila dah terima bongkah, langkahnya mudah sahaja, kita akan diajar melalui  pdf dalam tu dah siap semua just ikut sahaja arahan. Fara memang beli bongkah yang  dah matang. Jadi masa nak menumbuh tu tak lama sangat menunggu. Macam mana kita nak tahu bongkah tu dah matang ke belum? Bila bongkah dah berwarna putih keseluruhan..Maksudnya tinggal nak spray air sahaja. Selepas ...

Nasi Arab Pakistan ~

 Assalamualaikum... Sempena cuti sekolah dan pulang ke kampung, gantung kuali dan makan di luar.  Menu yang dipesan, Talam campur. Rasa okay je boleh masuk tekak. Datang makan anak beranak ingat tak boleh habis, sekali makan habis setalam. Disertakan juga dengan se jug air pilihan,  Kenyang sampai ke malam. Ini kali ke dua kunjungan kami ke sini tapi lain cawangan. Masa makan dulu buka puasa di Bahau.  Tapi kalau datang sini, ada juga menu western chicken   chop dan aneka pasta. Masa makan tu nanti adalah persembahan buskers  kat depan, sambil makan sambil tengok oersembahan diaorang sambil menderma seikhlas hati... Mesti ramai yang tanya kan, sedap ke tak... sedap tu subjektif.. Sedap bagi kita tak sedap bagi dia plak... dan yang paling penting tercapailah hajat bapa mentua  nak merasa makan kat situ... Tu pun dah rasa syukur sangat, kalau tak tu asyik bermain di bibir je bila nak singgah makan situ... Balik pun kejap - kejap, tak nyempat nak ke ...